#QuranHour

Tahun lalu, sepasang kaki milik Rosyam Nor meredah 47.2 kilometer dari Masjid Karangkraf, Shah Alam ke Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak.

Tahun ini, pada 21 Ogos kam 10.30 pagi sekali lagi sepasang kaki itu bakal mendaki 2,200 anak tangga Menara Kuala Lumpur. Satu jam ujian mental dan fizikal itu bakal memberi satu mesej penting bukan saja untuk diri Datuk Rosyam Nor malah seluruh rakyat Malaysia.

Ianya misi kerohanian, satu kesinambungan dari promosi Walk for World#QuranHour yang dicetuskan oleh beliau dahulu. Kini diteruskan dengan misi Climb for Wold#QuranHour.

IKLAN

Rahsia Kekuatan Dari Surah Yasin

Inti pati surah Yasin jadi pembakar semangat ikon Rumah Ngaji Yayasan Warsan Ummah Ikhlas (WUI) ini. Sepotong ayat itu jelas menerangkan akan kelebihan dua anggota badan iait kaki dan tangan yang mempunyai kekuatan.

Kaki itu adalah macam mana kita bergerak ke arah kejayaan dan tangan digunakan untuk mengangkat. Simboliknya, kita membawa bendera itu dengan tangan dan kekuatan kaki untuk memanjat.”

IKLAN

Pendosa Yang Ingin Ke Syurga

Saya adalah pendosa yang ingin ke syurga. Dalam usia sebegini, hati mulai terdetik, apa sumbangan daripada seorang insan yang bernama Rosyam ini?

Apakah nasib selepas ini? Alhamdulillah, selepas penglibatan dengan program-program kerohanian ini, karier seni bertambah baik, malah kelompok peminat semakin berkembang.” – Datuk Rosyam Nor

IKLAN

Sinergi Pendakian Datuk Rosyam & Kemerdekaan 31 Ogos Ini

  • Beliau akan membawa dua bendera. Simboliknya, selagi Jalur Gemilang berkibar, selagi itulah utuhnya kekuatan negara.
  • Beliau akan diiringi 14 individu yang masih dirahsiakan namanya.
  • Pendakian dijangka mengambil masa satu jam.
  • Misi bermula dari Taman Eco Rimba Kuala Lumpur di Hutan Simpan Bukit Nanas (Bersebelahan Menara KL)
  • Ia juga Kempen Merdeka #QuranHour untuk menyedarkan masyarakat bahawa kemerdekaan bukan sekadar menyambut hari Merdeka, tapi memahami konsep kemerdekaan negara terutama bagi sambutan kali ke-60 ini.
  • Konsep kemerdekaan itu pastinya konsep kemasyarakatan, muhibah dan sliaturahim yang dibangunkan dengan seimbang demi pembangunan Malaysia.
  • Al-Quran yang dijunjung itu simbol, lambang kekuatan masyarakat Islam yang tika ini kian luntuk akhlaknya. Dan jika mahu kembalikan akhlak itu, Al-Quran tempatnya.
    Sebab itu #QuranHour meluas sampai ke seluruh dunia.

‘Saya Pendosa Ingin ke Syurga’, Selepas Jalan Kaki Rosyam Daki Menara KL Demi Merdeka World #QuranHour

Nota

World #QuranHour akan berlangsung pada 9 Zulhijah 1438 Hijrah bersamaan 31 Ogos 2017 bermula jam 11.30 pagi hingga 1.30 petang, di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, UIAM, Gombak, manakala Merdeka #QuranHour bermula jam 8.30 malam di Dataran Merdeka.

Sumber/Foto: Sinar Harian via Mingguan Wanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI