Lumrah dalam kehidupan rumahtangga suami isteri saling membantu dalam keadaan susah dan senang. Namun demikian apabila melibatkan tanggungjawab dan kewajipan suami dalam menyediakan perbelanjaan buat keperluan keluarga, jangan ambil mudah. Jika meminjam duit isteri untuk membayar dan membeli itu, ini buat keluarga, mohon suami ganti dan bayar semula, melainkan isteri redha.Jika tidak ia dikira berhutang.
“Isteri kita tu redha tak kita suruh dia bayar itu ini dan beli itu ini guna duit dia?”
Pernah tak kita tanya atau kita terus buat tak tahu ja? Balik keje tengok isteri dah beli barang dapur,
“Fuh, selamat duit aku..dia dah beli guna duit dia “
Tengok kat peti ais ada bil elektrik dan air, pun dah dibayar isteri.Rasa lega dan boleh guna duit untuk benda lain kan. Sepatutnya dan sebaiknya, kita kena tanya isteri,
“Berapa semua ni? Dalam RM200 ke? Jap lagi abang bayar dan ganti balik duit ayang…”
Kalau dia kata tak payah, dia memang nak beli guna duit dia dan dia redha, maka tak ganti tak apa, tapi kalau kita ganti jugak lebih baik. Kita ni kadang-kadang alpa sangat sampai jadi selesa.
Apa saja duit isteri yang dia keluarkan untuk perbelanjaan keluarga, kita tak tanya dah, tak ganti dah. Kita buat tak tahu. Kita anggap dia yang nak keluarkan, dia yang nak bayar dan dia yang nak beli.
Berhutang Dengan Isteri
Apa saja kewajipan dan tanggungjawab kita sebagai suami, kalau isteri beli guna duit dia sendiri, maka kita tu sedang berhutang dengan dia. Kita perlu bayar balik sebab itu kewajipan suami, suami yang kena sedia, bukan isteri.
“Abang hutang ayang berapa?”
Saya selalu tanya isteri walaupun dia tu surirumah sepenuh masa tanpa apa-apa pendapatan. Saya takut duit belanja yang diberi tu tak cukup. Saya takut dia ada guna duit yang dia selit atau simpan untuk cukupkan. Dia akan jawab takde hutang sebab macam mana pun duit tu dari saya jugak, walaupun dia selit dan simpan sana sini.
Ads
Tiada Hak Atur & Guna Duit Isteri
Tapi saya tetap ganti duit yang saya bagi dekat dia, walaupun itu duit saya, saya dah anggap itu hak dia, duit dia, kena ganti.
Duit isteri tetap duit isteri walaupun kita ni suami dia, kita takde hak nak guna atau atur duit dia untuk bayar itu ini, beli itu ini melainkan jika diizinkan isteri dan dia redha.
Bayangkan hidup bersama dah banyak tahun dan dia tak pernah redha dengan duitnya yang digunakan suami untuk bayar hutang-hutang suami dan kewajipan yang patut suami sediakan. Berapa banyak yang kita dah “hutang” dengan isteri kita sendiri?
MW: Setuju dengan perkongsian ini, memang ada benarnya. Duit isteri adalah duit isteri. Suami tiada hak nak guna atau atur duit isteri untuk bayar itu ini, beli itu ini melainkan jika diizinkan isteri dan dia redha. Suami yang meminjam duit isteri, bayarlah semula apatah lagi perbelanjaan yang melibatkan tanggungjawab dan kewajipan suami dalam menyediakannya.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Seorang gadis nekad batalkan pernikahannya tiga bulan sebelum majlis kerana tidak mahu bermadu dan jadi perampas suami orang.
Dirinya tidak mahu membina bahagia atas kehancuran rumah tangga orang lain.
Tindakan nekadnya harus dipuji pabila dia tidak terlalu mengikut perasaan dan memikirkan impak daripada perkahwinan yang bakal dibina.
Nekad Batalkan Pernikahan
Seorang gadis jelita di Indonesia meraih simpati pengguna media sosial apabila berkongsi kisah dirinya yang hampir berkahwin dengan seorang ustaz di kota suci Mekah tetapi dibatalkan pada saat-saat akhir.
Menurut portal berita Suara.com, rakaman video yang dimuat naik dalam akaun TikTok @milkiyahamira mendedahkan gadis tersebut membatalkan perkahwinannya selepas mengetahui bakal suaminya sudah beristeri.
Gadis Ini Tidak Mahu Bermadu Jadi Perampas Suami Orang
“Saya pernah dilamar oleh seorang ulama tersohor dari Batam dan kami sepatutnya bernikah. Namun, tiga bulan sebelum majlis pernikahan, saya nekad membatalkan perkahwinan kami.
“Dia merayu-rayu agar saya mengubah fikiran sehingga sanggup mencium kaki saya tetapi saya tidak boleh menerima kenyataan ditipu untuk menjadi isteri kedua,” tulis keterangan video itu.
Tambah gadis itu, dia tidak sanggup bermadu dan bukanlah seseorang yang mahu membina rumah tangga dengan merampas suami orang.
Tindakan Terpuji
Keputusan tegas gadis itu mendapat pujian netizen yang percaya jodohnya pasti lebih baik daripada suami orang.
“Anda sangat luar biasa kerana memilih untuk tidak saling menyakiti kaum hawa. Pasti ada jodoh lebih baik menanti,” komen seorang pengguna TikTok.
“Anda cantik dan memiliki keperibadian yang bagus. Jodohnya juga harus orang yang baik-baik tanpa perlu berebut,” tulis seorang lagi. – Agensi
Mingguan Wanita : Poligami itu tidak salah, namun sedari awal lelaki ini tidak berlaku jujur kerana menipu status yang sebenar. Wajarlah jika niatnya untuk bernikah lagi tidak kesampaian. Nak cantik seperti gadis ini, BELI DI SINI.
Salah satu cabaran bila jadi mak-mak adalah nak bagi anak kecil makan ubat tanpa menolak, silap gaya boleh keluar balik ubat atau mungkin tumpah sebab kena tolak dengan anak.
Jadi nak senang, mak ayah boleh cuba tip yang dikongsi Doktor Ezairy M.Sallih ini. In shaa Allah anak akan lebih senang makan ubat.
6 Langkah Mudah Bagi Anak Kecil Makan
Mungkin ada antara anak-anak kita yang memang susah untuk makan atau minum ubat. Masalah ini biasanya lebih kerap berlaku kepada peringkat umur bayi dan kanak-kanak. Tidak hairanlah jika ada ibu bapa yang mengambil berbagai-bagai alternatif bagi memastikan si anak tersayang dapat menelan ubat. Persoalannya bagaimana?
Saya akan kongsi 6 cara berkesan berdasarkan pengalaman para ibu bapa pesakit untuk kita cuba amalkan di rumah :
1. Guna picagari. Elak menggunakan sudu. Dos ubat yang diberitahu oleh doktor perlu diikuti. Justeru penggunaan syringe atau picagari adalah perlu bagi memastikan anda memberi ubat mengikut kuantiti yang betul dan ia sebenarnya jauh lebih mudah berbanding cara lain. Pastikan juga menggunakan syringe sesuai mengikut kuantiti yang akan diberi. Biasanya 3ml atau 5ml.
2. Teknik yang sesuai dan betul. Saya nasihatkan letakkan anak di dalam pangkuan. Untuk bayi atau anak kecil, pastikan mereka berada di posisi duduk atau separa duduk. Posisi baring menelentang dilihat mudah untuk memberi ubat, namun ia akan meningkatkan risiko ubat untuk masuk ke salur pernafasan dan seterusnya ke peparu. Ini bahaya!
3. Cari ruang dan kawasan yang tenang. Kita pun kalau nak buat sesuatu perkara perlukan ruang yang selesa. Beri ubat kepada anak pun begitu. Penting bagi kita sebagai ibu bapa untuk mencari ruang yang selesa dan cukup pencahayaan. Memberi ubat sama seperti memberi makan atau minum kepada anak. Sekiranya ruangnya sempit, kita juga akan cenderung memberi ubat dengan cara yang tidak betul. Kuantiti ubat yang bakal diberi juga akan terganggu.
4. Jangan paksa anak anda yang sedang meronta-ronta. Ini akan menyebabkan anak anda tersedak dan muntah. Beri peluang mereka tenang dan beri ubat.
5. Beri peluang anak pegang picagari ubat dan letakkan ke dalam mulutnya sendiri. Cara ini banyak membantu ibu bapa. Anda kemudian bantu untuk pastikan ubat dimasukkan ke mulut anak anda.
6. Minta nasihat doktor. Anda boleh minta pandangan dan nasihat daripada doktor yang memeriksa anak anda. Beritahu kepadanya bahawa anak anda mungkin jenis yang amat sukar untuk diberi ubat. Perlu dipegang tangan, kaki dan dipaksa baru boleh diberi. Doktor ini tuan puan, manusia juga. Kami akan cuba beri ubat yang paling sesuai dari segeri kekerapan, kuantiti dan jenis kepada anak dan bayi. Yang penting, komunikasi antara ibu bapa pesakit bersama doktor mesti ada.
Semoga perkongsian kali ini mendatangkan banyak manfaat. #Kongsikan kepada orang yang anda sayang.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Luka jahitan bersalin memang perlu dijaga dengan betul agar ia cepat sembuh sekaligus mengelakkan risiko ia terbuka semula. Bahagian Miss V juga akan kembali cantik. Sebab tu, mak-mak yang baru lepas bersalin dinasihatkan agar menitikberatkan pemakanan, kebersihan dan cara berjalan.
Jururawat terlatih ini, Noor Shafinah Mamat terdetik berkongsi cara sebenar jaga luka bersalin, setelah jahitan pesakitnya terbuka pada hari ke 9 berpantang.
Berikut antara perkongsian beliau;
“Disebabkan jahitan patient saya terbuka pada hari ke 9 berpantang, saya rasa baik saya share benda yang patut ibu-ibu jaga untuk make sure jahitan betul-betul sembuh pada waktunya, harap-harap tak jadi macam patient saya ni, ada gap pada benang tu. Tak kena jahit balik tapi seram la, dah tak lawa cik bunga kita ??”
1. Cuci Luka
Silalah baring. Lepas settle mandi/buang air, lap kering-kering pakai tisu gulung/tuala, lepas tu ambik masa baring dan anginkan luka sebelum letak ubat kuning dalam 5min. Lepas letak ubat kuning, anginkan lagi 5min. Saya beli kipas kecik senang nak keringkan tempat jahitan. Hair dryer boleh tapi bising sangat bunyi dia.
2. Spray Bottle
Beli dekat kedai 2 hinggit je botol spray kecik. Isi ubat kuning, nak guna spray je. Spray banyak, biar bahagian dalam lipatan jahitan tu pun kena. Ubat kuning kalau habis boleh mintak lagi dekat Klinik Kesihatan. Kalau pakai kapas dab dab, kadang-kadang tak kena tempat luka tu, macam saya la mula-mula. Beriya letak rupanya tak kena pun tempatnya. Tahu-tahu benang atas dah hilang.
3. Kurangkan Berjalan Tetapi Boleh Bersenam
semestinya. Kalau perlu sangat, tolonglah kepit macam tak bagi emas terlepas dari kepitan kaki. Lagi rapat kepit, lagi cepat daging cantum elok.Senaman kegel pun menggalakkan peredaran darah ke tempat luka ,luka lagi cepat sembuh~ uolss tau tak senaman kegel camane?? Tak tau pm tepi..hihihi
4. Tukar Pad 2-4 Jam Sekali
Kira dapat lagi selalu anginkan jahitan tu. Kalau anak meragam, buatlah kerap mana yang mampu. Tapi jgn tunggu 5-6 jam, cepatlah melecet nanti, tak masuk kuman lagi apa semua. Please elak.
5. Vitamin C, Zinc
Ambiklah extra Vitamin C. Macam saya tak boleh makan oren sunkist tu sebab perut meragam, saya ambik vit c tambahan untuk bantu pulih luka. Beli je ,asalkan kita cepat baik. Yang boleh makan oren, lagi baik. Cepat kering.
6. Air Garam
Ada kata garam ni cepatkan benang reput, ada kata cepatkan cantum luka, macam orang kata. So buatlah at least sekali sehari. Air garam pun saya masuk spray bottle senang terus spray je lepas buang air. Kalau dapat buat sitz bath lagi better.berendam ~
7. Buang Air – Elak Sembelit
Minum air cukup, makan buah & sayuran hijau & kalsium juga boleh mengelakkan sembelit ~ kalau susah nak minum susu,ambik je OSTEOMATRIX kalsium . Sembelit memang akan kacau tempat jahitan tu, takut terbuka. Jangan teran-teran sangat ye.
Ni je basic penjagaan luka jahitan yang misi boleh share. Yang tambah manjakani, asam keping etc tu optional, ikut keyakinan diri. Saya tak buat & tak sarankan sebab tahap kebersihan bahan-bahan tersebut diragui juga & sebab takut jadi jangkitan jugak. Sekian.
Ibu ayah risau keselamatan di sekolah. Susulan kejadian pagi tadi tiada siapa menyangka hari persekolahan biasa itu akan berakhir dengan tragedi yang meragut nyawa...