Mak-mak, April ini masih lagi meraikan Bulan Kesedaran Caesarean Sedunia. Yang mana, bukan semua mak-mak itu bernasib baik untuk melahirkan anak-anaknya secara normal. Kata orang, terpaksa ‘ikut tingkap’.
Sebenarnya, ‘ikut tingkap’ ke bersalin normal ke dua-dua tetap kena melalui proses bersalin yang mendebarkan. Tuhan saja yang tahu, apa ibu lalui ketika dalam ‘labour room’. Bertarung nyawa antara hidup dan mati.
Ibu ini, Nurul Mohd Musa berkongsi pengalaman melahirkan keempat-empat orang anaknya secara caesarean.
Biarpun ada yang memberi kata-kata sinis padanya, dia tetap teguh dengan pendirian ‘proud mak caesar anak 4.’ Dan tidak melayan kata-kata negatif yang buatkan dirinya ‘down’.
Orang Kata Bersalin Caesarean Tak Aci, Dosa Tak Terhapus
Ada orang bertanya kepada saya, kenapa saya bersalin 4 orang anak semua secara caesar?
Dan ada orang kata, bersalin caesar tak aci, dosa tak terhapus.
Ada orang kata, bersalin caesar itu bukan bersalin dan tidak layak dapat ganjaran apa-apa.
Terpulanglah kepada anda.
Mari saya ceritakan mengapa saya lahirkan 4 orang anak secara caesar.
Kredit foto : theAsianparent Malaysia
4 Anak Bersalin Caesar, Ini Cerita Anak Pertama
Kami tidak plan untuk bersalin secara caesar, cuma kami terpaksa plan untuk induce awal kerana masalah kurang air ketuban yang boleh mengancam keselamatan bayi dalam kandungan.
Selepas saya dikesan tidak cukup air ketuban, doktor memantau saya dengan lebih teliti.
Segala persediaan telah dilakukan. Tibalah hari untuk saya diinduce.
Menurut jururawat bertugas, kontraksi agak kuat, dan bertanya kepada saya, adakah saya berasa sakit kerana biasanya kontraksi begini, pesakit sudah menjerit. Saya hanya berasa tidak selesa.
Bukaan juga hanya 1sm sahaja.
Kontraksi berlanjutan hingga 24 jam tetapi saya masih tidak berasa terlalu sakit dan bukaan masih kekal 1sm.
Ads
Saya dan suami terpaksa bersetuju untuk saya dibedah apabila bayi dalam kandungan semakin kurang bergerak dan kadar degupan jantung bayi semakin menurun.
Itu menunjukkan bayi dalam distress
Maka saya dibedah dan bayi perempuan pertama saya dan suami selamat dikeluarkan dari rahim saya.
Anak Kedua Bayi Lelaki
Juga mengalami masalah yang sama, kurang air ketuban dan low HB (kurang darah) Husband saya juga tidak mahu ambil risiko melepaskan saya bersalin secara normal. Kerana menurut doktor, ada risiko pecah rahim setelah anak pertama lahir secara caesarean.
Anak Ketiga Bayi Perempuan
Bayi tidak membesar dalam rahim juga kurang air ketuban.
Jadi kami terus rancang untuk caesar dan suami juga memang tidak mahu ambil risiko saya bersalin secara normal memandangkan risiko rahim pecah itu ada.
Suami lebih sanggup lagi menjaga saya berpantang selepas caesar dari membiarkan saya mengambil risiko rahim pecah semasa bersalin.
Memang suamilah yang menjaga saya setiap kali berpantang dari mencari menu berpantang, beli barang di pasar hingga memasak dan dibantu oleh pembantu dan ibu mertua saya disamping menjaga anak-anak yang lain.
Ads
Anak Keempat Bayi Lelaki
Juga kami rancang untuk bersalin secara caesar, memandangkan risiko yang kami tidak mahu ambil.
Cuma kelahiran bayi kali ini terawal sedikit dari yang dijadualkan kerana kontraksi bermula awal.
Pada mulanya saya hanya datang untuk rutin pemeriksaan tetapi saya telah mengalami kontraksi sejak malam tadi dan telah disahkan oleh doktor yang kontraksi telah bermula.
Saya terus dijadualkan untuk emergency caeser pada hari tersebut.
Memang saya serahkan kepada suami saya untuk buat keputusan selepas kami berbincang.
Ada juga saya cuba yakinkan suami saya untuk bersalin secara normal semasa anak kedua, tapi suami saya soal balik kepada saya, “kenapa nak ambil risiko?”
Maka saya akur dengan keputusan suami.
Kredit foto : Ellsee Malaysia
Kenapa Kita Nak Buat Kerja Tuhan?
Allah tak zalim menafikan dan Allah juga tak nyatakan di mana-mana bahawa ibu yang tidak bersalin secara normal itu tidak akan mendapat ganjaran seperti yang dijanjikan apalagi yang tiada pilihan selain caesar untuk selamatkan nyawa.
Kenapa kita nak buat kerja Tuhan?
Berhentilah menghukum.
Ads
Kepada ibu-ibu yang melahirkan secara caeser anda tidak keseorangan dan anda memang ibu yang hebat. Jangan endahkan kata-kata yang tidak berasas hingga menjatuhkan semangat anda. Anda tetap ibu yang hebat.
Caesar, dalam berpantang sakit pada luka caesar bukan mudah untuk diurus. Apalagi yang terkena jangkitan.
Perut dibelah hingga ke rahim, ini tidak dikira jihad?
Terpulang kepada anda.
Kita tak perlu berkecil hati atau berasa tertekan dengan kata-kata yang tidak berasas, kerana memang itu tujuan mereka. Terus kuat mama!
Proud mak caeser anak 4
MW : Semoga ramai lagi mak-mak yang semakin memahami bersalin caesar atau normal ini adalah urusan Allah.
Kadangkala, kita rancang mahu bersalin normal, tetapi bila di dalam bilik bedah risiko lain yang jadi hingga ibu terpaksa melalui caesarean untuk melahirkan anaknya. Semoga bakal ibu dapat menjalani proses kehamilan dan bersalin yang selamat.
Setiap kali sebelum tidur, mahupun bangkit dari tidur, selain mengucapkan syukur atas nikmat kehidupan pemberianNya, mak ayah mengharapkan anak-anak membesar jadi anak yang soleh.
Selain mendorong dan tunjukkan jalan kebaikan, jangan pernah mak ayah lupa untuk mendoakan anak-anak. Perkongsikan Nor Fatihahnoorini adalah amalan harian yang dilakukan untuk anak-anaknya.
Anak-anaknya pun seronok bila Umi membacakan doa sambil tangan diletakkan pada ubun-ubun kepalanya. Minta agar Umi selalu buat, setiap kali mahu ke sekolah. Indahnya.
Inilah amalan yang mak ayah lain boleh sama-sama buat.
DOA ANAK SOLEH
Letakkan tangan di ubun-ubun kepala anak. Mulakan dengan asmaul husna, Ya Fattah Ya Alim Ya Nur Ya Hakim Ya Rashid Ya Hafiz Ya Muhaimin Ya Latif Ya Zaljala liwal ikram YA ALLAH BUKAKAN PINTU KEFAHAMAN DAN ILMU PENGETAHUAN, CAHAYAKAN HIKMAH KEBIJAKSANAAN, KECERDASAN DAN KEPINTARAN KEPADA ANAK ANAK KAMI DAN JAGAKAN ANAK KAMI DALAM JAGAANMU DAN PENGAWASANMU YA ALLAH.
Seterusnya titipkan doa ini.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
الرَّحْمَنُ (1) عَلَّمَ الْقُرْآنَ (2) خَلَقَ الْإِنْسَانَ (3) عَلَّمَهُ الْبَيَانَ (4)
Pasakkan niat ibu ayah buat anak-anak.
Ya mujib.
Cepat Umi, Letak Tangan Kat Kepala
Petang semalam, selepas makan sebelum ke sekolah agama. Humairaa mendesak saya.
“Umi, cepat la umi. Cepat la. Tangan kat kepala.”
Kalut-kalut menyiapkan mereka saya tidak perasaan lagi.
“Kenapa dengan kepala Humairaa.” tanya saya.
“Umi! Cepat la doakan Humairaa. Letak tangan kat kepala. Humairaa nak pandai macam orang lain.”
Allahu. Sebak saya mendengar permintaan tulusnya . ALLAH Arrahman, Engkau yang mengingatkan anak kecil ini Ya allah. Apabilaku terlupa doakannya seperti biasa Humairaa ingatkan uminya.
Lalu, saya letakkan tangan di ubun-ubun kepala Humairaa bersama titipan doa ini dengan genangan air mata. Humairaa turut sama membaca doa ini dengan lancar.
“Umi, Humairaa dah boleh hafal doa ini masa umi doakan Humairaa.” ujarnya penuh makna.
Subhanallah
Terimalah doa ini.
YA MUJIB
Terlalu lama berkurung dalam rumh serta berubah rutin harian dalam satu jangka waktu yang panjang bukan hanya memberi impak kepada mak,ayah. Anak-anak tak terkecuali merasai tekanan apabila berlama-lama tanpa bebas bermain di luar.
Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan memiliki kesan baik dan buruknya, sesetengah anak-anak lebih gembira dan bahagia apabila mak, ayah dapat meluangkan masa bersama.
Namun tidak kurang juga anak-anak yang tidak mampu menerima keadaan ini seterusnya mereka berubah sikap kerana mereka tidak mampu luahkan apa yang dirasai mereka lebih-lebih lagi di kalangan anak istimewa.
Anak-anak biasanya tidak tahu untuk mengungkapkan rasa stres dan bimbang, oleh itu mereka akan menzahirkan emosi tersebut dalam bentuk perubahan tingkah laku.
Sumber: Public Health Malaysia
Wabak covid 19 mampu memberi kesan mental kepada semua, tidak terkecuali kanak kanak. Bagi mencegah implikasi mental kepada anak anak :
✔️ Beritahu dengan jujur mengenai situasi Covid-19 ✔️ Jangan takutkan atau mengertak mereka secara keterlaluan ✔️ Beritahu kepada mereka yang mereka SELAMAT di rumah ✔️ Cuba minta mereka kongsi perasaan mereka. Berbual dan bercakap setiap hari ✔️ Elakkan mendedahkan terlalu banyak berita mengenai Covid kepada mereka. Mereka mungkin melakukan interpretasi yang tidak tepat ✔️ Rancang aktiviti setiap hari ✔️ Tunjukkan contoh yang baik
Semoga anda dan keluarga sihat dan berada dalam keadaan baik.
Sumber: Public Heatlh Malaysia
MW: Sudahlah tidak dapat keluar rumah, anak-anak pula agak terbeban dengan “homework”. Oleh itu, mak ayah perlu merancang betul-betul aktiviti anak-anak di rumah agar anak dapat menguruskan emosi dengan baik.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Hidup ini tak perlu terlalu nak perfectionist sangat. Nanti susah, makan diri sendiri sebab kita juga yang akan stres. Kalau duduk seorang diri lain cerita tapi bila dah ada anak-anak.
Kadang-kadang, nak perfectionist sangatlah kita jadi stres, suka membebel dan marah-marah. Semua tak kena di mata dan mahu ikut cara kita.
Sementelah bila dah berkeluarga dan ada anak, jangan harap nak perfectionist sangat. Bukan setakat mak-mak yang stres, anak pun ikut sama. Perkembangan anak jadi tak berapa elok, kurang kreatif dan sebagainya.
Jadi, kalau rumah bersepah, anak lasak, tak dengar, lambat ‘pick up’, jangan marah. Semua ini ada prosesnya. Lalui saja, kita pun tak stres dan tenang-tenang saja.
Buat mak-mak dan ayah jangan la perfectionist sangat ye!
Biarlah anak suka buat sepah sepah rumah, itu tandanya dia aktif dan sihat. Ini la peluang nak didik budaya mengemas, lepas buat sepah ajak anak kemas sekali.
Tak apa anak makan tertumpah tumpah, jangan marah selalu sangat, patut kita puji dia dan galakkan lagi dia berdikari begitu. Boleh makan sendiri tu tanda dia dah pandai berdikari.
Biarlah nak-anak nak lasak sedikit, usah jerit atau tengking suruh dia duduk diam. Layankan sahaja sebab anak yang sentiasa aktif ni bagus untuk tumbesaran otak dia. Bakal ada growth mindset nanti tu.
Tak apa anak tak mahu ikut arahan, jangan cepat tersinggung. Nak jadi ibu ayah hati tak boleh tisu, kena kental. Anak yang susah ikut arahan ni selalunya ada Strong Will, rahsia orang berjaya tu.
Kalau anak lambat sikit belajar, tak apa, usah stress sangat. Proses tarbiah memang akan makan masa sikit, sebab tarbiah yang berkesan menusuk ke dalam hati dan jiwa bukan setakat lekat di akal je.
Serius. Kalau sikap nak perfect ni hilang comfirm kita akan jadi susah nak stress, susah nak marah marah dan susah giler nak menjerit.
Malah, perfectionist juga adalah pembunuh senyap otak kreatif & perkembangan coping skil anak-anak.
Jangan biarkan sikap perfect kita tu buat kita jadi keras hati dan buta hati dalam mendidik anak sudahlah.
Mingguan Wanita : Ssemua mak akan lalui perkara yang sama. Masing-masing ada cara nak handle dan ikut keupayaan diri. Tak perlu malu pun dan jangan nak perfect sangat.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...