hargai pengorbanan

Tak semua lelaki mampu hargai pengorbanan ‘orang rumah’ dengan cara yang paling membahagiakan. Haaa… beli kek besar, bawa melancong ke luar negara atau bagi hadiah harga ribu riban belum tentu akan ikat hubungan suami isteri. Tetapi bila baca perkongsian doktor Taufiq Razif ini, rupanya begitu mudah untuk cairkan hati wanita bergelar isteri. Anda pernah buat macam ini tak?

Kalau belum, baca dan sila aplikasikan secepat mungkin…

“Abang tak beli kek untuk anak kita?”

Saya tahu je hari ni 8/8/2017 bersamaan dengan birthday pertama anak lelaki saya, Muhammad Solahuddin.

IKLAN

Isteri saya tanya saya nak beli kek ke tak untuk birthday boy tu tapi saya diamkan je. Saya pilih untuk ke pasar basah! Saya beli 4 ekor ikan selar dan seplastik cili.

Balik rumah saya sorang terkontang kanting di dapur dan saya biarkan isteri saya berehat dengan anak-anak kat ruang tamu. Akhirnya siap la jugak resepi rahsia saya. Ikan bakar beraroma limau dimakan bersama petai dan budu pedas.

Isteri saya pelik kenapa la saya tak sambut birthday si Muhammad Solahuddin tu. Sebenarnya hari ni saya memilih untuk menghargai pengorbanan isteri saya melebihi saya bersyukur dengan kelahiran birthday boy tu.

IKLAN

Saya takkan lupa betapa teruknya isteri saya muntah muntah ( hyperemesis gravidarum ) hampir 9 bulan akibat hamilkan si birthday boy tu!
Saya takkan lupa betapa peritnya pengalaman isteri saya yang mengalami premature contraction hingga hampir keguguran si birthday boy tu akibat kepenatan melampau ketika bertugas di bahagian kecemasan!

Saya takkan lupa bagaimana isteri saya hampir melahirkan di dalam kereta semasa hampir melahirkan si birthday boy tu. Bayangkan waktunya cuma 2 jam je antara regular contractions dengan waktu isteri saya mengalami pembukaan 10 cm dan akhirnya melahirkan!

IKLAN

Saya takkan lupa pada riak wajah isteri saya yang kerisauan apabila bacaan bilirubin si birthday boy tu melebihi paras normal dan terpaksa dimasukkan ke hospital untuk fototerapi walaupun baru berumur beberapa hari!
Masih banyak yang saya tak boleh lupa tapi cukuplah isteri saya tahu bahawa saya takkan mampu untuk balas jasanya mengandungkan dan melahirkan zuriat saya. Jadi harini saya tekad, saya nak buat dia bahagia! Tu yang saya masak menu istimewa untuk dia tadi.

Saya pernah nampak dia lahap petai dan budu macam lahap popcorn. Tu yang saya masak menu berlaukkan petai dan budu malam ni. Biarlah bukan Me’nate. Biarlah bukan Sushi King. Biarlah bukan Meatball Ikea sekalipun yang penting saya tahu menu kali ni boleh buat si dia tersenyum lebar sampai ke telinga!

P/s: Update, Alhamdulillah. Tadi lepas bancuhkan kopi arabica Nomad Barista Coffee, si dia datang duduk tepi saya, pegang bahu saya dan pandang saya dengan penuh pandangan cinta! Betul la pegangan saya selama ni. Kalau sampai je birthday kita yang patut kita hargai adalah orang mengandungkan kita, bukan menuntut orang menghargai kewujudan kita semata-mata. Mulai saat ni jom kita lebih hargai insan bergelar wanita dan ibu pada anak-anak kita.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI