Suami Sharifah Zarina mengerang kesakitan lepas makan durian. Keenakan dan aroma buah durian boleh membuatkan seseorang tidak keruan, malah ada yang siap menabung sejak awal tahun untuk membeli buah itu pada musimnya. Bagaimanapun, ramai tidak sedar bahawa buah durian sebenarnya mampu meragut nyawa jika tersalah makan. Benar, buah durian memiliki pelbagai khasiat seperti vitamin C, B2 dan B9, phytonutrient dan antioksidan yang tinggi.
Namun, individu tidak disaran untuk memakan durian pada kadar yang berlebihan terutama mereka yang mempunyai masalah kesihatan.
Suami Sharifah Zarina Mengerang Kesakitan
Terbaru menerusi perkongsian hantaran video di Instagram Sharifah Zarina berasa cemas apabila suaminya Buswani Abdillah mengerang kesakitan selain wajahnya bertukar pucat selepas makan buah durian.
Sharifah Zarina yang ketika itu sedang bercuti bersama keluarga di Pulau Pinang terpaksa akur apabila percutiannya bertukar tragedi. Suaminya pula terpaksa dikejarkan ke sebuah hospital di Pulau Pinang.
“Kami makan durian di sebuah ladang di Pulau Pinang.
“Suami saya mengadu sakit perut sampai keluar masuk tandas.
“Saya mula risau tengok dia mengerang kesakitan sambil tunduk dan tidak bergerak dengan muka pucat. Jadi saya terus bawa dia ke hospital berdekatan.
“Rupanya doktor beritahu punca dia sakit perut sebab gas durian yang berlebihan dalam perut,” kongsi Sharifah Zarina seperti mana dipetik menerusi mStar Online.
Ads
Suami Semakin Pulih
Walaupun pada awalnya Zarina berasa cemas, namun dirinya bersyukur suaminya semakin pulih.
“Doktor beritahu keadaan dia tak teruk pun, selepas diberi suntikan keadaan dia dah kembali pulih.
“Rawatan pun hanya dalam dua ke tiga jam sahaja dan kami terus bergerak pulang ke Kuala Lumpur selepas itu.
“Sekarang dia semakin pulih berbanding keadaannya semalam,” kongsinya.
Hanya Jamah Tiga Biji Durian
Tragedi yang berlaku luar sangkaan, menurut Sharifah Zarina mereka sekeluarga hanya memakan tiga biji durian.
Ads
“Padahal kami makan sikit saja dalam tiga biji saja, saya dan anak-anak okay saja.
“Mungkin sebab durian di sana kuat berbanding tempat lain.
“Peliknya sebelum ini pun dia tak pernah macam ini, padahal dia makan sebelum ini lagi banyak dari semalam tapi tak tahu kenapa kali ini boleh jadi macam ini,” tambah Sharifah Zarina lagi.
Nana Mahzan akui agak risau. Namun punya cara tersendiri didik anak. Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.
Cantiknya anak dara pelakon Que Haidar dan Linda Jasmine, Tengku Ratu Haidar!
Siapa isteri-isteri geng Syatilla angkat tangan. Setuju tak? Memang suami berat mulut dan tak rajin borak bila dalam kereta suara isteri je macam dj radio tak berhenti bercakap. Hihihi.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Harap Diana lembut hati. Pelakon dan pengarah filem Farid Kamil berusaha untuk menawan semula hati isterinya, Diana Danielle dan menawarkan perdamaian dengan jumlah wang melebihi RM300 ribu.
Farid juga menerangkan tawaran yang dibuat diharap dapat melembutkan hati isterinya yang membabitkan antaranya aset, barang kemas dan bayaran pendahuluan nafkah bernilai RM319,700.
Harap Diana Lembut Hati
Pada waktu yang sama Farid juga menerangkan dia berharap Diana akan menerima tawaran tersebut demi masa depan dan kebaikan dua anak mereka, iaitu Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8.
Farid Kamil juga menawarkan sebuah kenderaan MPV, barang kemas, wang pendahuluan nafkah dan bayaran tiket umrah kepada Diana.
“Saya, Farid Kamil Zahari dengan setulus hati pada Ramadan penuh barakah ini ingin menawarkan isteri saya, Diana Danielle Danny Beeson tawaran seperti berikut sebagai usaha saya menyelamatkan keluarga yang amat saya sayangi.
“Sebuah kereta Toyota Vellfire bernilai RM225,000, barangan kemas bernilai RM10,700, wang pendahuluan nafkah dari Mac sehingga Jun 2023 bernilai RM40,000 dan bayaran balik tiket umrah yang sepatutnya adalah hadiah sudah bertukar menjadi hutang yang bernilai RM44,000.
“Saya amat berharap dengan tawaran yang membawa jumlah keseluruhan sebanyak RM319,700 ini mampu melembutkan hati isteri demi masa depan anak-anak kami,” kata Farid seperti mana dilaporkan Berita Harian.
Kenyataan yang diedarkan Pengurus Farid kepada media itu ketika prosiding sulh masih berlangsung di Mahkamah Tinggi Syariah tengahari tadi.
Bagaimanapun, Diana dan peguam, Datuk Akberdin Abdul Kadir tidak hadir ke prosiding itu.
Tanpa mengenal usia muda mahupun tua, saluran media sosial seperti youtube, jika dimanfaatkan sepenuhnya mampu memberikan sumber pendapatan yang tinggi.Tidak hairanlah ramai yang sanggup melakukan apa sahaja, untuk mendapat pengikut yang banyak dan tontonan video yang tinggi.
Ini termasuklah seorang budak yang baru berusia 6 tahun dari Korea Selatan, mampu membeli aset kediaman mewah walaupun pada usia yang masih muda.
Jika sebelum ini,pernah mendengar tentang bintang cilik YouTube, Ryan yang menerima bayaran termahal menerusi “Ryan ToysReview”, pernahkah mendengar tentang seorang lagi bintang YouTube cilik dari Korea Selatan, yang dikenali sebagai “Boram Tube”?
Hanya dengan membuat ulasan atau review produk mainan kanak-kanak yang berada di pasaran, Boram turut berjaya menerima pendapatan lumayan dan mampu menghadiahkan keluarganya sebuah kediaman lima tingkat di daerah Gangnam, Seoul bernilai RM33 juta (9.5 bilion won).
30 Juta Pengikut 2 Saluran Youtube
Boram yang berusia enam tahun kini mempunyai lebih daripada 30 juta pengikut di dua saluran YouTube miliknya.
Salurannya yang dikenali sebagai “Boram Tube Vlog” sahaja telah berjaya menarik 17.6 juta pengikut, manakala saluran review mainannya iaitu Boram “Toy Review” pula mempunyai 13.6 juta pengikut.
Menurut laporan Korea Times, YouTuber cilik itu sangat popular dalam kalangan orang ramai dan dia dianggarkan menerima pendapatan kira-kira RM12.8 juta (3.7 bilion won) setiap bulan.
Dengan teknik pengeditan video yang menarik, Boram berjaya menarik sejumlah besar penonton di Korea Selatan.
Dakwaan Dieksploitasi
Malah, kedua-dua saluran YouTube itu juga menduduki tangga teratas bagi akaun berpendapatan tinggi di negara itu.
Namun, berita pembelian rumah mewah itu menjadi bualan rakyat negara itu yang mendakwa Boram dipergunakan oleh ibu bapanya.
Bangunan yang seluas 258.3 meter persegi dan terletak di Gangnam itu dibeli pada 3 April lalu oleh syarikat Boram Family ( syarikat yang menguruskan kedua-dua saluran YouTube Boram).
Ia sekali gus menimbulkan kebimbangan orang ramai yang berpendapat bahawa kanak-kanak itu dieksploitasi oleh ibu bapanya.
MW:Rezeki anak kecil ini menjadi bintang youtube yang mampu memberikan pendapatan yang tinggi. Mak ayah boleh contohi, namun jangan ambil kesempatan pada anak pula iya. Pastikan berkongsi hanya perkara-perkara yang memberi manfaat dan dengan kerelaan anak sendiri. Pendapatan tersebut pula, hanya milik anak nanti untuk kegunaan pada masa hadapan mereka.
Bau badan berkaitan penjagaan kebersihan diri. Kena pastikan diri sentiasa bersih, segar dan badan tidak berbau agar orang sekeliling selesa dengan keadaan kita.Lebih-lebih lagi jika ingin melakukan perjalanan yang jauh dengan menaiki kereta, bas mahupun pesawat. Jangan jadi seperti lelaki ini, terpaksa dikeluarkan daripada pesawat gara-gara bau badannya yang amat busuk!
Sebuah pesawat penerbangan komersial terpaksa melakukan pendaratan cemas selepas sejumlah penumpang pengsan dan muntah gara-gara terhidu bau badan busuk seorang penumpang lelaki.
Dikurung Dalam Tandas
Menurut laporan, kru kabin cuba mengurangkan kesan bau badan lelaki itu dengan mengurungnya di dalam tandas pesawat tetapi gagal menyelesaikan masalah.
Pesawat Transavia Boeing 737 yang berlepas dari Lapangan Terbang Schiphol di Belanda ke Gran Canaria, Sepanyol itu kemudian membuat keputusan mendarat di Faro di sini.
Sebaik mendarat, lelaki berkenaan diiringi keluar dari kapal terbang oleh sejumlah pegawai perubatan sebelum menaiki sebuah bas.
“Bau badannya seperti orang tidak mandi beberapa minggu menyebabkan ada penumpang tidak tahan dan muntah,” kata penumpang warga Belgium, Piet van Haut.
Transavia mengesahkan pendaratan cemas itu sambil mengatakan puncanya akibat masalah kesihatan.
Macam-macam hal. Jangan sampai jadi macam ni iya. Busuk sangat tu, sampai boleh buat orang muntah dan pengsan!Pesawat pun terpaksa buat pendaratan cemas!
"Sedih, terkejut bila diberitahu tentang kanser” itulah antara luahan pelakon Zara Zya. Allahu, pasti anda akan terkejut apabila diberitahu anda disahkan menghidap kanser. Begitu...