Sedihnya bila suami kedekut dan berkira dengan isteri dan anak. Sedangkan kalau dengan kawan-kawan bukan main baik lagi. Boleh pula berbelanja sakan dengan kawan.
Sementelah suami kedekut dan berkira bila tahu isteri bekerja dan ada pendapatan sendiri Mulalah minta isteri bayarkan keperluan rumah. Sedangkan itu tanggungjawabnya.
Sebagai isteri, tentulah tidak berkira tapi kalau dah suami kedekut dan lebih utamakan kawan-kawan, inilah yang membuatkan isteri tawar hati. Lama-kelamaan, boleh buat isteri tawar hati.
Inilah kisah benar yang dikongsikan oleh Syahr Musafir dalam perkongsiannya tentang suami kedekut dengan anak isteri tapi sangat pemurah dengan kawan-kawan.
“Bang, bil air bulan lepas belum bayar lagi..” ujar si isteri (bukan isteri saya).
Dijawab oleh si suami, “Tak payah beritahu saya pun, bayar guna duit awak je la….”
Kisah benar.
Ada suami yang cukup berkira duit dengan isteri atas alasan isteri bekerja dan mempunyai pendapatan sendiri. Disebabkan itu, pelbagai jenis bil ditolak kepada isteri.
Bil elektrik, bil air, yuran tadika anak-anak, ada masanya sewa rumah pun tolak kepada isteri.
“Abang tak boleh bayarkan?” soal si isteri.
Dijawab oleh si suami, “Duit habis. Bagi pinjam Salleh (kawan si suami, bukan nama sebenar), dia nak beli motorsikal baru…”
Kalau berkira dengan semua orang, itu satu hal. Masalahnya suami sebegini kedekut dengan isteri dan anak-anak tetapi pemurah gilerrrrr apabila melibatkan orang lain.
Ads
Contohnya, kawan atau sepupu nak beli kereta baru, banyak pulak duit boleh dihulur.
Ataupun habis dengan benda-benda lain macam merokok, beli aksesori motor mahal-mahal, belanja mewah kat kawan-kawan dan adik-beradik. Bukan tak boleh langsung, tetapi sebagai suami perlu tahu prioriti.
Apabila isteri minta duit untuk urusan rumahtangga, dapatlah saki baki duit yang ada atau kena guna duit sendiri. Janganlah macam ni….
Saya bukan apa, dah selama ni si suami ‘layan’ isteri cara sebegini. Apabila isteri mengeluh, si suami pula kata isteri tak bersyukur, materialistik dan minta macam-macam. Alkisahnya isteri minta duit bayar bil dan nak beli lauk-pauk, bukannya nak beli beg tangan berjenama atau barang kemas pun
Dua hari lepas si suami pergi makan-minum di cafe hipster mahal siap belanja kawan-kawan lagi, isteri dok rumah je. Semalam tak pergi mana-mana, isteri pun dok rumah je.
Hari ini isteri ajak ke kedai makan sebab tak ada bahan mentah nak dimasak, ehhhh si suami marah-marah pula. Aduh.
Itu belum cerita suami pergi aktiviti seharian atau berhari-hari dengan geng basikal ke, konvoi motorsikal atau kereta ke, bla bla bla. Yang pergi atas urusan dakwah pun ada. Tak pasti kenapa apabila isteri minta bayar bil rumah, selalu sangat tak ada duit suruh isteri guna duit sendiri je…. Dan kes si suami asyik beraya dengan kawan-kawan pergi situ sini berhari-hari, si isteri terpaksa beraya sendiri/sorang-sorang je pergi rumah sanak-saudara pun ada juga
Saya ada kenal lelaki sebegini. Silap saya, tak pernah saya nasihatkan apa-apa. Tiba-tiba dapat tahu si isterinya minta cerai, kalau saya nasihat sekarang pun dah tak guna. Nasi sudah jadi bubur, si isteri tu dah tawar hati
Ads
Begitulah, muhasabah diri kan.
Menombor-satukan keluarga, ini sangat penting. Kita perlu tahu prioriti dan perkara yang lebih penting. Utamakan perkara yang lebih penting daripada perkara yang penting kerana perkara yang lebih penting itu lebih penting daripada perkara yang penting.
Mingguan Wanita : Lebih pentingkan kawan daripada anak isteri sendiri. Esok-esok, yang akan tolong dan sanggup susah bersama ister idan anak-anak juga. Kena ingat tu!
Ajal, maut dan jodoh di tangan Tuhan. Sebagai manusia biasa tidak bermakna kita hanya perlu berserah pada Allah. Sebaliknya berusahalah yang terbaik dalam menjaga hubungan yang telah dibina.
Sebenarnya jodoh yang baik bukan datang dengan kelebihan sebaliknya tidak pergi kekurangan. Jodoh yang baik akan menerima kelemahan dan kelebihan pasangan seterusnya dalam masa yang sama berusaha yang terbaik untuk membahagiakan pasangan.
Sebagai manusia, apa yang boleh kita buat ialah berusaha sehabis baik untuk hubungan itu… Selagi kita masih bersama dengannya, maka selagi itulah kita perlu buat yang terbaik untuk dirinya…
Sekuat mana pun kita dah berusaha, selama mana pun kita bersamanya, setia mana pun kita disisinya, sesabar mana pun kita dengan perangainya, kalau sudah ditakdirkan jodoh kita dengannya terhenti di pertengahan jalan, maka ianya bukan salah Allah SWT yang memisahkan kita…
Allah SWT ada perancangan yang lebih baik lagi untuk diri masing-masing…
Mungkin di antara dua manusia itu, hanya seorang sahaja lakukan yang terbaik untuk hubungan itu… Maka Allah SWT hendak bagi dia ganjaran atas apa yang dia sudah lakukan.
Allah SWT hendak bagi dia bahagia, Allah SWT gantikan dengan manusia yang lain, yang sama sifatnya dengan dia, yang boleh buat dia bahagia…
Mungkin juga di antara dua manusia itu, ada seorang yang tidak menghargai apa yang telah dilakukan seorang lagi, maka Allah SWT hendak bagi dia pengajaran dan kesedaran.
Lalu Allah SWT tarik manusia itu dari hidupnya, Allah SWT hadirkan seseorang yang boleh bagi pengajaran dan kesedaran kepada dirinya sehingga dia mula rasa bahawa yang dahulu itu sudah pun menjadi yang terbaik untuk dirinya…
Sekiranya jodoh tak panjang yang bukannya disebabkan kematian, maka pasti ada sebab musabab di sebalik kenapa dan mengapa jodoh itu tidak berpanjangan…
“Kuat atau tidak jodoh kita dengan pasangan, pendek atau panjang jodoh kita dengan pasangan, ianya bergantung sejauh mana kita berusaha dAlAm hubungan itu, untuk hubungan itu”
Yang pastinya, usaha itu harus datang dari kedua-duanya, bukannya seorang sahaja…😊
Nota kaki : Jodoh yang baik itu bukanlah yang datang dengan kelebihan, tapi yang tidak pergi kerana kekurangan…
MW: Sesugguhnya jodoh itu di tangan, sebagai manusia kita hanya mampu berusaha yang terbaik untuk kebahagiaan rumahtangga yang telah dibina. Seterusnya bertawakallah kepada Allah SWT.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Dunia hari ini semakin hari makin mencabar, bukan saja arus pemodenan tetapi juga dari segi cabaran dalam mendidik anak-anak terutamanya didik anak perempuan dengan dunia luar yang penuh pancaroba
Kalau nak dibandingkan dahulu, cara didikan mak ayah kita cukup berbeza dengan sekarang. Dulu, anak perempuan tak berani nak keluar malam, sekarang ini mereka bebas. Lebih teruk lagi dengan tidak menjaga aurat dan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan.
Bimbang didik anak perempuan yang tiada had dan batasnya, boleh menjurus kepada masalah sosial yang sukar dibendung sekarang ini. Lebih memalukan, bila ada yang sudah terlanjur dan sanggup membuang bayi. Ini perihal anak perempuan, belum lagi cara mendidik anak lelaki.
Baik anak lelaki mahu pun anak perempuan, mak ayah kena berbalik kepada cara didikan yang diajar oleh Nabi kita sebelum ini. Mungkin betul, menjaga anak perempuan umpama menjaga 10 orang anak lelaki.
Perkongsian daripada Mohammad Yaakob Yusra boleh dijadikan panduan buat mak ayah di luar sana. Ikutlah cara Nabi s.a.w dalam mendidik anak perempuan. Mudah-mudahan ia memberi keberkatan dan kesenangan hidup dunia akhirat.
Kalau kita tengok dalam masyarakat hari ni semua pakat nak ikut trend. Lagi pun ramai pakat mengajar ajar anak ikut trend dan cara pakaian barat.
Kalau ada yang berpakaian sempurna menutup aurat dikatakan tidak up to date. Jom kita tengok macam mana Nabi SAW didik anak perempuan. Ikut apa yang Nabi SAW ajar, Insya Allah hidup tenang dan bertambah berkat.
#madad
#MurtadhaDakwahCentre
MW: Moga ia memberi manfaat kepada mak ayah di luar sana. Mudah-mudahan.
Tidak lama lagi cuti sekolah muncul kembali. Sudah pasti ada antara kita yang mengambil peluang ini untuk bercuti bersama anak-anak. Mingguan Wanita Talkshow Selasa 6 Ogos 2019 yang dihoskan oleh Siti Elizad dan Radin Amir pagi tadi membincangkan topik Ragam Anak Bercuti.
Puan Faradine berkongsi tip mengawal anak meragam dengan hos Radin Amir dan Siti Elizad
Banyak tip menarik yang boleh diguna pakai oleh mak ayah yang mahu membawa anak-anak mereka bercuti seperti yang dikongsikan oleh tetamu-tetamu jemputan.
Bertenang Jika Anak Tantrum
Ibu bapa kepada 5 orang anak iaitu Puan Hyde Jaafar dan suaminya Encik Mus berkongsi pengalaman bagaimana mengawal anak tantrum ketika bercuti.
Melalui perkongsian tersebut Puan Hyde menjelaskan tantrum atau anak meragam adalah perkara biasa yang dihadapi oleh mak ayah. Apabila anak tantrum, mak ayah perlulah bertenang. Paling penting dalam mengawal situasi sebegini adalah kerjasama antara mak dan ayah dalam menguruskan anak-anak yang tantrum itu.
Tip Elak Anak Meragam
Sebelum tiba ke destinasi pilihan, sudah pasti kita perlu melalui perjalanan yang panjang untuk ke tempat yang dituju.Menaiki kapal terbang adalah cara terpantas untuk menuju ke lokasi percutian pilihan.
Perunding Percutian, Puan Faradine Nordin menitipkan tip yang boleh digunakan oleh mak ayah untuk mengelak anak meragam ketika berada di dalam kapal terbang.
Berikut adalah antara tip yang disarankan:
1-Sebaik-baiknya pilih penerbangan pada waktu malam bagi membolehkan anak-anak tidur sepanjang perjalanan.
2-Jika mampu, beli hot seats kerana ruang hadapan lebih luas. Ini membolehkan anak-anak duduk dan bergerak dengan selesa.
3-Apabila berada dalam kapal terbang, sudah pasti anak-anak akan mengalami masalah telinga berdengung ketika berada dalam altitud tinggi. Untuk mengalih perhatian mereka, mak ayah boleh beri mereka makan. Ini kerana apabila anak-anak mengunyah makanan, ia mampu menghilangkan masalah telinga berdengung.
4-Jika ada gajet, mak ayah bolehlah download apa-apa sahaja hiburan dan permainan yang sesuai dengan anak-anak. Berikan kepada anak-anak untuk menghiburkan diri mereka.
5-Beli mainan baru buat anak-anak. Tetapi pastikan mainan itu jenis yang tidak bergerak dan boleh menganggu penumpang lain.
Banyak lagi tip-tip berguna yang dikongsikan oleh tetamu termasuklah daripada selebriti dan artis Zarina Zainuddin. Persembahan menarik daripada Dayang Nurfaizah pun ada.
Zarina Zainuddin turut berkongsi cerita.
Sekejap sahaja lagi, pada pukul 5 ada siaran ulangan Mingguan Wanita Talkshow di saluran Astro Prima 105 dan Astro Prima HD 121.
Jom tengok!
#MingguanWanitaTV
#AstroPrima
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Nahas SUV di Bukit Kawah meragut nyawa sepasang bakal pengantin apabila Toyota Fortuner yang dinaiki terjunam ke dalam gaung. Baca kronologi penuh, siasatan polis dan peringatan keselamatan jalan raya.