ibu bersalin caesar

Ibu yang bersalin secara caeser atau pembedahan memang tak merasai sakit sebagaimana ibu bersalin normal. Kadang itu, siap boleh jalan laju masa dalam pantang. Satu seksaan ibu bersalin caeser ini nak dapatkan balik perut kempis macam sebelum mengandung. Seksa oii..

Silap hari bulan, makan bertahun kadang langsung tak kempis pun. Masa itu, nak cari baju pun tak best sebab tang perut buatkan confidence level ibu menurun. Haa… baca perkongsian daripada Cik Puan Sahira Lim kita ini. Macam mana cara dia berpantang, tak adalah susah mana. Malah inilah yang mak-mak kita beritahu pun dulu. Kalau Sahira yang muda-muda ni dah rajin nak buat 28 guideline pantang ini, pasti anda pun boleh.

31 Tip Berpantang Sesuai Untuk Ibu Bersalin Caesar, Wanita Ini Amal Sampai Berat Turun 40kg Dalam 44 Hari

Haa meh mama Syaurah pulak nak share cara mama Syaurah berpantang dari berat 83kg-43kg dalam tempoh berpantang dan memang terbaik untuk wanita yang bersalin secara ceaser amalkan.

Untuk anda kembali ramping, perut kemas,pinggang ramping, dalaman cun melecun, anak bebas kuning, mama tidak sembelit . Luka baik cun punya dalam tempoh 44 hari berpantang!'”

Tip Berpantang Ibu Bersalin Caesar Sesuai Amalkan

1. Ikat rambut dan sanggul tinggi-tinggi ketat biar naik atas kepala

2. Berpilis dan berparam pada dahi dan badan untuk buang segala kekotoran dalaman dan mengelakkan anda pening, migrain dan paling teruk meroyan.

3. Sila jauhkan diri anda dari kipas dan aircond selama 44 hari (minimumkan)

4. Memakai baju panas dan stoking tebal sampai ke betis itu wajib!

5. Sila minum air kopi sekali sehari.

6. Air kosong 1 gelas sehari (yang ni memang amalan Ira yang lain tak perlu kecam nak ikut, ikut tak nak tak perlu ikut keperluan badan masing-masing.

7. Balance minum air akar traditional ini untuk memastikan segala darah kotor, apa-apa yang tertinggal terutama darah bantal keluar dengan mudah dan memastikan dalaman kembali grip dan sihat semula.

8. Dengan pengamalan air akar traditional ni seminggu je boleh keluar habis kekotoran dalam tu. Ira amalkan (teh herba) yang memang hilangkan dahaga, sejukkan badan, susu badan memang banyak dan tiada masalah sembelit yang penting perut cepat je kempis dan Ira dulu 4 darah bantal besar penumbuk keluar dari bawah.

9. Sila makan makanan rebus dan bakar sahaja! Minyak-minyak ni tak elok untuk rahim, miss v dan badan kita yang sedang kembang disebabkan urat-urat yang putus selepas bersalin.

IKLAN

10. Lebihkan air oren sunquick / buah sunkist dan elakkan makan semua buahan lain. Sunquick sahaja ya untuk mempercepatkan proses penyembuhan.(ini Dr. Yang pesan ya tapi memang berkesan).

11. Bagi yang sembelit. Sila dapatkan ubat cair najis di hospital swasta yang kesan dia lebih baik dari hospital kerajaan sediakan ini kita bagi pendapat bedasarkan pengalaman ya tapi dapatkan nasihat dari yang pakar dulu.

12. Jauhkan diri anda dari suami dan elakkan perasaan “horny” kerana itu akan menyebabkan sistem badan jadi tidak terkawal dan potensi untuk meroyan dan bentan itu tinggi.

13. Amalkan ikan haruan hidup, pegaga untuk memperkemaskan lagi kedudukan rahim anda dan luka yang dipotong sewaktu anda di dalam “ot”

14. Elakkan makan makanan sejuk dan lauk pauk yang berat. Untuk mengelakkan badan naik secara mendadak dan akan susah kurus.

15. Makan nasi 2 kali sahaja jangan tambah!! Lauk banyak tak pe janji nasi sikit.

16. Balance makan biskut cracker kosong! Jangan ada tambahan gula okay! Nak gula minum dalam air sunquick korang tu je (ni pantang Ira, pantang korang. Buat cara korang ye)

17. Jauhkan diri anda dari terkena angin luar (berjalan di dalam rumah sahaja) Hal ini untuk memastikan badan anda tidak dimasuki oleh angin (bahasa kampungnya) disebabkan bulu roma yang sedang terbuka luas selepas bersalin.

IKLAN

18. Elakkan melakukan sebarang aktiviti yang melibatkan tenaga perut supaya perut anda tidak akan menggeleber dan tidak tegang sampai bila-bila.

19. Urusan anak serahkan pada family. Banyakkan rehat dan bertungku pada bahagian badan yang lain kecuali di bahagian jahitan sahaja.

20. Jangan menyapu / vacuum

21. Jangan basuh pinggan

22. Jangan sidai baju

23. Jangan angkat bath tub anak

24. Jangan kemas rumah

25. Jangan langgar pantang makan minum

IKLAN

26. Jauhkan diri anda dari suami selama tempoh 44 hari yang wajib ni

27. Jangan dukung anak kecil atau kucing

28. Jangan tidur dalam keadaan leher dan rambut terdedah dengan angin atau aircond dengan sengaja.

29.. Berbengkung selepas setahun bersalin.

30. Amalkan jamu selepas kuning anak turun sahaja.

31. Amalkan herba kayu untuk mendapatkan perut yang tegang kemas dan badan yang lebih menarik selepas bersalin

Nota: TIP NO. 20 – 31 sebaiknya janggan dilanggar sebab boleh mengundang anda bentan / badan masuk angin / badan kembang / badan sentiasa sakit.

Cuba Renungkan

Berpuasa pun boleh 30 hari tak dehydration. Inikan 44 hari tempoh berpantang. Bukan tak minum air langsung. Nak ikut,ikut kalau rasa tak boleh, ambil mana yang elok.

Semua Tu Tips Berpantang Keturunan Ira

Keturunan ira umur 60 muka nampak muda remaja,semua sihat bebas penyakit, kulit tegang, badan ramping dan sihat walaupun dah tua.

*Alhamdulillah anak dah berusia 2tahun 1bulan ira masih mampu fully bf tanpa miss sehari pun.”

Bagi yang dah terlepas pantang ni anak baru nanti mulakan semula in sha allah badan luaran dan dalaman boleh kembali muda remaja semula!

Goodluck!

Sumber/Foto: Sahira Lim via Mingguan Wanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI