Banyak kelebihannya apabila mengamalkan Surah At-Taubah 128-129 dalam wirid seharian dibaca 7 kali selepas solat fardhu. Antaranya ia mampu menjadi ‘ayat pengasih’ dalam mengeratkan hubungan kasih sayang.
SURAH AT TAUBAH – ayat 128 & 129.
Fadhilatnya dengan izin ALLAH panjang umur, mudah urusan Dunia & Akhirat, jauh bala, tambah iman dan AYAT PENGASIH.
Baca ayat ini sebanyak 7 kali setiap kali selesai solat fardhu. Bacalah setiap hari. Jika dibaca pada waktu pagi, InsyaaAllah ia boleh menjauhkan ancaman untuk hari itu, begitu juga jika dibaca pada waktu petang, ia boleh menghindarkan ancaman pada waktu malamnya.
Kelebihan-kelebihan lain jika mengamalkan Surah At Taubah.
Antaranya:
1. Jika dia seorang yang lemah, maka akan menjadi kuat.
2. Jika dia seorang yang hina, maka akan menjadi seorang yang mulia.
3. Jika dia seorang yang kalah, maka akan segera mendapatkan pertolongan.
4. Jika dia seorang yang berkesempitan, maka akan mendapat kelapangan.
5. Jika dia seorang yang berhutang, maka akan segera dapat membayar.
6. Jika dia seorang yang berada dalam kesusahan, maka akan hilang kesusahannya.
7. Jika dia seorang yang sulit dalam penghidupan, maka akan segera mendapat kelapangan kehidupan.
Ads
Jadi kepada anda semua yang sedang membaca, yang secara tidak sengaja terbaca akan tulisan di sini. Mungkin itu pun dengan kehendak ALLAH SWT juga. Amalkanlah Surah At-Taubah. Tidak akan rugi apa pun malah dengan izinNya insyaaAllah kita dapat keluar dari apa sahaja permasalahan yang dihadapi. Ataupun mungkin apa yang dihajati akan ditunaikan olehNya.
Ustaz Shauki kongsi Rasulullah saran jauhi lelaki miliki dua ciri ini, tak sesuai dijadikan calon suami . Kaum lelaki itu adalah Khalifah atau pemimpin bagi kaum wanita oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita) dan mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka…” (al-Nisa’, 4:34).
Sebelum memilih pasangan hidup, ada ciri-ciri lelaki yang menjadi kriteria pemilihan namun Rasulullah sarankan agar tidak memilih dua ciri lelaki ini.
Baca satu perkongsian ilmu dari Ustaz Ahmad Shukri Yusoff mengenai dua ciri lelaki yang jangan dipilih menjadi suami.
Ada suatu hadith yang dilaporkan oleh seorang perempuan bernama Fatimah binti Qais. Dia seorang janda yang dicerai oleh suaminya dengan talak tiga. Dia memberitahu Nabi SAW bahawa dirinya dilamar oleh tiga orang lelaki. Mereka adalah Muawiyah, Abu Jaham dan Usamah bin Zaid.
Menurut Fatimah, Nabi SAW berkata kepadanya, “Muawiyah itu miskin. Abu Jaham itu suka memukul isterinya. Sebaiknya puan terima lamaran Usamah.”
Fatimah tidak setuju. Sambil dia memulas-mulas tangannya, dia berkata, “Usamah?” Nabi berkata, “Taat kepada Allah dan Rasulnya adalah lebih baik bagi puan.” Lalu Fatimah pun bernikah dengan Usamah.
Justeru dalam hadith itu Nabi menunjukkan 2 jenis lelaki yang tidak sesuai diambil sebagai suami:-
1. Lelaki yang kedekut. 2. Lelaki yang memukul isteri
Dalam hadith itu Nabi menyuruh Fatimah supaya pilih Usamah bin Zaid sebagai suami barunya. Justeru pada diri Usamah itu ada ciri-ciri peribadi lelaki yang sesuai diambil sebagai suami.
1.Fatimah adalah seorang yang merdeka, manakala Usamah bin Zaid adalah anak kepada seorang hamba, jadi abaikan faktor status sosial bakal suami yang lebih rendah.
2. Fatimah itu perempuan Arab, justeru rupa parasnya cantik. Dirinya begitu menarik sehingga biarpun dia janda talak tiga, habis sahaja tempoh iddahnya tiga lelaki melamar dia. Usamah bin Zaid itu pula berkulit hitam kerana dia berasal dari Afrika.
3. Usamah bin Zaid pernah menjadi punca kontroversi besar dalam kalangan sahabat-sahabat Nabi apabila Nabi melantik dia menjadi panglima perang pada usianya yang baru 17 tahun. Jadi, pilih lelaki yang pemberani, pintar dan dipercayai.
Dalam hadith itu, menurut Fatimah sendiri, dia menikmati kebahagiaan dengan Usamah. Justeru, kaum perempuan perlu siasat dahulu apakah lelaki yang hendak diambil sebagai suami itu seorang yang kedekut ataupun seorang yang memukul isteri.
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
Bacakan Surah AL-QADR Pada Ubun Bayi, Tak Sampai Berapa Minit Anak Tidur Sendiri! Bukan semua bayi mudah untuk tidur. Ada yang memerlukan masa yang agak lama dan tidur menggunakan buai baru boleh lelap. Bila bayi sukar tidur, mudah meragam dan mak-mak punya kerja di rumah pun boleh tergendala.
Alhamdulilah..first time buat, menjadi. Sebelum ni my baby ni susah tidur nak buai je tak kira siang atau malam.
Pagi ni cuba bacakan surah AL-QADR. Tiup di ubun-ubun anak, niat supaya dia tidur. Tak sampai berapa minit, dia tidur sendiri tanpa buai.
Ya Allah.. terima kasih sahabat FB yang berkongsi tip/ikhtiar ini. Kalau ada ibu-ibu yang ada masalah anak susah tidur boleh la cuba bacakan surah Al- Qadr ni pada anak.
(1) Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar
(2) Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?
(3) Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.
(4) Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut);
(5) Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!
Mingguan Wanita:Buat mak-mak yang ada masalah anak susah nak tidur, boleh amalkan baca surah al-qadr ini pada ubun-ubun anak sebagai salah satu ikhtiar. Moga anak lebih mudah tidur sendiri, tanpa guna buai pun.
“Mulanya ingatkan masalah saya, rupanya ramai tak boleh baca Al-Quran dengan betul” Datuk Hussamuddin. Begitulah luahan Datuk Hussamuddin Yaacub yang juga merupakan Pengasas Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF).
Berkongsi dari hati tentang kisah dirinya yang sebelum ini tidak pandai membaca Al-Quran, Datuk Hussamudin menerangkan menerusi Penubuhan Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) lapan tahun lalu yang bertujuan untuk membantu umat Islam lebih mendalami dan menghayati isi kandungan al-Quran berjaya melahirkan insan yang celik al-Quran.
Beliau berkata demikian dalam sidang media mengenai program My #QuranTime 2.0 di Kompleks Kumpulan Karangkraf baru-baru ini.
Menerangkan lebih lanjut, Datuk Hussamuddin turut memaklumkan, pendekatan menggabungkan konsep bacaan dan tadabbur al-Quran menerusi program My #QuranTime itu memudahkan orang ramai mempelajari kitab suci tersebut.
“Gerakan ini bermula kerana apa yang saya mahukan untuk diri sendiri, kerana dahulunya saya tidak pandai sangat membaca al-Quran.
“Sebelum ini saya ingat itu masalah saya sahaja, rupanya masih ramai lagi di luar sana yang tidak boleh membaca al-Quran dengan betul.
“Ramai orang macam saya yang perlu diselamatkan, sebab itu timbulnya satu gerakan untuk menyelamatkan ummah.
“Pada awalnya, kita nak buat orang cinta dan meminati untuk membaca al-Quran dan Alhamdulillah, mungkin melalui pendekatan yang disampaikan oleh qari dan pentadabbur menyebabkan orang ramai ingin tahu dengan lebih mendalam tentang kalam suci ALLAH SWT,” ujarnya.
