mengumpul-aset

Wahai suami, jangan memperlekehkan minat isteri membeli emas. Ini kerana, setiap pembelian emas isteri itu, dia sebenarnya sedang mengumpul aset, menyimpan malah menabung.

Mengapa pula begitu? Kadangkala ada suami yang masih belum faham akan konsep pembelian emas. Ini yang dikongsikan oleh BroOhsem, Akhtar Syamir.

Tentang fahamkan dahulu konsep pembelian emas, barulah boleh membuat keputusan sama ada mahu sokong minat isteri atau sebaliknya. Sila hadamkan yan.

Fahamkan Konsep Membeli Emas

Orang yang tidak menyokong isterinya membeli emas sebenarnya belum faham konsep lagi.

Jika ada terdetik dalam fikiran yang beli emas ini membazir, anda sebenarnya silap. Emas ni bukan macam beli baju atau tudung yang lama kelamaan nilainya akan turun dan akan dibuang.

Emas sentiasa bernilai tidak kira berapa beratnya.

IKLAN

Pada bila-bila masa pun emas boleh diniagakan selagi kita tahu ianya tulen. Sebagai contoh, emas seberat 1 gram jika dijual di kedai, akan dapat RM220. Bermakna, emas itu bernilai dan boleh beli apa yang nilainya setinggi RM220.

Jadi, ini bermakna. Dengan pembelian emas, isteri anda sebenarnya sedang mengumpul aset atau dengan kata lainnya sedang menyimpan atau menabung.

Baca sini : Tip Penting Mak-mak Kena Hadam Sebelum Beli Gelang Emas Pandora

IKLAN

Dipakai Sebagai Perhiasan, Isteri Sebenarnya Sedang Mengumpul Aset

Bezanya kat sini, nilai itu boleh bertambah dan tabungan itu boleh dipakai sebagai perhiasan.

Kalau kita jenis susah nak simpan duit, tukarkan duit itu jadi emas.

Mulakan dengan 1 gram, kemudian 10 gram, 50 gram, 100 gram, 200 gram sampailah 1 kilogram. Tak mustahil langsung, percayalah. Fokuslah pada gram emas yang ada dalam simpanan. Usahakan untuk ianya bertambah.

IKLAN

Semoga dapat menukar pandangan terhadap emas dan barang kemas. Ianya tidak membazir dan ianya sebenarnya sangat bagus.

Mingguan Wanita : Setuju apa yang BroOhsem kongsikan ini, menyimpan emas ini selain melihat nilai emas itu sendiri, fokuslah kepada gram emas dalam simpanan. Bila dah sampai haul, bolehlah membuat pembayaran zakat. Bukankah akan jadi berkat simpanan isteri itu.

Sumber/Foto : Akhtar Syamir

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI