Ads

Asam Keping Hitam Atau Perang? Ini Perbezaan & Cara Pilih Yang Lebih Sedap Untuk Masakan

asam keping

Bagi yang gemar memasak, asam keping merupakan antara bahan asas yang sering digunakan untuk memberikan rasa masam semula jadi dalam pelbagai jenis hidangan seperti asam pedas, singgang, gulai dan masak lemak.

Namun, sejak kebelakangan ini ramai mula keliru apabila melihat terdapat dua jenis asam keping yang dijual di pasaran, iaitu berwarna hitam dan perang.

Ada yang beranggapan asam keping hitam ialah asam lama, manakala yang berwarna perang pula dianggap lebih baharu. Persoalannya, benarkah tanggapan tersebut dan yang mana satu sebenarnya lebih sedap digunakan dalam masakan?

Berdasarkan perkongsian daripada Facebook Masakan Terengganu yang turut menghasilkan sendiri asam keping, kedua-dua jenis ini mempunyai perbezaan yang tersendiri.

Asam keping hitam lebih berkualiti?

Asam Keping Hitam Atau Perang? Ini Perbezaan & Cara Pilih Yang Lebih Sedap Untuk Masakan

Menurut perkongsian tersebut, asam keping berwarna hitam dihasilkan daripada buah asam gelugur yang telah matang dan masak sepenuhnya di pokok.

Disebabkan buahnya lebih matang, hasil yang diperoleh juga mempunyai mutu yang lebih tinggi.

Selain itu, asam keping hitam tidak mudah hancur ketika dimasak walaupun direbus dalam tempoh yang lama.

Rasa masamnya juga lebih seimbang dan tidak meninggalkan rasa pahit pada masakan.

Ads

Selepas diproses, asam keping ini dijemur sehingga benar-benar kering menyebabkan teksturnya lebih ringan dan tahan lama.

Ramai menyangka warna hitam itu berlaku kerana ia telah lama disimpan.

Hakikatnya, warna tersebut terhasil daripada buah yang benar-benar matang sebelum diproses.

Asam keping perang pula daripada buah muda

Asam Keping Hitam Atau Perang? Ini Perbezaan & Cara Pilih Yang Lebih Sedap Untuk Masakan

Berbeza dengan jenis hitam, asam keping berwarna perang dihasilkan daripada buah yang masih muda.

Oleh sebab itu, teksturnya lebih tebal dan masih mempunyai sedikit kelembapan.

Ads

Apabila dimasukkan ke dalam masakan, asam keping jenis ini lebih mudah hancur berbanding asam keping hitam.

Walaupun masih memberikan rasa masam, teksturnya yang lembut menyebabkan ia kurang tahan jika dimasak dalam tempoh yang lama.

Disebabkan warnanya yang lebih cerah, ramai pula menyangka ia merupakan asam keping yang lebih baharu.

Sebenarnya, warna perang bukan menunjukkan tempoh penyimpanan, sebaliknya bergantung kepada tahap kematangan buah ketika diproses.

Mana satu lebih sedap?

Jika ditanya jenis asam keping yang lebih sedap, jawapannya bergantung kepada cita rasa masing-masing.

Ads

Namun, berdasarkan pengalaman pengusaha sendiri, asam keping hitam sering menjadi pilihan kerana rasanya lebih enak, tidak pahit serta mempunyai kualiti yang lebih baik.

Anda mungkin berminat dengan

Ia juga lebih tahan ketika dimasak dan tidak mudah hancur walaupun digunakan dalam masakan yang memerlukan tempoh memasak lebih lama.

Walau bagaimanapun, asam keping perang masih sesuai digunakan terutama jika anda mahukan rasa masam yang lebih ringan atau menggunakannya dalam hidangan yang dimasak seketika.

Tip memilih asam keping yang berkualiti

Selain melihat warna, pengguna juga disarankan memeriksa keadaan fizikalnya sebelum membeli.

Pilih asam keping yang kering sepenuhnya, tidak berkulat dan tidak mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.

Simpan di dalam bekas kedap udara selepas dibuka bagi memastikan kualitinya kekal baik dan tahan lebih lama.

Memahami perbezaan kedua-dua jenis asam keping ini dapat membantu anda membuat pilihan yang lebih tepat mengikut jenis masakan dan cita rasa keluarga.

Jadi selepas ini, anda tidak lagi perlu keliru apabila melihat asam keping hitam dan perang dijual di pasaran kerana setiap satunya mempunyai kelebihan tersendiri.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Lain

abby abadi

Abby Abadi Mohon Doa Terus Sihat & Murah Rezeki, “Dunia Kejam...

Abby Abadi memohon doa agar terus dikurniakan kesihatan yang baik, kekuatan iman dan rezeki yang melimpah. Dalam masa sama, luahannya mengenai "dunia kejam pada orang miskin" mengundang perhatian ramai.