Niat perkahwinan bukan atas dasar cinta, sebaliknya ikhlas untuk membantu ibu tunggal dan 5 orang anak-anaknya. Meskipun jurang usia yang besar iaitu usia 23 tahun, bagaikan hubungan ibu dan anak, namun ia bukanlah halangan dalam meneruskan hasrat murni, malah tidak mangambil hati kata-kata ejekan mahupun nista yang dilemparkan.
Lelaki berusia 24 tahun yang berkahwin dengan ibu tunggal anak lima tidak kisah diejek rakan kerana niatnya ikhlas untuk menolong wanita berkenaan.
Rahsiakan Perkahwinan
Mohd Azmirullah Mohd Azan yang sudah empat tahun mendirikan rumah tangga dengan Wan Nazihah Wan Awang, 47, mengakui pada mulanya merahsiakan perkahwinan mereka daripada rakan-rakan.
“Apabila saya beritahu (mengenai perkahwinan mereka) ada yang mengejek. Tapi, saya tak kisah dan ambil hati pun sebab niat saya bukan mahu bercinta sebaliknya saya ikhlas hati nak membantu.
“Apatah lagi kesemua anaknya masih bersekolah ketika itu. Selepas kahwin, ada juga yang anggap isteri adalah mak saya kalau kami keluar bersama. Cakap depan-depan pula tu. Saya okay saja,” katanya.
4 Tahun Berkahwin
Menurutnya, sepanjang empat tahun berkahwin, isterinya banyak memberi tunjuk ajar terutama ketika berdepan orang sekeliling.
“Ini kerana ada saja yang toksik, tetapi pekakkan telinga. Dalam kalangan kedua belah keluarga, Alhamdulillah okay saja.
“Pada awal perkahwinan memang kekok, apatah lagi anak sulung sebaya saya. Anak lelaki seorang saja yang bongsu, jadi dia memang manja dengan saya.
Ads
“Ketika ayahnya meninggal dunia, dia baru berumur setahun. Tidak merasa lagi kasih sayang daripada ayah. Alhamdulillah, semua anak menghormati saya dan mereka panggil papa,” katanya.
Lima anak isterinya berusia antara 24, 20, 17, 14 dan sembilan tahun.
Perniagaan Jual Gas
Menurutnya, dia kini meneruskan perniagaan yang pernah diusahakan Allahyarham suami isterinya iaitu menjual gas.
“Menjual gas ini adalah perniagaan isteri. Selepas kematian suami, macam-macam perkara berlaku. Jadi, selepas berkahwin saya teruskan perniagaan ini. Saya sendiri buat kerja, bawa lori dan menaikkan semula perniagaan ini.
Ads
“Sebelum ini pun saya kerja kampung juga. Tidaklah senang. Kiranya, apabila bersama isteri kami sama-sama susah dan sama-sama senang. Hampir 24 jam saya bawa isteri bersama,” katanya.
Hantar Anak Pusat Tahfiz
Selain meneruskan perniagaan, Mohd Azmirullah yang berasal dari Pasir Puteh, Kelantan melaksanakan amanat Allahyarham untuk menghantar semua anak ke pusat tahfiz.
“Arwah pesan, semua anak-anak kena masuk tahfiz. Alhamdulillah, yang sulung dan nombor dua sudah tamat pengajian. Sekarang, yang ketiga dan keempat masih belajar.
“Sementara yang bongsu, Insya-Allah tahun depan. Anak sulung juga bakal berkahwin tahun depan,” katanya.
Ads
Terdahulu, kisah perkahwinan Mohd Azmirullah yang dikongsikan di TikTok menjadi tular hingga mencecah 1.7 juta tontonan.
Mingguan Wanita: Murni sungguh hasrat lelaki ini.Meskipun bukan atas dasar cinta, sebaliknya niat berkahwin untuk membantu ibu tunggal anak 5. Doakan baik-baik, semoga perkahwinan mereka berkekalan hingga ke akhir hayat.
Budak Perempuan 11 Tahun Meninggal, Sawan Dalam Bilik Air, Kepala Dalam Besen!. Sungguh menyayat hati apabila seorang kanak-kanak perempuan meninggal dunia selepas diserang sawan ketika berada dalam bilik air di rumah neneknya di Kampung Telok Wang Besar, Sungai Pasir dekat sini kelmarin.
Lebih tragis, dalam kejadian jam 12 tengah malam itu, mangsa Nur Arisa Qaisara Abdullah, 11, ditemukan ahli keluarga dalam keadaan tidak sedarkan diri dengan kepalanya berada dalam besen.
Tinggal Dengan Nenek
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata siasatan awal mendapati kanak-kanak terbabit tinggal bersama neneknya kerana mudah untuk dijaga berikutan kerap diserang sawan.
“Ibu kanak-kanak terbabit bekerja menyebabkan dia terpaksa meninggalkan mangsa untuk dijaga neneknya yang tinggal dalam kawasan kampung yang sama.
“Ketika kejadian, kanak-kanak itu memberitahu yang dia mahu membuang air besar namun neneknya yang curiga menolak pintu bilik air sebelum mendapati cucunya itu tidak sedarkan diri,” katanya dalam satu kenyataan.
Kepala Dalam Besen
Menurutnya, kepala kanak-kanak terbabit ketika itu berada dalam besen yang airnya hanya paras pergelangan tangan dan ibunya yang tiba menghubungi ambulans dan jiran untuk meminta bantuan.
“Pegawai perubatan yang tiba tidak lama kemudian mengesahkan kanak-kanak terbabit sudah meninggal dunia dan hasil pemeriksaan lanjut mendapati mangsa mempunyai rekod penyakit sawan sejak beberapa tahun lalu.
“Siasatan lanjut mendapati kanak-kanak itu perlu mengambil ubat sawan dua hari sekali setiap 12 jam,” katanya.
Kes Mati Mengejut
Zaidy berkata, tiada unsur jenayah ditemukan dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut.
Jenazah murid darjah lima Sekolah Kebangsaan Teluk Wang itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Teluk Wang, dekat sini hari ini.
Rezeki pengantin baru!. Itulah yang boleh digambarkan kejayaan aktres popular, Siti Saleha apabila penghargaan menerima Brand Personality Award 2025 anjuran BrandLaureate yang berlangsung di Swissotel, The Stamford, Singapura, semalam.
Pelakon berdarah kacukan Melayu-Inggeris itu berkongsi momen indah tersebut di laman Instagram miliknya sambil menitipkan penghargaan yang diterima adalah lambang kerja keras ditampilkan sepanjang bergelar anak seni.
“Dengan rendah diri saya amat bersyukur menerima pengiktirafan berprestij daripada BrandLaureate atas sumbangan saya sebagai pelakon Malaysia”-Siti Saleha.
“Anugerah ini bukan sekadar pencapaian peribadi, tetapi peringatan mengenai semangat, kerja keras dan sokongan daripada semua yang menjadi sebahagian daripada perjalanan saya,” ujarnya memetik perkongsian di Instagram miliknya.
Usai menerima penghargaan itu, Siti Saleha memasang azam mahu terus meningkatkan usaha dalam mengharumkan nama Malaysia di persada dunia.
“Terima kasih kerana menghargai usaha saya, anugerah ini sangat bermakna buat saya.Saya berharap dapat terus melangkaui batas, mewakili Malaysia ke tahap lebih tinggi dan terus memberi inspirasi melalui karya,” katanya yang kini muncul dalam drama Dia Imamku di Astro yang memegang watak sebaga Cempaka Humairah.
Bukan Anugerah Pertama
Untuk rekod Siti Saleha pernah meraih trofi Bintang Asia Terbaik, Anugerah Drama Antarabangsa Seoul 2024 menerusi lakonan hebatnya dalam drama SeOfis.Malah Siti Saleha juga pernah membawa pulang tiga trofi Pelakon TV Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) pada edisi 27, 33 dan 34.
Kunjungan ke Singapura kali ini lebih bermakna apabila aktres berusia 34 tahun ini ditemani oleh suami tersayang, Joshua Fitton. Pasangan ini sah bergelar suami isteri 14 Februari lalu di mana majlis pernikahan secara tertutup telah diadakan di Janda Baik, Pahang.
Balu abam bocey menang saman fitnah RM60K, Hidayah pesan pihak sana jangan lengah bayar. Lapan hari lalu, Mahkamah Tinggi menolak rayuan Ali Puteh untuk mengetepikan perintah Mahkamah Sesyen, 10 bulan lalu yang mengarahkannya membayar ganti rugi tersebut.
Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Ahmad Shahrir Mohd. Salleh turut memerintahkan perayu atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd. Ridzuan, 34, membayar kos RM5,000.
Dengan ini, pelawak Ali Puteh kekal diperintah membayar ganti rugi RM60,000 kepada kakak iparnya, Siti Nor Hidayah Mohd. Ali kerana memfitnah wanita itu dalam laman sosial Instagram, dua tahun lalu.
Lapan hari telah berlalu dan semalam menerusi perkongsian di instagramnya, hidayah_hamzah balu kepada abam Bocey, Norhidayah rasa syukur di atas kemenangan itu dan turut menulis agar pihak sana tidak melengah-lengahkan bayaran mengikut perintah mahkamah iaitu RM60,000 yang dimenanginya.
Alhamdulillah syukur pada Allah, keputusan rayuan saman fitnah Mahkamah telah diputuskan, juga telah memihak kepada Hidayah.
Semoga pihak di sana tidak melengah- lengahkan lagi segala urusan pembayaran mengikut perintah Mahkamah yang telah ditetapkan, semoga Dayah dan Hamzah boleh meneruskan kehidupan yg lebih baik dan sempurna selepas ini.
Aamin.. Terima kasih semua yang mendoakan Hidayah Dan Hamzah.
Siti pesan, Umairah jangan lupa mak ayah. Sebagai ibu saudara dan juga Biduanita Negara Datuk Seri Siti Nurhaliza memberi nasihat cukup bermakna buat penyanyi...