Suami menangis, Emma dedah kini hamil anak kedua. “Semoga Dipermudahkan Segalanya, Sayangku” itulah antara luahan warganet menerusi ruangan komen di Instagram Emma Maembong.
Terbaru pelakon yang juga ibu kepada seorang cahaya mata, Emma Maembong menerusi sebuah video yang dimuat naik di laman sesawangnya berkongsi berita gembira memaklumkan dirinya kini sedang hamil anak kedua.
Suami Menangis, Emma Dedah Kini Hamil Anak Kedua
Pada video tersebut Emma memberi kejutan kepada suami dan orang terdekat dengan menunjukkan tanda positif pada alat ujian kehamilan.
“Syukur Alhamdulillah,” luah Emma pada ruangan kapsyen yang dimuat naik.
Kejutan Buat Suami
Menerusi video tersebut, Emma secara bergurau sengaja mengajak suaminya iaitu Muhammad Shazli Azhar untuk rakaman reviu sebuah produk. Namun itu semua hanyalah satu helah dan kejutan buat suaminya.
Suami Emma dilihat menangis apabila mengetahui mengenai kehamilan tersebut.
“Betul ke? Sumpah?” soal Suami emma seakan tidak percaya.
Melihat keadaan suaminya yang terkejut sambil mengalirkan air mata, Emma memujuk Shazli sambil memberitahu dirinya kini hamil dua minggu.
Ads
“Dua minggu dah. I love you (saya sayang awak),” ungkap Emma penuh romantis.
Pemilik nama sebenar Fatimah Rohani Ismail dan suami telah mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020. Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Shariq Gabriel, 3 tahun.
Emma & Suami Impikan Anak Ramai
Bagi pasangan yang mendirikan rumah tangga pastinya memiliki zuriat merupakan perkara paling utama.
Jumlah anak kadangkala memainkan faktor utama dalam kebahagiaan sesebuah mahligai. Anak juga merupakan pengukuh ikatan kasih sayang suami isteri.
Wanita berusia 30 tahun itu menjelaskan, bagi menambah cahaya mata dia dan suami sememangnya berusaha untuk dapatkan anak kedua.
“Bukan saja saya, tapi suami pun nak anak ramai. Selepas berpantang ketika bersalin anak pertama, saya dan suami berusaha untuk dapatkan anak kedua. Tapi soal rezeki hanya Allah yang tahu,” kongsi Emma.
Nak rasa sampel biskut raya? Dapatkan KUPON BISKUT RAYA PERCUMA sekarang. Klik untuk kupon percuma: http://shorturl.at/hKOS2 atau imbas QR code pada poster.
Edika Yusof Lelaki Kacak Yang Setia
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Fasha Sandha belum bersedia hamil lagi, begitulah yang diungkapkan oleh pemilik nama penuh, Nur Fasha Sandha Hassan apabila ditebak persoalan untuk menambah cahaya mata.
Akui ibu kepada Putra Rayfal, Putri Rasyha Jemyma dan Aisha Amaira ini suami tercinta, Aidil Aziz memintanya untuk hamil lagi tahun ini.
Fasha Sandha Belum Bersedia Hamil Lagi
Jiwa Fasha yang begitu sayangkan kanak-kanak sejak zaman anak dara lagi akui begitu selesa apabila dikelilingi anak-anak kecil.
“Saya memang sukakan kanak kanak sejak zaman anak dara lagi. Dulu kalau ada masa lapang, saya sanggup angkut anak jiran bawa jalan ke sana ke sini.
“Tapi sekarang, cukuplah dulu ada tiga anak. Nak tambah lagi anak… lambat lagi. Aidil memang cakap nak ‘baby boy’ pula tahun ini.
“Tapi sejujurnya, saya belum bersedia. Saya sibuk dengan komitmen seni dan duta produk,” ungkap Fasha yang juga duta Vitamin C Gebu Glow.
Mujur Suami Memahami
Fasha juga menyatakan jika hamil lagi dia tetap terima dengan rezeki Allah.
“Tapi andai Tuhan beri rezeki hamil lagi, saya terima. Saya baru 37 tahun.
“Mungkin sebelum masuk usia 40, saya boleh beranak lagi. Mujur suami memahami,” sambungnya.
Suka Bermula Awal Pagi
Terkenal dengan sikapnya yang terus kekal menjaga disiplin dan komitmen kerja rutin hariannya sebagai ibu, isteri dan anak bermula sesudah waktu Subuh.
“Saya suka bermula awal pagi. Walaupun saya pulang lewat macam mana pun dan tak cukup tidur, saya tetap akan cuba bangun awal,” katanya yang mengakui ‘mengunci’ jam pada tiga telefon bimbit supaya tidak terbabas untuk bangun pagi.
Mingguan Wanita: Kagum dengan displin Fasha. Memang dari awal pembabitan dalam bidang seni pelakon ini tidak pernah lewat ke set penggambaran dan juga sesi fotografi.
Jangan kata suami sado je boleh buat kerja-kerja buka dan cuci bersih mesin basuh automatik. Sebenarnya, orang perempuan pun boleh buat sendiri tanpa bantuan suami.
Puan Ana Mariana ni tunjukkan langkah demi langkahnya. Cara nak buka mesin basuh automatik untuk dibersihkan dari kotoran. Lagi-lagi bila dikesan baju yang dibasuh tu masih kotor dan lekat sabun.
Katanya beliau pernah ternampak posting seseorang dalam facebook cara nak bersihkan mesih basuh. Memandangkan suaminya tiada di rumah, dia pun buat sendiri kerja-kerja membuka dan membersih mesin basuh.
“Senang je rupanya. Lama dah guna mesin basuh ni. Patut pun bila basuh baju macam tak berapa nak cuci je. Sabun pula duk lekat kat baju lagi.”
Nanti bila mak-mak dah buka, akan nampak betapa kotor dalam mesin basuh tu. Selepas buka, kenalah cuci semua kotor-kotor dalamnya. Selesai cuci, akan rasa macam guna mesin basuh baru.
Rujuk Panduan Bergambar Untuk Buka Dan Cuci Bersih Mesin Basuh
Ini sebelum buka.
Buka skru 4 biji ini. Dekat tudung atas ini pun boleh nampak kotoran bahagian ini ya.
Buka klip tepi.
Cabut bahagian tengah ini ya. Klip gitu je.
Buka skru dalam ni.
Cabut plastik yang warna biru ini.
Cabut 4 biji skru ini pula. Nak cabut skru ini kena pakai kasih sayang sikit. Takut patah. Biasanya skru ini dah karah sebab kena air sokmo kan.
Kemudian baru boleh bawa keluar benda alah ini. Tengoklah betapa kotor dalamnya. Bertahun daki-daki ini duk kipung dalam ni. Nak bersih macam mana baju yang kita basuh tu.
Ni bahagian bawah.
Bersihkan juga bahagian ini.
Bersihkan pakai berus, Guna air sabun baru mudah nak tanggalkan kotoran.
Ini selepas dibersihkan.
Dah bersih pasang semula.
Baru kilat.
Siap.. orang perempuan pun boleh buatkan.
Nota : Maklum beliau lagi, ini cara yang digunakan untuk mesin basuh model di atas. Model lain mungkin cara bukanya berbeza.
Mudah je rupanya nak buat sos tomato sendiri yang bebas pengawet tiruan tapi rasanya sama macam beli di kedai. Hanya guna tiga bahan je iaitu tomato, gula dan cuka.Sos tomato ni biasanya dijadikan sos pencicah untuk anak-anak, rasa masam, manis dan pedas.Makanan untuk anak-anak ni eloklah mak-mak buat sendiri, lebih terjamin kebersihannya, bebas pewarna tiruan dan lebih menjimatkan.
Berikut resipi untuk buat sendiri sos tomato yang dikongsikan oleh Puan Sumaiyah Abdullah sebagai rujukan mak-mak;
“Rasanya dah setahun tak beli sos tomato. Alhamdulillah boleh buat sendiri je sos tomato. Senang sangat. Guna 3 bahan je. Yang penting bebas dari aditif atau pengawet tiruan.”
Bahan-Bahan :
5-6 biji Tomato Masak Ranum
3 sudu besar Gula
3 sudu besar Cuka
1.Pilih tomato yang masak ranum macam merah mak ngah kau. ? Kemudian terjunkan tomato tadi dalam periuk berisi air sampai tenggelam.
2.Rebus tomato tadi sehingga pecah kulit. Lebih kurang 5 minit macam tu la.
3.Kemudian korang kupas kulit tomato yang terkeluar tadi.
4.Isi kan dalam blender mahal korang. Tak perlu masukkan air.
5.Kisar lebih kurang 3 minit pun dah cukup.
6.Tapis guna penapis santan untuk asingkan biji tomato dan masukkan terus ke dalam periuk. Kemudian masak sehingga sedikit pekat sebelum masukkan gula dan cuka. Ingat, kena sentiasa kacau supaya tidak berkerak.
7.Tadaa. Lebih kurang 30 minit dah siap sos tomato kita. Anak-anak nak cicah ayam goreng boleh. Mak-mak pulak nak buat masak merah pun boleh.
Dah siap, sebijik rasa macam sos tomato dalam botol yang dekat kedai tu.
Selebriti wanita popular, Yana Samsudin rupanya bukanlah berasal dari keluarga senang. Mengimbau kembali perjalanan hidup dari zaman kecil yang penuh kepayahan, ibu kepada tiga...