Tealive, jenama teh gaya hidup terkemuka di Asia Tenggara, kini melangkah ke pasaran barangan pengguna bergerak pantas (FMCG) dengan pelancaran rangkaian minuman 3-dalam-1 pula.

Tealive Lancar Sachet 3-dalam-1 Untuk Kenikmatan Teh di Rumah

Pelbagai Varian

Menampilkan variasi teh susu, kopi dan coklat, minuman pek kecil ini menawarkan rasa istimewa setanding kualiti kafe yang mudah dinikmati pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

Majlis pelancaran berlangsung semalam di IOI City Mall bersempena dengan pelancaran menu baharu Tealive.

Tealive Lancar Sachet 3-dalam-1 Untuk Kenikmatan Teh di Rumah

Majlis pelancaran dirasmikan oleh mantan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin yang juga merupakan pejuang inovasi dan keusahawanan tempatan.

“Perjalanan Tealive dari kios ke kediaman bukan sekadar evolusi perniagaan, sebaliknya melambangkan evolusi budaya.

Ads

“Ini merupakan detik membanggakan bagi inovasi Malaysia. Kita bukan sekadar mengeksport produk, tetapi turut mengetengahkan gaya hidup dan identiti kita,” ulas Khairy.

Jenama Tempatan

Tambah Khairy, Malaysia memerlukan lebih banyak jenama produk tempatan yang berani memimpin demi masa depan ekonomi negara.

“Kita perlukan lebih banyak jenama tempatan seperti Tealive yang berani memimpin dengan rasa bangga dan autentik. Menyokong produk tempatan bukan sekadar soal patriotism,ia bermakna kita menyokong ketersediaan peluang pekerjaan, impian dan masa depan ekonomi negara.

“Sudah tiba masa kita membuat pilihan dengan lebih bijak dan menyokong jenama yang sedang membentuk Malaysia masa hadapan,” katanya.

Ads

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif, Bryan Loo menyifatkan pelancaran ini sebagai satu lagi langkah strategik untuk memastikan kelestarian jenama seiring perubahan gaya hidup yang mementingkan keselesaan dan kemudahan menikmati produk ini di rumah.

Tealive Lancar Sachet 3-dalam-1 Untuk Kenikmatan Teh di Rumah

“Kami mahu peminat Tealive dapat menikmati minuman kegemaran mereka di mana jua mereka berada. Rangkaian 3-dalam-1 ini merupakan cara kami membawa saat istimewa Tealive ke dalam rutin harian, sama ada ketika dalam perjalanan, di tempat kerja, atau ketika berehat di rumah.

Ads

“Pek kecil ini perlu menjadi lebih daripada sekadar rasa yang sedap. Ia mesti menghidupkan pengalaman ‘brewing positivity’ yang sinonim dengan Tealive.

“Sebab itu, kami beri tumpuan kepada pemilihan bahan berkualiti dan profil rasa yang setanding dengan apa yang pelanggan nikmati di cawangan kami,” ujar Loo.

Pek minuman ‘3-in-1’ ini boleh didapati secara eksklusif di pasar raya AEON dan cawangan Tealive di seluruh negara, serta di dalam talian menerusi platform e-dagang bermula 15 Jun, sebelum diperluaskan ke lebih banyak saluran runcit mulai Julai.

Tealive Lancar Sachet 3-dalam-1 Untuk Kenikmatan Teh di Rumah

Setiap kotak mengandungi lima hingga enam pek dijual pada harga RM12.90 setiap satu, dengan tiga jenis teh iaitu signature milk tea, matcha tea, dan teh tarik, tiga jenis kopi iaitu signature coffee, caramel macchiato, dan hazelnut coffee dan tiga jenis coklat iaitu signature coco, dark chocolate, dan chocolate hazelnut.

Follow kami di TELEGRAMINSTAGRAMTIKTOKFACEBOOKTWITTER dan YOUTUBE 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI