Empat perkara normal ini, akan suami normal lakukan. Serius! Memang itulah habit mereka. Tapi, isteri tak boleh terus bertindak melulu. Apatah lagi meroyan sampai ‘makan dalam’ tindakan itu. Lagi-lagi dalam bulan penuh keberkatan ini, jomlah kita kumpul pahala sebanyak-banyaknya wahai isteri.
Inilah yang cuba disampaikan oleh Dr Anayasmin Azmi, Founder & Author, Medical Doctor, EarlyChildhood Advocate|, NLP Practitioner menjelaskan betapa penting untuk memahami ‘budaya’ komunikasi pasangan. Agar konflik suami isteri dapat dikurangkan dalam bulan Ramadhan ini.
JANGAN AMBIL HATI JIKA SUAMI LAKUKAN 4 PERKARA INI
Paling takut, kalau kita salah faham jadi dosa pula kerana salah kata pada suami. Semoga skill komunikasi di’sulam’ dengan iman dan kasih sayang.
Pernah tak hadapi 4 situasi ini?
1. Suami Tak Memahami Maksud Isteri
“Abang, ni asyik tengok hp saja. Saya ni penat dari pagi blablabla..”
Panjang kan kita membebel
Contoh isi tersirat dari bebelan kita di atas tadi adalah.. “Abang, tolong jagakan baby sekejap, saya nak masak.”
Ads
Apatah lagi kalau isteri merajuk. Usahlah berharap suami memahami apa isi hatimu. Kerana kebanyakan suami hanya terima apa yang kita beritahu mereka. Contoh “awak ada masalah ke?”
“Tak ada!!” walau sebenarnya hati remuk rendam baru sekejap berselisih dengan si suami tu.
Sebaiknya jelaskan sahaja apa yang kita mahu suami lakukan. Beritahu dengan jelas dan ringkas.
2. Suami Tak Endahkan Apa Isteri Cakap
Lelaki cenderung hanya dapat lakukan 1 perkara pada 1 masa.
DIkala kita boleh memasak sambil dengar radio, sambil menunggu mesin basuh berhenti sambil anak bermain di tepi.
Ads
Suami kita lebih cenderung basuh kereta sahaja dan kemungkinan besar tak dengar apa kita sebutkan walau kita hanya di sebelahnya.
Nak bercakap dengan dia cubalah selepas dia selesai basuh kereta.
3. Suami Kurang Ekspresi Apabila Mendengar
Ini sangat biasa berlaku. Kalau di pasar raya, saya tengok isteri beriya penuh perasaan dan emosi menunjukkan baju atau tudung baru.
Suami jawab . “ok” sambil mata sambung tengok handphone. Ini kerana lelaki suka keadaan yang terkawal. Tanpa mereka sedar, rupanya kurang ekspresi begitu salah satu mechanism mereka cuba berada dalam kawalan diri. Bukan bermaksud mereka tiada perasaan.
4. Bersendirian
Mekanisma lelaki dan perempuan menghadapai situasi stress adalah sedikit berbeza. Bila isteri stress, lebih cenderung untuk ada ‘seseorang’ bersamanya. Ini kerana fitrah wanita suka disentuh dan meluahkan.
Sedangkan lelaki, apabila tertekan lebih cenderung bersendiri. Jadi kalau suami nampak stress balik kerja terus ke bilik. Berilah dia sedikit masa untuk bertenang.
Ini Sebabnya Isteri Kena Kawal Diri
Sedar tak sedar, anak-anak MEMERHATI komunikasi kita suami isteri dan ia akan mempengaruhi cara anak-anak berkomunikasi dan bersosial. Jadi hati-hati!
Bulan Ramadan merupakan bulan yang penuh keberkatan, juga memberi limpahan rezeki yang tidak dijangka. Alhamdulillah, siapa sangka pada usia 60 tahun, penyanyi lagenda rock Suhaimi bin Abdul Rahman atau lebih dikenali Amy (Search) bakal menimang cahaya mata yang keenam. Lebih istimewa ia merupakan antara doa yang dimakbulkan, apabila hasrat penyanyi ini untuk menambah seorang lagi cahaya mata tatkala berusia 60 tahun bakal menjadi kenyataan.
Menerusi posting terbaru dilaman instagram, Amy mengumumkan berita gembira isterinya, Norhasniza Hassan, 37, atau Nourish disahkan hamil dan kini sedang mengandung sebulan.
Amy juga meluahkan rasa kesyukuran apabila doanya menimang anak pada usia 60 tahun dimakbulkan tuhan.
“Isteri aku mengandung sebulan yeah! Aku selalu doa apabila aku berumur 60 tahun, nak seorang anak lagi.
“Anda semua (peminat) doakan aku berjaya. Saya cintakan awak sayang @qasander,” luahnya dalam entri berkenaan.
Menerusi perkongsian itu, vokalis kumpulan Search yang memiliki seorang cucu ini memuatnaik video Norish menjalani pemeriksaan doktor dan sedang melakukan ujian ultra bunyi kandungan anak mereka bagi mengesahkan kandungan itu.
Sebelum itu, penyanyi lagu Fantasia Bulan Madu ini juga turut berkongsi video menunjukkan dua batang alat uji kehamilan menunjukkan tanda positif di Instagramnya.
Amy dan Norish mendirikan rumah tangga pada Oktober 2003 dan ia merupakan perkahwinan keempat bagi penyanyi rock ini. Pasangan bahagia ini dikurniakan tiga cahayamata iaitu Alexander Zulkarnain 14, Sania Samara, 13 dan Qaqa At-Tameemi, 9. Manakala menerusi perkahwinan terdahulu Amy memilki dua anak iaitu Nabila Huda,32 dan Irisha Myra,21 serta seorang cucu Keisha Laila,8.
Tahniah buat Amy Search dan isteri yang bakal terima kehadiran ‘orang baru’. Semoga kandungan sihat sempurna dan dipermudahkan segala urusan sepanjang proses kehamilan.
Setiap pasangan suami isteri tentunya mengimpikan bahtera perkahwinan yang dibina akan belayar dengan tenang sehingga ke hembusan nafas terakhir. Namun, tiada siapa dapat menduga, laut yang nampak tenang di permukaan, rupa-rupanya terdapat pusaran air yang hebat di bawahnya. Apabila pasangan yang nampak bahagia dan romantis itu tiba-tiba berpisah, orang sekeliling akan hairan. Tapi pasti ada sebab di sebalik perpisahan itu!
Banyak faktor yang membuatkan pasangan berpisah. Antaranya faktor kecurangan pasangan. Wahai isteri. Tanyakan pada diri, apakah suami layak diberikan peluang kedua (atau ketiga..atau keempat) selepas kantoi curang dengan perempuan lain?
Hati seorang wanita cukup kuat dan tabah untuk menghadapi apa saja rintangan yang melanda. Malah diri mereka tetap utuh berada di sisi suami kala susah dan senang. Namun satu hal yang sukar untuk wanita terima, cinta dan kasih sayang mereka diperkotak-katikkan! Seorang isteri tak kisah hidup susah, asal diri suami setia dan jujur dalam perhubungan. Tapi, andai itu telah digadai, apa lagi yang tinggal?
Bukan mudah untuk seorang isteri melupakan api kecurangan yang dinyalakan oleh suami dalam rumah tangga. Namun, demi sayang yang masih menebal, ramai yang memilih untuk memaafkan. Ya, itu pilihan si isteri. Namun, bukan bermakna isteri itu zalim jika tak dapat memaafkan suami. Itu bermakna hati mereka sudah hancur berkeping-keping, tak mampu dicantum kembali.
Ada suami yang beria-ia meminta ampun sehingga sanggup sujud di kaki isteri apabila dah kantoi. Katanya hanya ‘main-main’ saja. Tak ada niat nak serius pun. Kalau begitu, terpulang pada isteri untuk menerima atau tidak. Mungkin suami itu sudah benar-benar menyesal. Tapi, apa jaminan dia akan 100% berubah? Risiko tetap ada untuk dia kembali menabur benih kecurangan pada masa depan.
Ramai isteri yang sanggup memaafkan suami berkali-kali atas nama anak-anak. Jangan begitu! Pilihan di tangan anda. Diri anda yang berhak membuat pilihan untuk kehidupan anda sendiri. Buat apa terus bertahan andai sudah tiada rasa cinta, kasih dan kesetiaan? Lebih baik keluar saja daripada perkahwinan yang menyesakkan nafas itu. Anak-anak akan faham nanti..
Yang paling penting, sujud dan berdoa kepada Allah SWT. Semoga diberikan petunjuk untuk kemelut yang berlaku. Jika isteri masih ingin meneruskan perkahwinan itu, mohonlah agar hati anda benar-benar ikhlas memaafkan kecurangan suami dan kemaafan itu bukan sekadar di mulut saja kerana hati anda akan selamanya sengsara andai maaf itu bukan tulus daripada hati. Kalau begitu, baik move on saja!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Kalau mak ayah biasa mengikuti perkembangan Angkawasan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha menerusi instagram miliknya, ada banyak tip dan teknik keibubapaan menarik yang boleh dijadikan rujukan.
Lelaki berstatus ayah kepada empat orang anak ini banyak berkongsi tip keibubapaan dan penjagaan bayi mengikut pengalaman dan ilmunya sebagai seorang doktor.
Jadi buat mak ayah, jemput ‘gali’ apakah saranan dan nasihat yang dikongsikan oleh Dr. Sheikh Muszaphar yang boleh anda tiru dan cuba praktik kepada anak kecil anda di rumah.
Dari percakapan Dr Syeikh Muszaphar. pun dah tau dah beliau seorang yang very energetic and quick thinker. Tuturnya laju tapi bernas. Kata-kata beliau juga strong, positif dan penuh inspirasi. Kalau ikutkan beliau memang jenis suka mencabar diri sendiri dan akan lakukan sesuatu yang terbaik.
Dan sifat tersebut dapat dilihat dalam cara beliau mendidik anak-anak. Antaranya selamkan anak dalam air seawal 6 bulan, latih anak sehingga boleh berjalan seawal 7 bulan,mendedahkan anak kepada pelbagai aktiviti; horse riding, swimming, math, piano class, al quran class, membuatkan ramai berpendapat cara didikannya terlalu ekstrim.
Tapi hasilnya, anak-anaknya membesar dengan hebat tanpa disekat dari menjadi kanak-kanak yang periang.
Alhamdulillah anak sulungnya, Bella sebagai contoh mendapat tempat pertama di sekolah mandarin juga di sekolah agama.
Bella juga khatam quran seawal usia 6 tahun dan pemegang tali pinggang merah dalam suka taekwondo.
All rounders beb! Bukan calang-calang jejaka nak dekat dengan Bella.
Suami kepada Datin Dr. Halina Mohd Yunos ini memang terkenal dengan kecerdikan dan gaya keibubapaan yang menarik dan berkesan.
“Saya kongsikan point-point yang berjaya saya kutip untuk rujukan para ibu-ibu yang ada anak lelaki yang berpotensi jadi kenalan Bella nanti.”
It’s all about method!
1. Say ‘i love you’ pada setiap anak at least 10 times a day.
2. Jangan biarkan masa anak terbazir walau seminit. Isi dengan aktiviti educational.
3. Gunakan sebaiknya Golden Age anak-anak iaitu usia 6 tahun pertama. Isi sebanyak mana ilmu (of course with right method) memandangkan fasa ini otak anak-anak sedang berkembang dan amat tinggi potensi untuk ilmu yang dimasukkan jadi memori kekal dalam otak anak.
4. Inspire and encourage your kids to push their limit so that they will be tough, tak suka membuat alasan dan suka mencabar diri sendiri untuk berjaya.
5. Strict with your rules at the same time full of love.
6. Expose anak dengan macam-macam aktiviti; Math, Flashcard, horse riding, aktiviti kebajikan dan lain-lain. Anak akan cepat matang.
7. Kanak-kanak sukakan rutin. Stick with routine.
8. Children never get tired. So gunakan sebaik-baik masa untuk mereka penuhi dengan pelbagai aktiviti.
9. Communicate communicate communicate! Knee down & bend down bila bercakap dengan anak (eye level) supaya mereka merasa apa yang kita cakap tu penting.
10. Never saya ‘no’ (its a one way communication). Use a lot of ‘WHY’. 11. Start young! Jadi bila besar, mereka tak cepat penat, kita juga tak penat.
12. Home environment. Bekalkan kemudahan yang kondusif untuk anak-anak belajar. Jangan gaduh depan anak.
13. Belajar bahasa. Kanak-kanak sangat mudah belajar bahasa baru.
14. Kenal pasti tanda-tanda tekanan dan jadualkan semula.
15. Pendidikan bermula pada umur 6 tahun tetapi pembelajaran boleh dimulakan sejak anak dilahirkan.
Dalam status di Instagramnya, Dr Sheikh Muszaphar juga turut berkongsi cara mudah untuk melatih bayi terdedah dengan alam sekitar dengan pengalaman beliau sendiri sewaktu membesarkan bayi kembar lelakinya, Sheikh Adam dan Sheikh Noah.
“Kami cuba mengeluarkan kembar sebanyak mungkin untuk mendedahkan mereka kepada alam sekitar. Rumput, pasir dan air cukup bagus untuk mereka. Biarkan anak anda bermain di pasir.”
Mungkin ramai mak ayah di luar sana bimbang dengan kotoran dan lebih suka anak bermain di rumah. Padahal bayi dan kanak-kanak belajar tentang dunia mereka melalui deria. Jadi tak peliklah kalau anak suka meletakkan semua yang mereka nampak ke dalam mulut. Ini cara mereka belajar melalui deria. Biarkan mereka menjadi penjelajah dan ini adalah cara terbaik untuk mereka belajar. Tetapi pastikan anak selamat dari bahaya, ya!
Teknik Keibubapaan Yang Boleh Digunapakai
Dr Sheikh Muszaphar menjadikan pil suplemen sebagai amalan harian, terutama untuk dua orang anak perempuannya, Sophea Isabella (Bella) dan Sophea Natasha (Tasha).
Biasanya eliau akan memberi 4 tablet Vitamin C setiap hari bagi menguatkan sistem imun badan mereka. Menurut beliau, amalan ini membantu anaknya jarang jatuh sakit atau terkena selesema.
Selain Vitamin C, Sheikh Muszaphar juga turut memberikan DHA sebagai sumber khasiat tambahan untuk perkembangan minda anak.
Bukan hanya anak perempuanya, Adam dan Noah turut mendapat perhatian ramai seperti dua orang kakaknya Bella dan Tasha kerana teknik pengajaran yang digunakan oleh Dr. Sheikh Muszaphar adalah sangat menarik. Jom kita tengok cara beliau mengajar bayi kembar yang baharu lahir ini menggunakan teknik flashcards.
Dr. Sheikh Muszaphar telah pun memulakan proses menstimulasi minda dan tumbesaran bayinya. Dan ini video yang mana flashcards telah digunakan untuk meransang otak dan pemikiran kembarnya, Adam dan Noah.
Mak ayah boleh membuat sendiri flashcard tersebut yang menunjukkan imej nombor, bentuk, haiwan, atau apa sahaja.
Namun kalau mak ayah nak mencubanya dengan anak kecil anda, anda boleh memulakannya dengan flashcard berwarna hitam putih.
Tunjukkan flashcards ini secara cepat kerana tahap fokus bayi adalah singkat. Lakukan aktiviti ini dalam bilik yang sunyi dan terang, berserta suara anda yang kuat.
Kalau ibu ayah mahu anak anda sebijak anak-anak Dr. Sheikh Muszaphar dan Dr. Halina, maka anda bolehlah mencuba aktiviti ini di rumah, 5 kali sehari sekurang-kurangnya selama 1 minggu.
Antara gaya keibubapaan menarik yang diamalkan oleh angkasawan negara ini adalah mementingkan hubungan bonding antara anak dan bapa.
Menurut perkongsiannya, beliau menyatakan seorang ayah itu tidak dapat melawan tahap bonding antara ibu dan bayi ketika proses penyusuan badan.
Si ayah perlu mencari jalan lain untuk mencipta hubungan mesra dengan bayinya. Antaranya adalah melalui aktiviti flashcards, memandikan, bermain atau tidurkan anak kembarnya di atas dada.
Ya, dia sendiri dapat merasakan kemesraan dan rasa kasih sayang, serta memaksimumkan hubungan kulit-ke-kulit antara anak dan bapa!
Dr. Sheikh Muszaphar juga memilih untuk mendedahkan anak kecilnya kepada aktiviti meniarap seawal mungkin.
Baginya, bayi yang baru lahir perlu mendapatkan ‘tummy time’ sebanyak mungkin. Ini membantu menguatkan bahagian belakang dan tengkuk mereka.
Andai kata bayi menjerit sambil meniarap, itu lagi bagus! Ini membantu menguatkan paru-paru si kecil anda.
Perbanyakkanlah merangsang deria bayi anda. Contohnya seperti merangsang refleks cahaya dan refleks Babinski mereka.
Tindakan refleks Babinski adalah sejenis stimulasi yang dapat menggalakkan anak kecil untuk pandai berjalan awal.
Apa yang menarik, kedua-dua anak perempuan Dr. Muszaphar sudah mula pandai berjalan pada usia 7 dan 8 bulan.
5. Dedahkan anak dengan banyak ilmu
Dr. Sheikh Muszaphar sangat percaya kepada kepentingan ilmu, sukan dan disiplin diri. Beliau sudah menjadikannya sebagai satu amalan untuk mendedahkan anak-anaknya kepada pelbagai bidang dan aktiviti yang ada.
Menurut beliau, kanak-kanak amat menyukai rutin harian, selagi mana mereka menikmati setiap aktiviti tersebut!
Dr. Muszaphar menerangkan otak kanak-kanak berkembang sehingga 90% semasa 6 tahun pertama dalam hidup mereka.
Otak anak kecil itu umpama span yang dapat menyerap pelbagai informasi yang anda berikan kepada mereka.
Beliau menasihatkan ibu bapa supaya tidak memandang rendah kepada kemampuan anak kecil untuk belajar dan memahami serta mengingati informasi.
Kedua orang anak perempuannya akan menghadiri sekolah Cina di waktu pagi, membuat Matematik pada waktu tengah hari sebelum pergi ke sekolah agama Islam pada waktu petang.
Malah, mereka turut menghadiri kelas renang dua kali seminggu, kelas Al-Qur’an 3 kali seminggu, dan kelas piano, Taekwando, dan kelas sukan pada hujung minggu!
“Cuti sekolah adalah masa terbaik untuk membuat Bella hafaz beberapa Surah yang menyediakannya untuk jangka masa depan untuk sekolah Islam. Dia baru saja menamatkan peperiksaannya yang terdiri daripada 10 subjek – Akhlaq, Tajwid, Feqah, Jawi, Tauhid, Sirah, Khat, Arab, AlQuran & Hadis.
Tidak lupa sekolah Cina yang merangkumi 8 mata pelajaran lain termasuk Mandarin. Minggu depan Bella akan menjalani pemilihan untuk kelas TaeKwanDo dan jika dipilih akan pergi ke Korea untuk tampil. Saya percaya dia mempunyai peluang yang sangat tinggi untuk dipilih seperti yang dilihat dalam kemajuannya.
Saya mendaftar Bella & Tasha ke kem sains untuk anak-anak dan kelas seni pada waktu petang sebelum membawa mereka ke Langkawi untuk menunggang kuda – mereka memerlukan rehat dan ini sebagai reward kepada mereka.
Saya benar-benar memberi galakan dan tekanan kepada anak perempuan saya untuk melihat sejauh mana mereka boleh capai. Sebab anda tak akan pernah mengetahui potensi sebenar kanak-kanak melainkan jika anda menolaknya ke tahap maksimum. Hanya dengan itu kebolehan sebenar mereka akan digunakan.
Tetapi apa yang penting ialah mereka menikmati setiap minit.”
Namun, dengan segala aktiviti yang telah disusun untuk dua orang anak perempuan, serta aktiviti flashcard untuk bayinya, angkasawan negara ini masih lagi seorang bapa yang sporting dan laid-back.
Dia tiada masalah jika anaknya mahu bermain di luar dan menikmati hari hujan sebab Bella dan Tasha akan mengenakan baju hujan dan kasut sebelum bermain lumpur di luar ketika hari hujan!
Cumanya, Dr. Muszaphar akan memastikan yang mereka akan segera mandi selepas selesai bermain.
Apa yang menarik perhatian dalam banyak-banyak perkongsiannya buat mak ayah, jangan berhenti jika anda nak mendidik anak. Sebab hasilnya akan jelas dilihat lebih banyak dikemudian hari. Paling penting, jangan sekali-kali hilang sabar terhadap anak-anak kerana ini akan mengundang akibat.
Haa… lepas ni boleh lah mak ayah cuba amalkan teknik-teknik yang dikongsi oleh pasangan ini kalau nak tengok perubahan positif pada anak.
Sumber: Instagram Dr. Sheikh Muszaphar
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!