Bukan semua pasangan suami isteri mudah untuk mendapat cahaya mata.Macam-macam cara diusahakan, salah satunya dengan menjalani kaedah IVF. Namun melakukan rawatan ini memerlukan kos yang banyak dan agak membebankan kewangan.
Berita baik buat pasangan yang sedang berusaha mendapatkan cahaya mata menerusi kaedah IVF, kerajaan sedia mempertimbangkan cadangan memberi pelepasan cukai kepada pasangan suami isteri yang mendapatkan perkhidmatan rawatan persenyawaan in vitro (IVF).
Kos Rawatan Banyak
Menerusi persidangan di Parlimen hari ini, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, kerajaan memahami usaha pasangan suami isteri termasuk membelanjakan wang yang banyak bagi rawatan untuk mendapat zuriat.
“Ia merupakan cadangan yang baik, mungkin saya boleh angkat agenda ini untuk dipertimbangkan kerana bagi sebuah rumah tangga untuk mendapatkan zuriat adalah hampir segala-galanya,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.
Ads
Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Seri Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) berhubung sama ada Kementerian Kesihatan bercadang mengusulkan kepada Kementerian Kewangan untuk memberi pelepasan cukai terhadap pasangan suami isteri yang menjalani rawatan IVF.
Menjawab soalan asal Wong Kah Woh (PH-Ipoh Timur) mengenai kos rawatan IVF di hospital kerajaan, Dzulkefly berkata, jumlah caj yang dikenakan untuk satu kitar IVF atau suntikan intrasitoplasmik sperma adalah sekitar RM4,500 hingga RM5,000.
Ads
Beliau bagaimanapun berkata ia tidak termasuk ubat kerana ia ditanggung melalui subsidi penuh oleh kerajaan.
Ads
Tambahnya, sebanyak 976 pesakit telah menjalani rawatan IVF di empat hospital kerajaan pada tahun lepas, dengan 189 orang berjaya hamil.
MW: Alhamdulilah, semoga cadangan ini dapat dilaksanakan agar dapat meringankan beban pasangan suami isteri yang berusaha mendapatkan cahaya mata menerusi kaeda IVF ini.
Setiap mak ayah pastinya mahukan yang terbaik buat anak-anak. Namun, bukan mudah untuk mendidik anak-anak agar mendengar kata, mengikut ajaran agama yang sepatutnya. Meskipun anak-anak masih kecil, perlu terapkan didikan agama dan batasan dalam pergaulan yang memenuhi syariat. Jika perlu, lebih bertegas dengan mereka terutama dalam bab solat, aurat, pergaulan dan sebagainya.Lebih-lebih lagi, jika mempunyai anak perempuan.
Baru-baru ini, pengasas produk kecantikan dan kesihatan, D’ Herbs Healthy Sdn. Bhd. Dato’ Sri Aliff Syukri Kamarzaman, 32 ada berkongsi pendirian dalam mendidik anak perempuannya, Qadejah El-Zahra, 9.
Ramai yang mengetahui Qadejah El-Zahra atau nama panggilannya Cess, merupakan satu-satunya, anak kandung perempuan jutawan kosmetik ini.Dalam video yang dikongsikan, Aliff Syukri sedang menyapu ubat sambil meminta maaf dan memujuk anaknya, selepas merotan puteri kesayangan ini. Ia berpunca kerana Qadejah tidak menjaga batasan aurat.
“Anak perempuan saya kena jaga yang terbaik”
“Maafkan abah cess, abah teramat sayang cess tapi ni semua untuk masa depan cess.Hari ni abah rotan cess sebab abah nak ces faham erti maruah seorang perempuan.”
“Qadejah ni ada satu habit kadang-kadang dia buka tudung je depan lelaki yang tak kenal…mungkin dia tak faham sebab dia kecik lagi tapi dari kecik ni saya kena didik la supaya dia tahu batas-batas tutup aurat.”
“Saya nak anak perempuan saya jadi yang terbaik, pandai agama dan tahu jaga kehormatan diri.Harap-harap dia dapat pengajaran dan belajar dari kesilapan.”
Terdahulu, Datin Sri Nur Shahida dan Dato’ Sri Aliff Syukri berkahwin pada Ogos 2007. Selain, Qadejah El-Zahra, pasangan ini dikurniakan dengan 3 cahaya mata lain iaitu Ammar Ahyan 11, Ibraheem Adham, 7 dan Yusoff al-Qardawi,1 serta seorang anak angkat Ameena, 1.
MW: Melentur buluh biar dari rebungnya. Mendidik anak biarlah daripada kecil agar anak tahu batasan agama yang sepatutnya. Semoga Qadejah El Zahra menjadi anak solehah dan taat pada perintah agama hendaknya.
Ayah ini, Mohd Shariman Che Deris (abe long) berkongsi tip melayan anak yang sedang meningkat remaja. Jauhkan ya mak ayah, dari suka mengarah-ngarah.
Sebab cara itu, akan buat anak susah mahu taat dan dengar apa yang mak ayahnya harapkan. Ada cara betul, macam mana nak bagi anak-anak ini dengar kata tanpa kita memaksa-maksa.
Dalam perjalanan daripada Senawang ke Adamson, sambil memandu.
“Angah, nanti masa di Hotel Adamson. Angah tolong abah untuk ambil gambar di sepanjang program deh, cari moment-moment emosi. Boleh angah?”
Perlahan tone suara AL memberi arahan dalam pendekatan minta tolong kepada angah.
“Baik abah”
Alhamdulillah, persetujuan yang dicari.
Abe long senyum sendirian, yes teknik menjadi. Apa yang abe long mahu bakal ditunaikan.
Ini yang pasti.
Bila berurusan dengan anak dewasa. Kita perlu melayan mereka sebagai dewasa.
Mereka bukan anak kecil yang semudahnya mahu kita arah-arah.
“Angah basuh baju“ ”Kakak kemas katil dan basuh pinggan berlambak tu”
Maaf iya, abe long dah pun cuba teknik ni usahkan nak menjadi, silap-silap kita pula dipandang pelik.
Iya, bila umur dah dewasa.
Anak-anak kita ni beranggapan mereka patut dilayan berbeza, mereka dah besar kot.
Ini cabaran untuk kita sebagai ibubapa.
Mahu atau tidak, kita wajib belajar. Mahu atau tidak, kita wajib mencari lebih lagi ilmu parenting.
“Apabila seorang telah meninggal dunia, maka seluruh amalnya terputus kecuali tiga, yaitu sedekah jariyah, ilmu yang bermanfaat dan anak shalih yang mendo’akannya.” (HR. Muslim: 1631).
Ada 7 tips yang boleh abe long share bila kita mahu anak dewasa ikut arahan@rentak kita.
Maksudnya perlahankan suara kita, pandang anak dan cakap dengan makna.
Bila perlahan tu, janganlah pulak berbisik ye. Langsung anak lost tak faham apa kita cakap.
Maksudnya mudah, panjangkan cerita bila kita mahu anak buat sesuatu.
“Kakak, bila ke dapur tu dan nampak pinggang mangkuk dalam sinki, tolong ibu ye. Basuhkan dan simpan, nampak kemas dan bersih dapur kita nanti kakak”
Berbanding…
“Kakak basuh pinggan” nampak maksudnya?
Cerita mudahnya adalah kita menghormati anak dengan cara minta dia membantu.
Ya Allah, anak akan lebih mendengar hatinya akan lebih terbuka. Apa taknya, bila kita dengan senyum dan redup wajah meminta dia membantu…rasa bangga kot anak kita.
Anak-anak ni perlu kita bina daya fikir, mereka mencari-cari asbab.
‘Eh kenapa aku nak kena basuh pinggan, kakak kan ada‘
‘Eh kenapa pula aku nak kena ambik gambar, orang lain kan ada. Malu la aku‘.
Anak-anak akan bermonolog, bercakap sendiri dengan diri. Kita perlu beri jawapan ni.
Ni best kan, kadang kita ni mak ai ego sebagai parent ni melangit.
‘Aku bapak kot, tak kan lah nak kena dapatkan persetujuan anak dulu, dia kena la ikut‘
Benar, setuju tu. Terutamanya untuk anak kecil, bila anak telah dewasa mereka ada pemikiran tersendiri.
Kita perlu memenuhi keperluan ini.
Macamana nak tahu? Bila dia masih lagi blur atau diam je selepas 10 saat, then kita kena respons.
“Bila angah bantu abah, ringan sikit kerja abah dan tidak lah terkejar-kejar sangat”
“Alhamdulillah, terima kasih angah terus abah rasa ringan dan lega”
Kesemua tujuh tips ni abe long ambik pengajaran daripada pengalaman dalam mendidik anak-anak abe long.
Pendekatan yang mudah ini akan buatkan anak kita akan melalui sekurang-kurangnya 3 rasa :-
1. Rasa diperlukan.
2. Rasa dihargai.
3. Rasa syukur dan terharu
Ini dah cukup power untuk tarik hati anak dekat dengan kita. Best kot bila ngam dengan anak.
Ini sudah menambah kekuatan sense of belonging anak dalam keluarga.
Ini baru satu bab…Allahuakhbar, bersusun bab kalau kita nak bercerita tentang anak dewasa.
Iye benar sangat, Bila dengan anak-anak ni tak sunyi kita jadinya.
Macam-macam perangai.
Ada yang mudah sentap, pantang ditegur mulalah diam senyap terus siap tarik muka lagi
Ada yang banyak bercakap, suka sangat berhujah mencari sebab sampai penat jadinya kita ni.
Pernah satu ketika dulu.
“Abah ni tak faham, semua yang kakak buat semua tak kena”
Iya, ayat ni pernah abe long dapat malah ada yang lebih zaassshhh lagi mencarik hati kita.
‘Biar betul, aku ayah kot. Tak kan aku tak boleh nak menegur, bukan semua yang aku tak bagi‘
Habis tu apa nak buat? Tak kan nak biar je, makin parah nanti.
Abe long mula belajar. Nak sangat tahu kat mana silapnya.
Nak lebih faham si anak.
Ini tanggungjawab kita. Betul? Biar kita tahu bagaimana nak handle anak. Bagaimana nak bercakap dengan anak.
Supaya mereka lebih mudah dididik.
“Didiklah anakmu, karena sesungguhnya engkau akan dimintai pertanggungjawaban mengenai pendidikan dan pengajaran yang telah engkau berikan kepadanya. Dan dia juga akan ditanya mengenai kebaikan dirimu kepadanya serta ketaatannya kepada dirimu.” (Tuhfah al Maudud hal. 123).
Kalau dah tahu anak kecil sakit, sebaiknya mak ayah kena usahakan ambil cuti. Jangan sampai anak jadi mangsa keadaan sampai sakitnya makin teruk dan lagi malang berjangkit pada anak orang.
Haaa… bukan senang nak buat kalau dapat mak ayah bekerja dapat boss yang tak memahami situasi ini. Namun, anak tak nak memang kena cari jalan lain bagi selamatkan anak kecil dan elakkan dari awal situasi seperti yang Doktor Khairul Faizie kongsikan ini.
Besar cabaran bila anak kecil (umur kurang 5 tahun) terpaksa juga dihantar ke pusat jagaan atau nursery ketika mereka sedang sakit (parents tak dapat cuti). Antara cabaran atau masalah yang kerap dikongsikan oleh pesakit-pesakit aku ialah:
1) Bila anak cirit birit.
Memang aku nasihatkan parents supaya diapers anak ditukar kerap masa cirit birit, untuk elak rashes pada kelengkang baby / toddler. Namun luahan parents antaranya:
“Saya dah bagitau penjaganya, tolong tukar kan pampers kerap… tak apa saya sediakan pampers banyak. Tapi sedih bila petang ambil anak, kadangkala tahinya dah siap keras di pampers. Ruam kat kelengkang makin teruk.”
2) Bila anak perlu diberi ubat.
Antara masalah yang timbul ialah penjaga tak bagi ubat ikut aturan yang ditetapkan. Umpamanya 3 kali sehari, dibagi sekali sehari. Ubat antibiotik cecair ( syrup form) yang dipesan oleh parents supaya disimpan di dalam fridge, tak disimpan sepatutnya, rosak antibiotik tu.
3) Anak yang ada eczema / kulit sensitif.
Anak anak yang kulit sensitif atau ada eczema ni, besar kos jagaannya. Tak boleh berpanas, perlukan aircond. Bila dihantar ke nursery atau rumah penjaga, kadangkala tiada aircond atau atau terhad masa pengunaan aircond nya (kerana kos). Memang kasihan tengok luahan parents pada aku, bila mereka beritahu petang-petang ambil anak, kulit mereka merah, tergaru garu mereka.
4) Anak dapat jangkitan dari kanak kanak lain kerana sikap parents lain tu yang tak mahu kuarantin kan anak.
Bila anak kena HFMD, atau Scabies, atau Chicken Pox, atau apa jua penyakit berjangkit, mereka wajib dikuarantin dirumah. Jangan di hantar ke sekolah atau nursery. Namun ada parents yang abaikan nasihat kuarantin ini. Penyudahnya, habis anak orang lain terjangkit.
5) Anak diberi ubat tanpa pengetahuan parents
OK, yang ini amat serius ya. Tak tahu lah mengapa, mungkin terlebih caring ke apa, ada penjaga nursery bagi ubat tanpa pengetahuan parents. Kita faham kalau anak tu demam tinggi tiba-tiba semasa jagaan, penjaga bagi ubat demam Paracetamol (itu pun perlu telefon parents, kot la budak tu ada allergic paracetamol).
Bukan tak pernah terjadi, aku tahu terjadi sebab parents mengadu kat aku. Penjaganya bagi produk apa ntah kononnya kesian tengok baby yang dijaga ada eczema yang teruk. Sedangkan ubatan doktor pun tak boleh selamba dibagi macam tu je, ni pula bagi produk alternatif!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!