Suami meninggal dunia akibat sakit jantung, ibu paling tua di dunia terpaksa besarkan anak sendirian tanpa suami.
Ternyata bukan satu yang mudah, kerana dalam usia warga emas dia perlu membesarkan anak kembar seorang diri setelah berpuluh tahun lamanya menanti cahaya mata.
Ibu Paling Tua Di Dunia
Seorang wanita di New Delhi yang mencatat sejarah sebagai ibu paling tua di dunia selepas melahirkan bayi kembar perempuan pada usia 73 tahun dua tahun lalu, terpaksa membesarkan anak-anaknya bersendirian, lapor akhbar The Sun kelmarin.
Menurut Erramatti Managayamma, dia berdepan cabaran tersebut susulan kematian suaminya akibat serangan jantung pada Oktober tahun lalu.
Kredit Foto : Internet
Suami Meninggal Sakit Jantung
Erramatti dan mendiang suaminya, Raja Rao berkahwin pada 1962. Pasangan itu menunggu 57 tahun untuk bergelar ibu dan bapa apabila anak kembar mereka selamat dilahirkan pada 5 September 2019.
Erramatti hamil melalui persenyawaan luar rahim (IVF) selepas mengetahui tentang kaedah tersebut daripada jirannya.
Menurut akhbar Hindustan Times, Erramatti mengalami putus haid 25 tahun lalu dan tidak lagi boleh menghasilkan sel telur, manakala sel telur penderma lain digunakan untuk disenyawakan dengan sperma mendiang suaminya.
Memandangkan kelahiran normal adalah sukar bagi individu seusia Erramatti, bayi kembarnya dilahirkan menerusi pembedahan ceasarean.
Ads
Selepas berjaya melahirkan bayinya, Erramatti berkata bahawa dia sangat teruja.
Kredit Foto : Internet
Terpaksa Besarkan Anak Sendirian
“Saya tidak mampu mengungkapkannya dengan kata-kata. Bayi ini telah melengkapkan saya.
“Kini, tiada sesiapa boleh menggelar saya mandul lagi,” katanya.
Kredit Foto : Internet
Biarpun bergelar ibu tunggal, wanita itu berkata, dia melantik ahli keluarganya yang lain untuk menjaga anak-anaknya sekiranya sesuatu berlaku kepada dirinya.
“Saya mahu lihat anak-anak saya membesar dan telah memilih ahli keluarga untuk menjaga mereka sekiranya sesuatu yang buruk terjadi kepada saya,” katanya. –Agensi
Mingguan Wanita : Ternyata berkat kesabaran wanita ini dan suaminua, mereka akhirnya berjaya memiliki cahaya mata. Bukan setahun, dua mereka menanti, sebaliknya 57 tahun mereka tetap sabar dengan ujian ini. Kisah ini patut menjadi inspirasi buat pasangan yang masih lagi menanti kehadiran cahaya mata.
Ayda Jebat selamat lahirkan anak lelaki, tak sabar nak bawa Nayla jumpa adik. Tahniah diucapkan buat pasangan popular Ayda Jebat dan Nabil Mahir yang telah dikurniakan cahaya mata kedua.
Menerusi hantaran di Instagram, Ayda dan Nabil meluahkan rasa syukur apabila dikurniakan anak lelaki.
“Assalamualaikum semua. Alhamdulillah lahirnya putera kami,” kongsi Ayda dan Nabil yang kini sudah memiliki sepasangan cahaya mata.
Ayda Jebat Selamat Lahirkan Anak Lelaki
Tarikh 12 Disember cukup cantik dan mereka sangat bersyukur kerana segalanya dipermudahkan.
“Syukur segalanya dipermudahkan. Terima kasih atas semua doa kalian.
“12.12.2023.. (Takde sale, dah tanya dah),” tulisnya ringkas.
Tak Sabar Nak Bawa Nayla Jumpa Adik
Malah menerusi perkongsian terbaru Ayda dan Nabil yang mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2021 dan dikurniakan anak perempuan, Ana Nayla 21 September 2021 tidak sabar untuk membawa bayi tersebut berjumpa dengan kakak sulung.
“Dah rindu Baby @ananaylaofficial. my forever baby ni. Tak sabar nak bawak your little brother jumpa kakak dia! Nak tengok reaction dia. Aaa.. Kakak kiut and manja.
“After 24 hours Mommy finally dapat kentut, punya la lama tunggu. Huaa! then only boleh makan! Can’t wait to have my breakfast, my first meal selepas beranak. Lapar,” kongsi Ayda.
Ramai Titipkan Doa
Meneri ruangan komen ramai yang menitipkan doa dan mengucapkan tahniah buat pasangan ini.
Wanita dan perhiasan tidak boleh dipisahkan. Lebih-lebih lagi bila berkaitan dengan barang kemas. Rasa tak keruan bila ada saja patern baru di pasaran. Pasang angan-angan untuk memilikinya.
Sebetulnya, wanita yang memakai perhiasan tidak salah dan boleh pakai tapi kenalah bersederhana. Janganlah bila keluar rumah, semua jenis barang kemas dipakai. Kononnya untuk kepuasan dan nampak cantik.
Sedangkan cara ini boleh membuat pandangan mata orang lain akan kata nak menunjuk-nunjuk, walaupun pemakainya tiada niat untuk menunjuk.
Dengarlah penjelasan dan teguran yang diberikan oleh Ustazah Asma’ Harun ini. Apa yang dikatakan itu benar belaka.
Tak salah wanita memakai perhiasan. Tapi pakai itu biarlah saiz dan jumlah hiasan itu bersederhana.
Bila pakai terlalu banyak dan berlebihan, ia boleh mengundang tabaruj dan menarik perhatian. Bila dah tarik perhatian, ia boleh pula mengundang kepada perasaan hasad dengki dan cemburu.
Pakai Tanpa Niat Menunjuk
Mungkin ada sesetengah wanita memakai bukan pun dengan niat menunjuk. Tapi cra perbuatan itu seolah menunjuk.
Kononnya, ada yang pakai untuk kepuasan diri sendiri. Nak pakai dengan jumpah yang banyak, boleh saja. Pakailah di rumah. Sebaliknya, kalau di khalayak ramai , pakailah sedikit.
Kita pun bila pakai sederhana dah tentu tangan pun nampak cantik.
Kena ingat. Walaupun tiada niat tapi ia menarik perhatian. Sederhanalah.
Mingguan Wanita : Betul apa yang dikatakan. Nak pakai banyak, pakailah di rumah. Tapi di luar, bersederhana. Banyak mata memandang dan mulut berkata-kata nanti.
Pernah sebelum ini, Amir Remaja OKU yang berasal dari Kedah telah membantu keluarga yang terkesan akibat Covid-19. Kini, sekali lagi dia sanggup bersusah banyak demi untuk menyertai aktiviti misi bantuan banjir kepada yang memerlukan.
Kekurangan yang ada sebagai remaja OKU bukanlah alasan untuk tidak membantu dan hanya duduk melihat saja. Tapi, niat jujur untuk memberi sumbangan kepada mangsa banjir yang berlaku di Selangor telah membuka mata sesiapa saja.
Melihat dari fizikalnya mungkin tidak seperti insan biasa, namun hasrat Murni hati remaja ini untuk membantu masyarakat yang dilanda bencana banjir menjadi matlamat harapan dirinya untuk berbakti,
Muhammad Azamirudin bin Ismail 28, atau lebih dikenali sebagai Amir ini terus mencabar dirinya sebagai seorang insan orang kurang upaya ingin turut serta dalam misi bantuan banjir di negeri Selangor
Bagi dirinya walaupun bergelar seorang insan OKU bukan satu alasan untuk memberikan sumbangan kepada masyarakat yang terkesan akibat bencana alam
Menceritakan ativiti misi bantuan banjir daripada Kedah ke negeri Selangor dibantu oleh rakan-rakannya, dia berpeluang pergi menghantar bantuan kepada mangsa banjir di negeri Selangor di kawasan Labohan Dagang Daerah Sepang
Bantuan Keperluan Asas
Menurutnya, bantuan yang disampaikan adalah seperti barangan keperluan asas dan harian iaitu makanan/minuman pakaian dan lain-lain lagi
Setiap bantuan yang diberikan ini adalah daripada sumbangan rakan-rakannya dan penduduk di sekitar sungai petani yang dikumpulkan selama seminggu, barangan terkumpul sebanyak tiga buah kenderaan 4×4.
Ini saja yang mampu dia sumbangkan kepada mangsa-mangsa banjir, jika nak dibandingkan dengan insan normal mungkin dia tidak mempunyai tenaga dan kudrat untuk membantu mereka secara fizikal.
Dia juga mendapat bantuan sokongan daripada rakan-rakan Group Penternak Udang Kara Malaysia (PUKM) turut serta Group kenderaan 4×4 dari Negeri Kedah/Pulau Pinan yang membantu melancarkan lagi penghantaran misi bantuan banjir ke negeri Selangor.
Harapannya di masa akan datang saya akan tetap meneruskan aktiviti-aktiviti kebajikan kepada masyarakat dengan kemampuan dan kecekalan yang ada pada dirinya.
Mingguan Wanita : Moga Amir sentiasa dipermudahkan urusan dan diberikan kesihatan untuk terus berbakti walaupun diri tidak seperti orang normal yang lain.
Pelajar tingkatan tiga jatuh asrama kritikal, ibu rayu doa orang ramai anak kembali pulih. Tiada yang lebih menyakitkan daripada melihat darah daging sendiri terbaring...