Masalah tudung tak jadi ini bila jadi dekat orang perempuan, dia memang boleh bawa mood sampai ‘ke laut dalam’. Kadang itu, boleh buat pening kepala, sebab serabut fikir tudung tak jadi.
Sampai sedahsyat itukah? Ini yang cuba disampaikan oleh pasangan suami isteri ini, Akhtar Syamirdan Isterinya, Nora Aznisebagai model untuk catatan info suami. Lucu penerangannya tapi realiti masalah ‘tudung tak jadi’ orang rumah dikongsikan dengan jujur dan itulah yang dialami pun.
Jenis-jenis Tudung Tak Jadi
Tudung tak jadi. Fenomena biasa yang di hadapi oleh semua wanita yang bertudung. Ia boleh mengawal, mempengaruhi dan menentukan mood seseorang wanita itu.
Jika pasangan anda tiba – tiba masam, mengeluh, nampak tidak selesa dan menyampah dengan semua benda terutamanya anda, besar kemungkinan disebabkan oleh tudung tak jadi.
Ia juga boleh membuatkan seseorang wanita itu tidak senang duduk dengan jarinya akan sentiasa membetulkan tudungnya setiap 2 saat.
Cermin akan menjadi benda yang paling dicari. Walaupun setelah keluar dari rumah. Pantang nampak cermin, pasti akan dibetulkan tudungnya.
Diikuti pula dengan memek muka yang tidak sesuai untuk selfie, mulut ke kiri dan ke kanan, kening, dahi berkerut ke tengah dan kadang – kalanya ke atas serta hembusan – hembusan yang pelik.
Mata Suami Nampak Comel, Mata Isteri Kata Tudung Tak Jadi
Fenomena ini sukar dilihat dengan mata kasar lelaki. Bagi kami, semuanya jadi. Semuanya sama. Tiada cacat celanya. Cantik dah tu, comel sangat, cun. Tapi, pada hakikatnya tudung si dia tak jadi.
Masa untuk memperbaiki tudung tak jadi ini masih lagi misteri. Ada yang kata 10 minit, ada yang sampai ke sudah tak jadi – jadi. Mereka akan fed up dan anda akan dipersalahkan. Haha..
Terdapat juga laporan, ada yang berpatah balik ke rumah walaupun sudah sampai ke destinasi hanya untuk menukar tudung. Jika anda pernah mengalami situasi sebegini, bertabahlah.
Sekali lagi, apakah tudung tak jadi ini? Menjadi persoalan di benak fikiran lelaki bertahun – tahun lamanya. Soalan yang paling ditakuti lelaki bila ditanya, “tudung I jadi tak?”.
Ini kerana, apa juga jawapan yang diberikan akan salah. Baik jangan jawab. Diorang takkan percaya. Senyum dan buat jari good je dan berharap si dia puas hati. Jika berjaya, masa bersiap pasangan akan berjaya dikurangkan sebanyak 50% !
Ini Contoh Tudung Tak Jadi
Di atas keprihatinan akan masalah ini, saya BroOhsem dan mamaohsem telah mengambil inisiatif untuk menunjukkan 5 jenis dari 15 ribu sebab kenapa tudung seseorang wanita itu tak jadi.
Ads
Ads
Tudung Tak Jadi Paling Mak-Mak Sakit Hati
Di harap dengan ini dapat membantu para lelaki mengenalpasti kenapa tudung pasangan anda tak jadi.
Jenis tudung tak jadi yang mana paling anda sakit hati?
Jika anda ada lagi jenis tudung tak jadi, sila ajukan di komen. Kami akan tambah jenis ini dari masa ke semasa. Tak apa, saya sendiri akan gosokkan tudung model nie.
Diharap juga anda semua dapat tag pasangan masing – masing dan share supaya lebih ramai dapat manfaat bersama.
Kemeriahan raya semakin terasa, ramai mak-mak dah mula cari resipi yang mudah-mudah untuk buat biskut atau kuih raya. Apa yang penting mak-mak perlu kreatif dalam buat kuih raya ni.Guna bahan yang paling minimum, paling jimat masa dan bajet.
Jika ada lebihan roti, yang tak habis dekat rumah tu, jangan lah dibuang bolehlah manfaatkan dengan mencuba resipi Biskut Roti Coklat Nestum yang dikongsikan oleh Lia Marsom ini. Hanya guna 3 bahan je, cuma perlu potong, bakar dan celup-celup je dah boleh dapat sejenis biskut raya yang sedap!
Berikut perkongsiannya;
“Biskut roti coklat nestum paling meletop, setakat sebalang 10 minit dah licin, tak sempat hidang pada tetamu”.
Bahan-Bahan:
2 buku roti gardenia
1 kilo coklat Beryl’s
1 kilo instant cereal nestum
Cara Membuat:
1.Potong roti kepada 3 bahagian kemudian belah 2 bahagian.(1 keping roti boleh dapat 6 keping).
2.Bakar roti yang dah dipotong sehingga rangup selama 15-20 minit suhu 190 ikut oven masing-masing boleh rasa dulu kalau belum ranggup bakar lagi.
3.Cairkan coklat ikut kaedah double boiler tambah 2 sudu butter supaya senang nak celup roti.
4.Gaul roti dalam coklat, angkat dengan penyepit satu-satu salutkan dalam nestum.
5.Gaulkan dan salut roti dengan nestum sampai tertutup semua, angkat dan susun dalam tray.
6.Masukkan dalam peti ais dalam 15 minit,coklat dah keras terus masuk balang.
Tip Ekstra!
Kalau nak lagi cepat, potong-potong roti tu biarkan dekat luar tutup dengan tudung saji.Dah agak-agak keras tu boleh bakar dalam 15 minit dah ranggup.
Roti yang dah dibakar simpan dalam Tupperware kedap udara, nak buat tinggal celup-celup je.
Untuk nestum elok beli yang dekat bakery sebab kasar-kasar sikit.
Siap! Selamat Mencuba!
Mudah kan, daripada biarkan roti terbuang, bolehlah mak-mak cuba buat resipi ini. Potong, bakar dan celup-celup je, boleh dapat sejenis biskut raya yang senang dan sedap!
Jenama fesyen terkemuka Malaysia, Ariani baru-baru ini mempersembahkan koleksi terbarunya, ‘1001 Tales of Ariani’, dalam sebuah majlis pertunjukan fesyen yang meriah bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre.
Tidak hanya tertumpu kepada pelancaran koleksi Lebaran 2024, ia juga mempamerkan inovasi dan kreativiti yang tiada tandingan dalam industri fesyen hijab dan busana Muslimah di Malaysia.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin yang berkenan berangkat mencemar duli ke majlis pertunjukan fesyen tersebut.
koleksi pakaian lelaki ARYAN yang baharu memasuki tahun kedua keberadaan di dalam industri fesyen turut menampilkan pelbagai rangkaian koleksi pakaian lelaki bermula dari kanak-kanak hingga golongan dewasa.
Pertunjukkan fesyen turut memperlihatkan seleksi pakaian ARYAN seperti baju Melayu sedondon, kurta dan jubah yang kesemuanya direka khas menggunakan produk dan material yang berkualiti serta penekanan kepada jahitan yang kemas dan terperinci.
Koleksi Untuk Semua Golongan
Pertunjukan fesyen ‘1001 Tales of Ariani’ pada tahun ini masih lagi mengekalkan 3 duta Ariani iaitu Lisa Surihani, Bella Dally & Uyaina Arshad, dan menambah muka-muka baru gandingan para selebriti iaitu keluarga besar pasangan selebriti Amar Bahrin & Amyra Rosli serta Fyza Kadir sebagai wajah terbaru Ariani RTW Premium.
ARIANI RTW tampil 110 koleksi lebaran
Segmen ARIANI RTW menampilkan 110 koleksi lebaran yang merangkumi kurung moden polos, kurung printed moden, kaftan dan jubah.
Kesemua rekaan mengangkat seni cetakan dalam nuansa pastel dan vibrant yang menyerlahkan lagi imej kewanitaan pelanggan ARIANI tatkala meraikan Aidilfitri serta turut mengangkat warna-warna ‘trendy’ yang menjadi pilihan ramai pelanggan pada tahun ini antaranya warna ‘Brick Orange’ dan ‘Lilac’.
Bersesuaian dengan konsep ready-to-wear, ARIANI RTW mahukan setiap wanita merasai pengalaman perayaan yang istimewa dengan memperkenalkan harga mampu milik dan berbaloi untuk dimiliki disamping rekaan yang minimal dan elegan.
Istimewanya tahun ini, setiap koleksi didatangkan dengan kepelbagaian size bermula XXS sehingga 6XL.
Malah pada tahun ini dan tahun-tahun sebelumnya, ARIANI RTW turut melancarkan rekaan khusus bagi membolehkan para ibu bergaya sedondon dengan si cilik di hari raya.
Pertunjukan fesyen dari The Premium Series by ARIANI RTW yang merangkumi jubah dan abaya premium serta koleksi kurung eksklusif khusus untuk pelanggan yang gemarkan rekaan mewah dengan sentuhan eksklusif dan dijual dalam kuantiti yang terhad.
Penggunaan material berkualiti tinggi dengan pelbagai rekaan potongan yang dilengkapi dengan aksesori bertatahkan swarovski antara keistimewaan koleksi The Premium Series ini.
Majlis turut diserikan dengan persembahan istimewa oleh artis-artis jemputan antaranya Jamal Abdillah bersama-sama anak beliau, Zaki Yamani dan Zizi Kirana.
Nak buat Kek keju atau Cheese Cake memang ada macam-macam cara .Perkongsian resipi Mini Peach Cheese Cake daripada Amanda Rania Zafreenini memang istimewa sebab bahagian ‘base’ hanya guna Biskut Tiger je. Cukup mudah dan senang nak buat serta yang pastinya sangat sedap! Bagi penggemar cheese mahupun cheese cake WAJIB cuba resipi ini.
Mini cheesecake untuk anak-anak.Base akak guna biskut tiger. Mudah dan ringkas untuk anak-anak. Asas cheesecake akak tambah dengan sedikit hirisan buah peach.Yang nak cuba boleh je guna resipi dibawah :
Mini Peach Cheesecake:
Bahan-Bahan:
500gm cream cheese ( saya guna tatura)
2biji telor ( gred A)
1/2 cawan gula aising
1/2 cawan whipping cream
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh sunquick ( oren mandarin)
Sedikit hirisan buah peach. ( optional)
Kepingan biskut tiger utk asas/dasarnya.
Cara Membuat :
1.Semua bahan dipukul sekali kecuali buah peach dan kepingan biskut. Pukul hingga sebati.
2.Susun biskut dalam papercup dan gunakan acuan muffin ( seperti dalam gambar).
3.Letakkan sedikit hirisan buah peach sebelum dituangkan adunan cheese tadi.
4.Bakar dengan kaedah doubleboiled dengan suhu 150° selama 20-25minit.
Apabila masak, sejukkan & hidang. Mudah kan…. Happy baking…
Polis mengesahkan nota terakhir suspek tikam berusia 14 tahun dirampas ketika tangkapan, bukan di lokasi kejadian. Frasa “Dunia ini palsu, saya sudah menang” kini disiasat bagi mengenal pasti motif sebenar.