
Pernah dengarkan orang sebut betapa susah nya nak faham orang perempuan ini. Lagi-lagi bab baju. Selalu saja sebut tak ada baju. Walhal penuh dah satu almari.
Menyangkal dakwaan ini, Firda Ashaary membidas apa yang diperkatakan tentang orang perempuan. Disenaraikan 10 perihal orang perempuan yang sebenarnya mudah je nak difahami.
Betul Ke Orang Perempuan Ini Susah Nak DIfahami
Ada sorang ‘influencer to be’ tulis tadi. Katanya,
“Perempuan ni punya lah susah nak paham. Baju dah penuh almari pun still cakap takda baju. Ahh, pening lah.”
Korang rasa betul ke apa dia cakap? Aku rasa macam tak! Sebab orang perempuan ni mana ada cerewet weiii, takda.
Susah nak faham? Lagi lah tak. Mudah gila nak faham orang perempuan ni. Tak caya? Jap aku listkan.
1. Dia cakap dia nak kurus, tapi dia okay jer makan tak ingat. Maknanya dia tak kisah lah tu. Baguslah kan, kau buat rileks sudah.
2. Dia cakap dia lapar, tapi dia tak tahu nak makan apa. Biar je lah dia situ. Makanan kat dapur banyak, nanti dia selongkar lah.
3. Dia dah masak, tapi dia taknak makan. Bosan katanya. Kau je lah makan dulu. Nanti dia lapar, tahu lah dia.
4. Dia beli tudung setiap bulan, tapi katanya takda tudung. Kau tolong je belikan lagi, lepas tu kau cantumkan dan jahit buat selimut dia tidur.
5. Dia bising laki dia tak sidai kain, tapi dia bising sorang-sorang dia je. Kau buat pekak sudah la. Paling-paling pun nanti, dia mesej cikgu sekolah anak kau, mintak tolong nasihatkan.
6. Dia penat, dia buat jugak kerja rumah. Cuma muncung dia tu, boleh lah kau buat sidai kain. Nanti dia dah tidur, kau diam-diam lah gi tolong settle apa yang dia tak settle lagi tu. Itu pun nak kena ajar ke?
7. Dia cakap dia takda duit, kau dengar sudah la. Jangan ambik serius. Nanti sampai besday kau, tetap ada surprise dia bagi.
8. Dia cakap nak beli mekap, kau belikan je lah. Walau barang mekap dia dah penuh 2 almari tapi gitu jugak mukanya, tak jadi Neelopa pun. Biarlah, asal dia bahagia.
9. Dia kata dia nak gelang baru, walau gelang dah penuh sampai siku. Alaaaa, kau layan kan je lah. Bukan selalu, setahun dalam 3 atau 4 kali je!
10. Dia marah, tapi dia diam. Ehh, tak ke aman dunia tu. Kau suka kan dia diam? Tapi kau hati-hatilah risau kalau meletup, habis bersepai.
Okay, cukuplah 10 dulu. Banyak dah rasanya contoh aku bagi ni. Nanti rajin aku sambung lagi.
Betul lah kan aku cakap, perempuan ni mana ada susah nak paham. Kitaorang okay jurr.

Yang penting kitaorang ENJOY!!
MW : Haa.. senang je kan nak faham orang perempuan ni.
Sumber/Foto : Firda Ashaary
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Poligami, Isteri Bukan Takut Atau Ego Tapi Ada Sebabnya ‘Tak Mahu’

Isi Kandungan
TogglePoligami satu topik yang sangat sensitif untuk diperkatakan. Isteri bukannya takut atau ego hendak melalui kehidupan poligami tapi ada sebabnya. Apabila bercakap mengenai poligami pasti seseorang wanita itu mudah melenting. Itu belum lagi apabila suaminya sendiri yang berkata ingin berpoligami.
Poligami, Isteri Bukan Takut Atau Ego
Bagi seorang isteri dan wanita, bermadu atau poligami itu adalah satu hal yang paling menyakitkan, kalau boleh perkara tersebut tidak ingin berlaku dalam rumah tangganya. Tapi bagi seorang lelaki atau suami, bermadu atau berpoligami itu adalah perkara yang manis dan bahagia.
Tahukah wahai lelaki, seorang wanita mampu hilang pertimbangan apabila mendengar berita suaminya mahu menduakan dirinya. Walaupun dijanjikan ganjaran pahala di akhirat kelak, seorang wanita pasti tidak mampu mengharunginya di dunia ini. Walaupun di dalam hatinya menyatakan reda tapi hakikatnya si isteri pertama banyak makan hati.
Tapi Ada Sebabnya ‘Tak Mahu’
Tiga perkara ini membuatkan seorang wanita itu, menolak sekeras-kerasnya mengenai poligami dalam hidupnya.
1. Takut suami tidak adil
Sebelum bernikah baru, seorang suami pasti akan menjanjikan keadilan bagi isteri pertamanya. Tetapi apabila sudah bernikah baru, janji-janji itu hanya palsu seperti tidak pernah diucapkan. Seorang isteri ini, begitu takut jika suami mereka tidak berlaku adil terhadap mereka. Perkara apa yang perlu diadili?
Perkara seperti nafkah, hak bermalam serta keperluan-keperluan lain. Bukan itu sahaja, bagaimana dengan hak anak-anak pula? Jika si isteri tidak bekerja bagaimana mereka mahu menyara hidup mereka? Banyak perkara yang akan difikirkan oleh isteri pertama apabila si suami menyatakan akan berlaku adil selepas berpoligami.
2. Rasa cemburu yang melampau
Wanita ini mampu menyembunyikan rasa sayangnya terhadap seorang lelaki selama bertahun-tahun. Tetapi seorang wanita itu tidak mampu menyembunyikan rasa cemburunya walaupun seminit. Jadi bagaimana dirinya ingin melepaskan suaminya ke pelukan wanita lain.
Pasti rasa cemburu akan muncul dan membawa kepada sifat amarah yang sangat melampau. Akhirnya apa akan jadi? Pasti akan berlaku pergaduhan antara isteri-isteri yang dimadukan itu.
3. Hilang tempat berlindung
Suami adalah tempat seorang isteri berlindung bahaya daripada apa sahaja yang bahaya yang mendatang. Apabila seorang suami mempunyai lebih dari satu isteri, pasti perhatiannya juga sudah berubah. Suami pasti tidak lagi fokus pada isteri yang pertama. Jadi si isteri akan merasa kehilangan tempat berlindung.
Walaupun ramai wanita yang menentang poligami, tetapi ada sahaja yang boleh menerimanya. Cuma kehadiran wanita-wanita kuat ini tidak ramai dan boleh dikira dengan jari. Hal ini kerana, wanita yang betul-betul kuat dan terpilih sahaja yang boleh menerima ujian seperti ini.
UNDANG-UNDANG POLIGAMI DI MALAYSIA
TIADA SEORANG PUN LELAKI, SEMASA WUJUDNYA SESUATU PERKAHWINAN, BOLEH, KECUALI DENGAN MENDAPAT KEBENARAN TERLEBIH DAHULU SECARA BERTULIS DARIPADA MAHKAMAH, MEMBUAT KONTRAK PERKAHWINAN YANG LAIN DENGAN PEREMPUAN LAIN ATAU PERKAHWINAN YANG DIKONTRAKKAN TANPA KEBENARAN SEDEMIKIAN BOLEH DIDAFTARKAN DI BAWAH AKTA INI: DENGAN SYARAT MAHKAMAH BOLEH JIKA IA DITUNJUKKAN BAHAWA PERKAHWINAN SEDEMIKIAN ADALAH SAH MENGIKUT HUKUM SYARAK, MEMERINTAHKAN PERKAHWINAN ITU DIDAFTARKAN TERTAKLUK KEPADA SEKSYEN 123. ( AKTA 303 : AKTA UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1984 [CETAKAN SEMULA 2005 )
Mahkamah mengambil kira 4 syarat kebenaran sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen 23(4) AUKI 1984 iaitu:
1. Perkahwinan yang dicadangkan itu adalah patut dan perlu memandang kepada keadaan isteri dari segi kemandulan, keuzuran jasmani, tidak layak dari segi jasmani untuk persetubuhan, sengaja ingkar mematuhi untuk pemulihan hak-hak persetubuhan, atau gila.
2. Pemohon mempunyai kemampuan mengikut kehendak syarak untuk menanggung semua isteri dan tanggunggannya termasuk orang yang bakal ditanggungnya berikutan dari perkahwinan yang baru.

3. Pemohon berupaya memberi layanan sama rata kepada semua isteri mengikut kehendak hukum syarak.
4. Perkahwinan yang dicadangkan tidak akan menyebabkan darar syar’ie kepada isteri.
Hakikatnya syarat yang dikenakan dalam undang-undang bukan bertujuan untuk mengharamkan poligami kerana mengharamkannya bertentangan dengan hukum syarak. Namun ia dijadikan sebagai satu mekanisme untuk mengawal kaum lelaki daripada menyalahgunakan keharusan berpoligami sesuka hati mereka.
Artikel berkaitan: Tindakan Poligami Tidak Dirancang, Pemuda Ini Hanya Menurut Kehendak Datuk, Nenek
Walaupun Isteri SETUJU, Kena Dapat Kebenaran HAKIM Mahkamah Tinggi Dahulu Untuk POLIGAMI
Ikon Poligami Beri Nasihat Untuk Perempuan, Untuk Rasa Bahagia Dalam Rumahtangga Ada KUNCINYA
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bila Anak Perempuan Mengadu, Itulah Tanda Dia Sangat PERCAYA Pada Kita

Isi Kandungan
ToggleSungguh, sebagai mak ayah bukan mudah menjaga dan membesarkan anak-anak. Apatah lagi anak-anak perempuan. Serba serbi segala aspek perlu dijaga, diperhatikan dan dipantau.Baik dari segi pergaulan, pemakaian, tingkah laku dan sebagainya.
Baru-baru ni Pelakon Mira Filzah,27 kongsikan ‘screenshot’ perbualan di aplikasi WhatsApp bersama ayahnya Badioezaman Ab Khalik,56 pada tahun lepas. Dalam mesej tersebut, ayahnya ada menegur gaya pemakaian Mira yang berseluar agak ketat dan kurang sesuai untuk tatapan khalayak ramai. Bagi Mira pula, mengambil positif teguran tersebut dan menganggap ia salah satu cara ayahnya dalam meluahkan kasih sayang pada anak-anak.
Kagum dengan didikan ayah pelakon Mira Filzah ini. Walaupun anak-anak perempuannya dah besar panjang, ada kerjaya sendiri, ayahnya masih memikul tanggungjawab memberi perhatian dan memantau pemakaian dan aurat mereka.
Sebagai mak ayah, jadi tanggungjawab kita dalam menitikberatkan bab aurat, pemakaian dan pergaulan pada anak-anak sejak mereka dari kecil lagi. Walaupun anak semakin dewasa tetap perlu dipantau dan tidak hanya memberikan kebebasan pada mereka semata-mata. Bukan apa ia bagi mengelakkan pergaulan bebas dan perkara yang tidak diingini berlaku.
Baca perkongsian Dr Redza Zainol ini;
Cuainya saya.Dulu pernah ada seorang jururawat minta tolong dari saya untuk azankan seorang bayi di wad bayi.Waktu tu dah malam dan saya kerja seorang. Ditakdirkan malam tu sibuk dengan beberapa kes yang serius.
Banyaknya masa, saya tak bertanya sebab apa saya kena azankan sebab saya tahu bayi macam ni selalunya tak ada ayah.Nak dijadikan cerita, saya pun lupa sampai balik ke rumah.Bila saya datang semula ke wad, saya pun dah tak ingat bayi dan jururawat yang mana satu.
Aduh, rasa bersalah tu datang berhari-hari dan sampai hari ni saya masih lagi rasa tak selesa bila teringat kecuaian saya tu.
Bayi Tiada Ayah
Teringat lagi beberapa tahun lepas. Masa kali pertama diminta azankan seorang bayi di bilik bersalin, saya tanya
“Mana ayahnya kak?”
“Ni baby single marital status. Tak ada ayah. Tak ada doktor lain kat sini. Doktor je la tolong akak ya,” balas kak Ani.
Kak Ani tunjukkan bayi tu dan saya bawa ke sudut azan. Mata dia masih tertutup. Bila saya mula je azan, dia buka mata terkebil-kebil.Dia pandang je pada saya. Dia dengar dan sikit pun tak menangis.
Lepas saya letakkan semula bayi tu, kak Ani panggil saya. Dia jururawat paling senior di situ.
“Bayi macam ni selalu ayahnya dah lari. Ada yang dibuang keluarga bila tahu anak mereka mengandung.”
Saya mengangguk perlahan.
Pesanan Buat Anak Lelaki & Perempuan
Dia pesan.
1) Ada anak perempuan, jangan ambil mudah. Jaga anak perempuan tak sama dengan anak lelaki.
2) Bila ada anak perempuan, jangan dibeli pakaian seksi. Ajar anak berpakaian sopan. Ajar anak erti malu.
3) Bila ada anak perempuan jangan dibiar tidur sana sini. Bahaya tu ada di mana-mana.Jangan percaya kepada sesiapa walaupun saudara keluarga sendiri.
4) Bila ada anak perempuan, ajar mereka sentuhan selamat dan sentuhan yang tidak selamat.
5) Ajarkan mereka tentang harga diri. Ajar mereka untuk sayang diri sendiri.
6) Ajar anak lelaki, hormat pada wanita terutama pada ibu sendiri.
7) Ajar anak lelaki untuk sama-sama ada tanggungjawab di rumah. Bersihkan tandas, kutip sampah dan sidai baju juga kerja anak lelaki.
8 ) Ajar anak lelaki tentang cara nak selesaikan atau hadapi masalah dalam hidupnya.
9) Ajar anak lelaki tentang empati pada ahli keluarga dan pasangannya.
Kalau malu untuk berkongsi ilmu dengan anak, mereka akan cari juga di tempat lain.
Pesan dia yang terakhir ni yang buat saya betul-betul terkesan.
“Seorang ayah mesti jaga kepercayaan antara anak perempuan dan diri ayah. Barulah anak tu tak kekok nak mengadu apa-apa pada ayahnya.”
“Biarlah dia nak mengadu apa pun. Yang penting, ayah mesti jadi pendengar yang terbaik, walaupun sibuk dengan kerja harian.”
Bila anak perempuan mengadu, itulah tanda dia sangat percaya pada kita.

Redza Zainol
Bukan ayah terbaik, tapi nak anak tahu kita dah usaha beri yang terbaik.
Bantu saya #sebarkan cerita ni pada mak ayah yang lain. Moga ada manfaat pada mereka.
Lebih banyak ilmu kesihatan kanak-kanak di Channel Telegram saya.
Baca Lagi Disini
Nampak Macam Mengada-Ngada, Sebenarnya Inilah Tanda-Tanda Anak RINDU Pada Mak Ayah
Bila Ada Anak Perempuan. Cabarannya Tak Sama Dengan Jaga Anak Lelaki
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat sebagai rujukan mak ayah. Jadilah pendengar setia buat anak, bina kepercayaan mereka pada kita agar anak selesa bercerita dan mengadu apa sahaja. Anak-anak semakin dewasa, bukan ‘lesen’ untuk kita beri kebebasan sepenuhya. Tetap kena pantau dan perhatikan tingkah laku mereka.
Sumber: Dr Redza Zainol
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Mengurat Isteri Bukan Sebelum kahwin Je, Ini Cara Nak Godanya Selepas Kahwin

Isi Kandungan
ToggleSiapa tak sayang bini ooii? Soalan yang mudah, namun jawapannya tepuk hati tanyalah cinta. Sayang ke aku dengan isteri aku dan sejauh mana dalamnya cintaku kepadanya?
Ingatkah lagi masa waktu bercinta, semuanya indah, sanggup tunggu berjam-jam lamanya pun masih lagi boleh sengeh-sengeh. Tetapi, bagaimana pula selepas berkahwin. Masihkah isteri ini seksi di mata si suami atau sudah mulai seksa? Masihkah cinta diangkat tinggi mengunung ataupun dipandang sepi tidak bertepi? Masihkah ada belaian manja ala si tuan puteri diterima oleh isteri atau sudah mula pandai mengeluh?
Ini persoalannya yang menjadi tunggak kebahagiaan rumah tangga, sejauh mana cinta ini mekar selepas berkahwin? Kupasan lebih lanjut bersama Mohd Shariman Che Deris, Professional Learning Fasilitator (mastery) @ Ketua Pembelajaran Excite Learning Consultancy tentang topik ini.
Cinta Selepas Kahwin
Cinta ini disemai dengan rasa dan keinginan, emosi dan perasaan. Sebaliknya, cinta selepas berkahwin tidak cukup dengan hanya rasa dan perasaan, emosi dan keinginan sahaja kerana perlua ada nilai tanggungjawab dan komitmen, ada nilai iman dan kesungguhan, ada matlamat dan pencapaian, ada nafkah zahir dan batin. Sebab itulah, cinta selepas berkahwin ada kalanya mula pudar ditelan kesibukan menguruskan rumah tangga, tidak ada lagi ruang untuk membelai cinta.
Walau bagaimanapun, apabila cinta itu tidak dihadirkan dalam rumah tangga, akhirnya ada perkahwinan yang berkubur sebelum sempat menikmati keindahannya.
Cairkan Hati Isteri
Cinta selepas berkahwin, nikmatnya jauh lebih terasa dan kekal dalam ingatan. Itu pun hanya jika si suami pandai mengoda isterinya. Bayangkanbila isteri memasak di dapur, si suami muncul dan ikut sama pegang pisau dan bantu kerja dapur. Apatah lagi jika isteri mula nak melipat baju, si suami langsung saja duduk bersama dan ikut sama melipat baju. Sudah tentu hati isteri cair dan bercahaya mata cinta isteri.
Ambil sahaja perkara yang paling mudah, iaitu suami meletakkan gambar berdua di telefon bimbit. Tentu hati isteri berbunga-bunga, tergoda dengan si suami, akan yakin dalam dirinya bahawa dia sentiasa bersama suaminya.
Goda Bergantung Pada Niat
Persoalan yang paling utamanya adakah, si suami ini buat atau tidak usaha-usaha mengoda dan mengurat isterinya selepas berkahwin? Apabila sebut goda, ramai yang berfikir tentang hubungan intim semata-mata.
Bezanya antara dua kefahaman istilah goda ini tentulah bergantung kepada niat. Goda isteri untuk hubungan intim tentu saja tidak sama dengan goda isteri untuk memikat hatinya. Namun yang pasti, hubungan intim akan jauh lebih bermakna, bila disemarakan dengan rasa cinta tidak hanya nafsu semata-mata.
Lihat sahaja sesetengah kes yang biar pun usia telah menjangkau 80an namun tetap romantik, sarat dengan kasih sayang, jalan berpegangan tangan makan pun siap bersuap lagi, walhal bukannya akan berlaku lagi hubungan intim. Betul? Inilah kekuatan nilai cinta yang disemarakkan secara berterusan melalui goda dan ngurat isteri.

Perkara ini lebih konflik lagi jika suami tidak pandai untuk memujuk atau lebih parah lagi kalau suami tidak perasan si isteri sedang merajuk. Sebenarnya, suami perlu ada kemahiran ini, jika tidak pandai perlulah belajar dan berguru, perlu kenal dan tahu merajuknya si isteri dan belajarlah juga cara memujuk.
Berikan telinga, berikan hati dan perhatian, dengar apa cerita rajuknya, fahami rasa hatinya dan minta maaf jika salahnya di pihak suami. Tidak jatuh maruah suami yang minta maaf, tidak hilang kejantanan suami yang mengakui kesilapan, perbetulkan. Rajuk isteri akan reda, dan inilah caranya si suami kembalikan hati isteri kepadanya, goda dia kembali.
Cara Goda Isteri
Ada banyak lagi perkara yang boleh si suami lakukan untuk mengoda dan mengurat isterinya, tidak hanya di awal perkahwinan malah lebih perlu lagi di sepanjang usia perkahwinan. Antara yang boleh si suami lakukan adalah:-
- Berikan penghargaan dan kata-kata pujian untuk isteri semudah ‘Wanginya baju abang ni, pakai pun jadi best dan selesa sebab wangi’
- Lebihkan masa bercakap dengan isteri dan mendengar ceritanya biarpun mungkin ada kalanya cerita yang sama je. Namun dengarlah dan berikan perhatian.
- Bertanya khabar isteri, “Sayang okay? hari ini, sihat?” Mudah je.
- Bantu isteri dalam hal ehwal rumah, simpan ego tidak mahu basuh pinggan, tidak mahu bersihkan rumah, lipat baju kononnya ini kerja orang perempuan. Inilah salah satu teknik untuk suami mengoda isteri.
- Prihatin dengan keperluan isteri. Jangan dek kerana kesibukan kita, maka banyak perkara berkaitan isteri diabaikan, pandang-pandangkan kain bajunya yang sudah lama tidak berganti, jeling-jeling leher dan lengannya yang kosong tidak bertuan. Sesekali bawa isteri berjalan sambil tangan mengenggam erat.
- Bila berjalan-jalan, peganglah tangan isteri. Elakkan jalan nun jauh di depan tinggalkan isteri terkial-kial dengan anak-anak. Seiring dan sejalan,bukan sahaja lebih mesra tetapi lebih membahagiakan.
Rutin Harian Untuk Goda Isteri
- Seawal bangun pagi, pandang dan senyumlah pada isteri “Assalamualaikum sayang”.
- Gurau senda di seawal pagi, usik mengusik dan belaian manja semasa sedang bersiap-siap nak ke tempat kerja. Wujudkan suasana dan mood baik di awal pagi.
- Cium dan peluk isteri sebelum keluar rumah, ini wajib buat kerana isteri akan rasa dia diperlukan oleh suaminya.
- Ada waktunya, whatsapp isteri dari pejabat dengan meletakkan ikon-ikon mesra dan bertanya khabar.
- Jika ada kerja tambahan, maklumkan dengan isteri supaya tahu dan nampak keikhlasan suami dalam berterus terang, jujur gitu.
- Sebelum balik, lazimkan diri tanyakan dengan isteri sama ada ada apa-apa yang diperlukannya, boleh menyinggah beli nanti.
- Bila sampai rumah, lazimkan diri mencari isteri dan cium. Jangan terus menuju laju ke bilik, mandi dan lepak menonton televisyen. Jumpalah dulu isteri.
- Bila di rumah, isteri mula bercerita, hadirkan mata, telinga dan hati anda untuk bersama-sama dalam cerita isteri, jangan sesekali ditolak dengan alasan penat, dengan siapa lagi isteri nak bercerita kalau bukan dengan suaminya.
- Tambahkan lagi keceriaan dalam rumah dengan bantu sedikit sebanyak kerja, susun pinggan semasa ingin makan, kemaskan rumah dan sebagainya.
- Bercerita sedikit sebanyak hal anda, tidak perlu panjang hanya satu perkongsian menandakan anda membuka ruang untuk isteri masuk ke dalam dunia kerja anda. Ini akan lebih membina kejelekitan anda dan isteri.
- Masuk tidur seiring dengan isteri, elakkan daripada tidur lewat daripada isteri kerana sibuk menyiapkan kerja atau sibuk dengan whatsapp.
- Sembang-sembanglah dengan isteri sebelum tidur, tentang hal rumah, anak-anak, hal isteri di tempat kerja dan berikan lagi sedikit sebanyak panduan, nasihat dan bimbingan sebagai ketua keluarga.
- Lazimkan diri untuk solat berjemaah dengan isteri dan anak-anak. Berdoalah agar rasa itu sampai ke hati isteri.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI