suri rumah

Rutin harian suri rumah zaman sekarang ini memang padat, pendek kata nak letak kepala kejap pun risau anak-anak buat hal dalam diam.

Itu belum kira lagi kain yang tak berlipat dan main masak-masak di dapur, manalah mak-mak duduk di rumah tak stress!

Maka perhatian daripada encik suami sangatlah diperlukan. Tolong tanya OK ke tidak pun dah lebih dari cukup. Apa lagi kalau suami bantu buat mana yang terlepas pandang.

Kalau nak lagi memahami, godek luahan Puan Farah Nunaa. Sangat padu dan memang bernas!

Kerja Suri Rumah

Isteri surirumah biasa nya lagi teruk tahap stress/depresi dalam diri dia. Lagi-lagi yang 24/7 anak-anak kecik menempek kat dia dan terperap je dalam rumah.

Takperlu lah asyik dok condemn surirumah. Dok ulang kata surirumah tak penat, goyang kaki rehat-rehat. Hari-hari buat benda yang sama. Motherhood routine, mengadap orang caci sana sini, masa untuk diri sendiri jauh sekali — biasa nya akan ada satu perasaan yang terbuku dalam hati terlampau lama. Bila dah lama sangat jadi nanah. Paham-paham la rasa nya macam mana.

Perasaan rasa diri takguna tu biasa. Nak beli barang, duit sendiri takde. Saving dan harta jauh sekali. Bila nampak kita membeli lebih sikit mula lah kata kita menyusahkan suami. Tak sedar diri awak tu suri rumah.

Kalau Ada Anak Kecil, Lagilah!

Suri rumah yang ada anak kecik-kecik lagi lah.. nak makan, mandi, tidur semua tak menentu. Ikut rezeki mood anak hari tu macamana. Orang lain dah mandi sampai 3x, surirumah ada yang sekali pun belum mandi. Lagi-lagi kalau anak jenis takboleh lepas mak nya. Makan? Apa yang anak makan tu jelah kita sauk sekali biasa nya.

Dapat suami yang memahami alhamdulillah. Tak mintak banyak. Cukup lah paham situasi, pinjam telinga, bagi semangat dan jangan tambah serabut. Tolong la hargai para isteri surirumah. Jangan buat dia macam macai.

Lagi teruk kalau dapat suami yang lepas tangan ni lah. Isteri tu sakit ke penat ke emosi stabil tak stabil semua dia buat taktau. Dia tau balik kerja dia mengadap tv/phone. Agak bosan dia keluar lepak dengan member. Balik tidur. Anak? Dia lepas semua kat isteri. Mana nya tak timbul isu isteri bunuh diri, anak kena kelar. Try tanya, suami nya buat apa? Jawapan yang tepat — suami nya tunggul.

Punca Isteri Emosi Tak Stabil

Sebab apa surirumah biasa boleh sampai teruk macamni? Dia takde kawan. Social life zero. Hidup dia untuk anak & suami. Kalau suami tunggul, itulah makin teruk. Sakit penat dia takde cuti. Kalau rasa awak tu suami yang ada rasa simpati, bagi lah masa untuk isteri tu ber’me-time’. Tak lama. 15minit pun isteri tu dah hargai. Tolong lah jaga anak sekejap. Buat apa yang patut kat rumah.

The struggle is real. Takpayah sembang kata mengada ngada. Try tanya dekat surirumah yang stress/depresi ni : pernah tak rasa nak bunuh diri? Betul. Normal. Sebab rasa diri tu takde guna. Menyusahkan orang.

Suami please do your job. Tunjukkan yang awak hargai isteri & ibu anak2 awak. Isteri tu manusia biasa. Bukan robot, bukan orang gaji, bukan macai yang takde perasaan.

Suami boleh ada banyak time off kan? Lepak dengan member, main game berjam jam masa. Isteri tu awak bagi tak? Kalau dia mintak tolong jaga anak 5minit pun payah, rasa2 diri tu layak ke jadi suami & ayah?

Keluarga yang bahagia memang bermula dari seorang ibu & isteri yang happy fizikal & mental. Siapa yang bertanggungjawab buat si ibu & isteri ni happy?

Ketua keluarga tu sendiri.

Bila ada lompong dalam keluarga tu, check balik ketua keluarganya. Bila saling melengkapi masing-masing lengkapkan mana yang kurang, insyaAllah bahagia dunia akhirat ❤️

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI