‘Syukur ketiga jasad ditemui.’ Suami terkilan tak sempat tunaikan permintaan arwah isteri yang teringin nak makan piza.
Mengikut perancangan, hari inilah lelaki ini akan tunaikan permintaan isterinya. Namun perancangan Allah lebih hebat. Semoga lelaki ini tabah menerima kehilangan insan-insan tersayang dalam hidupnya sekelip mata.
“Saya bersyukur apabila jasad ketiga-tiga orang yang saya sayang ditemukan tak sampai 24 jam dalam keadaan sempurna oleh pasukan penyelamat hari ini.
“Walaupun terkilan kerana tak sempat tunaikan permintaan arwah isteri (Nurul Anis Abu Hassan, 28) untuk membawanya keluar makan hari ini, saya reda dengan apa yang berlaku,” kata Mohd Khairul Asyraf Nor Azman, 24.
Menurut Mohd Khairul Asyraf, isterinya yang hamil empat bulan sepatutnya melakukan pemeriksaan kandungan hari ini malah dia tidak sabar untuk melihat jantina anak sulung mereka.
Suami Terkilan
Katanya, dia yang bekerja di Pulau Pinang berjanji akan pulang ke rumah hari ini selain mahu menunaikan hasrat isterinya untuk makan piza.
Ads
“Dia juga beritahu tak kisah anak kami lelaki atau perempuan malah dia juga seronok hendak membuat persiapan membeli barangan bayi.
“Sejak malam tadi, saya berdoa supaya ibu (Salmah Mat Akib, 51), isteri dan adik lelaki (Khairul Ikhwan Nor Azman, 14) ditemukan segera akibat kejadian kepala air yang berlaku semalam,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Tambah Mohd Khairul Asyraf, tak banyak perubahan berlaku pada mereka bertiga malah tidak menyangka ketiga-tiga mereka terkorban dalam tragedi itu.
Ads
Katanya, jenazah ketiga-tiga ahli keluarganya itu dijangka dikebumikan di Kampung Charok Bemban, di sini, sehingga urusan di Unit Forensik Hospital Baling selesai.
Hari ini, jasad Nurul Anis ditemukan 9.30 pagi tadi diikuti ibu mentuanya yang ditemui dalam keadaan berpelukan kira-kira 100 meter dari rumah mereka yang dihanyutkan kepala air semalam.
Tunaikan Permintaan Arwah Isteri
Jasad Khairul Ikhwan, pelajar Tingkatan Dua Sekolah Menengah Kebangsaan Jerai ditemui 11.55 pagi tadi.
Ads
Dalam kejadian 6 petang semalam, hujan lebat berterusan menyebabkan banjir kilat melanda beberapa kawasan di Mukim Kupang dan merosakkan sekurang-kurangnya 20 Kampung.
Kawasan dilaporkan terjejas teruk adalah Kampung Iboi dan Kampung Tanjung Luas selepas berlakunya limpahan sungai di kawasan berdekatan.
Mingguan Wanita : Kehilangan orang tersayang memang amat memeritkan, apatah lagi kehilangan mengejut sebegini dan bukan satu nyawa. Allahuakbar, beratnya ujian.
Sekarang ni kalau nak potong ayam yang dah beli pun ada yang kena caj kan. Jadinya, mak-mak tak perlu bazirkan duit, walaupun berapalah sangat kan. Potong sendiri kat rumah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Memasuki tahun baru 2021, akhirnya pasangan suami isteri pelakon ini Nur Fazura dan Fattah Amin berkongsi wajah anak perempuan sulungnya, Nur Fatima Aisya di media sosial, instagram masing-masing.
Lebih dua bulan juga para peminatnya ternanti-nanti akan wajah Fatima.
Sehinggakan sebelumnya, peminatnya tetap bersyukur walaupun ketika itu Fazura sekadar berkongsi foto sipi-sipi wajah Fatima. Nampak kaki dan tangan saja pun dah buat hati para peminatnya seronok.
“Happy New Year 2021! Lots of Love.. Fattah, Fazura and Fatima.” Ucap Fazura sempena tahun baru 2021.
Akhirnya, inilah wajah Fatima yang begitu dinantikan para peminatnya. Sebelumnya, Fazura memaklumkan yang keputusan tidak berkongsi foto Fatima adalah pilihan yang dibuat oleh mereka berdua.
Bagaimanapun, bersedia untuk mendedahkan wajah Fatima untuk tatapan umum ketika usia Fatima masuk 2 bulan. Dan akhirnya, mereka berdua menunaikan janji itu.
Ramai yang memuji wajah comel Fatima.. “MasyaAllah.. beautiful family.” Antara titipan balas yang dikongsikan rakan-rakan artis Lisa Surihani dan Diana Danielle.
Gambar terkini, Fazura mengenakan busana gaun sedondon dengan anak perempuannya itu. Fatima comel memakai pelilit kepala putih berenda.
“Me and my mini me.” kongsi pelakon ini dalam foto berdua mendakap Fatima.
Wajah Anak.. Mix Daddy And Mommy..
Daripada maklumbalas beberapa netizen, memaklumkan wajah Fatima gabungan ibu dan ayahnya. “Nak.. wajahmu mix daddy and mommy. Terus bahagia kalian bertiga sampai ke syurga.”
Gambar berdua Fattah dan Fatima juga mendapat reaksi yang menggembirakan followernya. Fatima kelihatan terlena dalam dakapan ayahnya.
Tulis Fattah, “Fatima and daddy.” Rata-rata terpesona dengan wajah Fatima yang kelihatan manja dengan ayahnya itu.
Sekitar Oktober lalu, Fazura selamat melahirkan cahaya mata perempuan di sebuah pusat perubatan swasta. Dan pasangan ini, Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Keduanya menjalinkan percintaan ketika sama-sama menjayakan drama bersiri Hero Seorang Cinderella.
Selepas bertahun-tahun menanti, wanita ini bertemu cinta sejati pada usia 55 tahun. Inilah dikatakan jodoh dari Allah.
Lambat atau cepat, jika itu yang tertulis maka ia akan berlaku dengan kehendak Allah SWT. Malah usia bukanlah penghalang untuk seseorang bertemu cinta dan memilih untuk bahagia.
Wanita Ini Bertemu Cinta Sejati
Seorang wanita yang baru menemui cinta sejatinya menjadi tular di media sosial selepas memilih untuk mengakhiri zaman bujangnya pada usia 55 tahun, lapor laman berita Suara.com semalam.
Kisah tersebut dikongsikan menerusi akaunTikTok @purpleshina0625.
Dalam video tersebut, kelihatan seorang wanita mengenakan gaun pengantin sambil berjalan memasuki sebuah dewan yang sudah siap dihias cantik.
Cinta Sejati Pada Usia 55 Tahun
“Wanita ini akhirnya menemui cinta sejati pada usia 55 tahun, selepas menanti selama bertahun-tahun untuk bertemu jodoh.
“Majlis pernikahannya berlangsung secara maya kerana suaminya sedang berada di Auckland, New Zealand,” demikian kenyataan yang ditulis pada hantaran tersebut.
Jangan Mengeji Wanita Jodoh Lambat
Pemilik akaun tersebut turut mengingatkan netizen supaya tidak mengeji wanita yang berkahwin pada usia melebihi 30 tahun kerana jodoh, rezeki dan ajal adalah ketentuan Allah.
Video tersebut kemudiannya mendapat pelbagai komen daripada netizen.
“Tolong jangan kahwin kerana umur, nikahlah dengan pasangan terbaik,” komen seorang netizen.
“Bagi yang sering bertanya bila mahu kahwin, bila mahu hamil, percaya saja dengan kuasa Allah,” komen netizen laim. – AGENSI
Mingguan Wanita : Jodoh itu rahsia Allah. Bersyukurlah jika mak-mak dikurniakan jodoh awal. Bagi wanita yang masih belum bertemu jodoh, insyallah pasti ada hikmah pada setiap yang berlaku.
Sebelum berhajat nak tukar tayar kereta, adalah penting bagi kita untuk mengetahui perkara asas mengenai tayar terlebih dahulu.Iyalah kereta bagaikan satu keperluan untuk kemana-mana. Baik nak hantar anak sekolah, nak pergi kerja, nak ke pasar dan macam-macam lagi. Bila kereta bermasalah bagaikan ‘patah’ sebelah kaki.
Bila dah sampai masa, tayar kereta akan menjadi botak dan perlu ditukar yang lain. Hah, info nilah, para wanita khususnya kena tau. Jangan semuanya serahkan pada encik suami. Biar kita nampak ada ‘ilmu’ sikit depan tokey kedai tayar ni. Tak de lah kena senang-senang je kena tipu bulat-bulat.
Sebab kebiasaannya walaupun tak semua, tokey kedai tayar ni akan keluarkan tayar yang lama untuk clearkan stok dan tak sepatutnya digunakan lagi (expired), namun tetap jual pada harga baru. Jadi, kalau nak tukar tayar tu, berhati-hatilah supaya kita tak tertipu dan bersikap lebih prihatin setiap kali ingin menukar tayar.
Berikut ialah senarai kod yang patut kita tahu.
Info Pasal Tayar Kenderaan;
1. Kod Tayar Kenderaan:
Contoh: 195/50 R16 84V
195 = Lebar
50 = Tinggi
R = Radial
16 = Saiz/Rim
84 = Had Maksimum Bebanan
V = Had Maksimum Kelajuan 240km/jam
Lihat Abjad yang last;
S = Maksimum Had Laju 180 km/jam
T = Maksimum Had Laju 190 km/jam
U = Maksimum Had Laju 200 km/jam
V = Maksimum Had Laju 240 km/jam
Z = Maksimum Had Laju 240 km/jam
W = Maksimum Had Laju 270 km/jam
Y = Maksimum Had Laju 300 km/jam
Sebab tu banyak berlaku kemalangan yang berpunca daripada kes tayar pecah kerana pemilik kenderaan tidak arif tentang kemampuan larian tayarnya dalam keadaaan cuaca di Malaysia.
2. Setiap Tayar Ada 4 Angka Tercatat Di Sisi Tayar
Contoh: 0514
Indeks ini menunjukkan Tayar Baru Keluaran Kilang Pada Minggu Ke 5 Tahun 2014.
Tempoh penggunaan tayar adalah selama LIMA tahun dari tarikh tayar dikeluarkan.
Tayar baharu yang berusia lebih drpd LIMA tahun masih boleh digunakan tetapi tayar telah menjadi keras sebab getah tayar sudah tamat tempoh penggunaannya (Expired).
Jika anda menukar tayar yang baharu, pastikan tahun pengeluarannya ialah Tahun yang terkini.
3. Diskaun
Jika membeli tayar keluaran Tahun 2015, minta diskaun sebanyak 20% daripada harga asal.
Berikut ialah diskaun harga tayar berdasarkan tahun tayar yang dikeluarkan dari Tahun Semasa (2016);
2015 = 20% 2014 = 40% 2013 = 60% 2012 = 80% 2011 ke bawah = PERCUMA
Semoga perkongsian ini membantu wanita-wanita agar tidak ditipu oleh pemilik kedai tayar dan memberi manfaat kepada kita semua.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Dua beranak yang menjadi mangsa kes bunuh dua beranak di Kampung Sekolah Juru disahkan maut akibat luka parah di leher ditetak senjata tajam jenis pisau pemotong daging. Polis masih menyiasat motif kejadian tragis ini.