
Masalah sakit orang perempuan ini munculnya tidak boleh dijangka, kadang tetiba menyengat tetapi suami tak tahu.
Kalau tetiba suami atau anak-anak buat hal, sekelip mata boleh jadi perang. Sebab itulah kaum lelaki pun kena ambil tahu. Sekurang-kurangnya hilang sikit beban yang ditanggung kaum wanita.
Macam yang Doktor Saidatul Husna kongsikan, orang perempuan ada dua jenis sakit yang boleh buat emosinya terganggu. Nah, jemput baca.
Sakit Orang Perempuan
Tahukah anda, orang perempuan berdepan dengan dua jenis kesakitan setiap bulan. Sakit semasa haid dan sakit yang berlaku 14 hari sebelum haid, iaitu ovulasi.
1) Sakit semasa haid disebabkan oleh hormon prostaglandin. Hormon ini menyebabkan peranakan kita menjadi iskemia (kekurangan oksigen).
2) Manakala sakit ovulasi berlaku akibat luka kecil daripada sel telur yang tertolak keluar ke ovari.
Kedua dua proses ini menyebabkan pinggang menjadi lenguh dan nyeri pada peranakan.
Sebab itu para suami jangan pelik kalau tiba tiba isteri berubah sikap menjadi mudah marah dan mula menangis tanpa sebab.
Mungkin isteri kita sedang tahan sakit. Tetapi dia cuba sorok, atau tidak tahu macam mana nak bagitahu.
Kajian pada tahun 2002, seramai 151 orang wanita di hantar ke Acute Poisonings Medical University of Gdańsk kerana tertekan dengan perubahan badan semasa haid.
Bahkan ada di antara mereka yang cuba untuk bunuh diri!
Justeru, inilah sebab kenapa suami diluar sana perlu bantu isteri belajar cara kawal emosi dengan efektif.
Selain fikir dan zikir, pernafasan yang betul dapat menurunkan hormon stress sepantas 12 saat. Teknik ini dinamakan ‘3 Step Deep Breathing’.
Ini terbukti memberi ‘calming effect’ dan menstabilkan gangguan emosi yang kacau akibat sakit atau stress.
Sebelum Buat Rawatan Braces Di Klinik Kerajaan, Ambil Tahu Waktu Operasinya

Ada mak ayah yang berhajat buat rawatan braces atau pendakap gigi untuk anaknya yang sudah bersekolah. Sayangnya, datang tak ikut waktu operasi yang ditetapkan di Klinik Pergigian Kerajaan.
Sudahnya apabila rawatan tak dapat diteruskan, mak ayah yang tak faham ini marah-marah. Katanya kerugian waktu sebab terpaksa cutikan anak sekolah semata mahu ke klinik gigi.
Kes yang dikongsikan Dr Hanif Suffian ini benar-benar terjadi di klinik tempatnya bekerja. Dan Dr. senaraikan juga info untuk mak ayah yang mahu bawa anak buat rawatan braces di klinik kerajaan.
Adakah Kerana Kami Ini Klinik Kerajaan?
Di tengah hari Jumaat, masa menunjukkan tepat jam 12.15 petang di mana rata-rata ramai sedang bersiap sedia untuk urusan masing-masing.
Datang sepasang ibu dan anak ke klinik.
Ibu : Saya nak tanya berkenaan anak saya, nak buat braces. Klinik tak call saya lagi tuk appointment braces.
Klinik : Last puan datang sini bila ea?
Ibu : Saya tak ingatlah, tengah tahun lepas kot.
Klinik : Sebenarnya sekarang klinik dah tutup puan, takpelah, kami check dulu kad rawatan anak puan. Kami nak 4 digit terakhir IC dan nama anak puan.
Ibu : XXXX & YYYY
Kad rawatan anak puan tersebut diperiksa dan didapati salinan surat rujukan sudah ada di dalam kad rawatan.
Sampai Tarikh Temujanji Pun Expired
Klinik : Puan, surat rujukan ni dah dibuat. Puan tak ambil ke?
Ibu : Eh, entah. Saya tak tahu apa-apa pun.
Klinik : Surat rujukan ni memang dah ada puan, cuma puan yang tak datang dan ambil surat rujukan ni puan. Nie dah lebih 6 bulan puan, tarikh temujanji untuk consultation braces ni dah expired. Kami kena periksa semula mulut anak puan dan buat surat rujukan baru sekiranya keadaan anak gigi memuaskan.
Ibu : Jadi saya kena start balik dari awal la ni?
Klinik : Memang begitu prosedur dia puan, sebab jika keadaan mulut dan gigi anak puan tidak memuaskan, kami tidak boleh rujuk ke doktor pakar.
Ibu : Oklah, saya nak daftar sekarang.
Klinik : Sekarang dah 12.30 puan. Klinik kami tutup jam 12.15 tadi.
Ibu : Anak saya skip sekolah sebab nak datang klinik. Takkan tak boleh buat apa2?
Klinik : Kenapa anak puan skip sekolah? Dan puan datang pun jam 12.15, kenapa tak datang awal pagi sekiranya dia skip sekolah puan?
Ibu : Saya ada banyak lagi urusan lain yang nak kena buat tau.
Klinik : Kalau macam tu kami tak dapat bantu la puan.
Di ruang legar luar klinik, tiba-tiba ibu pesakit bertanya boleh tak datang petang nanti jam 3? Dijawabnya boleh, jam 3 petang.
Tak Boleh Daftar Anak Tanpa Ibu Bapa/Penjaga
Jam menunjukkan 4.30 petang, baru kelibat pesakit kelihatan, tetapi tanpa ibunya.
Klinik : Adik, kami tak boleh daftarkan adik tanpa ibu/bapa atau penjaga, sebab ada dokumen yang perlu ditandatangani. Ibu adik kat mana?
Adik : Dia ada kat luar, ada urusan.
Jam 4.45 petang baru ibu pesakit kelihatan. Setelah diperiksa, didapati terdapat rawatan asas pergigian yang harus dibuat sebelum dirujuk ke doktor pakar dan di review kebersihan mulutnya.
Ibu : Jadi sia-sia la saya datang hari ini?
Sebelum Buat Rawatan Di Klinik Pergigian Kerajaan, Kena Tahu Ini
Untuk pengetahuan tuan/puan, ada beberapa perkara yang mengenai klinik pergigian kerajaan yang harus diketahui :-
1. Waktu operasi klinik pergigian adalah 8 pagi sehingga 5 petang, di mana waktu rehatnya adalah pada jam 1-2 petang (Isnin-Khamis) dan 12.15 – 2.45 petang (Jumaat)
2. Pesakit yang berumur 17 tahun ke bawah hendaklah ditemani oleh ibu/bapa @ penjaga yang berusia 21 tahun dan ke atas. Kami berhak untuk tidak mendaftarkan anak tuan/puan sekiranya dia adalah bawah umur dan tanpa penjaga, melainkan bagi kes-kes kecemasan.
3. Rujukan untuk braces bukan termasuk dalam kes-kes kecemasan.
4. Sekiranya ingin membuat rawatan braces, keadaan dan kebersihan gigi dan mulut hendaklah di tahap yang excellent. Sekiranya tidak, kami ada hak untuk tidak merujuk anak-anak tuan/puan ke doktor pakar.
5. Surat rujukan untuk braces juga boleh dilakukan di sekolah, tidak semestinya di klinik. Sekolah-sekolah kerajaan wajib dilawati oleh pasukan pergigian bergerak setiap tahun dimana rawatan asas pergigian dan surat rujukan ke doktor pakar dapat dilakukan sama seperti di klinik-klinik kerajaan.
Tidak perlu untuk anak-anak anda skip sekolah bagi mendapatkan perkhidmatan pergigian di klinik.
Kesimpulan : Mohon hormati waktu bekerja di klinik-klinik kerajaan dan jangan nak ungkit atau bandingkan dengan klinik-klinik lain di mana ada staffnya keluar minum makan dan lain-lain.
As far as I am concerned, klinik yang saya bekerja sekarang kami keluar hanya pada masa yang dibolehkan sahaja, melainkan terdapat kecemasan yang tak dapat dielakkan.
P/S : Klinik pergigian UTC mempunyai waktu operasi yang berbeza dengan klinik pergigian di klinik kesihatan kerajaan.
Sumber/Foto : Dr Hanif Mohd Suffian, A dentist, a volunteer, a traveller, and an occasional writer
Wanita Lebih Mudah Mendapat Penyakit Autoimun. Doktor Ini Jelaskan Sebabnya

Penyakit autoimun ini salah satu penyakit yang kurang diketahui umum dan masyarakat. Disebabkan itu ia kurang mendapat perhatian ramai. Namun begitu, kebiasaannya wanita lebih mudah mendapat penyakit autoimun jika dibandingkan dengan lelaki.
Pakar Perunding Perubatan Hospital Columbia Asia Puchong, Dr. Muhammad Bin Shahruddin berkata secara umumnya penyakit autoimun ini adalah di mana badan manusia itu menghasilkan antibodi sendiri yang menyerang sel-sel badan atau organ manusia itu sendiri.
“Sepatutnya sistem keimunan dan antibodi kita ini adalah untuk menyerang penyakit seperti contohnya bakteria, fungus dan virus dari luar. Tetapi dalam kes penyakit autoimun ini, badan kita menghasilkan antibodi yang sama dan menyerang organ dalam diri sendiri. Ini kerana sistem imun badan tidak dapat membezakan sel atau tisu badan sendiri dan menganggapnya sebagai sel atau tisu asing”
Ada banyak jenis penyakit autoimun yang dikenalpasti setakat ini. Jumlah penyakit adalah lebih 80 jenis di dalam spektrum penyakit autoimun ini. Biasanya dalam sesuatu penyakit autoimun itu dari segi insidennya 80 hingga 90 peratus dihidapi oleh wanita.
Kenapa Wanita?

Jelas Dr. Muhammad, kebiasaannya penyakit autoimun ini akan menyerang umur wanita yang sedang dalam jangka waktu subur.
“Contohnya di antara usia 15 hingga 45 tahun. Namun, ada juga kes yang melibatkan wanita berusia 45 tahun dan ke atas, tetapi ia jarang berlaku.
“Ia masih dalam kajian yang dilakukan oleh para saintis. Salah satu teori yang saintis terangkan adalah wanita ini sistem keimunannya lebih kuat sedikit daripada lelaki. Oleh itu dari segi jangkitan penyakit berjangkit, lelaki lebih senang mendapat kuman berbanding wanita.
“Mungkin juga disebabkan keimunan wanita itu lebih kaut daripada lelaki itu telah menyebabkan risiko mendapat penyakit autoimun lebih tinggi. Tetapi kebanyakan saintis mengatakan bahawa penyebab autoimun ini adalah kombinasi dari faktor genetik dan persekitaran.
“Selain daripada itu, penyakit autoimun itu juga berkait rapat dengan genetik. Sebagai contohnya jika ada ahli keluarga seperti ibu dan nenek menghidap penyakit autoimun, seorang wanita itu boleh mendapat penyakit yang sama.
“Bagi mengesan secara genetik, tidak ada ujian khusus yang boleh dilakukan. Secara asasnya, bila doktor bertemu pesakit, dia akan bertanya sejarah penyakit yang menyerang keluarganya.”
Genetik itu bukannya semestinya mendapat penyakit yang sama. Ia boleh menghidap penyakit dalam spektrum penyakit autoimun itu.
“Dalam penyakit autoimun ini, contohnya jika ibu menghidap penyakit tiroid, tidak bermakna anaknya akan mendapat penyakit tiroid. Ada kemungkinan jika ibu mendapat penyakit SLE, anaknya mungkin akan mendapat penyakit yang lain berkaitan dengan autoimun contohnya penyakit tiroid, psoriasis atau rheumatoid arthritis.”
Jenis-Jenis Penyakit Autoimun Yang Menyerang Wanita
Apabila penyakit autoimun berlaku, antibodi ini akan menyerang organ tubuh badan yang tertentu.. Contoh – contoh adalah seperti berikut ;
1-Sendi-sendi.
Sendi-sendi akan sakit dan membengkak. Contoh penyakit sendi ini adalah rheumatoid arthritis.
2-Systemic Lupus Erythematosus atau SLE
SLE ia boleh memberi kesan pada lebih dari satu organ dalam seluruh badan dan di antara jenis yang paling kerap di diagnosa. Ia akan menyerang sendi tetapi tidak seteruk rheumatoid arthritis. Ia juga boleh menyerang kulit sehinggakan kulit naik ruam-ruam, ruam-ruam pada muka, rambut gugur.
Paling teruk apabila SLE ini menyerang buah pinggang. Apabila buah pinggang telah diserang dan kita tidak dapat mengesannya terlebih awal, ia boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang jika tidak dirawat.
SLE juga boleh menyebabkan serangan antibodi ke bahagian otak sekaligus menyebabkan radang otak.
3-Penyakit Tiroid
Penyakit tiroid lebih banyak menyerang wanita. Puncanya adalah antibodi menyerang organ tiroid. Dua jenis penyakit tiroid ini adalah Graves disease dan Hashimoto disease.
Graves disease berlaku apabila hormon tiroid berlebihan manakala Hashimoto disease berlaku apabila hormon tiroid terlalu rendah. Punca-punca berlaku adalah sama tetapi rawatan yang akan dilakukan adalah berbeza.
4-Penyakit Psoriasis
Penyakit psoriasis juga adalah penyakit autoimun. Ini berlaku apabila antibodi badan menyerang kulit sehinggakan kulit menggelupas. Cara untuk mengesahkan penyakit psoriasis ini adalah dengan mengambil sampel dan hantar ke makmal untuk diuji. Cara rawatan adalah untuk menurunkan sistem imun dengan rawatan tertentu oleh pakar kulit
5- Immune thrombocytopenic purpura (ITP)
ITP ini adalah masalah darah. Apabila berlaku, antibodi menyerang platelet dan menyebabkan bacaan bilangan platelet menjadi rendah. Ia membuatkan seseorang itu mudah lebam. Ia juga boleh menyebabkan pendarahan hidung, dan pendarahan gusi.
Bahaya ITP ini pada ibu mengandung adalah jika bacaan platelet itu rendah, ia boleh menyebabkan pendarahan. Penyakit ITP ini biasanya dirawat oleh pakar hematologi (darah)
6-Selain dari penyakit yang disebut di atas, banyak lagi penyakit autoimun lain yang wujud. Contohnya Celiac disease, Addison’s disease, scleroderma, Myasthenia gravis, dan Type 1 Diabetes mellitus.
Bagaimana Penyakit Autoimun Dikesan?
Permulaannya, simptom-simptom tidak spesifik dan tidak jelas. Antaranya adalah seperti berikut:
1-Biasanya simptom-simptom itu akan bermula dengan rasa letih, lemah dan badan atau otot-otot rasa sakit.
2-Selepas itu kebiasaannya seseorang itu akan mula demam yang tidak tinggi (suhu badan 37.5 dan 37.8 Celsius). Tetapi demam ini agak lama dan berterusan lebih kurang seminggu hingga dua minggu.
3-Sendi-sendi juga akan rasa sakit dan bengkak. Sukar untuk bergerak sebaik bangun tidur pada waktu pagi.
4- Keguguran rambut yang berlebihan
Lakukan Pemeriksaan
Nasihat Dr Muhammad agar mereka yang menghidap simptom-simptom ini agar tidak menganggap simptom-simptom ini normal. Segeralah bertemu doktor bagi memeriksa apa sebenarnya yang berlaku pada tubuh anda.
Jelasnya lagi, sebaik bertemu doktor perubatan atau doktor pakar, pemeriksaan akan dilakukan. Antaranya:
-Doktor akan melihat simptom-simptom yang pesakit alami.
-Doktor akan membuat pemeriksaan fizikal yang lengkap
-Doktor membuat ujian darah yang asas.
Jika kemungkinan pesakit menghidap penyakit autoimun, doktor perubatan akan merujuk kepada doktor pakar yang berkaitan. Rawatan penyakit autoimun akan bergantung kepada gejala dan jenis penyakit tertentu.
Pilih Warna Yang Betul, Kalau Mahu Rumah Tangga Ceria & Harmoni

Sebut sahaja warna, maasing-masing tentu ada warna kegemaran dan kadang-kadang warna inilah yang akan digunakan untuk menghias rumah. Tahukah anda, warna ini sangat penting dalam menentukan keceriaan dan keharmonian rumah tangga.
Menurut pakar, Nor Hanita Mohd Shariff, Ketua Perunding Psikologi & Kaunseling, Pusat
Transformasi Kendiri, Personaliti & Imej@TWINsTALK Studio, Shah Alam, warna mampu
meningkatkan kualiti dan keharmonian kehidupan kita. Justeru itu, salah satu cara untuk
rumah tangga ceria dan harmoni adalah melalui ‘Warna’.
Daripada perspektif rumah tangga, warna dapat membangkitkan emosi kasih sayang, keyakinan, keberanian, ketabahan, imaginatif, bertimbang rasa, fokus, bekerjasama dan sebagainya, di mana penggunaan warna sebagai salah satu medium terapi rumah tangga yang dibuktikan melalui penentuan julat frekuensi yang diukur dalam bacaan nanometer dengan menggunakan spectrum analyser.
Beberapa fungsi warna yang boleh bantu dalam meningkatkan keharmonian rumah tangga:
MERAH
* warna merah mempunyai kadar frekuensi 730 -780 nanometer. Warna ini mampu merangsang otak manusia agar lebih bersemangat, berkeyakinan, optimis, berani menghadapi cabaran, kemampuan mempengaruhi, yakin mengambil risiko, menonjolkan diri dan lebih bersifat pemimpin.
* Hiaslah rumah dengan sedikit unsur warna merah seperti bunga, gambar, kusyen, alas meja dan lain-lain bagi membangkitkan mood atau semangat positif.
INGAT!, Janganlah dihiasi semua sudut dekorasi rumah dengan warna merah kerana sekiranya berlebihan warna merah ia berpotensi menjadikan seseorang agak angkuh, keras hati atau sensitif.
MERAH JAMBU
* Bagi menyemarakkan lagi kasih sayang dalam rumah tangga, gunakan kreativiti diri untuk
dekorasi rumah dengan menggunakan warna merah jambu yakni frekuensinya ialah sama seperti
warna violet iaitu 308 nanometer – 409 nanometer.
* Hiasi ruang tamu atau bilik tidur dengan warna ini kerana ia boleh meningkatkan perasaan
positif yang membangkitkan keceriaan, kecintaan, menghargai orang lain, menenangkan
perasaan, riang, berkomunikasi secara berhemah, terbuka, tidak suka melengah-lengahkan
sesuatu perkara dan rajin menolong.
BIRU
* Warna biru boleh meningkatkan lagi komunikasi di rumah di mana frekuensinya ialah 490
nanometer – 544 nanometer. Warna biru lebih dikenali sebagai warna yang seimbang.
* Banyakkan warna biru dari segi berpakaian atau dekorasi di rumah untuk meningkatkan lagi elemen karisma dan ciri-ciri seorang pemimpin yang adil, stabil dan suka mencari jalan
penyelesaian terhadap sesuatu permasalahan yang dihadapi.
HIJAU
* Frekuensi warna hijau ialah 545 nanometer – 554 nanometer di mana penggunaan warna ini secara maksimum dapat meningkatkan ciri-ciri seorang yang bijaksana, bersyukur, pemurah, mengamalkan kesederhanaan, suka bekerjasama, seorang yang terbuka dan sentiasa berlapang dada dalam menghadapi sesuatu permasalahan, mempunyai sifat simpati dan penyerahan diri kepada Penciptanya.
* Warna hijau juga mampu mengurangkan stres dan mampu memberi ilham yang baik di samping mampu merehatkan kepada mata yang kepenatan. Bayangkan sekiranya di dalam rumah tangga, tiada langsung unsur hijau dalam dekorasi rumah, warna pakaian atau pemakanan seharian.
PUTIH
* Warna putih (frekuensi 0 nanometer – 279 nanometer) juga adalah yang sering dikaitkan
dengan sistem otak yakni kelenjar pineal sebagai kelenjar pertama yang terbentuk di dalam rahim semasa ibu melalui proses mengandung bayinya.
* Penggunaan warna putih dari segi pakaian atau dekorasi rumah boleh mencetuskan unsur spiritual yakni kelebihan mensyukuri nikmat kehidupan. Di samping itu, gelombang yang terdapat pada warna putih membolehkan merangsang ahli keluarga menjadi lebih tenang, bercita-cita tinggi, suka membantu orang lain, kuat berusaha, tabah menghadapi ujian, optimis, suka tepati janji dan mementingkan persaudaraan serta ketuhanan.
Pilih Warna Ini Untuk Aktiviti Harian
1. Warna Tema Baju
- Menjadi trend dewasa ini iaitu keluarga akan memilih warna tema baju yang hendak dipakai sama ada semasa hari perayaan, kenduri, sukan, seminar, kursus dan lain-lain.
- Warna tema ini secara tidak langsung akan mewujudkan semangat kekitaan atau bekerja secara berpasukan.
- Semua ahli keluarga bersatu hati memakai pakaian mengikut tema warna yang telah ditentukan.
2. Warna Rumah
- Pemilihan warna rumah perlu dilakukan dengan berhati-hati kerana setiap warna menghasilkan gelombang yang berbeza. Seandainya terdapat ahli keluarga yang panas baran, maka kurangkanlah penggunaan warna merah dalam dekorasi rumah sebaliknya gunalah warna kasih sayang seperti merah jambu, biru, violet, hijau atau putih.
3. Warna Kereta
- Pilihlah warna kereta yang bersesuaian dengan personaliti diri anda. Jika anda
mementingkan gaya dan prestij, digalakkan menggunakan warna hitam. Jika mementingkan kedamaian dan keharmonian, pilih warna biru atau hijau. Jika suka kepada sesuatu yang lasak, maskulin atau energetic, pilih warna merah.