Suami Kena ’Support', Sebab Ini Yang Jadi Bila Isteri Dalam Bilik Bersalin

Tak ramai suami yang sanggup atau berpeluang masuk ke dalam bilik bersalin dan saksikan depan mata, ‘cinta hati’ mereka dilahirkan. Dari rahim isteri yang menahan sakit kontraksi entah berapa lama.

Bila mana Akhtar Syamir (BroOhsem) berpeluang saksikan sendiri isteri melahirkan anak ketiga mereka, lelaki ini berkongsi apa sebenarnya yang jadi dalam bilik dewan bersalin.

Yang mana, para suami seharusnya ambil tahu.

Agar isteri tak kepenatan sendirian, dan selepas melahirkan menanggung beban emosi berpantang sukar dibayangkan.

 

Suami Kena ’Support’, Sebab Ini Yang Jadi Bila Isteri ‘Struggle’ Dalam Bilik Bersalin

Ini Sebenarnya Suami Kena Buat Bila ‘Support’ Isteri Dalam Dewan Bersalin

Suami kepada Cik Nora Azni, sila daftar dan masuk labour room.

Ayat yang dah 3 hari saya tunggu akhirnya kedengaran. Ini kali ketiga dalam hidup, saya akan menghadapi situasi ini.

Kononnya sudah biasa, dalam hati membayangkan nak tenang – tenang je masuk labour room.

Tapi, baru sampai kat pengawal yang jaga dewan bersalin, saya dah terkial – kial nak isi buku pelawat. Tiba – tiba jadi tak reti nak isi ruangan nama, nombor kad pengenalan dan lain – lain. Pengawal tu pun dah pandang semacam je.

Masuk pintu pertama, saya disambut dengan almari baju putih ala – ala baju doktor. Hampir terlupa bab kena pakai baju ni. Baju disarung dengan peluh sejuk yang mula keluar di dahi. “Ko nie dah kenape? Kawal diri tu sikit,” kata saya kepada diri sendiri. Entah kenapa masa ni ada 2 karakter pulak. Haha.. Baju putih yang ketat di ketiak terus saya sarung sambil menuju ke labour room.

Setelah mendapat kebenaran jururawat, saya masuk dan disambut dengan senyuman si isteri. Belum sakit lagi barangkali. Mesti dia lega saya ada.

Terima kasih abang sebab sentiasa ada dengan sayang,” kata isteriku sambil tersenyum manis. 3 kali dah saya di sini. 3 kali juga isteri saya bakal merasakan kesakitan yang amat sangat. Rasa bersalah ada, rasa kesian pun ada.

 

Suami Kena ’Support’, Sebab Ini Yang Jadi Bila Isteri ‘Struggle’ Dalam Bilik Bersalin

Tangan Dia Sentiasa Saya Usap

Dia meminta kebenaran untuk tanggalkan tudung. Tadi nampak jugak 2 orang Doktor pelatih lelaki. Awal – awal masuk tadi kami dah pesan dengan nurse yang kami nak Doktor perempuan sahaja. “Boleh, jangan bimbang” katanya.

Kami ditemani dengan bunyi degupan jantung baby dari salah satu alat di dalam dewan bersalin ni. Alhamdulillah aktif bunyinya. Mungkin baby pun tengah bersedia untuk keluar.

IKLAN

Puan nak makan ubat tahan sakit tak?”, soal seorang nurse yang baru sahaja masuk. Kami pun macam terpinga – pinga sebab bersalin sebelum ni memang tak pernah ada orang tawarkan ubat tahan sakit. Rupanya disebabkan jantung baby ok dan bukaan baru 4cm. Dia tawarkan ubat tu sebab kemungkinan lama lagi tunggu dan nanti bila dah mula sakit, tak boleh dah ambil ubat tu.

Sambil berbual – bual, saya urut – urut badan dan usap kepala isteri untuk beri dia selesa. Sedar – sedar dia dah tidur. Ubat dah berkesan la tu.

Aduhhhh.. Sakitnya tangan kena cengkam. Rupanya “contraction” isteri dah mula. Saya pun mula rekod masa dan jarak masa bila ianya terjadi. Makin lama makin kerap. Semakin lama makin panjang. Makin lama nampak makin sakit.

Kalau Suami Tak Insaf Juga, Memang Hati Tu Dah Mati

Masa inilah. Memang masa inilah. Kalau tidak datang keinsafan dalam diri, memang hati tu dah mati. Di depan saya, orang yang paling saya cintai sedang mengalami kesakitan yang amat sangat tanpa saya boleh buat apa – apa pun. Sakitnya sehingga air mata dia mengalir. Bila “contraction” itu berhenti, baru dia lega. Besar sungguh pengorbanan isteri. Fikir saya dalam hati.

Alat sedut gas tu dah macam tak ada kesan. Kesakitan dah terlalu kuat. Saya panggilkan nurse untuk periksa. Masuk seorang Doktor pelatih perempuan untuk periksa laluan. Baru 5cm katanya. Tapi gayanya macam nak bersalin dah. Lepas Doktor pelatih tu keluar, kebetulan ada nurse lain masuk. Saya pujuk nurse tu supaya periksa balik.

Eh, dah boleh dah ni. 8cm dah tapi kalau pandai teran boleh je, anak ketiga dah kan?” Datang seorang lagi nurse. Tapi tiba – tiba masuk dua orang Doktor Pelatih lelaki tadi. Saya terus minta maaf dan maklumkan yang kami nak perempuan sahaja. Mereka berdua pun faham dan meninggalkan kami berempat dalam tu.

Tip Strategi Meneran Berkesan Tak Bagi Bersalin Mudah

Selepas itu saya dan isteri terus fokus. Sebelum ini kami dah rancang strategi teran yang berkesan. Ini semua hasil daripada apa yang kami lalui semasa anak pertama dan kedua. Antara strategi kami :-

1. Jangan angkat punggung. Nanti akan terkoyak.

2. Jangan teran selagi tak dibenarkan nurse. Buang masa dan tenaga.

3. Jangan teran sikit – sikit. Rugi sebab baby akan masuk balik dan keluar sikit je.

IKLAN

4. Teran dengan kuat dan panjang. Biar kurang bilangan teran tapi sepenuh tenaga dan lama – lama. Ini bakal bagi baby keluar dengan cepat dan tanpa sangkut – sangkut.

5. Jangan benarkan nurse buat episiotomi (potong untuk bukaan lebih luas). Saya kena main peranan tegah nurse kalau dia nak potong. Sebab kami yakin kami boleh buat.

6. Set masa bila nak buat “final push”. Masa ni ialah masa untuk teran habis – habisan. Saya akan bagitau dia masanya dah sampai bila kepala baby dah keluar.

 

Suami Kena ’Support’, Sebab Ini Yang Jadi Bila Isteri ‘Struggle’ Dalam Bilik Bersalin

Letak Muka Dekat Isteri, Biar Saya Dan Isteri Dalam Dunia Kami

Dan seperti yang dirancang, situasi yang sama berlaku. Tapi kali ni nurse dah pegang gunting dan nak potong. Saya tanya “nak potong apa? Jangan !”. Rupanya nurse cakap nak potong tali pusat sebab takut terbelit. Sebab masa kepala dah nak keluar tu, tali pusat dekat sangat dengan kepala baby.

Bila potong je, terus kepala baby senang nak keluar. Saya pun bagitau kat isteri yang inilah masanya. Dia tarik nafas dalam – dalam dan bersama dengan saya, kami sama – sama keluar suara untuk meneran sepanjang yang boleh.

Nurse pada masa itu sentiasa bagi dorongan positif seperti “bagus, pandai dan sikit lagi”. Saya pula berada dekat dengan muka isteri. Hanya dia dan saya je dalam dunia kami sendiri, dia tak dengar dah nurse cakap ke atau bunyi lain. Dia teran, saya pun teran. Ini nampak macam takde apa – apa, tapi sebenarnya amat membantu isteri.

Alhamdulillah, dengan hanya 3 kali teran, Daisy Medina dilahirkan. Saya terus peluk isteri saya dan ucapkan terima kasih dan I love you berkali – kali. Ini juga kali pertama saya tak boleh control tangisan saya. Habis basah pipi dia dengan air mata saya. Syukur sangat segalanya selesai dengan selamat.

Cuma kali ni lepas bersalin, isteri muntah – muntah. Bila ditanya, rupanya ianya kesan dari ubat tahan sakit.

IKLAN

 

Suami Kena ’Support’, Sebab Ini Yang Jadi Bila Isteri ‘Struggle’ Dalam Bilik Bersalin

Sebab Inilah Suami Memang Kena Ada Di Sisi Saat Nak Bersalin

Setelah beberapa ketika menemani dan mengelap muntah isteri dan keadaan sudah tenang, saya diminta tunggu di wad. Perjalanan dari labour room sehingga ke tempat menunggu bagaikan sedang berjalan di dalam taman warna warni. Berbunga – bunga hati saya. Saya rasa masa tu juga kalau diukur, kedalaman lesung pipit adalah yang paling dalam dalam sejarah hidup saya. Hehehe..

Jadi, kesimpulannya di sini. Betapa pentingnya kehadiran suami di dewan bersalin.

1. Jangan biarkan isteri anda hadapi saat bersalin bersendirian. Isteri perlukan orang yang paling disayangi di sisi.

2. Wajib jadi penenang kepada isteri. Waktu itu fikiran isteri tidak menentu.

3. Bantu mana yang patut, urut tempat yang lenguh kerana berjam – jam menunggu.

4. Bantu isteri berkomunikasi dengan nurse. Masa tu isteri tengah sakit, suami yang ada kat situ boleh tolong jawab dan tanya info mengenai keadaan isteri dan baby masa tu.

5. Suami wajib jagakan aurat isteri. Bertegas jika perlu. Berlembut jika terpaksa.

6. Ucapan terima kasih dan penghargaan yang spontan sejurus selepas kelahiran baby adalah amat penting. Isteri baru sahaja melalui satu keadaan yang getir dan amat menyakitkan demi kita. Jangan anggap mudah perkara ni.

 

Suami Kena ’Support’, Sebab Ini Yang Jadi Bila Isteri ‘Struggle’ Dalam Bilik Bersalin

Pesanan Buat Para Suami

Semoga dengan penulisan ini dapat memberi sedikit idea mengenai apa yang berlaku di dalam dewan bersalin. Amat baik buat yang belum pernah atau akan melalui saat seperti ini.

Buat yang tidak mampu untuk berada bersama isteri kerana tidak tahan dengan darah, janganlah bersedih. Ini adalah perkara yang di luar kawalan. Berilah sokongan serapat yang boleh.

Buat suami yang tidak dapat bersama isteri kerana bekerja, bertabahlah. Ini ujian buat suami dan isteri. Diharap dengan penulisan ini juga dapat anda faham betapa sakitnya isteri dan betapa isteri memerlukan suaminya pada saat itu. Cubalah sebaik mungkin untuk berada bersama. Rancanglah sehabis baik. In Shaa Allah akan dipermudahkan segala urusan.

Sumber/Foto : Akhtar Syamir, saya selalu menulis mengenai kekeluargaan, hubungan suami isteri dan isu semasa.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI