Bergelar seorang ayah atau mak adalah impian setiap pasangan yang telah mendirikan rumah tangga. Tetapi tidak semua pasangan dikurniakan zuriat cepat dan telah berusaha segala bentuk ikhtiar untuk mendapatkan cahaya mata, namun rezeki masih belum berpihak.

Soal zuriat bukanlah di bawah kawalan manusia, kita hanya mampu berusaha, merancang. Selebihnya Allah yang menentukan bila masa yang tepat untuk mak, ayah perolehi seorang “anak”. Setiap manusia ujiannya berbeza, bersyukurlah jika mak,ayah telah dikurniakan anak walaupun hanya seorang.

Ikuti perkongsian Firdaus Shakirin ini dan fahami mesej yang dia ingin sampaikan agar tiada hati yang terluka tatkala membincangkan soal zuriat:

Ada ke isteri yang tak nak bagi zuriat dekat suami?

Semua isteri memang hendak bagi zuriat pada suami… Sudah menjadi impian dan cita-cita seorang wanita apabila mendirikan rumahtangga untuk menjadi seorang ibu…

Namun, soal zuriat ini bukanlah di bawah kawalan manusia… Kita hanya mampu berusaha, kita hanya mampu merancang, selebihnya hak Allah SWT untuk menentukannya…

Bila Dia hendak bagi, itu hanya Dia sahaja yang tahu…

IKLAN

Tidak semua lelaki mampu bersifat terbuka akan hal ini… Kalau tidak dapat zuriat dalam masa terdekat selepas mendirikan rumah tangga, maka ianya menjadi salah wanita… Isteri tak subur, isteri tidak boleh bagi anak… Tapi bila diajak menjalani pemeriksaan kesuburan, tidak mahu bagi kerjasama kerana dia merasakan dirinya tidak bermasalah…

Tiada Anak Tetap Bahagia

Saya kagum dengan sahabat saya yang sudah berbelas tahun tidak dapat lagi cahaya mata…

Masih lagi kekal bersama isterinya, masih lagi kelihatan bahagia… Nampak muda sahaja masing-masing suami isteri, walhal sudah lama mendirikan rumah tangga…

IKLAN

“Bila nak mengandung, bila nak dapat anak… tak akan tak nak anak kot…”

Sebelum keluarkan pertanyaan diatas, jadilah waras sedikit… Siapa yang tidak mahu anak? Anak itu pewaris, penyambung keturunan kita dan pasangan… Namun, ianya diluar batasan kita untuk menentukan bila kita mahukan…

Isu Zuriat Jangan Letakkan Di Bahu Isteri

Kepada para suami, tolong jangan meletakkan isu zuriat ini sepenuhnya di bahu isteri… Kita juga boleh menjadi penyebab, kita juga boleh menjadi punca masalah… Support isteri, bagi semangat kepada dia dan tenangkan hati dia bila dia berhadapan dengan soalan-soalan tentang anak…

IKLAN

Dan kepada isteri pula, jangan fikir sangat, jangan bebankan fikiran akan soalan-soalan yang diajukan masyarakat… Anggap sahaja mereka ini tidak memahami ketentuan Tuhan… Jika mereka faham, mereka tidak akan tanya soalan-soalan yang boleh menyentuh perasaan…

Enjoy your life to the fullest…Insyallah, nanti-nanti ada lah… Aaminn…

MW: Hargai dan nikmati setiap nikmat kurniaan Allah, mungkin belum tiba masanya mak, ayah dikurniakan zuriat. Jangan putus asa, teruskan berdoa dan berusaha. Insyallah pasti tiba masanya.

Sumber: Firdaus Shakirin

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI