“Kami tak pernah membenci darah daging sendiri, sebaliknya hanya titipkan doa setiap kali dalam solat,” itu kata-kata terzahir dari bibir Datuk Yusof Haslam yang tidak pernah menyimpan dendam atau enggan memaafkan kesilapan anak lelakinya, Syamsul Yusof selepas bertahun-tahun tidak berjumpa.
Memetik Harian Metro, Yusof berkata, dia tidak menyangka Syamsul akhirnya membuka pintu hati dan kembali kepada pangkuan keluarga.
“Doa kami untuk Sol (panggilan Syamsul) akhirnya termakbul walaupun ambil masa bertahun.
“Dia sendiri hubungi ibunya pada Isnin lalu dan menyatakan hasrat untuk berjumpa kami selepas lama terputus hubungan.
Selepas bertahun tidak berjumpa, akhirnya pengarah dan pelakon, Syamsul Yusof kembali ke pangkuan kedua ibu bapanya, Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah Ismail.
Detik manis itu dikongsikan Patimah Ismail menerusi Insta Story miliknya.
Ads
Menerusi hantaran yang dimuat naik, Syamsul yang memakai jaket hitam dan berseluar sukan memeluk erat kedua-dua ibu bapanya.
Dalam hantaran berbeza, Patimah turut merangkul erat tangan Syamsul sambil menguntum senyuman manis.
Turut kelihatan dalam foto itu adalah bekas isteri Syamsul iaitu pelakon, Puteri Sarah Liyana dan Yusof. Syamsul pula mendukung anak perempuannya, Sumayyah.
Ads
Sebelum ini, Patimah memberi gambaran bakal bertemu anaknya dan akhirnya menjadi kenyataan.
Syamsul dilapor sudah lama tidak berhubung dengan keluarga selepas berlaku pergolakan rumah tangga dengan bekas isterinya, Puteri Sarah Liyana hingga membawa kepada perceraian.
Konflik itu berlanjutan apabila pengarah Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu bernikah secara rahsia dengan Ira, yang juga anak kepada pelakon veteran, Kazar Saisi. Bagaimanapun Syamsul dan Ira bercerai pada 5 September lalu.
Sedapnya nama anak sulung MK & Siti Hajaar. Seperti yang diketahui ramai, penyanyi dan pelakon, MK K-Clique dan isterinya Siti Hajaar baru saja menimang cahaya mata pertama pada 3 Ogos 2024.
MK dan Siti Hajaar telah mendirikan rumah tangga pada 16 Jun 2023.
Siti Hajaar telah selamat melahirkan seorang puteri. Terbaru menerusi perkongsian di Instagram Stories, MK mengumumkan nama anak perempuan mereka.
Selepas hampir lebih sebulan melahirkan cahaya mata, MK dan isteri bersepakat mengumumkan nama puteri sulung mereka, iaitu Aya Rayana.
“Aya, bermaksud tanda dan bukti kebesaran Allah, Al-Quran dan asal Arab.
Rayana, bermaksud pintu Syurga.”kongsi MK di Instagram Stories.
Menerusi ruangan komen pula, rata-rata netizen memberikan kata-kata pujian terhadap nama yang dipilih MK dan isteri disifatkan mempunyai maksud yang sangat baik.
“MasyaAllah tabarakallah…semoga menjadi anak yang solehah dan membesar dengan sihatt Aamiinn.”
“Assalamualaikum Aya Rayana.”
“MasyaAllah nama yang bagus.”
“Nama yang baik menjadi doa yang baik pula.”
“Cantik namanya, moga membesar dengan sihat, jadi anak yang solehah.”
“Sedap nama puteri MK dan Hajar.”
Apapun, selamat berpantang buat Siti Hajaar dan semoga anak yang dilahirkan membesar dengan sihat.
Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.
Siapa isteri-isteri geng Syatilla angkat tangan. Setuju tak? Memang suami berat mulut dan tak rajin borak bila dalam kereta suara isteri je macam dj radio tak berhenti bercakap. Hihihi.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Angeline Tan tiada ‘job’ lepas berhijab, “Mungkin ini masa yang sesuai saya dalami ilmu agama.” Pelakon Ardini Angeline Tan mengakui sudah lama tidak menerima tawaran berlakon selepas berhijab.
Angeline menganggap rezeki dalam bidang lakonan masih belum ‘sampai’ kepadanya buat masa ini. Tetap positif, Angeline atau nama Islamnya, Ardini Angeline Tan merasakan ketika ini mungkin belum ada watak yang sesuai untuk diberikan kepadanya.
Angeline berkata, dia cuba bersangka baik dan menganggap rezeki belum berpihak kepada dirinya untuk kembali aktif dalam bidang lakonan.
“Sejak saya pakai tudung, tawaran berlakon sudah tiada langsung. Kalau ada pun setakat tempelan bersama suami dalam drama Perang Nasi Dagang arahan Issey Fazlisham.
“Kalau tanya secara peribadi, saya nak sangat berlakon dan saya sejenis yang tak boleh duduk diam. Mula-mula saya rasa tak biasa duduk rumah dan tiada tawaran. Lama-lama saya anggap mungkin ini masa yang sesuai untuk saya belajar dan mendalami ilmu agama.”
Jelas suri hati kepada aktor dan pelawak Sabri Yunus ini lagi, dia bersyukur kerana diberi tawaran lain di saat tawaran lakonan tidak datang langsung.
“Bulan Julai hari itu saya sepatutnya pergi kursus agama tetapi saya tak pergi sebab ada tawaran daripada sebuah stesen televisyen untuk menjayakan program iaitu ‘Angeline Tanya Abang Jawab’.”
Disoal sama ada pernah meminta tawaran berlakon daripada mana-mana pihak produksi ataupun tidak sebelum ini, pelakon ‘Pi Mai Pi Mai Tang Tu’ itu berkata, dia tidak pernah meminta sebarang job selama 30 tahun berkecimpung dalam industri seni.
“Saya rasa semua orang kenal dan faham saya. Selama 30 tahun dalam bidang ini saya tak pernah minta job. Dekat suami sendiri pun tidak pernah. Kalau ada job yang sesuai untuk saya, pasti mereka akan panggil. Kalau tak sesuai itu sebab mereka tak panggil.
“Saya selalu fikir kawan-kawan lain pun nak hidup. Jadi kita semua perlu percaya pada rezeki yang telah ditetapkan oleh Allah.
Mengenai kehidupan Angeline selepas hampir setahun menjadi isteri, wanita ini ternyata bahagia dengan kehidupan alam rumah tangganya.
“Susah nak cakap sebab kami bermula sebagai kawan baik dan sekarang jadi suami isteri. Saya rasa seronok, kehidupan lebih tenang, bahagia dan masih lagi belajar sebagai seorang isteri. Abang (suami) seperti buku, saya kena baca setiap hari.”
Angeline ditemubual di majlis sidang media program terbaharu terbitan TV Alhijrah, ‘Angeline Tanya Abang Jawab’ yang berlangsung di Restoran Homst, Wangsa Maju.
Program yang akan disiarkan bermula 18 September, setiap Rabu, jam 8.30 malam itu menampilkan pasangan suami isteri tu yang saling berinteraksi melalui soalan-soalan berkaitan pelbagai isu agama, kehidupan dan sosial.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Namanzee Harris berkata, TV AlHijrah memikul tanggung jawab besar dalam menyantuni golongan Saudara Baharu di Malaysia.
“Dakwah di platform penyiaran TV AlHijrah dilihat mampu mengisi kelompongan pedagogi dalam dakwah pada zaman kini. Oleh itu, program ini diterbitkan untuk memberikan pandangan yang mendalam mengenai nilai-nilai keagamaan dan kekeluargaan, sambil menjadikan proses pembelajaran buat golongan mualaf menjadi lebih menyeronokkan.
“Setiap persoalan yang diajukan oleh Angeline kepada Sabri Yunus adalah persoalan yang kerap kali dibangkitkan oleh golongan mualaf seperti perihal fardu ain dan fardu kifayah, tanggungjawab dalam rumahtangga dan keluarga, kefahaman dan amalan ibadah, etika pemakaian dalam Islam, hubungan sesama Islam dan bukan Islam serta banyak lagi topik lain.
“Setiap episod program ini diharapkan dapat menyampaikan pesan-pesan kebaikan secara jelas dan mempromosikan keharmonian dalam keluarga Muslim. Dengan penggabungan elemen-elemen itu, program ini diharapkan dapat memenuhi keperluan penonton dan masyarakat yang ingin mendalami ajaran agama Islam sambil merasai kedekatan kekeluargaan yang lebih menyenangkan.”
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Kes cerai Syamsul, ibu kongsi coretan “mengalir air mata lihat anakku mengharungi takdir hidupnya seorang. Datin Patimah Ismail yang merupakan ibu kepada pengarah Syamsul Yusof mengakui sedih dengan takdir yang menimpa kehidupan anaknya.
Naluri seorang ibu, tidak akan pernah berhenti berdoa untuk anak-anak selagi ada hayat biar apa jua masalah yang dihadapi. Luahan di Instagram Story selepas kes perceraian Syamsul dan Ira Kazar memperlihatkan bahawa seorang ibu itu tetap akan menyayangi anaknya tidak kira apa pun yang terjadi.
“Sejujurnya, mengalir air mataku melihat anakku mengharungi takdir hidupnya seorang.
“Namun, doaku sentiasa mengiringi perjalanan hidupmu agar dipermudahkan segala urusan,” demikian luahan hati Datin Patimah Ismail.
Syamsul sah bercerai talak satu dengan bekas isterinya selepas Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor hari ini memutuskan lafaz cerai taklik yang dibuat di luar mahkamah adalah sah.