Banyak pula mesej kotak kita terima, antaranya “Semua suami beli, cubalah cari duit sendiri”. Amboi-amboi apa salahnya seorang diri menghabiskan duit suaminya sebab dalam duit atau rezeki suami ada hak isteri.
Apatah lagi tak bekerja dan berkorban semata-mata untuk suami dan anak-anak. Sudah tentu punca pendapatannya hanya pada suaminya seorang. 24 jam dia menghabiskan masa untuk uruskan keluarga tanpa gagal. Jadi tidak salah seorang isteri menggunakan duit suami untuk keperluan diri.
Jadi trending kan guna kotak untuk sampaikan mesej… Bila saya terbaca mesej di atas ni, terus saya fikir,
“Adakah isteri yang mengharapkan duit suami itu, isteri yang tak guna? Adakah menghabiskan duit suami itu, satu kesalahan? Berdosakah isteri sekiranya dia tidak menyumbang apa-apa dalam bentuk kewangan kepada si suami?”
Ads
Biasalah, bila kita di tempat tersebut, kita mampu untuk membeli sesuatu dengan usaha kita sendiri, terus kita “memandang rendah” pada mereka yang mengharapkan dan bergantung kepada DUIT SUAMI…
Mesej tu tak salah, tapi janganlah penyampaiannya seolah-olah MEMPERLEKEHKAN mereka yang tidak ada pendapatan…
Untuk pengetahuan kita semua, dalam duit suami, ada HAK ISTERI…antara 5 hak isteri dalam duit suami ialah, – Makan minum
– Tempat tinggal
– Pakaian
– Perubatan
– Duit belanja
Mereka Bukan Tin Kosong
Tidaklah menjadi satu kesalahan andai isteri menggunakan duit suami untuk beli barang dapur, beli kelengkapan rumah, beli baju, beli tudung, beli alat mekap, dan sebagainya… Dan tidak juga menjadi satu kesalahan jika setiap kali keluar makan, suami yang bayarkan…
Jangan anggap mereka yang menggunakan duit suami itu TIN KOSONG…
Ads
Ada suri rumah sepenuh masa yang ada Master, yang ada Ijazah… Ada suri rumah sepenuh masa yang dahulunya pensyarah, jurutera, arkitek, pegawai dan sebagainya… Ada suri rumah sepenuh masa yang dulunya gaji 6k, 5k, 4k… Ada suri rumah sepenuh masa yang dah travel merata di dalam negara dan di luar negara…
Dia tak kerja atau terpaksa berhenti kerja atas sebab tuntutan keluarga atau permintaan suami…Dia meletakkan perkara itu melebihi hal-hal duniawi… Dia mengutamakan kehendak dan kemahuan orang lain melebihi kehendak dan kemahuan sendiri…
Apa yang suami sediakan, dia pakai… Apa yang suami beli, dia makan…apa yang suami bagi, dia guna… Hidup seadanya ikut kemampuan suami… Tak mengeluh, tak merungut…
Balasan Atas Pengorbanan
Bukan biasa-biasa PENGORBANANNYA itu…
Ads
Tak hina jika menjadi seorang isteri yang hanya tahu menghabiskan duit suaminya… Tak rendah martabat dan harga diri seorang isteri yang mengharapkan duit suaminya… Itu adalah HAK seorang isteri ke atas duit suami dan dia menggunakan apa yg dia BERHAK…
Kalau hari ini awak di luar sana merupakan seorang wanita bekerjaya, yang ada pendapatan tetap, beribu-ribu setiap bulan awak dapat, maka jangan sesekali anggap atau pandang rendah pada mereka yang tidak berada di tempat anda…
Rezeki masing-masing tak sama… Awak lebih pada duit, dia yang tiada duit lebih pada masa dengan keluarga…
In the end, hanya mereka yang menghargai dan bersyukur dengan apa yang mereka ada itulah mereka yang bahagia dan gembira… Renung-renungkan…
Nota kaki : Selagi dia tak guna duit suami awak, maka biar je la eh…Suami dia ok saja isteri dia guna duit dia, awak jangan lebih sudu dari kuah pulak…️
MW: Wahai suami bertanggungjawablah kepada isteri anda dan hargailah mereka selagi ada. Jangan terlalu berkira dengan isteri terutamanya dari segi duit kerana dalam rezeki anda terdapat rezeki isteri yang telah banyak berkorban untuk anda selama ini.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Lumrah dalam perkahwinan ada pasang surutnya. Ada ketikanya perhubungan suami isteri yang dibina bertahun-tahun, kian menjadi hambar tanpa diketahui punca. Tiada lagi rasa cinta, suami menjauh, isteri bagaikan tiada lagi perasaan. Perkahwinan diteruskan hanya atas dasar rasa tanggungjawab pada anak-anak.
Penting suami isteri kena ada usaha, sama-sama zahirkan rasa sayang dan hormat, bukan hanya mengharapkan pasangan mulakan dulu. Niatkn untuk dapat redha Allah, Insya Allah nanti pasti akan didorongkan jalan untuk suami isteri saling berkasih sayang.Ada caranya untuk wujudkan rasa kasih dan sayang pada pasangan setiap hari.
Jemput baca perkongsian dan tip daripada Muhammad Hassan ini sebagai rujukan;
Bagaimana untuk rasa kasih dan sayang kepada pasangan setiap hari?
PERTAMA kena tanya diri:
Sudah berapa kali hari ini ucap saya sayang awak kerana Allah. I love you. I miss you. Sayang sayang abang. Abang sayang sayang. Jika belum buat, call atau wasap pasangan sekarang.
KEDUA:
Suami perlu zahirkan kasih sayang dengan kata-kata atau perbuatan. Bukan lagi disimpan dalam hati. Sayang isteri zahirkan. Sayang anak zahirkan. Peluk anak dan isteri setiap hari. Waktu makan suapkan makanan untuk isteri dan anak.
Setiap patah kata buatkan seseorang rasa disayangi,dihargai. Seorang isteri walaupun penat uruskan rumahtangga, dengan ucapan sayang dan terima kasih buatkan penat lelah mereka hilang.
Suami walaupun penat cari rezeki,tenang hati,lapang jiwa dengar isteri ucap terima kasih abang. Isteri peluk,cium tanpa diminta.
KETIGA:
Sama-sama uruskan rumahtangga. Suami isteri masak di dapur,suami isteri kemas rumah,suami isteri sidai baju. Suami isteri jaga anak,suami isteri belajar ilmu kelahiran,penyusuan,pemakanan sihat. Lakukan segalanya kerana rasa tanggungjawab.
KEEMPAT:
Jika ada salah faham. Duduk semeja berbincang. Bincang bukan mahu buat keputusan siapa salah,siapa menang. Bincang apa perlu kita buat,dari mana kita perlu mulakan,bagaimana supaya masalah sama tidak berulang.
Contoh: suami suka ngeteh sehingga larut malam. Ajak suami bincang dengan hikmah. Cerita kepada suami apa yang buatkan kita rasa tidak selesa jika suami setiap malam ngeteh. Suami dengar dengan baik,dengan penuh perhatian. Dan mulakan apa yang terbaik untuk keluarga ini.
KELIMA:
Suami isteri kena selalu ucap terima kasih. Ucapan terima kasih ini tanda satu penghargaan. Sayang terima kasih jaga anak kita,terima kasih sediakan makan minum,gosokkan baju untuk abang. Abang terima kasih susah payah mencari rezeki untuk kami,terima kasih jaga kami,terima kasih sediakan tempat tinggal,sediakan pakaian makan minum untuk kami.
Tuan puan. Hargai keluarga ini,sayangi keluarga ini,selamatkanlah keluarga ini dari huru hara padang mahsyar. ‘Peluk’ dan ‘ciumlah’ keluarga ini kerana Allah dan Rasul. Moga asbab kita bersama mereka disyurga nanti.
-EncikMatt-
#LelakiBurQa
#IsteriAnugerahTerhebat
MW: Ada benarnya.Suami isteri perlu belajar mencintai pasangan setiap hari. Agar perkahwinan yang dibina kekal mewangi dan hubungan bertambah erat.
Ajal, maut, jodoh semuanya ketentuan tuhan. Mengharapkan jodoh perkahwinan berpanjangan sampai ke syurga, rupanya badai gelora melanda di pertengahan jalan. Apabila tak lagi bersefahaman, tiada lagi rasa cinta dan pengabaian dalam tanggungjawab serta nafkah dalam rumahtangga, ada baiknya segera mengundur diri.
Namun demikian sebelum nekad melangkah ke fasa perceraian, ada baiknya bersiap sedia terlebih dahulu, dari segi emosi, fizikal, ekonomi dan sebagainya. Apatah lagi jika sebelum ini hanya bergantung sepenuhnya pada suami dalam mengemudi rumahtangga.
Baca dan hadam betul-betul perkongsian daripada Kaunselor Keluarga, Puan Normaliza Mahadi ini.
“Apa nak buat jika tiada pekerjaan dan bakal diceraikan. Anak ada 5 orang. Simpanan zero. Rumah sewa. Kenderaan hanya ada sebuah motor. Semua 3 sekolah rendah. 2 belum sekolah. Selama ini bergantung dengan suami 100%.”
“Alasan suami mahu ceraikan kerana isteri tidak mahu dimadukan. Dan isteri tahu suami tak mampu dari segi kewangan, keadilan dan juga suami tiada perancangan masa depan cara untuk menafkahi 2 keluarga.”
Pastikan diri tidak hamil lagi. Kena jaga diri sendiri. Janganlah nak tambah anak kononnya akan mengikat hubungan suami isteri. Dah ada 5 dah pun. Tak terikat jugak. Kalau tambah 1 lagi sudah tentu tak ada perubahan pun.
2. Kira Jumlah Wang Diperlukan Selepas Bercerai
Buat kira-kira terperinci berapa yang diperlukan untuk meneruskan hidup jika bercerai. Terperinci. Tuliskan satu-satu. Nak tahu berapa jumlah wang yang diperlukan. Mesti tahu.
3. Cari Pendapatan Ikut Minat Di Sukai
Mulakan research untuk mencari jalan mendapat pendapatan. Jalan yang disukai. Bukan sebab orang lain berjaya! Contohnya ada orang suka jual buku. Ada suka masak. Ada yang suka buat perkhidmatan macam kemas rumah orang. Apa-apa ajelah, asalkan disukai. Kenapa kena cari cara yang disukai, sebab motivasi benda yang kita suka buat adalah tinggi.
4. Simpan Duit, Jual Barang Tak Digunakan
Mulakan misi menyimpan duit walau pun sepuluh sen. Kemas rumah. Jika ada barang yang masih elok tetapi tidak digunakan, sila jual. Duit tu simpan.
5. Cari Mentor Online
Mulakan misi mencari mentor online untuk mendapat kekuatan, maklumat, cara bangkit yang betul dan sebagainya. Ambil tahu juga tentang cara terbaik untuk membantu anak-anak melalui fasa yang sukar ini.
6. Ketahui Jenis Penceraian
Cari maklumat tentang jenis penceraian. Sebab penceraian ada banyak jenis. Jadi menambah maklumat adalah penting. Jika pandai bukak FB, maka tahulah cara nak cari maklumat ini.
7. Berdoa Dan Usaha
Berdoalah kepada Allah. Pergantungan 100 % juga hanyalah kepada Allah. Tapi usaha kena ada. Usaha sendiri. Menangis lama-lama pun orang bukan nak tolong.
8. Lakukan Persediaan
Jika penceraian berlaku, InsyaAllah dah ada serba sedikit persediaan. Jika Allah tak izinkan, sekurangnya telah cerdik.
9. Ramai isteri minta cerai atas pelbagai cara tetapi tiada langsung persediaan. Hanya sibuk meluah perasaan.
by NM
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat dijadikan rujukan buat wanita yang sedang berada di dalam fasa ini. Bukan menggalakkan perceraian daripada terus berlaku, namun jika telah tiada persefahaman sering bertelingkah dan memendam luka dengan pasangan, ini adalah jalan yang terbaik. Paling penting telah melakukan persediaan jika berlakunya perceraian.
Tak mudah sebenarnya buat seorang ibu yang ada anak kecil dalam masa yang sama perlu membawa anak istimewa. Ibu ini, Nur Ita Jusnita berkongsi pengalaman beliau membawa anak-anaknya yang kecil ke kedai makan. Dan salah seorang daripadanya adalah autistik kategori hiperaktif.
Puan Ita juga banyak berkongsi pengalaman membesarkan anak-anak termasuklah anak autistiknya di facebooknya. Beliau turut mencatatkan bagaimana mengesan anaknya, Fateh yang menunjukkan ciri-ciri autisme. Panduan membawa anak kecilnya makan di kedai makan ini juga ditunjukkan dengan panduan bergambar.
12 Tip Membawa Anak Autistik Dan Anak Kecil Makan Di Kedai Makan
1. Mula mengajar anak mengenai table manner dari rumah dan sekolah.
2. Ajar anak untuk menunggu.
3. Jangan pergi ketika lapar (bagi ibu bapa). Jika kalian lapar, tahap kesabaran sangat rendah dan tidak boleh fokus untuk mengajar anak.
4. Mulakan dengan menu yang ringkas. Saya dan suami mula mengajar Fateh duduk makan di kedai hanya dengan memesan secawan aiskrim. Aiskrim-milo ais- dan kini nasi lemak. Heh.
5. Cari kedai yang tiptop servisnya.
6. Consider untuk memilih kedai yang sensory-friendly eg tidak crowded, tidak bising (TV/radio/live band), berhawa-dingin, pencahayaan yang baik, susun atur yang selesa supaya anak tidak meltdown dan sekiranya anak berlari, tidaklah hingga terlanggar perabot dan peralatan kedai
7. Bawa anak ketika mereka lapar dan penat. Saya dan suami prefer membawa mereka setelah penat bermain dan membuat aktiviti fizikal.
8. Pilih kedai yang menyajikan menu kegemaran anak sebagai motivasi. Syukur menu anak-anak tidak sukar dicari. Nasi lemak dan milo ais. Settle.
9. Beri peluang kepada anak makan secara berdikari. Tumpah? Lambat? Tidak mengapa. Itu sebahagian dari proses pembelajaran.
10. Take turn. Makan secara bergilir-gilir dengan pasangan supaya salah seorang akan sentiasa berada di dalam mode standby sekiranya anak tiba-tiba bangun dan berlari.
11. Pilih kedudukan meja dan susunan tempat duduk ahli keluarga yang sesuai. Saya prefer memilih meja di tepi dinding supaya boleh mengepung anak-anak.
12. Standby table activity untuk mengelakkan anak-anak bosan dan mungkin pesanan lewat tiba.
Tips ini bukanlah tips sangat. Sekadar perkongsian pengalaman, pemerhatian dan sesi try-and-error kami membawa anak-anak terutamanya Fateh, anak autistik kami yang hyperactive.
Pengalaman Ibu Ini Juga Dikongsikan Dalam Bentuk Gambar
Peringkat permulaan, kami mengajar Fateh untuk makan aiskrim di tepi jalan sahaja selepas penat berjogging.
Selepas melihat Fateh boleh duduk diam sambil makan aiskrim di tepi jalan, kami upgrade ke kedai pula. Menu masih sama, aiskrim SAHAJA.
Haiiiiish..Laju sahaja tangan mak-mak nak take over sudu bila nampak seperti nak tumpah kan? Sabar….Hahaha.
Ini antara kedai kegemaran kami. 1. Tidak sesak 2. Terletak di bawah indoor playground. Lepas anak penat main, kami singgah minum 3. Menyediakan menu kegemaran anak-anak 4. Servisnya cepat 5. Tidak bising
Kedudukan meja dan tempat duduk juga perlukan strategi. Supaya anak-anak sukar untuk escape.
Menu kegemaran Fateh. Nasi lemak (dengan sambal) dan air milo.
Table activity. Conteng-conteng sahaja.
Sumber/Foto : Facebook Ita Jusnita
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Seorang isteri tidak seharusnya menanggung derita dalam diam. Kasih dan cinta sejati tidak pernah menyakitkan, ia sepatutnya membahagiakan. Jika luka dan tangisan menjadi teman...