Bertuahlah jika mak-mak memiliki suami yang memahami dan menghormati anda sebagai isteri. Tetapi ada juga di kalangan lelaki atau suami yang sering meletakkan statusnya sebagai suami hingga langsung tidak mahu mendengar atau menerima teguran isteri.

Tidak semua sikap suami yang isteri dapat hadam dan terima bulat-bulat. Mungkin bila sekali, dua suami melakukan kesilapan, isteri dapat menegur secara baik. Namun setelah berkali-kali menegur tetapi tetap berubah, isteri pasti tawar hati dan malas lagi nak menegur kerana takut timbul perbalahan.

Fahami perkongsian Firdaus Shakirin  ini ketahui mengapa isteri malas menegur banyak kali:

Bila ada kaum hawa yang komen, susah hendak jumpa lelaki yang “berkualiti” zaman sekarang ini…

Sedikit sebanyak, terasa jugalah di hati kerana saya pun lelaki… Tetapi, dengan melihat kaum-kaum lelaki di sekeliling saya, ada benarnya kata-kata tersebut…

Saya tak mengambil contoh yang jauh, saya hanya mengambil contoh dengan apa yang ada di depan mata…

IKLAN

Di tempat kerja sudah main game, balik kerja sambung main lagi… Bila saya tanya, tak jemu ke main game… Dia kata seronok battle, boleh dapat banyak point… Selepas itu saya tanya lagi, isteri tak kata apa-apa ke? Dia kata, isteri “pernah” tegur beberapa kali, selepas itu tak tegur dah…

Isteri Tegur Untuk Kebaikan

Saya tanya, tahu tak kenapa dia sudah tak tegur?

“Dia malas hendak tegurlah kot…”

Ehh, tau pulak kata saya sambil gurau-gurai… Saya cakap isteri tegur itu untuk kebaikan kita juga sebagai suami… Dia tegur sebab hendak kita berubah… Tapi bila kita tak berubah, dia malas nak tegur kerana ianya buang masa dan boleh menyebabkan perbalahan…

IKLAN

Tiada isteri yang suka bergaduh… Isteri hendak kehidupan yang aman dan tenteram…

Ada yang balik kerja, terus pergi main snuker dulu… Ada yang balik kerja, terus ke mamak jumpa kawan-kawan… Seorang demi seorang saya tanya, isteri dekat rumah  tidak kata apa ke… Dengan selamba mereka jawab,

“BERANI NAK KATA APA-APA, AKU SUAMI KOT…”

Fuhhh, hebat betul kata saya… Saya kena belajar dengan dia kalau macam ini sebab dia boleh TUNDUKKAN isteri dia semudah itu sahaja…

Nak jadi suami ini tak susah, tapi kadang-kadang kita sendiri yang buat pilihan sehingga ianya nampak susah… Ada benda patut buat, ada benda tak patut buat… Letakkan had di setiap perkara yang kurang membawa kebaikan untuk rumah tangga kita…

IKLAN

Bukan bermaksud tak boleh buat, tapi berpada-pada kalau hendak buat…

Kita berpesan macam ini pun, bukannya orang suka… Tidak apalah, biar Tuhan saja jentik hati dia… Ketika itu baru dia akan belajar macam mana hendak jadi seorang suami yang baik terhadap isterinya…

Wallahualam…

MW: Bukan susah pun nak jadi seorang suami yang baik. Jangan lakukan perkara yang isteri tidak suka dan mampu menyakiti hatinya, pasti isteri dapat bertolak-ansur. Barulah jadi yang disayangi isteri.

Sumber: Firdaus Shakirin  

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI