Siti Saleha

Kaum perempuan kalau cerita bab rahsia nak kekal cantik, mesti teruja. Nak juga tahu walau hakikat dirinya dah begitu ‘molek’ di mata suami.

Tapi semakin usia bertambah, ilmu kecantikan pun mesti meningkat sebab wajah dah mula ditandai penuaan. Jadi sebelum terlambat, anda boleh belai kulit dengan menggunakan bahan-bahan dapur ini.

Tip Cantik Guna Bahan Dapur

Nak Cerahkan Kulit

Ambil sebiji tomato, potong dua. Kemudian celup ke dalam susu segar dan sapu ke seluruh bahagian muka. Bila dah kering, ulang semula untuk lapisan kedua. Biarkan semalaman dan basuh muka anda dengan air sejuk keesokan pagi.

Bebas Jerawat

Campurkan 2-3 sudu madu dan serbuk kayu manis. Kacau hingga menjadi seperti coklat. Kemudian sapu ke seluruh muka selama 10-15 minit. Akhir sekali cuci muka dengan air sejuk.

IKLAN

Awet Muda

Ambil sebiji putih telur dan campurkan dengan 2 sudu gel aloe vera. Kacau sehingga ia lembut dan gebu. Sapu ke seluruh muka, biarkan selama 15 minit dan cuci menggunakan air sejuk.

Bersihkan Liang Pori

IKLAN

Campurkan 1 sudu oatmeal dan 2 sudu yogurt, letakkan dalam peti sejuk selama beberapa jam dan sapu ke bahagian muka selama 30 minit. Selepas kering cuci muka anda dengan air suam.

Anjalkan Kulit

Campurkan madu dan serbuk kopi dengan bahagian yang sama banyak. Kemudian sapu ke seluruh muka hingga kering selama 10-15 minit. Kemudian gunakan kertas tisu untuk longgarkan mask dan cuci dengan air suam.

IKLAN

Buang Blackhead

Kacau putih telur sambil masukkan 1 sudu jus lemon. Gunakan berus dan sapukan ke seluruh muka. Biarkan kering selama 15-20 minit dan cuci muka menggunakan air suam.

Haaa… mudah, bukan? Sekarang tinggal rajin nak buat saja. Tetapi sebenarnya kecantikan pada wajah itu akan terserlah berganda kalau dalamannya sihat. Tak susah pun, rahsianya cuma dengan mengekalkan kelembapan dan perlindungan kulit dari dalam agar kulit tidak kusam.

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI