Lapar untuk langsing? Itu bukan definisi kurus secara sihat. Sebaiknya ada segera singkirkan semua makanan yang tidak bermanfaat dalam gerobok. Ucapkan selamat tinggal kepada makanan yang tinggi gula, tinggi kalori dan mengandungi lemak tidak sihat. Semoleknya ubah selera anda kepada makanan yang tinggi serat dan protein. Kenali sembilan superfood yang membantu anda mencapai berat ideal dan mampu membuatkan anda kekal kenyang.

  1. Makan kekacang yang tinggi serat

Serat merupakan komponen karbohidrat yang tidak dapat dicernakan oleh badan manusia. Serat terbahagi kepada dua iaitu serat larut (soluble fiber)dan serat tak larut (insoluble fibre). Ia terdapat dalam buah-buahan, sayur-sayuran dan juga kekacang serta bijirin.

Serat penting dalam melancarkan fungi sistem perkumuhan manusia terutamanya. Memandnagkan ia tidak boleh dicernakan oleh tubuh badna,maka ia tidak akan menyumbang kepada distribusi nilai kalori. Ia tidak menggemukkan langsung.

Kacang adalah superfood yang kaya dengan lemak sihat dan salah satu cara mendapatkan berat ideal dengan diet sihat. Badam mengandungi protein, serat, kalsium, magnesium, kalium, zink, selenium, kuprum, fosforus, biotin, riboflavin, niacin serta antioksida yang tinggi. Hentikan mengunyah keropok yang sifar khasiat, sebaliknya amalkan makan segenggam badam (35gm) yang dapat membekalkan 45% dari keperluan harian Vitamin E. Badam juga mampu menyelamatkan anda dari risiko barah, diabetes dan juga Alzheimer (nyanyuk).

  1. Coklat gelap (dark chocolate)

Coklat gelap ternyata dapat menurunkan berat badan. Kajian juga telah membuktikan mereka yang makan coklat gelap dua jam sebelum makan nasi dapat menyerap 17 peratus kalori lebih sedikit berbanding dengan mereka yang makan coklat susu.

Kandungan cocoa butter yang terkandung di dalam coklat gelap tersebut melambatkan proses pencernaan dan membuatkan anda cepat kenyang. Manakala coklat susu pula mengandungi lebih manisan dan minyak mentega, yang mendorong anda untuk makan lebih banyak…dan lambat lapar. Pilihan di tangan anda, mahu yang mengenyangkan atau membuatkan anda cepat lapar.

  1. Hirisan salmon

Salmon dikenali dengan kandungan proteinnya yang tinggi. Ikan yang mempunyai isi merah sangat bermanfaat untuk kesihatan dan spesies salmon antara yang kaya dengan sumber protein lengkap. Spesies yang banyak di Lautan Pasifik dan Atlantik ini kaya dengan asid lemak Omega 3, iaitu eikosapentatonik asid (EPA) dan asid dokosaheksanoik (DHA).

Selain kebaikan Omega 3, salmon antara ikan yang mempunyai nutrisi tinggi, iaitu Vitamin B2 (riboflavin) dan B12, Vitamin D, kalsium, fosfor, dan mineral seperti zat besi, seng, yodium, magnesium, kalium dan selenium. Konklusinya variasikan hidangan salmon dalam diet harian anda jika mahukan penurunan berat badan secara sihat.

  1. Beri biru

Hasil penyelidikan mendapati , beri biru mengandungi sebatian yang dikenali sebagai ‘pterostilbene’ dan juga vitamin D. Gabungan kedua elemen penting ini mampu meningkatkan sistem imunisasi dalam melawan jangkitan. Selain itu beri biru juga mampu membantu anda langsing demgan memenuhi tahap manis yang diperlukan oleh tubuh anda kerana ia hanya melibatkan 44 kalori. Buah ini juga bertindak sebagai anti-oksidan, membantu mengawal kolesterol dan menstalkan metabolisma badan. Khusus buat pelajar, jadikan beri biru sebagai makanan minda terbaik kerana ia mampu menajamkan fikiran manusia selain meningkatkan daya ingatan dan pembelajaran. Menarik bukan?

  1. Tomato

Buah tomato kata dengan pelbagai jenis vitamin seperti A,C,K, asid folat dan ‘potasium’. Dengan manfaat yang banyak, tidak hairanlah jika mengamalkan memakan buah tomato, ia akan meningkatkan daya ketahanan tubuh anda. Niacin yang terdapat di dalam buah tomato dan kaya dengan serat boleh membantu menyingkirkan kolestrol jahat seterusnya membantu paras kolestrol dalam tubuh kekal di fasa stabil. Selain itu, tomato juga mengandungi kalium yang bileh menstabilkan tekanan darah anda. Amalkan pengambilan jus tomato segar secara teratur, kerana ia adalah langkah paling mudah untuk menurunkan berat badan!

  1. Halia

Halia merupakan sumber alami yang sering digunakan sebagai medium pelega masalah angin dalam badan,penghadaman, loya, kejang perut dan athritis serta membantu kelancaran pengedaran darah. Halia juga dapat meningkatkan metabolisme dan membakar kalori kerana sel tubuh harus mengeluarkan tenaga ekstra hingga 20 peratus untuk mengolahnya. Satu lagi manfaat halia adalah ia mampu meningkatkan suhu tubuh hingga merangsang mekanisme pembakaran lemak dalam tubuh. Seni perubatan tradisional juga merekodkan penggunaan halia dan campuran herba lain kekal digunakan sejak dahulu hingga ke hari ini. Bagi yang ingin menurunkan berat badan, amalkan jus halia. Caranya dengan mengisar tiga inci hala dengan setengah cawan air sebelum tidur, Tapis dan perah sebiji limau dan sedikit gula. Amalkan meminumnya sebelum tidur.

  1. Sederi

Sederi cukup dikenali sebagai sayuran penyembuhan. Kandungan natrium dalam sederi membantu memecahkan patogen yang mencetuskan penyakit kronik dalam badan sekaligus meneutralkan racun.

Jus saderi mengandungi vitamin A, C, K, folat, kalsium, kalium, natrium, magnesium, fosforus, elektrolit, air dan sejumlah vitamin dan mineral yang lain. Nutrien dalam saderi bukan sahaja untuk memastikan sistem pencernaan berfungsi dengan lancar, tetapi juga dapat membuatkan anda berasa cepat kenyang, baik untuk penurunan berat badan, mengimbangi paras gula dalam darah dan mengekalkan paras kolesterol yang sihat.

  1. Limau gedang

Melalui kajian dilakukan di Scripps Clinic, La Jolla, California mendapati pengambilan separuh daripada limau gedan sebelum menikmati makanan mampu menurunkan berat badan anda. Limau gedang dikhabarkan mengandungi vitamin C dan asid sitrik yang mampu menyingkirkan kehadiran kalori dalam makanan.

  1. Cuka

Cuka telahpun digunakan sebagai tonik kesihatan sejak berabad lamanya oleh masyarakat Greek dan Mesir. Pengambilan cuka sebanyak satu sudu teh dikatakan melambatkan rasa lapar kerana ia akan melambatkan proses pencernaan zat tepung. Bau cuka mungkin tidak enak tetapi manfaatnya mampu mencega pelbagai penyakit antaranya kanser, jantung, alergi, gangguan pencernaan serta memecahkan molekul lemak sekaligus membantu proses menurunkan berat badan.