Suami adalah pemimpin kepada isteri dan anak-anaknya. Tanyalah pada lelaki, mereka boleh menjadi suami namun tetapi belum tentua semuanya boleh menjadi suami yang hebat. Malah, sebagai isteri tentu sekali dia dambakan suami yang hebat itu mempunyai personaliti unggul yang memukau jiwa dan raga isterinya.

Tidak dinafikan, nilai suami yang memukau mata isteri adalah seorang lelaki yang dapat memikul anggungjawab bukan pada isteri tetapi keluarga. Sebab itulah, sebelum berkahwin, ilmu-ilmu rumah tangga perlu ada demi untuk membina keluarga bahagia hingga ke syurga.

Menurut Dr. Ahmad Kamal Ariffin, Pakar Kaunseling Keluarga, nilai seorang suami yang memukau, ia perlu diterangi dan disuluh minda setiap orang. Ini adalah bertujuan untuk membantu lelaki yang sudah berkahwin atau belum, mahupun untuk wanita yang sudah atau belum berkahwin dapat muhasabah kendiri demi membina mahligai cinta yang bahagia.

Suami Hebat Bukan Pada Personaliti Tapi Mampu Tunjuk Teladan Pada Anak-Anak

Suami Yang Lemah

Dalam pemerhatian, kebanyakan wanita yang telah berkahwin mengadu, rasa tidak bahagia mereka selepas berumah tangga adalah berpunca daripada sikap suami yang memiliki personaliti seperti:

IKLAN
  • Tidak romantik

  • Tidak sabar sebaliknya pemarah

  • Tidak bangun malam untuk solat tahajud

  • Tidak mengambil berat akan keselamatan isteri

  • Tidak berjimat sebaliknya boros berbelanja

  • Tidak pimpin isteri dan anak-anaknya bersolat jemaah

  • Tidak cekap mencari duit untuk kegunaan seisi keluarga

  • Tidak menunjukkan kepimpinan sebagai pencinta masjid/surau

  • Tidak bersikap lembut sebaliknya mengasari isteri dan anak-anak

  • Tidak peka akan kesihatan kendiri, misalnya perokok tegar dan suka melepak lewat malam.

Imej Suami Hebat

Realitinya, suami akan kelihatan berimej hebat pada pemerhatian isteri apabila dia  senantiasa menampakkan:

  • Suami yang penyayang

  • Bijak membelai minda dan emosi isteri

  • Pendengar yang setia

  • Suka memberi pelbagai hadiah istimewa kepada isteri tanpa dijangka

  • Sering memberi nasihat dengan kata-kata yang ringan namun membina jiwa dan terserlah keterampilannya

  • Gigih dan fokus mencari rezeki yang mampan dan halal buat kebajikan isteri dan seisi keluarganya.

  • Senyuman seorang suami yang baik pekerti akan menyerlahkan lagi imej romantik suami dan menampakkan nilai keimanan, ketulusan, kesetiaan, kegigihan dan ketekunannya untuk memimpin isteri.

Trait Personaliti

Dalam menjadikan suami, seorang personaliti yang hebat, dia mesti merasionalkan para isteri berhubung setiap perkara dan kebaikan kepada isteri. Contohnya, menutup aurat supaya isteri itu kelihatan sebagai orang yang baik-baik dan mencegah dirinya daripada diganggu oleh lelaki yang berhidung belang.

Daripada aspek psikologi wanita pula, suami yang hebat mesti ingat bahawa “Setiap isteri itu sangat berkeinginan untuk disayangi setiap masa, menjadi buah hati suaminya, dihargai dan dihormati.”.

IKLAN

Begitulah juga seorang suami yang hebat pada perspektif wanita

“Dia seorang suami yang menjadi ayah yang soleh dan teladan terbaik buat anak-anaknya. Suami yang hebat juga selalu membawa kegembiraan buat seisi keluarganya”. 

Bagi perspektif ilmu kaunseling Islam pula, terdapat 7 ciri personaliti suami yang hebat iaitu;

  1. Empati tinggi
  2. Bertanggungjawab
  3. Penyayang tidak pemarah
  4. Solatnya sempurna 5 waktu
  5. Berkemampuan menyara seisi keluarga
  6. Tabah menghadapi pelbagai dugaan hidup
  7. Penampilannya bersih sedap mata memandang

KESIMPULAN

Suami yang miliki persona ialah merujuk kepada karisma seseorang suami yang beriman dan berhati mulia.

IKLAN

Keimanan menerbitkan hati yang suci dan kesucian hati menerbitkan perasaan yang harmoni dan keharmonian perasaan menghasilkan personaliti seseorang yang berwibawa. Seterusnya kewibawaan itulah yang merupakan aset utama seseorang suami untuk menjadi pemimpin yang dihormati dan dipatuhi oleh setiap ahli keluarganya khususnya isteri.

Tanpa iman dan hati yang mulia, seseorang suami itu akan sukar untuk:

  • Mengotakan katanya

  • Arahannya dipatuhi,

  • Pandangannya dipercayai

  • Fikirannya dirujuk

  • Minatnya dihargai

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI