Penting bagi isteri ada ‘Me Time’ nya sendiri. Waktu untuk dia melakukan apa sahaja perkara yang disukai secara bersendirian.’Me Time’ bagi isteri luas konsepnya. Namun para suami perlu tahu bahawa ‘Me Time’ yang paling terbaik buat isteri, biarlah dia ada ‘quality time’, saat berharga untuk dia bersama tuhannya. Berikanlah ruang itu sebaiknya.
Jemput renungkan perkongsian catatan daripada Muhammad Yusof ini;
Hari tu aku solat Subuh dekat sebuah masjid. Aku ada kursus luar sebenarnya, hari tu.
Habis-habis solat aku duduk kejap kat kerusi depan pintu keluar masjid sambil main henset. Habis semua jemaah keluar, ada sorang pak cik keluar lepas tu dia duduk sebelah aku. Dia tegur aku, bagi salam dan mungkin pak cik ni jenis mesra alam then cepat je kami bersembang walaupun baru jumpa pagi tu. Tak jadi aku nak masuk kereta sebab layan dia sembang.
Ada jemaah yang keluar tegur pak cik ni ‘Assalamualaikum cikgu..’.Aku tanya-tanya, rupanya dia cikgu tapi dia dah beberapa tahun pencen.
Pasangan Ahli Syurga
Tengah-tengah sembang, dia tengok jam. Tiba-tiba dia bangun dan pergi kat pintu keluar masjid. Aku tengok dia pusingkan sepasang selipar. Pelik juga aku. Lepas tu dia datang balik kat aku.
Aku yang naif ni terus la tanya dia ‘Kenapa dengan selipar tu pak cik?’.
Dia jawab ‘Oh tu selipar isteri pak cik. Pak cik pusingkan supaya dia mudah nak pakai selipar tu tak payah dia nak pusing-pusing, terus je sarung..’
Aku rasa dah agak lama juga aku dengan pak cik ni duduk berbual tapi isteri dia tak keluar-keluar lagi.
Ads
So aku pun saje la tanya dia ‘Lama jugak ye isteri pak cik solat?’
Jawapan pak cik ni buat aku terkesan.
“Biasa la dik. Pak cik memang suruh dia lama sikit duduk masjid ni. Habiskan wirid dulu, habiskan baca surah al-Waqiah dulu, lepas tu nak sambung baca Al-Quran ke, zikir ke, takpe, bacalah pak cik bagitau kat dia. Setiap hari lepas pak cik siap-siap semua, pak cik biasa tunggu dia kat sini..”
Allahu. Aku rasa pak cik dan mak cik ni adalah pasangan ahli Syurga yang Tuhan nak aku belajar daripada dorang pagi-pagi ni.
Ads
‘Me Time’ Isteri
Aku selalu terfikir bahawa ‘me time’ isteri ni ialah kita just bagi duit then biar isteri keluar jalan-jalan, shopping ataupun bawak dia pergi urut. Jadi dengan buat benda-benda ni kita rasa isteri kita dah cukup dah release segala tension dorang, tapi sebenarnya aku tersilap.
‘Me time’ yang terbaik ialah biar isteri ada ‘quality time’ dengan Tuhan dia. Bila yang paling utama ni dah settle, InsyaAllah Allah akan permudahkan untuk membuka segala pintu kebahagiaan, pintu rezeki, pintu kesihatan nak jaga keluarga, yang selama ini kita nak kecapi sebagai pasangan suami dan isteri.
Kadang-kadang suamikan, bila isteri keluar lambat solat kat rnr atau stesyen minyak mulalah suami nak buat muka, siap marah ‘kenapa lama sangat!’ padahal time solatlah si isteri nak rilek-rilek kejap, tunggu giliran dapat telekung dan masa itulah si isteri nak dapat ‘quality time’ dengan Tuhan dia.
Ingat suami, bagilah ruang dan peluang untuk dorang dapat ‘masa berharga’ ni. Bukan sekadar ‘masa berharga’ nak jaga suami atau anak je.
Bahagiakan Pasangan
Lepas tu, aku tengok isteri pak cik tu berjalan ke arah kami berdua. Nampak nur melimpah muka bersih jernih mak cik tu, sejernih muka suaminya.
Pak cik tadi bila nampak isterinya terus bagitau aku nak mintak diri dulu pergi sarapan kat kedai dekat-dekat situ.
Ads
Allah, Allah.
Pagi itu Allah ajar aku dan aku rasa aku kena kongsi cerita ini dengan korang semua.Semoga kita jadi pasangan yang membahagiakan pasangan masing-masing, dunia dan akhirat.
‘Ya Allah ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati(kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa..’
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Memang ada benarnya, sebaik-baik ‘Me Time’ buat isteri, berilah dia ruang meluangkan masa berharga bersama tuhannya. Ia mampu menjadi penenang emosi yang terbaik.Ketika itu, segala rintihan, kepenatan, doa dan pengharapan diluahkan pada yang Maha Esa. Membuka segala pintu kebahagiaan, pintu rezeki, pintu kesihatan buat keluarga.
Sebenarnya yang susah nak terima menantu dalam hidupnya itu sebab apa? Tak kasihan ke tengok anak sendiri berbelah bagi nak jaga kedua-dua hati. Kedua-dua penting, satu orang yang lahirkannya dan satu lagi orang yang lahirkan zuriatnya.
Sungguh, yang melalui situasi ini pasti pening kepala nak selesaikan dan rapatkan hubungan keluarga. Nak-nak pula aad yang jadi batu api.
Nauzubillah…
Lagi berat hati bila jadi kes macam saudara FirdausShakirin kongsikan ini, sedih.
“Mak, isteri saya tu, mungkin bukan seperti yang mak impikan, yang mak bayangkan, yang mak harapkan, tapi dia pilihan saya.”
“Saya terima baik buruk dia, kekurangan, kelemahan dia seadanya dirinya dan saya harap, mak pun sama, dapat terima.”
Kenapa Mertua Tak Dapat Terima Menantu
Entah kenapa, masih ada segelintir mertua yang tak dapat menerima siapa menantunya seadanya diri menantunya itu walhal menantunya itu adalah seseorang yang merupakan pilihan anaknya sendiri. Buah hati anaknya…cinta anaknya.
“Kenapa bini kau bangun lambat?” semalam anak buat perangai mak, dia tak boleh tidur.”
“Kenapa bini kau balik keje lewat?” Dia ada meeting mak, pastu jem, sebab tu dia lewat sampai.”
“Kenapa bini kau duduk dalam bilik” dia menyusu anak mak, tak kan nak menyusu kat ruang tamu, abang nampak nanti.”
Kenapa…, kenapa…, kenapa…
Banyak perkara yang mertua boleh persoalkan semata-mata untuk mencari kesalahan si menantu. Kadang-kadang ada yang sengaja menyalahkan menantu atas sebab-sebab yan-buat untuk menampakkan buruk si menantu, untuk membuatkan anaknya meninggalkan menantunya itu atas alasan, dia tak suka menantu itu, dia tak sebulu dengan menantu itu, dia tak expect yang dia akan dapat menantu macam tu.
Expectation dia lebih tinggi…
Tolong terima menantu anda seadanya dirinya, itu pilihan anak anda dan bukannya anda. Anak anda yang bakal berkongsi hidup dengannya, dan bukannya anda.
Tolong jangan membebankan mental, emosi dan perasaan menantu hanya disebabkan DIA BUKAN PILIHAN ANDA.
Setiap mak ayah mendambakan anak bijak dan berjaya.Tipulah kalau mak ayah tak nak semua ini. Dah tentu mereka sangat mengharapkan kejayaan anak-anak.
Namun, jangan ingat anak bijak lahir dari mak ayah yang pandai. Bagaimana pula dengan mak ayah yang biasa-biasa saja.
Jangan terus merendah diri dan putus asa untuk mendapatkan anak bijak. Semua ini boleh berlaku dengan izinNya.
Inilah yang dikongsikan oleh Pengiran M. Nizam Rahman tentang kakaknya yang mempunyai anak bijak dan berjaya dalam akademik. Walaupun kakaknya biasa saja tapi ada amalan rahsia yang selalu diamalkan untuk anak-anaknya.
Aku ada seorang kakak. Kakak aku ni biasa-biasa je tapi Alhamdulillah anak-anak dia bijak bijak. Selalu terima anugerah kat sekolah.
Pagi tadi dia reveal satu petua. Sangat simple. Cuma tinggal rajin ke tak rajin je nak buat. Kau malas memang tak ke mana laa.
Caranya:
Setiap pagi baca ayat ke 82 surah Yaasiiin. “INNAMA AMRUHU IZA ARA DA SHAI AN AYYAQUULALAHU KUN FAYA KUUUN”
Ni aku galakkan kau baca yang jawi ye. Supaya sebutan tak lari.
Bila sampai part “KUN” (berhenti sekejap dan niatkan dalam hati kau apa sahaja hajat kau untuk anak kau. Nak cerdik ke nak pandai ke nak apa sahaja). Kemudian baru sambung “FAYA KUUN”.
Lepas tu kau tiup la atas ubun-ubun anak kau. Buat setiap pagi. Insya Allah.
Mingguan Wanita : Mudah-mudahan dengan usaha ini mampu melahirkan anak yang berjaya dan bijak. Insya Allah..aamiin.
Bukan apa.. tak bagus bila mak paksa diri buat semua kerja tanpa rehat. Bila penat sangat, rehat. Iya.. berehatlah mak-mak. Jangan paksa diri. Bimbang bila badan dah beri amaran ‘tak larat’ tapi mak tetap paksa diri, akhirnya mak tumbang.
Seharusnya mak kena tahu macam mana nak reward diri sendiri yang penat itu. Tak perlu nak keluar modal atau sampai lupa tanggungjawab pun. Simple saja panduan yang dikongsikan Rosmarlina Binti Abd Ghani ini.
Hadamkan kemas-kemas ya!
Gambar ramen sebagai hiasan sahaja, sebab spicy chicken ramen tu adalah makanan kegemaran Ros.
Hargailah Diri Sendiri Dan Rewards Diri Dengan Makanan Sedap-sedap
Pernah dengar tak ayat kat bawah ni bila naik flight.
“Put your oxygen mask on first before helping others or your children.”
So maknanya pentingkanlah kebajikan diri sendiri dahulu supaya dapat jaga insan tersayang di bawah jagaan kita.
Tugas dan kerja jaga hal ehwal dalam rumah, jaga makan minum suami serta anak-anak adalah tugas yang berterusan tanpa cuti dan perlu ada pengurusan masa yg betul supaya tidak berada dalam sebarang tekanan.
Ambil masa sedikit untuk diri sendiri, contohnya bila anak-anak dah pergi ke sekolah dan suami telah ke pejabat duduk rehat sekejap atas sofa sambil layan rancangan kegemaran, ambil aiskrim ke coklat ke Kek ke, dan makanlah dengan tenang.
Anak-anak Rosmarlina.
Sebab Mak Ini Walau Sakit Kena Gagah Juga Urus Keluarga
Masa ni jangan fikir orang lain dah, hadiahkan diri sendiri dengan makan makanan kegemaran kita sebagai rewards dah bertungkus lumus bangun pagi siapkan semua untuk anak-anak.
Kemudian plan pergi makan makanan kegemaran di luar, biar hepi dan sebagai rewards juga untuk diri sendiri, buat sebagai satu refreshment supaya lebih bersemangat lepas tu.
Selain tu sayangilah kesihatan diri sendiri, lakukan senaman ringan supaya kekal sihat yang ni sangat penting sebab sebagai mak kita walaupun sakit kena juga gagah uruskan keluarga.
Penat Itu Pasti, Rehat.. Fikirkan Juga Diri Sendiri
Kalau mak yg ada anak kecik tu, kalau anak tidur tu, ikut tidur kejap, tak perlu lama, 10 minit ke 15 minit pun takpa, janji rehat kejap.
Sesekali keluarlah bersama kawan-kawan supaya ada juga komunikasi dengan orang luar.
Buat lah aktiviti kegemaran juga contoh berkebun atau memasak, membaca novel atau keluar bersiar-siar menghirup udara luar.
PENAT tu pasti ada, namun kena fikirkan diri sendiri, janji pada diri supaya kena ada juga masa rehat, takut nnt badan hantar signal (jatuh sakit) sebab dah sampai limit.
Sekadar coretan dari mak anak 5
MW : Ingat ya mak-mak, kena pandai cari masa untuk reward diri.. agar lebih kuat untuk jaga anak-anak dan keluarga.
Zahnita nekad bercerai, suami tiada usaha memujuk. Seperti yang diketahui umum pergolakan rumah tangga di antara bekas supermodel dan pelakon Zahnita dan suaminya, Abdul...