Dalam sehari-hari, kerja rumah yang mak-mak buat memang tak pernah habis. Itulah rutin yang perlu dilakukan. Kalau kerja rumah tak siap, makin bertambah dan bergandalah mak-mak kena buat nanti.

Situasi inilah tentulah berlaku masa anak-anak tengah membesar. Ada sahaja yang buat mak-mak rasa geram dan bila penat mulalah rasa mood melayang. Boleh jadi semua tak kena. Ini belum lagi, kalau jenis suami yang tak boleh nak tengok bersepah-sepah tapi tak anak membantu.

Kalau jenis suami yang faham, dia tak adalah ‘bising’ dan tak kisah kerja rumah tak siap sebab dia tahu macam-macam kerja yang isteri buat sehari-hari. Tak tolong tak apa, asalkan memahami.

Menariknya perkongsian daripada Siti Suryani Yaakop ini, bolehlah dijadikan panduan untuk suami isteri di luar sana. Jaga mood isteri, bawa keluar atau beli barang. Terus hilang rasa penat seharian buat kerja rumah.

Daripada tengok rumah bersepah, pjggan tak berbasuh, baju tak berlipat, bila ajak keluar perasaan serabut itu terus hilang. Balik nanti terus bersemangat nak buat kerja rumah…kan.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Isteri GARANG, Cekap Buat Kerja Rumah Tapi Suami Kenalah Tahu LAYAN Sikapnya

JANGAN Anggap Kerja Rumah URUSAN Perempuan, Anak Lelaki Perlu Diajar Supaya Jadi Kebiasaan

Info Lebih Menarik DI SINI

Kerja Rumah Tak Siap, Ajak Isteri Keluar

Dari semalam saya cutidah 2 hari tapi baju dalam bakul tak lipat-lipat lagi.

IKLAN

Kadang kita macam-macam rancang nak buat hari minggu. Tapi penat tak boleh bawa bincang. Kalau boleh nak rehat serehat-rehatnya. Makan pun kalau boleh nak orang suap. Tu lah. Macam dah nazak sangat.

“Takpa. Jom kita pergi beli barang. Nanti mood okay baru settlekan baju”, encik suami suruh bersiap.

Betul. Balik rumah masih nampak bakul yang sama. Masih tak lipat lagi pun. Tapi mood rimas tadi dah hilang. Rasa nak naik angin tengok bakul baju dah reda.

Ibu Dalam Rumah Tangga

Suami saya selalu cakap, saya ibu dalam rumah tangga. Saya adalah suasana rumah tangga.

Penting jaga mood. Kalau nak marah, tolong alihkan angin ke benda lain. Pergi buat benda yang kita suka dulu.

IKLAN

Cari jalan supaya rasa tenang semula. Kalau mood saya buruk, satu rumah akan rasa kesannya. Satu rumah tak seronok. Satu rumah pun mood buruk juga.

Kerja rumah takkan habis. Kalau larat buat, tak larat, tinggal. Asal bukan bersepah dan berlumut sampai tak boleh nak pijak, kena belajar berlebih kurang.

Rupanya suami-suami ni banyaknya begitu. Kawan-kawan saya pun cakap suami mereka tak bising pun kerja rumah tak selesai. Janji bila nanti dia balik rumah, dia nak tengok kita sengih-sengih, gelak-gelak. Buat lawak hambar pun kita ketawa. Asal bukan muncung dan merungut memanjang.

Jangan terpengaruh dengan kisah sempurna rumah tangga orang. Kita urus dengan cara kita.

Kalau kena panggil orang datang kemas hari minggu, panggil. Begitu jugu, kalau letih nak masak, beli. Bila tak larat ajar anak, panggil orang ajar. Masa tak larat membasuh, hantar dobi. Struggle kita tak sama.

IKLAN

Pahala…pahala juga.
Tapi kalau lepas tu merungut dan mengungkit, baik jangan buat. Pahala ke mana, langsung tambah dosa.

Ucap terima kasih pada suami kita. Sebab dia faham. Nak faham kenapa ada bini pun tapi rumah tak kemas tu bukan calang-calang lelaki mampu buat.

Kenapa dah ada bini pun tapi kena gosok baju kat dobi tu bukan semua lelaki mampu mengerti.

Begitu juga, kenapa dah ada bini pun tapi masih kena makan kat kedai tu cuma lelaki hebat mampu fahami.

#kaknis

MW: Betul tu, isteri jangan paksa diri, kalau dah paksa diri, macam-macam boleh keluar. Ambil masa untuk berehat seketika.

Sumber: Siti Suryani Yaakop

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI