Ramai yang ternanti-nantikan kedatangan bulan ramadan. Jika selama ini selalu sibuk bekerja, bulan puasa inilah peluang untuk merapatkan lagi ikatan kekeluargaan, suami isteri dan anak-anak.
Baru-baru ini penceramah dan ahli motivasi kekeluargaan Ebit Lew ada berkongsi gambar dirinya memasak dan menyediakan juadah berbuka puasa didapur. Beliau mengambil kesempatan bercuti daripada menyampaikan ceramah semata-mata untuk meluangkan masa menyambut kedatangan 1 Ramadan bersama isteri dan anak-anak tercinta.
Namun yang menarik perhatian ramai adalah penghargaan beliau buat para isteri dan memahami tanggungjawab yang golongan ini telah lakukan demi keluarga tersayang.
Berikut antara perkongsian tersebut;
Hari ini saya cuti ceramah 1 Ramadhan. Bidadari booking 2 hari untuknya awal Ramadhan ini.Balik ambil anak sekolah saya cuba buat-buat sibuk masak untuk bidadari dan anak-anak. Bersepah dapur kecil ini bila Ebit Lew masuk dapur. Macam lepas berperang kat dapur nie..hehe.
Ads
Cuba teka masak apa tu? ya Allah ampun. Biasa keluar jalan Allah jarang dapat masak. Orang suruh ceramah jer. Kat rumah pulak bidadari tak bagi. Kena tegas baru dapat masak.
Kelakar campur sedih sayu sangat..sebab terbayang bidadari saya hari-hari masak. Mak saya dulu pun begitu.begitulah kebanyakan wanita.Anak-anak kata ayah nak ini..nak itu..nak ini..menjerit-jerit. Dia tak tahu ayah dia bukan pandai macam umi dia masak. Isteri pulak senyum-senyum tengok suami..sibuk rakam suami dia masak. Ambil gambar..hehe…orang bercinta memang macam tu yer..duduk-duduk nak ambil gambar.
Ads
Sayang, tunggulah di luar biar abang masak nanti malu tak jadi…Sayang rehat yer..tengok masa buka nanti.. Baru tahu sebab apa wanita suka upload makanan kat fb..yerlah sebab dia masak. Dia penat. Dia seronok. Tu jer…hee..
Cuba tengok isteri, sambil masak boleh layan suami, sambil masak boleh buat susu anak. Sambil masak boleh kemas rumah. Sambil on mesin basuh. Kutip baju. Beribu kerja satu masa. Saya masak macam mengaji. Solat. Betul-betul khusuk. Yerlah macam orang baru ambil lesen kereta. L dapur pun bersepah..dah siap baru kemas..
Ads
Lihat seorang isteri mereka berpuasa sama dengan kita suami. Mereka bekerja, sama dengan kita cari rezeki. Jika tak kerja di luar, kerja di rumah 24 jam tak habis-habis.Tapi bila sampai rumah kebanyakannya isteri jaga anak-anak. Kita sedap-sedap dapat solat isya dan Tarawih di masjid. Jumpa kawan-kawan di masjid. Isteri sibuk urus anak sepanjang malam. Buat yang anak-anak masih kecil.
Isteri sibuk uruskan anak-anak. Lepas tu mereka juga bangun sahur awal. Ada pula suami pesan isteri jangan lupa kejut sahur. Kalau tak kejut abang tak puasa. Jika tak bangun, marah isteri. Kasihanilah ibu dan isteri kita. Sayangilah mereka. Doakan mereka kerana Allah-ebitlew
Ramai rupanya yang panas ‘tangan’ nak membawang, bila pelakon handalan Fasha Sandha memuat naik video zumba, ‘Lagi Syantik’. Ada dua versi, yang versi sopan itu ramai betul netizen suka. Sebenarnya inilah salah satu cara untuk Fasha melupakan perasaan rindunya ketika terpaksa berjauhan dari anak-anaknya, Putra Rayfal Ramli dan Putri Raysha Jemaima.
