Sudah empat tahun terlantar, otak Jahidah rosak teruk akibat dibelasah suami. Sudah genap empat tahun sejak insiden tragis menimpa Jahidah Nordin, 47, namun penderitaan wanita ini masih belum menemukan noktah.
Sudah Empat Tahun Terlantar, Otak Jahidah Rosak Teruk Akibat Dibelasah Suami
Akibat dipukul suami sendiri sehingga menyebabkan koma, Jahidah kini hanya mampu terbaring tanpa daya. Tidak boleh berkata-kata, bergerak atau menjalani kehidupan seperti insan lain.
Hari-hari yang dilaluinya seakan hanya disaksikan oleh sepasang mata yang sesekali berkelip. Satu-satunya reaksi kecil yang menandakan dia masih bernyawa, meskipun tersepit dalam tubuh yang tidak lagi mampu berfungsi seperti dahulu.
Bagi adiknya, Fauziah Nordin, 44, yang kini memikul tanggungjawab sebagai penjaga utama, setiap hari adalah perjuangan yang sarat dengan kesabaran, keikhlasan dan air mata.
“Doktor maklumkan, kerosakan otaknya sangat teruk. Kini sudah masuk tahun keempat dia koma… kami hanya mampu berserah,” katanya dalam nada sebak ketika ditemui di rumah mereka.
Fauziah tidak mahu terlalu menggantungkan harapan. Baginya, menerima kenyataan ini dengan hati yang redha adalah cara terbaik untuk terus kuat menghadapi hari-hari mendatang.
“Bukan kami tidak berdoa atau tidak mahu berharap. Tapi kalau terlalu meletakkan harapan, kami akan lebih terluka. Hanya keajaiban yang mampu mengubahnya,” katanya.
Setiap hari, Fauziah melaksanakan tanggungjawab menjaga kakaknya sepenuh masa. Dari urusan memandikan, menyuap makanan, menukar lampin sehinggalah menjaga anak kecil milik kakaknya, semuanya digalas dengan tabah.
“Awalnya memang sukar… untuk bersihkan Kak Jahidah saya perlu angkat badannya, sedangkan kudrat saya sebagai wanita terbatas. Tapi lama-kelamaan saya belajar. Sekarang saya dah biasa, dan anggap ini semua sebagai saham akhirat,” katanya perlahan.
Walau sudah terbiasa, Fauziah mengakui bukan mudah menyimpan semua rasa. Ada waktunya dia penat, emosi terganggu dan berasa sunyi. Namun, setiap kali memandang wajah kakaknya yang tidak berdosa itu, dia mengumpul kembali kekuatan.
Dalam masa sama, anak tunggal Jahidah, Eshan Nufail yang kini berusia empat tahun juga turut berdepan cabaran tersendiri.
Ads
Disahkan sebagai orang kurang upaya (OKU) dari segi perkembangan, Eshan masih belum mampu bertutur dengan jelas seperti kanak-kanak seusianya.
“Dia sihat, aktif dan sudah boleh berjalan tegap, cuma belum bercakap seperti kanak-kanak lain seusianya. Doktor kata tiada masalah besar, cuma perkembangan lambat. Sekarang dia suka keluar berjalan-jalan, mungkin bosan terperap dalam rumah,” kata Fauziah sambil mengusap kepala si kecil yang setia bermain di sisi ibunya yang terbaring kaku.
Betapa beratnya hati seorang kakak bernama Nourul Depp apabila adik bongsu perempuannya, menawarkan diri mahu menjaga pesakit Covid-19.
Kerana siapa pun sedia maklum, betapa tak mudahnya tugasan itu. Mereka.. petugas barisan hadapan ini bukan saja perlu memakai baju PPE yang panas, melalui jam kerja yang panjang adakalanya hingga 18 jam, malah ada yang tidak dapat berjumpa ahli keluarga demi keselamatan jangkitan.
Dan inilah yang bakal adik bongsu perempuannya, Nurwahida Ab. Wahab yang juga seorang jururawatrela hati untuk melaluinya. Kasihan dengan rakan-rakan seperjuangan yang tak cukup masa berehat, dia sanggup memohon untuk berpindah dari jabatan asal.
Kata adiknya lagi, keputusan itu dibuat kerana dia mahu merasai sendiri cabaran menjaga pesakit Covid-19. Walau bagaimana pun, keputusan itu masih bergantung kepada kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia.
Ini Jihad.. Pergilah Kalau Itu Yang Terbaik
Dan ini pesanan seorang kakak,
“Bila adik kami @anakmisi pun mohon tukaq dari dept hemodialisis ke GH untuk bantu patient #covid19.
Ini jihad. Ini pahala. Pergilah kalau itu yang terbaik.
Sedih lagu mana tak tau.
Semoga dipermudahkan. @anakmisi adik bongsu perempuan. Membesaq dalam tangan kami.
Tengoklah @kkmm_gov terima ka dak.”
Rupanya Nourul Anak Misi
Sebelum ini, Nourul pernah berkongsi yang arwah ibunya merupakan seorang jururawat. Sewaktu usia mudanya dulu, Nourul pernah membantu ibunya di Klinik Kesihatan Kg Selamat.
“Mak kami dulu nurse yang cucuk cucuk orang.” selorohnya.
“Mak kami banyak sangat berjasa. Semoga syurga milik mu, mak. Al Fatihah.” kongsi Nourul lagi yang merupakan anak ketujuh daripada 15 orang adik-beradik.
MW :Semoga hasrat murni adik Nourul Depp ini dipermudahkanNya. Rakyat Malaysia teruslah berdoa untuk FRONTLINERS negara, agar mereka terus diberikan kekuatan dan dilindungi dari sebarang kesakitan.
Intan Najuwa kongsi persiapan sambut baby girl, ada warga maya kata nak menunjuk. Pelakon jelita Datin Intan Najuwa yang kini sedang hamil anak pertama kelihatannya ‘rancak’ membuat persiapan kedatangan anak sulungnya.
Intan Najuwa Kongsi Persiapan Sambut Baby Girl
Intan Najuwa dan suami bakal bakal menimang cahaya mata perempuan. Tambah Intan lagi, dia dan suami tidak sabar untuk menimang cahaya mata malah banyak membeli barangan bayi bukan sahaja di dalam negara tetapi juga di luar negara.
Bahkan Intan juga turut mendapatkan pelbagai idea melalui Pinterest untuk memilih kelengkapan buat bayinya. Kebanyakan barang-barang bayinya selain dibeli di Malaysia turut dibeli dari London, Sepanyol.
Ada Warga Maya Kata Nak Menunjuk
Melalui perkongsian di laman Instagramnya, Intan berkongsi barang-barang bayi serta bilik untuk anak sulungnya yang bakal lahir tidak lama lagi.
JUST KEEPING IT HERE AS MEMORIES, SO ONE DAY SHE’LL SEE THE SMALL THINGS I DID FOR HER.
COUNTING DOWN THE DAYS UNTIL I SEE YOU, BABY GIRL, AND I CAN’T WAIT TO FINALLY HOLD YOU IN MY ARMS – TULIS INTAN DI RUANGAN KAPSYEN.
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Selepas beberapa hari pemergian isteri tercinta, Shuib kini terpaksa memberi fokus kepada anak-anaknya terutamanya anak keempatnya Ayash Affan. Doktor juga sarankan Shuib bekalkan susu dari ibu susuan Ayash Affan,
Sememangnya pelawak ini terpaksa berdepan cabaran membesarkan empat cahaya mata seorang diri selepas pemergian isteri, Almarhumah Siti Sarah Raissuddin akibat COVID-19.
Lebih merunsingkan bagaimana mahu menguruskan Ayash Affan yang dilahirkan pada Jumaat lalu. Malah Shuib juga terpaksa menangguhkan hasrat melawat anaknya itu atas saranan hospital.
“Ini jalan terbaik selepas memikirkan risiko yang boleh memudaratkan bayi pramatang. Atas nasihat dan saranan pengarah HCTM, saya terima dengan lapang dada. Saya tangguhkan dahulu atas saranan doktor bagi mengelakkan jangkitan COVID-19. Alhamdulillah, bayi dalam keadaan stabil, malah sudah menjalani ujian saringan COVID-19 sebanyak dua kali dan keputusannya adalah negatif.
“Doakan semoga ujian calitan kali ketiga negatif juga. InsyaAllah, Ayash akan dibenarkan pulang dalam tempoh sebulan jika kesihatannya baik,” luah Shuib sewaktu majlis tahlil dan bacaan Yassin secara virtual, malam tadi.
Doktor Sarankan Shuib Bekalkan Susu Dari Ibu Susuan Ayash Affan
Malah bapa tunggal ini turut runsing memikirkan tentang soal untuk membekalkan susu buat Ayash ini kerana doktor menyarankan Shuib membekalkan susu daripada ibu susuan Ayash Affan.
“Memang fasal susu ini buat saya termenung juga. Sebab sekarang doktor kata baby minum susu formula tapi kalau ada susu ibu, boleh bawa ke hospital. Itu dah soalan cepumas, susu siapa pula nak bagi.
“Ramai orang yang tawarkan termasuk Samtilla (Syatilla) pun ada. Bila fikir balik, kena juga tahu orang itu minum apa, nanti jadi ibu susuan. Saya tak tahu sangat, nak kena tanya ustaz dahulu,” beritahu Shuib terus terang.
Shuib juga berasa sangat bersyukur kerana mempunyai ahli keluarga dan rakan artis yang menawarkan bantuan.
“Saya bersyukur ramai rakan sudi menghulurkan pertolongan. Mintalah apa sahaja, jika setakat makanan, hari-hari ada sahaja yang mahu menghantarnya.
“Selain rakan, saya bertuah ipar duai yang tinggal berdekatan. Bapa mentua pun ada bersama saya, jadi boleh minta bantu menjaga anak-anak jika saya keluar bekerja,” luahnya lagi.
Ibu bapa arwah Wan Ahmad Faris tak pernah putus asa 'berjuang' tuntut keadilan. Pada Disember 2013, Wan Ahmad Faris yang juga pelajar tingkatan empat ketika itu, ditemui tergantung dalam tandas asrama Maahad Tahfiz Sains Nurul Aman, Kok Lanas.