Alhamdulillah, berita gembira di pagi jumaat, pelakon drama bersiri ‘Hati Perempuan’, Mia Ahmad selamat melahirkan bayi lelaki pukul 11.15 pagi di sebuah pusat perubatan di Johor Bahru.
Berita gembira ini dikongsi oleh suaminya yang juga penjaga gol pasukan Johor Darul Takzim (JDT) iaitu Izham Tarmizi di laman Instagram miliknya, sebentar tadi.
“Syukur Alhamdullillah, isteri saya selamat melahirkan anak sulung kami tadi.
“Alhamdulillah dan terima kasih kepada yang mendoakan. It’s a boy,” tulisnya di laman tersebut.
Ads
Rata-rata pengikut mengucapkan tahniah kepada pasangan ini atas kelahiran cahaya mata ini serta mendoakan agar ibu dan bayi sihat selepas bersalin.
mukminahmuhamadAlhamdulilah tahniah izahm & mia atas kelahiran anak sulung nya semoga dia menjadi anak yang soleh taat kepada ibu bapa dan agama. sekali lagi, tahniah kami ucapkan semoga mia cepat sihat dan semoga mejadi ibu yang terbaik untuk anak dan keluarga kami semua happy dengar mia dah selama bersalin semoga cepat sihat dan sentiasa dalam lindungan Allah swt amin.
Ads
Fiezah Osman Tahniah… Alhamdulillah lahirnya seorang putera di hari yang cukup mulia ini. Semoga menjadi anak yang soleh penyejuk mata ibu dan ayah.
Hasiah MohammedAlhamdulillah, Syukran. Mia selamat melahirkan bayi lelaki di hari Jumaat yang barakah.
AfiezahSemoga baby membesar menjadi anak kebanggaan mummy dan daddy serta membesar menjadi anak soleh.
Ads
aziza.hashim11Alhamdulillah…Tahniah Izham dan Mia, semoga ibu dan baby sihat.
Mia atau nama sebenar Shamiha Ahmad Baderi, 30, dan Izham, 27, berkahwin pada 13 Januari 2017 di Taiping, Perak.
Mingguan Wanita mengucapkan tahniah buat Mia Ahmad dan suami, atas kelahiran cahaya mata ini. Semoga ibu dan bayi sentiasa dalam keadaan sihat serta bertambah dimurahkan rezeki dengan kelahiran anak ini.
Anak disleksia amat sensitif. Jika dimarah, mereka akan menunjukkan sikap negatif dan menjadi nakal. Tetapi ini bukan bermakna anak disleksia ini tidak ada masa depan.
Dan juga antara soalan yang ditembak kepada Pengarah Akedemi Genius World Solution, Puan Ainizal Abdul Latif, jemput renungkan…
“Puan, masih adakah harapan untuk anak disleksia saya di masa depan..?”
Selain bergelumang dengan anak-anak autisme, hidup saya juga dikelilingi dengan anak-anak yang di diagnos dengan isu disleksia, disgrafia, diskalkulia dan dispraksia.
Gambar ini merupakan pelajar disleksia yang agak lama belajar dengan saya. Lebih kurang 3 tahun lebih. Pada awalnya, ibu bapanya tidak dapat mengenal pasti isunya, sehinggalah saya lihat banyak ciri disleksia yang ada padanya dan saya minta mereka dapatkan pengesahan dari doktor.
Kondisi disleksia nya tidaklah begitu kritikal, tapi perlu dibantu. Hari pertama saya mengajarnya, dia sudah boleh menulis tetapi tulisannya agak buruk, huruf besar dan kecil bercampur, perkataan bersambung tanpa jarak, ejaan sering salah walaupun hanya menyalin dan tidak tahu membina ayat.
Dia juga mempunyai isu-isu lain seperti sukar memahami soalan yang panjang, tidak matang dalam komunikasi serta cepat penat dan bosan apabila melakukan latihan serta aktiviti yang berkaitan pembelajaran.
Tahun ini dia bakal menduduki UPSR. Alhamdulillah hari ini dia bukan sahaja dia sudah mampu membina ayat, malah sudah mampu menulis karangan. Sudah pandai berborak dan mempunyai idea yang semakin berkembang berbanding sebelum ini.
Semuanya atas izin Allah. Namun, asbab kepada nya ialah PENGULANGAN, SABAR dan DOA. Selain itu, mereka perlukan PERHATIAN dan PENDEKATAN yang bersesuaian dengan cabaran mereka. Inilah kunci untuk mengajar anak-anak disleksia.
Saya lihat dari pengalaman saya sendiri, ramai anak-anak disleksia yang dapat di ubah keadaannya apabila mendapat bantuan yang betul. Cuma, apabila ramai ibu bapa yang bertanya,
“Pada umur berapa yang kita dapat lihat anak ini betul-betul nampak perubahannya?”
“Saya tiada jawapan spesifik. Hanya Allah yang tahu masa dan saatnya. Cepat atau lambat ia sangat bergantung kepada izin Allah, dan kunci yang saya sebutkan tadi. Pengulangan, perhatian, pendekatan yang betul, sabar dan doa.
Tapi antara semua kunci tersebut, KESABARAN adalah perkara pokok yang menjadi tunjang berfungsinya kunci-kunci yang lain untuk membuka jalan.
Tanpa SABAR, tak mungkin kita mampu mengulang pembelajaran yang sama berulangkali, tak mungkin dapat memberi perhatian 200%, tak mungkin berusaha mencari pendekatan yang sesuai, dan tak mungkin mampu terus berdoa lagi dan lagi kepada Allah yang mengizinkan perubahan itu terjadi.”
Sabar itu bukan sekadar ungkapan, sebaliknya perlu dilalui dengan proses yang berterusan. Orang yang mempunyai kesabaran yang tinggi mampu menghadapi apa sahaja ujian dan rintangan.
Jadi, ibu bapa yang dikurniakan anak-anak yang bercabaran dengan disleksia, mungkin ada sesuatu ganjaran yang Allah mahu berikan kepada kita, asbab dari kesabaran kita mendidik mereka.
Namun jika kesabaran sudah kuat ditunjangkan, hanya perubahan yang sangat minimal anak-anak mampu tunjukkan, belajarlah pula untuk REDHA dan berlapang dada untuk mengelakkan kita tertekan.
Yang menjadikan kita tertekan, kadangkala kerana kerana kita terlalu mengikut piawaian yang di cipta manusia. Anak yang berguna itu ialah anak yang bijak serba serbinya. Sedang menurut piawaian Allah, anak yang berguna itu ialah yang mampu mengangkat doa ketika jasad kita sudah terpisah dari nyawa.
Yang penting, persiapkan akhirat mereka dan akhirat kita melalui mereka. Pastikan mereka mampu menguasai 3M ( membaca, mengira, dan menulis) sebaiknya. Kemudian, lihat kelebihan lain mereka bukan hanya sisi akademiknya sahaja.
Tugas kita berusaha, nilai akhirnya Allah punya kuasa. Kerana pahala dikira bukan daripada hasil, sebaliknya dari bagaimana proses itu kita lalui nya. Jika di rezekikan mereka dapat berubah, ransang mereka sebaiknya.
Namun jika tidak, beri motivasi kepada mereka, kejayaan bukan melalui akademik sahaja. Allah memberi rezeki dari pelbagai sumber dan cara.
Janganlah di risau masa depan rezeki mereka. Yakinlah setiap dari kita sudah di tentukan rezekinya oleh Allah. Yang perlu kita risaukan cukup sabarkah kita memikul amanah yang Allah sudah tentukan untuk kita, jangan gadaikan pahala dengan dosa hanya kerana kurang bersyukur nya kita.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Zaman teknologi ni, jadi kebiasaan mak ayah belikan hand phone untuk kegunaan anak-anak. Anak-anak pula bila dah ralit memang payah nak ‘dipisahkan’ dengan hand phone, sampai sanggup ‘mengamuk’ dan bertindak agresif. Bila berlaku keadaan ini, ramai mak ayah selalunya mengalah dengan anak dan menurutkan permintaan mereka. Perkara ini merupakan satu kesilapan dan perlu diperbetulkan.
Sebenarnya ada cara tertentu yang mak ayah boleh lakukan bagi mengatasi perkara ini.
“Assalam Dr. Anak saya darjah 4. Hand phone nak pakai tapi syarat tak nak ikut.. bila ibu bapa bertindak anak jadi agresif contohnya mengamuk dan sebagainya. Boleh kongsi bagaimana nak atasi semua ni”(ZMN)
Anda membuat KESILAPAN PERTAMA kerana memberi HP pada anak di usia yang terlalu awal. Kalau pada Tahun 4 sudah terlekat dengan HP, mungkin anda menjinakkan dengan Hp ketika Darjah 3 atau lebih awal.
Tolong jangan membuat KESILAPAN KEDUA dengan mengalah pada tuntutannya semata-mata kerana ia bertindak agresif. Jika itu berlaku dia akan mentafsir “bila aku bertindak agresif,apa yang aku mahu dari ibu ayah aku, aku dapat”
Kelak anda akan membuat KESILAPAN KETIGA kerana membiar anak membesar dengan satu sangkaan atau persepsi bahawa “dalam hidup ini, bila aku bertindak agresif,apa yang aku mahu, aku dapat”. Ia mungkin betul dengan mak dan ayahnya (yang takut bertindak), tetapi satu kesilapan besar dengan orang lain. Bermacam-macam masalah akan dihadapinya di sekolah, dengan kawan dan dengan masyarakat dengan fahaman tersebut.
Anda akan TERUS MEMBUAT KESILAPAN apabila apa saja yang dituntut dia kena dapat. Sekarang minta nak main dengan HP, esok nak beli game canggih, kemudian nak basikal lajak, bila masuk sekolah menengah nak motorsikal, setelah setahun dua bermotorsikal nak modify motorsikal, nak merempit, nak girlfriend (andaian anak tadi lelaki … ), nak keluar malam … nak macam-macam yang semuanya TERPAKSA ditunaikan kerana ibu dan ayahnya TAKUT ANAK BERTINDAK AGRESIF.
Kalau anak ini anak sulong, anda sedang menyemai satu per satu pelbagai masalah besar di masa akan datang kerana nanti tiba giliran adiknya pula yang akan membuat tuntutan yang sama !
Lama lagi anda biar sikap dan tingkah laku ini berterusan lagi sukar anda mahu tanganinya. Bertindak sekarang juga. Kata orang putih PUT A BRAKE !
APA TINDAKANNYA ?
PERTAMA (Buat Syarat Yang Mesti Dipatuhi)
Anda mesti berbincang dengan suami perkara ini dan buat kata putus apa syarat-syarat yang mesti dipatuhi jika anak mahu guna HP.
KEDUA (Bersemuka Dengan Anak)
Panggil bersemuka dengan anak. Anda dan suami mesti sama-sama menerangkan syarat gunapakai HP berkenaan.
KETIGA (Jangan Mengalah)
Anda dan suami kena bertahan. Istiqamah. Konsisten. Jangan mengalah. Ya, berdasarkan pengalaman lepas dia akan terus bertindak agresif, mengamuk dan macam-macam tindakan lain untuk “menuntut haknya pada HP itu” Mungkin dia akan bertindak begini beberapa hari, seminggu atau dua minggu.
Itulah maksud kata-kata Sultan Johor “BIAR ANAK MENANGIS SEKARANG” kerana tidak dapat apa yang dituntut. Kalau anda kalah dengan tuntutannya dia akan membesar dapat apa saja yang dia mahu,maka kesilapan demi kesilapan anda akan membuat anak itu lama-lama jadi samseng kerana “apa aku mahu apa cara pun aku akan dapat”. Dari sinilah dia akan berhadapan dengan pelbagai masalah. Pada ketika itulah DYMM Sultan menyambung “JANGAN IBU BAPA MENANGIS DI KEMUDIAN HARI”.
KEEMPAT (Anak Akur)
Setelah anda berjaya mempertahankan pendirian baru anda itu (nak guna kena ikut syarat) lama-lama anak akan akur. Dia akan semakin kurang agresif dan mengamuk sebab dia tahu tindakan itu tidak lagi berjaya. Dia akan semakin lembut, reda dan akur dengan pendirian ibu bapanya. ANDA MENANG, ANAK PUN MENANG. Anda menang kerana berjaya mengawal tantrum anak. Anak anda menang kerana kini jadi anak yang lebih bertanggungjawab dan berdisiplin.
Ini bermakna kalau anda biar dia dengan sikap dan tingkah laku kini maka natijahnya ANDA KALAH, ANAK KALAH. Mahu gitu ?
KELIMA ( Anak Ikut syarat)
Kini anak akan jadi lebih bertanggungjawab, Mahu apa pun kena ada syarat gunanya. Ikut syarat berjaya, tak ikut syarat tak dapat.
Dia kini Tahun 4, 2019 Tahun 5, 2020 Tahun 6, 2021 sekolah menengah. Kalau dia nak ke sekolah menengah terbaik (MRSM, SAINS, SMKA, lain2 sekolah PREMIER) kena ada syaratnya. Apa syaratnya … TEKUN BELAJAR. Itu faedah sampingan yang besar apabila kita membiasakan anak kita, “NAK ITU, INI SYARATNYA”.
RUMUSAN:
Jangan mengalah dengan anak.
Kita ibu bapa ada kata putus. Kita bos dalam keluarga.
Itu namanya melaksanakan amanah Allah.
Anak akan mengamuk sekejab saja. Itu sudah pasti. Jangan kita pula bertindak agresif dengannya. Bersabarlah.
Lama-lama dia akan reda dan ikut syarat yang kita letak.
InsyaAllah pada ketika itu KITA MENANG, ANAK MENANG.
OH SAYA LUPA …
Kini ibu dan ayah kena spend masa lebih banyak dengan anak. Berbual dengannya (dan adik / abang / kakak). Bermain dengan mereka. Ada kelapangan hujung minggu,masa cuti bawa jalan-jalan ke pantai, ke bukit, ke kampung, ke sungai … ke alam ciptaan Allah dan BUKANNYA asyik ke shopping mall.
Bila ibu bapa habiskan banyak masa dengan anak, pautan kasih sayang bertambah. Kemungkinan anak berkata “Mak ayah aku tak sayang aku sebab tu dia tak bagi HP” tidak akan wujud lagi kerana kini dia sentiasa merasa kasih sayang itu kerana ibu bapa sentiasa ambil berat, ambil peduli dan ambil tahu hal mereka.
Demikian pandangan saya. Semuga diberkati Allah, Aaamin.
( Nota penting : ini tulisan Dr Shukri Abdullah, di group TIPS PARENTING DR.SHUKRI ABDULLAH. Mohon follow beliau dan request masuk group ini. Saya rasa tips ini sangatlah penting, maka saya kongsikan untuk promote orang ramai ikuti tulisan dan join group beliau )
Musim peperiksaan dah nak menjengah. Nak hujung tahun ini memang gerun sikit bukan saja untuk calon peperiksaan, mak ayah pun sama berdebar.
Sebab masa nak jawab kertas itu bukan panjang mana, dengan persediaan bertahun, dengan soalan yang macam-macam. Haa.. kalau panik boleh hilang habis apa yang dihafal selama ini.
Hadamkan perkongsian cikgu Mohd Fadli Salleh III ini. Untuk bagi kuatkan daya ingatan anak-anak serap ilmu yang dipelajari selama ini. Bolehlah anak-anak mahupun mak ayah mulakan dari sekarang ya.
Tadi masa PU Salman ceramah, dia selit satu amalan ‘mahal’ yang sesuai diamalkan oleh semua calon yang bakal menduduki peperiksaan.
Tak kiralah exam apa sekali pun. UPSR ke, PT3 ke, SPM ke, peringkat Universiti ke. Semuanya boleh.
Ini amalan yang boleh mengelakkan lupa apa jua ilmu yang telah dihafal dan dipelajari. Senang saja amalannya tuan-tuan.
1) Sebaiknya berwuduk dahulu.
2) Ambil segelas air kosong.
3) Baca Surah Al A’la ini.
4) Sampai ayat ke-enam “Sanuk riu ka fala tannsa” ulang 7x (tujuh kali) kemudian tiup dalam air.
5) Sambung bacaan hingga akhir ayat.
6) Minum air tersebut dan niatkan agar ilmu yang dihafal dan dipelajari tidak lupa semasa peperiksaan.
Sangat baik diamalkan di pagi hari peperiksaan. Untuk amalan setiap hari pun bagus juga.
Namun kalau boleh, pagi hari peperiksaan itu wajibkan diri buat ya. Suruh anak buat, ibu bapa pun boleh juga baca sama, tiup dan doakan.
Sesungguhnya tiada kejayaan tanpa redha Allah taala.
Silalah share ilmu mahal ini agar ramai dapat manfaat. Kita usaha, selebihnya serah saja pada Tuhan Yang Maha Berkuasa.
Sumber/Foto : Mohd Fadli Salleh III, Memberi yang banyak, tidak menyorok yang sedikit. Itulah guru.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Saat sebelum isterinya dijemput Illahi, arwah yang berusia 27 tahun sering memuat naik video kenangan bersama anak syurga mereka termasuk menyatakan kerinduan terhadap Wan Hayder sebelum mengikut jejak anaknya itu asbab masalah sakit yang sama.