
Bagi mak-mak yang suka makan kuih lepat dan jagung boleh cuba buat lepat jagung ni. Jika selalu guna daun pisang untuk membungkus lepat, rupanya boleh juga pakai kulit jagung. Malah lagi sedap dan baunya wangi.
Baca Lagi Di Sini:
Cuma 2 Minit Lerai Jagung Guna ‘Screwdriver’, Teknik Pro Dari Peniaga Yang Mak-mak Pun Boleh Cuba
Tepung Jagung, Garam & Esen Vanila, Rahsia Aiskrim Malaysia Ini Sedap, Lembut & Lemak!
Ikut resipi yang dikongsikan Puan Noriza Awang Hamat
“Pagi ni kita breakfast dengan Lepat Jagung, tak payah susah-susah nak cari kan daun pisang untuk membungkus lepat jagung guna je kulit jagung lagi sedap wangi lagi. Jomm kite pakat buat Lepat Jagung. Yang nak mencuba cikza bagi resepi nya sekali.”
Bahan-Bahan (Lepat Jagung):
2 tongkol jagung sagat
1 tongkol jagung dihiris
3 cawan santan
1 cwan tepung beras
1/2 cwan tepung gandum
1/2 cwan tepung jagung
1/2 cwan gula pasir
sedikit garam.
kulit jagung untuk membungkus lepat.
Cara Membuat:
1. Masak semua bahan diatas sehingga pekat.
2. Namun jangan sampai masak pulak.
3. Dah likat angkat dan bolehlah dibungkus.
4. Ambil 1 sudu makan masukkan ke dalam kulit jagung lipat bagi kemas.. buat sehingga habis.
5.Panaskan pengukus.. kukus lepat dalam 20 minit.

MW: Kalau ada jagung kat rumah tu,boleh cuba buat kuih lepat jagung ni. Senang dan gerenti sedap.
Sumber: Noriza Awang Hamat
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Resipi Kek Sarang Semut, Adunan Berbuih Tanda Sarangnya CANTIK & Menjadi, Kek ‘Favorite’ Ramai

Kalau sarangnya cantik, tanda kek sarang semut menjadi. Lubang-lubang pada keknya buatkan kita seronok dan puas hati bila membuatnya. Tapi ada sesetengah petua yang katanya naka kena perap dulu.
Sekarang semuanya mudah, tak perlu nak bazirkan masa yang lama untuk dapatkan sarangnya cantik pada kek sarang semut. Hanya perhatikan adunan semasa membuatnya saja.
Perkongsian daripada Asmida Nor tentang cara nak buat kek sarang semut dengan sarangnya cantik dan berlubang.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Resipi Kek Sarang Semut Lagi SEDAP Kukus, Adunan Tak Perlu Peram, Cantik Sarangnya!
Resipi Kek Marble Jelita SEDAP Lemak Berkrim & Mudah, Rahsianya Masukkan Serbuk Horlick
Sarangnya Cantik Berlubang, Tak Perlu Perap
“Sudah banyak resipi dah cuba tapi yang ini paling sedap dan menjadi sarangnya. Tk perlu perap pun. Sebab tu kena buat adunan kek dulu baru buat gula hangus. Dalam tempoh buat gula hangus itulah dah perap dah,”
Tip:
Soda bikarbonat & baking powder jugak penting, pastikan ia aktif. Nak tahu dia aktif, bila kita biar lama, adunan kek akan jadi buih-buih halus.
Cara-caranya:
Buat adunan kek dulu.
4 biji telur gred B
1/2 cawan susu pekat
1 sudu kecil esen vanilla

Kacau sebati

.
1 cawan tepung gandum
2 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
(ayakkan dulu)
Kacau sebati dan biarkan dulu. Buat gula hangus pula.

.1 cawan gula pasir. Guna api sederhana

Pastikan gula tadi semua cair, jangan ada ketul-ketul.

1 cawan air panas
Masukkan dengan hati-hati sebab ia meletup. Biar sampai hilang meletup-letup, lepas itu kacau ketulan gula sehingga larut.

Bila semua gula larut, masukkan 1/2 cawan marjerin. Sentiasa kacau dan jangan sampai ia mendidih. Bila dah larut semua tutup api.

Tuang ke dalam adunan kek tadi. Tak perlu tunggu suam atau sejuk. Nampak adunan berbuih-buih, tandanya soda bikabonat aktif dan akan menghasilkan sarang dan lubang yang cantik.

Kacau sebati.

Tapis dan tuang ke dalam loyang size 7.

Kukus selama 1 jam. Tutup penutup kukusan dengan kain supaya wap air tak jatuh di atas kek. Boleh juga bakar pada suhu 180 darjah selsius dengan api atas bawah selama 50 minit.

Hasilnya selepas siap dikukus.

Kejadian di dalam. Bagi mendapatkan lubang seperti ini, pastikan potong secara melintang.

Mingguan Wanita : Kek tradisi yang menjadi kegemaran semua orang. Cara nak buat pun senang sangat. Selamat mencuba.
Sumber: Asmida Nor
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Resipi Masakan Cina, Ayam Masak Kicap Cendawan SEDAP Cara Adam Corrie!

Masakan cina memang tak kurang sedapnya dan ada penggemarnya yang tersendiri. Istimewanya masakan cina selalunya kaedah masaknya secara rebus, kukus, kurang pedas dan sebagainya.
Siapa yang tidak kenal Adam Corrie, pelakon Cina mualaf yang sering membawakan pelbagai lakonan aksi, lagak ngeri mahupun watak antagonis di kaca tv. Namun siapa sangka, penampilannya yang selalu kelihatan ‘ganas’ di kaca tv ini, juga hebat di dapur. Baru-baru ini, Adam Corrie ada kongsikan resipi masakan cina iaitu Ayam Masak Kicap Cendawan yang sedap.
Berikut perkongsian tersebut;
Petang ni saya nak masak Masakan Cina iaitu Ayam Masak Kicap Cendawan Cara Adam Corrie.Ramai yang minta saya tunjuk cara masaknya.
Resipi Ayam Kicap Cendawan Cara ADAM CORRIE .
Ini dia bahan-bahannya;
1. Ayam diperap dengan sos tiram, sos pekat dan kicap cair. Perap semalaman.

2. Tumis halia, cili kering, cili padi. (Kepedasan ikut masing-masing).

3. Kemudian masukkan ayam perapan, satu per satu. Boleh tengok video live saya tempohari kalau tak pasti.
4. Kemudian tuang lebihan kicap perapan ayam dalam kuali.
5. Cendawan kering yang telah direndam sehingga kembang pula di masukkan di dalam kuali. Masukkan satu labu bawang putih salai (yang telah dibasuh bersih) ke dalam kuali.

6. Masukkan garam bukit dan gula secukup rasa. Tambah air bagi berkuah.
7. Kemudian masukkan Sedikit tepung jagung yang dibancuh dengan air. Kalau pekat kuahnya boleh makan dengan mee sizzling.Kalau tak pekat makan dengan nasi.

Ini resipi ringkas dari bujang. Mungkin orang lain resipinya lebih grand. Saya bukan Cef, bukan pandai masak pun tapi masak untuk diri sendiri dan keluarga ok la..


Terima kasih dan tahniah kepada yang sudah mencuba cara masakan saya. Terima kasih dan tahniah kepada yang sudah mencuba cara masakan saya. Saya halalkan resipi ini. Doakan saya dan keluarga saya menjadi hamba Allah yang baik, berbakti pada agama dan masyarakat, dimurahkan rezeki dan bahagia dunia & akhirat.
Senyum selalu
Selalu bersangka baik
InsyaAllah hati tenang
#adamcorrie #masakCincaiCincaije #masakanOrangCina #CinaMuslim #ArtisCina
Baca Lagi Di Sini:
Adam Corrie Kongsi Resipi Mee Kicap Wantan Yang Pernah Dijual Ketika Remaja, Jom Cuba!
Cara Buat Sizzling Yee Mee Lagi SEDAP Dari Food Court,Puas Makan!
MW: Menarik juga resipi Masakan Cina Ayam Masak Kicap Cendawan cara Adam Corrie ni.Mudah nak buat boleh lah cuba masak sendiri di rumah.
Sumber: Adam Corrie Lee
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Brokoli Sayuran Berkhasiat Enak Dimasak Pelbagai Resipi

Brokoli yang berwarna hijau ini memang kaya khasiat namun mungkin tak ramai yang tahu cara memasaknya selain goreng atau dimasukkan ke dalam sup saja.
Beberapa kajian mendapati brokoli mengandung senyawa antikanser kerana terdapat kandungan fitokimia yang bernama indole dan isothiocyanate. Inilah yang disebut-sebut sebagai manfaat brokoli yang paling besar. Di antara zat yang terkandung di dalam brokoli ialah serat, antioksidan, vitamin A, B, C, K, dan mineral yang diperlukan oleh tubuh.
Cuti-cuti macam ni adalah masa bagi mak-mak untuk cuba menu baru untuk keluarga. Anak-anak memang jarang yang suka sayuran hijau. Jadi, mungkin dengan memasak dengan cara yang berbeza, boleh tarik minat mereka. Selamat mencuba!
BROCCOLI PARMESAN FRITTER

BAHAN-BAHAN:
230gm brokoli | cencang
1 biji telur
65gm tepung gandum
30gm keju parmesan parut
½ sudu teh garam
Serbuk lada hitam cukup rasa
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
- Satukan semua bahan di atas kecuali minyak masak. Gaul sebati.
- Panaskan kuali, letakkan sedikit minyak. Apabila cukup panas letakkan adunan tadi dan tekan dengan sudip atau sudu untuk meleperkannya.
- Balikkan adunan setelah satu bahagian sudah perang keemasan.
- Pastikan kedua-dua bahagian masak perang keemasan.
- Sedia untuk dihidangkan.
BROCCOLI MOZZARELLA BITES

BAHAN-BAHAN:
2 sudu makan madu
60gm brokoli | potong kasar
60gm keju mozzarela | parut kasar
1 biji telur
160ml susu segar
150gm tepung gandum serba guna
3gm serbuk penaik
½ sudu teh garam
½ sudu teh minyak masak
1 biji bawang merah | racik
Minyak untuk menggoreng secukupnya
CARA MEMASAK:
- Satukan tepung dan serbuk penaik dan ketepikan.
- Di dalam mangkuk berlainan, satukan susu, madu, garam, telur dan minyak masak. Gaul sebati.
- Masukkan adunan tepung dan serbuk penaik tadi. Gaul sebati.
- Kemudian masukkan brokoli dan keju mozzarela, gaul sebati.
- Panaskan minyak. Sudukan adunan di dalam minyak yang panas. Goreng hingga perang keemasan.
- Angkat dan tos minyak.
- Sedia untuk dihidangkan. Enak dicecah dengan cili sos Thai.
Resipi lain juga ada di sini:
Resipi Rendang Telur. Sesekali Tukar Selera Untuk Dimakan Dengan Nasi Lemak, Sedap!
Resipi Kek Coklat Moist Ini Super Sedap, Tanpa Oven Dan Mixer!
https://www.instagram.com/mingguanwanita/
PASTA BROKOLI
BAHAN-BAHAN:
350gm pasta spageti
2 sudu makan minyak zaitun | untuk spageti
30gm minyak | untuk menumis
10 ulas bawang putih | dicencang halus
50gm brokoli | dicencang halus
50gm brokoli | potong kasar
1 kiub pati ayam
30gm keju parmesan
Air secukupnya untuk merebus spageti
Garam dan serbuk lada hitam secukupnya
CARA MEMASAK:
- Panaskan air di dalam periuk hingga mendidih dan masukkan minyak zaitun ke dalamnya.
- Masukkan spageti dan biar selama 6-8 minit. Angkat, toskan dan lalukan di bawah air biasa. Ketepikan.
- Seterusnya panaskan minyak zaitun dan tumis bawang putih hingga naik bau dan sedikit perang. Masukkan brokoli cincang dan kiub ayam, gaul hingga sebati.
- Kemudian masukkan brokoli yang dipotong kasar. Gaul seketika. Tutup api dan masukkan spageti yang sudah dimasak tadi.
- Gaul sebati dan masukkan pula keju parmesan. Perasakan dengan garam dan serbuk lada hitam secukup rasa.
- Angkat dan sedia untuk dihidangkan.Boleh masukkan sedikit cili api jika mahukan rasa pedas.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!