Menyentuh lebih lanjut tentang My #QuranTime 2.0, Datuk Hussamuddin memberitahu, program itu akan menyediakan bentuk pengisian yang lebih terperinci dan mendalam berbanding sebelumnya.
“Dalam My #QuranTime 1.0, kita tadabbur satu halaman setiap hari, kita harap dalam musim kedua ini, kita nak ke arah lebih mendalam lagi.
“Kita akan perkenalkan elemen baharu iaitu hafalan dan amalan (untuk menghafal al-Quran) dengan cara yang terbaik melalui solat.
“Sekiranya mereka boleh hafal, sekurang-kurangnya tiga atau empat ayat tersebut boleh digunakan dalam solat sepanjang hari,” sambungnya.
Turut menjelaskan pihaknya sedang dalam proses untuk membina satu studio di Kompleks Kumpulan Karangkraf yang lengkap dengan peralatan khusus untuk program My #QuranTime 2.0 kali ini.
“Kapasiti studio tersebut dijangka dapat menampung 40 hingga 50 peserta bagi setiap episod.
“Sepanjang kita buat My #QuranTime, kita terima banyak dana infaq, jadi sudah tiba masa kita gunakan wang tersebut untuk manfaat peserta,” ulasnya.
Program My #QuranTime yang mencipta fenomena sejak lebih dua tahun lalu bakal diteruskan untuk edisi kedua hujung tahun ini dengan pengisian pengajaran yang lebih mendalam kepada penonton.
My #QuranTime 2.0 dijangka bersiaran sebanyak 1,800 episod bermula pada 1 Disember depan.
“Program ini nanti akan membuka peluang kepada peserta untuk belajar secara langsung di lokasi penggambaran tersebut. Ini akan menjadikan program tersebut berinteraktif dalam sesi tadabbur dan belajar tajwid.
“My #QuranTime 2.0 juga menekankan kepada kefahaman dan elemen hafalan al-Quran supaya orang ramai dapat membaca dan menghafal surah dengan betul.
“Seterusnya mereka boleh mengamalkan bacaan tersebut dalam solat dengan lebih berkualiti,” katanya yang turut memberitahu My #QuranTime 2.0 juga dijangka turut disiarkan secara langsung melalui TV Alhijrah.
Enam episod Program My #QuranTime Plus yang bermula pada 19 Oktober lalu, menjadi platform pengenalan menjelang Program My #QuranTime 2.0 pada 1 Disember depan.
Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), Marhaini Yusoff berkata, Program #QuranTime Plus akan bersiaran selama enam minggu.
Menurut Marhaini, para peserta boleh mengikutinya sama ada menerusi dalam talian iaitu siaran langsung di platform digital Facebook My#QuranTimeOfficial atau secara fizikal di Auditorium Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd.
“My #QuranTime Plus sebagai makmal bagi pengenalan My #QuranTime 2.0.
“Program My #QuranTime Plus bersiaran setiap hari Rabu bermula jam 11 pagi hingga 12 tengah hari,” kongsi Marhaini.
Seramai 50 peserta menghadiri My #QuranTime Plus bagi episod pertama. My #QuranTime 2.0 dijangka bersiaran sebanyak 1,864 episod bermula 1 Disember depan.
Menurut Ketua Pegawai Penyelidik Yayasan WUIF, Fazrul Ismail pula, My #QuranTime Plus sebagai satu anjakan daripada My #QuranTime 1.0 lalu.
“Kita sasarkan peserta boleh baca dengan bagus, kita hafal dalam solat kita agar kita dapat ulang.
“Bila kita ulang, nilai itu bukan sekadar dalam solat bila kita tadabbur secara ringkas, tapi kita hafal juga di luar solat,” kongsinya yang turut mengalu-alukan penyertaan orang ramai yang berminat menjadi penonton studio bagi siaran langsung My #QuranTime Plus.
Mingguan Wanita : Seronoknya dapat mengaji dan mendalami Al-Quran.
Sumber Foto : Sinar Harian
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!