Lagi-lagi sekarang ini, Fasha sedang menjalani pengambaran filem seram ‘Cerana Biduk Bu Merah’ yang jauh di sekitar Kuala Kangsar dan Lenggong, Perak. Kata Fasha, lokasi shootingnya itu jauh dekat gua pendalaman. Bila dah jauh macam itu, barulah rasa betapa seksanya berjauhan dari keluarga dan cinta hati.
“Wah.. wah.. wah.. nampaknya ramai yang suka dan ada juga kecam video sis berzumba. But, ada sis kisah ke? Shooting filem memang ambil masa yang lama. Banyak masa menunggu. Jadi, untuk habiskan masa menunggu, kami bersenam.”
“Berzumba exercise pun kena kecam kata sis ni tergedik-gedik menari. Haih, this is what i like, apa masalahnya sayang? orang yang kecam tu ada masalah hati.”
“Kalau teringin nak join, DM je kawan-kawan sis kat sini k sayang. Kami ni kat gua pendalaman ni, kami je yang tau betapa seksanya berjauhan dengan keluarga dan cinta hati tersayang dalam tempoh yang sangat lama. Anak-anak sis pun tak ada depan mata. Kalau ada, nak pegang phone pun tak sempat.”
“Ini memang team ni punya favourite. Ramai gang Zumba. Daripada membawang hal orang, kami bersenam. Suka tengok k. Tak suka silakan unfollow segera. Ni album instagram sis jadi sis punya suka nak buat apa ok.”
“Sis dah kata, sis tak suka followers ramai, masalahnya followers sis bertambah naik. Yang kecam tu sebenarnya suka ke sayang? Tepuk dada tanya selera.” Luah Fasha dalam instagram miliknya.”
Ujar Fasha lagi sewaktu mengadakan penggambaran di Kuala Kangsar dia perlu menetap di kawasan perkampungan itu selama 13 hari. “Mendekatkan diri dengan dunia kampung dan alam semulajadi.”
Bila dah satu team produksi dan masing-masing jauh pula dari keluarga, ada sajalah aktiviti yang terjadi. Fasha juga sempat berjogging di pagi-pagi hari. Yang menariknya bilamana Fasha ditanyakan oleh Miss Aishah tentang caranya menurunkan berat badan dengan cepat.
Jawapan Fasha adalah berzumba. Itu yang Fasha ajak teamnya berzumba. Selain itu, Fasha juga jaga makan, tak lupa bersenam, berjogging yang mana aktiviti ini akan dapat mengeluarkan peluh.
“Memandangkan kami semua dalam gua Kuala Kangsar, kami sama-sama gembirakan hati masing-masing. Semua jauh daripada keluarga dan insan tercinta. Jom zumba lagu ‘Lagi Syantik’.
Turut dikongsikan watak Bu Merah yang dipegangnya itu menjadikan dirinya sebagai seseorang yang berusia 60 tahun. Bu Merah juga boleh bercakap dengan lembaga yang menjaga dirinya dan rumah usangnya. Yang mana, wajahnya sentiasa muda walaupun sudah berusia 100 tahun.
Kalau tengok video pendek yang dikongsi Fasha dalam instagram pun dah rasa seram, bila tengok filem itu nanti lagilah tak tahu mana nak menyorok.
Sepanjang pengambaran ini akan terlihat Fasha mengenakan kebaya-kebaya cantik. Kebaya itu dari Syus Couture, Rumah Kebaya Bangsar. Punyalah nampak selesa Fasha berkebaya, sampai boleh pakai waktu menari Lagi Shantik
Tidak dapat dinafikan salah satu cara untuk mencipta kebahagiaan didalam rumahtangga bila adanya senda gurau dan usik mengusik diantara suami isteri. Ia bagaikan menyemai aura bahagia dalam perhubungan yang dibina, tidak kiralah bagi pasangan yang baru berkahwin mahupun sudah berpuluh tahun berkahwin. Barulah sesuatu hubungan itu tak rasa hambar dan dingin je kan!
Rupanya usik mengusik dan senda gurau ini juga menjadi amalan bagi pasangan pelakon Suhairil Sunari atau lebih dikenali sebagai Aeril Zafril,30 dan isterinya Nur Hawa Zainal Abidin atau lebih dikenali Wawa Zainal, 27 dalam mengekalkan kebahagiaan didalam rumahtangga mereka.
Usia perkahwinan pasangan bahagia, sama cantik sama padan ini telah memasuki tahun keenam serta dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar,5 dan Hayla Maghfirahtul Adzkiyaa, 3.
Menerusi posting-posting yang pernah dimuat naik oleh Aeril sendiri dilaman instagramnya, ternyata pelakon drama Cinta Fatamorgana yang berasal dari Rengit, Batu Pahat Johor ini merupakan seorang suami yang cukup suka mengusik isterinya, Wawa. Tapi tak pe lah kan, usik isteri sendiri, itulah yang menambah kemanisan dalam hubungan suami isteri.Patutlah Wawa sentiasa ceria dan berseri-seri.
Suka melihat kebahagiaan yang dimiliki oleh pasangan ini. Jadi buat suami isteri lain, rajin-rajinlah usik mengusik dan bersenda gurau dengan pasangan iya.Barulah hubungan tu jadi manis sentiasa.
Bukan semua suami isteri itu bernasib baik, selepas mendirikan rumahtangga boleh duduk berdua dalam satu bumbung. Ada juga pasangan yang diuji dengan kejauhan jarak dalam perhubungan yang baru dibina. Hubungan jarak jauh suami isteri ini pun lumrah dalam kehidupan.
Masing-masing ada cara bagaimana nak handle emosi bila tak dekat-dekat suami isteri. Memang adalah seribu satu macam cara. Cuma cara yang dipraktikkan instafamous Instagram ini, Najahtul Iylia Hj Mohd Nor (Najah)buatkan dia dan suami, Mohamad Erwady Mohamad Arif terasa dekat dan saling rindu-rinduan.
“Najah dari seremban, suami dari Taiping. Hubungan kami so far, Alhamdulillah walaupun kami bersatus PJJ (Perhubungan Jarak Jauh). Suami saya bekerja di negeri kelahiran dan saya bekerja di Seremban bersama keluarga. Sebelum ni saya berkhidmat sebagai pengurus eksekutif di sebuah hotel di Seremban. Saya berkhidmat selama lebih kurang 5 tahun di sana dan sekarang saya seorang usahawan & mempunyai syarikat sendiri. Suami saya berkhidmat sebagai pengurus di syarikat swasta di Taiping.” Ujar Najah yang ketika ini sedang menyambung Master di Universiti Kebangsaan Malaysia.
Najah dan suami berkahwin pada 27 November 2015 dan masih belum dikurniakan rezeki anak.
Akuinya, “PJJ nampak mudah tetapi kami harung dengan semangat yang sangat kuat. Walau perit tapi kami cuba harung. Orang sekeliling banyak bertanya tentang situasi PJJ sampai dah lali dengan soalan itu.
“Tapi kami jawab dengan positif. Kecil hati dengan soalan? Ada. Tapi lama lama kami anggap itu cabaran dan kata kata semangat untuk kami berjaya. Zaman sekarang bukan macam dulu. Dulu jauh rindu boleh jadi sakit sebab tiada teknologi yang canggih macam sekarang.”
Sebab itulah, sekarang, perlu ada gadget sebab semua hujung jari kan. Call perlu dalam sehari. Kami busy memang busy. Masing-masing struggle untuk bina rumahtangga. Memang perlu banyak pengorbanan.
“Suami ada juga tanya dan bagi hint untuk duduk bersama dengannya di Taiping tapi ia bukan soalan memaksa jadi saya anggap satu hari yang pasti Allah berikan pasti kami duduk bersama. Btw saya wanita jadi saya memang dari zaman belajar memang bercita-cita nak ada aset sendiri dan Alhamdulillah saya ada kereta & rumah atas usaha saya sendiri.
Suami begitu juga tetapi sebagai wanita tak semuanya boleh kita harapkan pada suami. Semua perlu berdikari. Saya jenis tidak mahu bebankan suami saya cukup nafkah makan pakai diberi saya bersyukur.
“Yang lain rasa puas bila saya dapatkan dengan usaha saya sendiri. Suami saya bangga dengan saya dan mungkin saya redha dan berlapang dada juga jauhkan negetif dalam diri. Saya buang semua tu sebab saya tak nak ada keraguan terhadap suami saya dan itu juga dosa kan.
“Suami banyak bagi kata-kata semangat nak ikutkan hari hari. Mungkin kekuatan tu menyebabkan status PJJ kami so far Allah masih jaga. Tiada apa saya dan suami miliki cuma kami harap rakan rakan di luar sana sebagai wanita, belajar berdikari walau macam mana sekalipun. Susah memang susah saya tak boleh sangkal tentang itu. Tapi bila kita cuba insyaallah kita akan positif dan biasa.
“Wanita Allah beri kekuatan lebih berganda dari seorang lelaki. Lelaki akan bangga bila wanita itu cekal dan tabah. Buat diri ini kuat insyaallah pasti boleh. Tapi kalau hal berat jangan lah tak minta tolong suami ya. Zaman bujang dan berkahwin ni ada beza nya. Tak sama macam dulu. So nak buat apa apa perlu minta izin dan kena tahu limit dalam semua perkara.”
Suami saya akan balik ke seremban sebulan 2 kali atau saya akan ke Taiping selang sebulan.
Ini tips suami isteri jarak jauh dan bekerja. Rindu suami isteri ni sangat kuat so sesekali lapangkan masa bercuti bersama lupakan tugas dan tips ni sangat berguna.
1. Komunikasi: kalau sibuk, saya dan suami wajib call sehari walau sekali. Tips yang kami dah janji dari kami bergelar suami isteri. Busy macam mana pon, salah sorang perlu call untuk lepas rindu dan tanya khabar dalam PJJ kami ni. Kalau tak busy, kami ber whatsapp/ facebook sharing any update info each other.
2. Berdiam: jika ada something happen dalam hubungan suami isteri atau kepenatan dalam aktiviti harian , kami pilih untuk berdiam seketika. Pada kami “silence is golden” so tips ini memang kami praktikkan untuk mengelak berlakunya salah faham dan dingin & ianya kembali natural dalam beberapa detik alhamdulillah.
3. Percaya : status PJJ kami, kami letakkan kepercayaan. Percaya dalam apa jua. Support each other dan kami sangkal negetif yang ada dalam mencari kemanisan bersama. Kami elakkan aura negatif sebab pada kami, kami pilih sendiri pasangan hidup jadinya, kami sendiri bentuk kepercayaan 🙂
4. Memasak: PJJ memang tak selalu makan bersama. Jadinya bila cuti, kami ke dapur sama sama. Kadang-kadang saya masak, kadang-kadang suami masak. Alhamdulillah tips ni sangat penting, masakan ni boleh buat pasangan kita rindu bila jauh.
5. Travel: saya dan suami akan bercuti bersama dan meletakkan tepi soal kerja. Waktu ni la dapat lepaskan apa terbuku, terpendam semasa berjauhan dan waktu ni lah menguatkan ikatan kami. Moment di setiap tempat kami pergi berbeza jadinya kami ambil moment tu bila kami rindu 🙂
Kadang-kadang cuti kami, kami habiskan masa untuk travel dan cuti cuti makan di negeri negeri berhampiran memandangkan suami saya dan saya suka makan. Suami dan saya more to lauk melayu.
Jadinya tips suami isteri yg PJJ ni hanya memerlukan privasi dan masa. Kadang-kadang bila kami bercuti, kami letak tepi soal kerja untuk kami habiskan saat manis kami.
6. Gambar: selalunya bila travel berdua tak kisah di Malaysia / luar Malaysia, kami explore tempat cantik. Memandangkan kami suka ambil gambar. suami saya suka ambil gambar saya. Dulu saya tak paham kenapa setiap pelusuk dia nak ambil gambar saya rupanya gambar itu kenangan untuk dia dan saya bila berjauhan. Gambar gembira saya buatkan dia tenang bila rindu dan macam tu juga bila saya lihat usaha suami saya ambil gambar saya .
7. Solat, tawakkal & doa: inilah tips yang kami beratkan. Bila jauh, sorang pon tak tahu hanya Allah yang tahu dan dengar. Bila luah, lega sedikit rasa.