Suami Baca Zikir Ya Latif, Surah Yusuf Ayat 4, Isteri Marah-marah Berdesup Lembut Hati

Dalam apa situasi, suami berusaha dan belajarlah bertenang hadap permasalahan rumah tangga. Terutama sikap isteri. Kerana, ada kalanya isteri marah-marah apabila terlalu ‘burn out’ dengan kerja rumah mahupun karenah anak-anak.

Menarik perkongsian Eddie Dieana ini. Bila mana isterinya tak dapat kawal emosi marahnya, dia sebagai suami usahakan baca zikir Ya Latif dan surah Yusuf ayat 4. Dan, hati isteri menjadi lembut selepas itu.

Pesan arwah ayahnya inilah yang dipegang sampai hari ini.

Amalkan Zikir Ya Latif Dan Surah Yusuf Ayat 4

Suami Baca Zikir Ya Latif, Surah Yusuf Ayat 4, Isteri Marah-marah Berdesup Lembut Hati

Pagi tadi saya terima whatsapp dari isteri saya.
Dia mengadu yang dia terlalu penat dan stress dengan karenah anak-anak. Anak saya yang laki tu langsung tak nak berenggang. Nak ikut kemana sahaja isteri pergi. Kalau dia kena tinggal sekejap pun dia akan menangis.
Saya faham apa yang dia lalui.
Bukan mudah untuk dia hadapi semua ni tanpa saya disisi. Lagi-lagi anak saya memang tengah sangat aktif sekarang ni. Sukar untuk dia uruskan dua anak serentak.
Tiada apa yang mampu saya lakukan.
Kerana kami berjauhan dan hanya perkataan sabar dan kata-kata semangat buat isteri yang mampu saya katakan.

Tetapi,
Mungkin jawapan saya hari ni tak cukup untuk memuaskan hati isteri saya yang sedang tertekan. Jadi dia pun jawablah.
Cakap semua senanglah,
Yang hadap perangai anak, Honey

Isteri Marah-marah, Tertekan, Tak Dapat Kawal Emosi

Bila terbaca Whatsapp ni saya terus diamkan diri. Sebab saya tahu dia dalam keadaan tertekan, dia dalam keadaan tak boleh kawal emosi dia. Kalau saya jawab pasti dia akan jadi lagi marah atau akan jadi sebaliknya.

Sebab saya kenal isteri saya.
Sepanjang 10 tahun perkahwinan.
Dia tak pernah tinggi suara atau tak hormat saya. Ini bermakna dia betul² tengah burn out. Jadi saya bagi dia ruang untuk tenangkan diri dulu.

IKLAN

Saya pun teringat pesan arwah ayah.
Arwah ayah pesan.
Kalau kita dalam keadaan marah,
Atau pasangan kita sedang marah.
Amalkan zikir “Ya Latiff” dan Surah Yusuf ayat 4. (Boleh rujuk Gambar)

Suami Baca Zikir Ya Latif, Surah Yusuf Ayat 4, Isteri Marah-marah Berdesup Lembut Hati

Alangkah terkejutnya saya.
Tak sampai 15 minit saya baca “Ya Latiff”
sambil memandu. Tiba-tiba isteri saya whatsapp.
Maafkan Honey B,
Honey terlampau stress.”

Berkaca sekejap air mata saya .
Betapa benarlah amalan ni mampu melembutkan hati pasangan, mampu meredakan ketegangan. Lihatlah keajaibannya.
Saya terus memanjatkan rasa syukur kepada Allah SWT.

Lalu saya menjawab.
Tak apa, B paham. B tak amek hati langsung.”

IKLAN

Dari Isteri Marah-marah, Terus Nak Minta Maaf Dan Menyesal

Terus saya terangkan kejadian ni kepada isteri saya. Tentang keajaiban yang berlaku bila saya amalkan ayat ni. Dan isteri saya juga berkata. Dia tiba-tiba terasa nak minta maaf dan menyesal di atas kata-katanya tadi.

Ingatlah pasangan di luar sana.
Saat melihat isteri anda tak tentu arah uruskan anak-anak dan melihat dia dalam keadaan tertekan. Janganlah kita tambah lagi beban dia.
Kita amek peluang untuk selami apa yg dia alami. Sebab jadi suri rumah ni bukanlah perkara yang mudah. Perlukan kesabaran yang sangat tinggi.

Cuba kita bayangkan,
Jika pembantu taska yang dibayar gaji pun boleh lambung anak murid sebab tertekan.
Jika orang gaji yang dibayar gaji oleh majikan pun lari sebab tak tahan tekanan uruskan anak kecil.
Inikan pulak isteri kita, yang kita tak pernah bayar upah mereka jaga anak. Mestilah mereka juga tertekan. Mereka tak mengharapkan balasan upah dari suami. Cuma mereka perlukan sokongan dari kita iaitu suami mereka.

Suami Bantulah Apa Yang Patut

Ambil kesempatan bila nampak isteri tengah marah-marah. Kita bantulah apa yang patot.
atau setidak-tidaknya bertanya.
Sayang, ada apa-apa yang saya boleh bantu?”

Percayalah, dengan soalan seringkas ni pun mampu membuatkan isteri anda kembali tersenyum. Sebab isteri ni mereka tak mintak banyak. Mereka pun tak mintak bayaran wang ringgit di atas usaha keras mereka selama ni.

IKLAN

Cukuplah kita ni cuba faham apa yg tersirat di hati mereka pun dah buat mereka berbunga-bunga. Layan mereka sebaik mungkin dan kalau kita sama² bantu uruskan hal rumahtangga lagilah mereka bertambah-tambah happy.

Sebab dalam rumah tangga ni.
Kena sama-sama happy. Baru hubungan berkekalan. Bukan kita fikir penat kita je. Penat isteri kita tak fikir. Jadi kita sebagai pasangan kena sama-sama penat dan sama-sama rehat. Baru rumah tangga kembali aman harmoni.

Anda juga boleh amalkan zikir “Ya Latiff” ni.
Untuk melembutkan hati pasangan anda, supaya anak² jadi lembut dan dengar cakap dan banyak lagi kelebihan bila kita mengamalkannya.

Sumber/Foto : Eddie Dieana

Baca zikir Ya Latif cara lembutkan hati suami dan diri sendiri.

JOM SERTAI GRUP TELEGRAM BANGKIT WANITA MW

Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya:  https://t.me/bangkitwanitaMW

Suami Baca Zikir Ya Latif, Surah Yusuf Ayat 4, Isteri Marah-marah Berdesup Lembut Hati

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI