Suasana pilu menyelubungi perkarangan Masjid Hadhari, Jertih awal pagi tadi apabila 13 jenazah penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) tiba satu persatu dan diturunkan dari van jenazah.
Masjid yang sebelum ini menjadi saksi semangat mereka untuk menuntut ilmu, kini menjadi lokasi terakhir menyambut kepulangan mereka, bukan lagi sebagai pelajar, tetapi sebagai insan tersayang yang telah pergi buat selamanya.
Ribuan Hadir Solat Jenazah: Suasana Sayu Iringi Perpisahan Terakhir Mangsa Nahas
Suasana pilu menyelubungi Masjid Hadhari apabila lebih 3,000 orang hadir menunaikan solat jenazah bagi mangsa-mangsa yang terkorban dalam satu nahas tragis. Solat jenazah tersebut diimamkan oleh Exco Penerangan, Dakwah dan Pelaksanaan Syariah Terengganu, Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi.
Ads
Tangisan dan air mata tidak dapat dibendung oleh ahli keluarga yang menyaksikan jenazah insan tersayang dibawa masuk ke kawasan masjid. Kesayuan jelas tergambar, apatah lagi ketika jenazah dipindahkan ke dewan masjid untuk solat jenazah.
Ads
Pagi ini, semua jenazah akan dikebumikan di kampung masing-masing, dalam suasana penuh hiba dan kesedihan yang turut dirasai masyarakat setempat. Kehadiran ramai penduduk yang datang memberi penghormatan terakhir bukan sahaja tanda kasih, malah mencerminkan rasa kebersamaan dalam menghadapi musibah ini.
Ads
Terdahulu, dua jenazah pelajar yang turut menjadi mangsa, Muhammad Adib Azim Halim, 21, telah selamat dikebumikan di Perkuburan Islam Kampung Pasir Badak, Hulu Besut. Manakala Wan Nur Suhaila Wan Mohammad, 22, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Amer, Kampung Raja, Besut.
Tealive, jenama teh gaya hidup terkemuka di Asia Tenggara, kini melangkah ke pasaran barangan pengguna bergerak pantas (FMCG) dengan pelancaran rangkaian minuman 3-dalam-1 pula.
Menampilkan variasi teh susu, kopi dan coklat, minuman pek kecil ini menawarkan rasa istimewa setanding kualiti kafe yang mudah dinikmati pada bila-bila masa dan di mana sahaja.
Majlis pelancaran berlangsung semalam di IOI City Mall bersempena dengan pelancaran menu baharu Tealive.
Majlis pelancaran dirasmikan oleh mantan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin yang juga merupakan pejuang inovasi dan keusahawanan tempatan.
“Perjalanan Tealive dari kios ke kediaman bukan sekadar evolusi perniagaan, sebaliknya melambangkan evolusi budaya.
“Ini merupakan detik membanggakan bagi inovasi Malaysia. Kita bukan sekadar mengeksport produk, tetapi turut mengetengahkan gaya hidup dan identiti kita,” ulas Khairy.
Tambah Khairy, Malaysia memerlukan lebih banyak jenama produk tempatan yang berani memimpin demi masa depan ekonomi negara.
“Kita perlukan lebih banyak jenama tempatan seperti Tealive yang berani memimpin dengan rasa bangga dan autentik. Menyokong produk tempatan bukan sekadar soal patriotism,ia bermakna kita menyokong ketersediaan peluang pekerjaan, impian dan masa depan ekonomi negara.
“Sudah tiba masa kita membuat pilihan dengan lebih bijak dan menyokong jenama yang sedang membentuk Malaysia masa hadapan,” katanya.
Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif, Bryan Loo menyifatkan pelancaran ini sebagai satu lagi langkah strategik untuk memastikan kelestarian jenama seiring perubahan gaya hidup yang mementingkan keselesaan dan kemudahan menikmati produk ini di rumah.
“Kami mahu peminat Tealive dapat menikmati minuman kegemaran mereka di mana jua mereka berada. Rangkaian 3-dalam-1 ini merupakan cara kami membawa saat istimewa Tealive ke dalam rutin harian, sama ada ketika dalam perjalanan, di tempat kerja, atau ketika berehat di rumah.
“Pek kecil ini perlu menjadi lebih daripada sekadar rasa yang sedap. Ia mesti menghidupkan pengalaman ‘brewing positivity’ yang sinonim dengan Tealive.
“Sebab itu, kami beri tumpuan kepada pemilihan bahan berkualiti dan profil rasa yang setanding dengan apa yang pelanggan nikmati di cawangan kami,” ujar Loo.
Pek minuman ‘3-in-1’ ini boleh didapati secara eksklusif di pasar raya AEON dan cawangan Tealive di seluruh negara, serta di dalam talian menerusi platform e-dagang bermula 15 Jun, sebelum diperluaskan ke lebih banyak saluran runcit mulai Julai.
Setiap kotak mengandungi lima hingga enam pek dijual pada harga RM12.90 setiap satu, dengan tiga jenis teh iaitu signature milk tea, matcha tea, dan teh tarik, tiga jenis kopi iaitu signature coffee, caramel macchiato, dan hazelnut coffee dan tiga jenis coklat iaitu signature coco, dark chocolate, dan chocolate hazelnut.
Tiada yang lebih perit buat seorang ibu selain melepaskan anak pergi buat selama-lamanya. Namun bagi Che Nor Aida Suhana Mat, 45, dia memilih untuk menyemai kasih terakhir terhadap arwah anaknya, Anis Soffiya, dengan cara yang paling tenang iaitu menyedekahkan pakaian dan barangan milik arwah kepada mereka yang memerlukan.
Arwah Anis Soffiya merupakan antara 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terkorban dalam kemalangan tragis di Jalan Raya Timur Barat (JRTB), Gerik, ketika dalam perjalanan pulang ke universiti.
Bagi Che Nor Aida, setiap helaian baju dan buku arwah bukan sekadar barang biasa. Ia sarat dengan memori, harapan, dan impian yang kini tidak sempat dikecapi.
Namun, beliau tidak mahu menyimpan semuanya hingga rosak dimakan waktu. Katanya:
“Bukan semua barang kami beri, hanya yang boleh dipakai dan dimanfaatkan. Yang muat, kawan-kawan arwah bolehlah ambil. Saya halalkan semuanya. Kalau disimpan dalam almari pun, lama-lama buruk…”
Beliau turut menawarkan buku-buku rujukan dan bahan pembelajaran arwah kepada pelajar lain, agar ilmu itu terus hidup dan memberi manfaat, walaupun jasad anak sudah tiada.
Che Nor Aida juga menjadikan tindakan ini sebagai satu bentuk amal jariah buat arwah, agar pahala terus mengalir untuk anak yang telah pergi. Malah katanya, sewaktu pemergian kedua ibu bapanya sebelum ini, dia juga melakukan perkara sama.
“Daripada simpan tapi tak guna, lebih baik disedekahkan… niat untuk arwah. Mudah-mudahan ada pahala yang mengalir.”
Pada pagi itu, beliau menerima kotak-kotak berisi barang milik arwah Anis yang dihantar oleh pihak pengurusan UPSI ke rumah mereka di Kampung Rahmat Felda Chalok.
“Ada barang yang saya belum buka lagi… tapi saya tahu, semuanya tinggal kenangan. Tapi biarlah kenangan itu hidup dalam kebaikan orang lain pula.”
Meskipun air mata masih belum kering, Che Nor Aida memilih untuk meredakan kehilangan dengan memberi semula kepada orang lain. Tindakannya itu bukan sahaja mencerminkan kekuatan sebagai seorang ibu, tetapi juga menjadi inspirasi buat kita semua – bahawa dalam duka, masih ada ruang untuk menyemai kebaikan.
Ketika rakyat Malaysia berhadapan dengan tekanan hidup yang semakin meruncing mengharungi peningkatan kos sara hidup, kekeliruan arah tuju kerjaya, sehinggalah hubungan yang makin renggang, satu peluang baharu dibuka semula bagi mereka yang benar-benar mahu mengubah hidup dari dalam.
Transformasi360, program pembangunan diri intensif anjuran RichWorks Academy Sdn. Bhd. (RichWorks Academy), bakal kembali untuk kali kedua pada 5 hingga 7 September 2025. Ini susulan sambutan luar biasa penganjuran pertama pada Mei lalu yang telah menghimpunkan lebih 3,500 peserta dari seluruh negara.
Pengasas & Presiden RichWorks Academy, Prof. Datuk Wira Dr. Azizan Osman berkata, melihat permintaan tinggi yang diterima, penganjur menyasarkan penyertaan kali ini akan meningkat sekurang-kurangnya dua kali ganda, dengan sasaran minimum seramai 5,000 peserta untuk sesi September ini.
“Ramai yang menyuarakan rasa terkilan kerana terlepas peluang Mei lalu. Jadi kami adakan sekali lagi, tapi kali ini khas untuk mereka yang benar-benar serius mahu alami transformasi dalam hidup ini.
“Transformasi360 bukan sekadar program motivasi, tetapi sebuah pengalaman sebenar yang menyeluruh dan mendalam. Ia membantu peserta mengenal kekuatan dan kelemahan diri dengan lebih jujur, memahami serta membuang corak sabotaj diri yang sering menjadi penghalang kejayaan dan menstruktur semula kehidupan termasuk aspek hubungan dan kewangan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.
Turut hadir, Pengarah Digital & Pengalaman Pelanggan Astro, Cynthia Seow dan Naib Presiden Pembangunan Komersial, Perniagaan Digital Astro, Datin Norashikin Habibur Rahman serta Ketua Pegawai Operasi RichWorks Academy, Dr. Radz Mohd.
Terdahulu, hampir 300 usahawan bimbingan beliau yang mengikuti program Ai Branding & Marketing Growth (AiBMG) diberikan peluang hadir ke ibu pejabat Astro bagi melihat dan alami sendiri ekosistem stesen penyiaran terbesar di negara yang boleh membantu dari segi penjenamaan dan pemasaran syarikat masing-masing.
Tambah Azizan, peserta Transformasi360 juga didedahkan kepada cara memperbaiki komunikasi dalam keluarga dan organisasi, serta mendalami tujuan hidup sebenar agar mereka dapat membina kejayaan yang lebih seimbang antara dunia dan akhirat.
“Menariknya, penganjuran kali ini turut dimantapkan dengan sokongan Astro sebagai rakan media strategik, yang akan membantu menjangkau lebih ramai rakyat Malaysia di seluruh negara — agar manfaat Transformasi360 dapat dirasai lebih meluas.
“Dengan elemen teknologi AI interaktif, peserta dibantu mengenal gaya tindakan dan emosi mereka, seterusnya mampu membuat perubahan yang lebih terarah dan kekal,” jelasnya.
Dalam pada itu, Azizan memberitahu, program ini dibangunkan berdasarkan pengalaman membimbing lebih 2 juta peserta dan ribuan usahawan selama lebih dua dekad.
“Transformasi360 ini bukan untuk yang hanya mahu ‘cuba-cuba’. Ia untuk yang benar-benar nak ubah hidup dan sanggup bertindak. Ini kali kedua dan mungkin yang terakhir untuk tahun ini,” tegasnya.
Orang ramai yang berminat boleh layari www.transformasi360.com dengan tempat adalah terhad dan hanya dibuka kepada mereka yang bersedia untuk mengalami perubahan sebenar dalam hidup.