Pemyanyi yang juga bergelar ibu tunggal, Siti Nordiana akui sering mengamalkan zikir munajat Al Mathurat Sughra dalam kehidupan seharian, malah hatinya mudah tersentuh dan sering menangis apabila mengalunkan zikir.
“Bila berzikir, saya selalunya akan menangis. Ada masa tertentu, saya menangis mengenangkan dosa-dosa lalu.
“Saya juga mudah tersentuh bila dengar selawat dan zikir dalam bentuk lagu atau melodi kerana saya sukakan muzik, jadi ia dekat dengan saya.
“Apabila melodi dan lagu itu kena dengan situasi atau liriknya, saya akan mudah menitiskan air mata,” ungkapnya.
Bersama anak tunggal kesayangannya.
Siti Nordiana Nyanyi Lagu-Lagu Kerohanian
Ibu kepada seorang cahaya mata ini sebagai penyanyi juga akui lagu-lagu kerohanian semakin mendapat perhatian ramai.
“Alhamdulillah sekarang ini lagu kerohanian memang banyak dihasilkan. Malah lagu rap dan pop sekarang pun banyak menjentik lirik kerohanian.
“Sangat bagus apabila anak-anak muda turut dengar dan hafal di mana ia tentunya dapat memberi manfaat kepada semua.
“Saya harap lagu sebegitu makin dekat dengan generasi muda dan mudah-mudahan selepas ini lebih banyak lagu dapat dihasilkan.
“Ini kali kedua saya rakamkan lagu kerohanian dan peminat sangat suka bila saya nyanyi lagu kerohanian dan zikir.
Ads
“Ada peminat yang berterima kasih kerana saya tampilkan lagu begini sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Pada mereka lagu-lagu itu dapat memberikan ketenangan pada jiwa, selain dapat mengalunkan zikir dan selawat bersama saya. Masing-masing dapat pahala,” katanya.
Sesuai Di Zaman Pandemik Covid-19
Anak kelahiran negeri sembilan ini juga turut mahu berkongsi karya berkonsepkan ketuhanan bersama peminat. Pada saat masyarakat tertekan disebabkan pandemik Covid-19, karya-karya sedemikian diharapkan dapat memberi ketenangan dan semangat positif kepada pendengar.
Menerusi single terbaharunya, Hasbi Rabbi, terbitan Luncai Emas dengan kerjasama SND Soul Entertainment, Nana, tampil berkolaboratif bersama Ustaz Shahrizan. Karya ciptaan Ikhwan Fattana dan Wan Salleh itu merupakan salah satu single yang dimuatkan dalam album kedua berkonsepkan ketuhanan daripada Nana.
Berkongsi pengalamannya ketika merakamkan single tersebut, kata Nana, dia bertuah mendapat tunjuk ajar daripada Ustaz Shahrizan.
Ads
“Alhamdulillah ia merupakan sebuah pengalaman yang banyak mengajar saya. Ustaz Shahrizan banyak memantau nyanyian dan sebutan saya.
“Malah sewaktu rakaman, Ustaz banyak memberikan ilmu dan tunjuk ajar. Misalnya ada nyanyian dan maksud selawat yang saya kurang pasti, Ustaz akan bantu dan memberikan pengisian rohani dalam masa sama,” akhirnya.
Sumber Foto: Instagram Siti Nordiana
Sumber: SinarPlus
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMWSumber Foto: Instagram Siti Nordiana
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Cookies Viral Legend
Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak. Kursus diadakan pada dua pilihan tarikh iaitu 14 Ogos 2021.
Dua beradik meninggal dalam perjalanan ke sekolah, tragedi Ramadan yang sangat menyayat hati. Hari terakhir persekolahan menjadi insiden menyayat hati bagi seorang ibu bila mana dua anaknya meninggal dunia.
Berbaki lima hari sebelum sambutan Aidilftri, dua beradik yang dalam perjalanan ke sekolah maut dalam nahas langgar lari di Kilometer 38.9 Jalan Ipoh-Kuala Kangsar berhampiran Taman Desa Salak Jaya di sini pada Jumaat.
Dua Beradik Meninggal Dalam Perjalanan Ke Sekolah
Dalam nahas itu, Ahmad Zuhal Norazlan, 17, dan adiknya, Ahmad Marikh, 13, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Difahamkan kemalangan berlaku ketika kedua-dua mangsa yang menaiki motosikal dalam perjalanan menuju ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Simpang Beluru.
Tragedi Ramadan Yang Sangat Menyayat Hati
Memetik laporan Sinar Harian, sebuah kenderaan pacuan empat roda dari arah Kuala Kangsar ke Ipoh dipercayai telah memasuki simpang kanan secara mengejut menyebabkan berlaku pelanggaran dengan motosikal mangsa yang datang dari arah bertentangan.
Nahas itu menyebabkan penunggang dan pembonceng motosikal parah dan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu kenderaan terbabit telah melarikan diri.
Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintenden Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.
“Polis telah menerima panggilan kemalangan tersebut pada jam 7.12 lagi dan siasatan sedang dijalankan,” katanya.
“Tudung is my hair. Kalau tak ada tudung, rasa macam botak. Masak pun pakai tudung, tidur pun dengan tudung…inilah perkongsian dari artis legenda, Bonda Noor Kumalasari.
Dalam pertemuan Mingguan Wanita bersamanya, bintang kesayangan ramai ini turut sebak dan mengalirkan air mata tatkala bercerita tentang hijrah 30 tahun lalu mengenai pemakaian tudung yang dilakukannya seterusnya memilih untuk tidak lagi bergelar anak seni walau menerima banyak tawaran.
Mengimbau kenangan lalu, kata Bonda Noor, dahulu balik dari Makkah, dirinya masih tidak menutup aurat dengan sempurna biar ada dinasihati oleh suaminya kerana mati itu akan berlaku tanpa kita tahu.
“Ketika itu Kak Noor cakap, Kak Noor nak pakai ikut kata hati. Kak Noor minta pada Allah dan itulah yang berlaku hingga ke hari ini. Tak pernah tanggal langsung dah. Dah macam rambut.
“Lagi satu bila kita memilih bertudung, kena tanya pada hati kita. Kita pakai untuk siapa? Pakai untuk diri sendiri? Untuk suami? Atau kerana Allah? The best thing pakailah kerana Allah kerana itu adalah syariat dan tuntutan menutup aurat bagi wanita. Ya itulah kita kena lakukan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sebaknya catatan Ustaz MK Azman untuk bidadarinya, Allahyarham Ustazah Shadiya Abbas sebaik selesai urusan pengebumian jenazah isterinya petang semalam di Tanah Perkuburan Puncak Alam.
Beliau bersyukur kerana kubur arwah isteri kelihatan indah dan liang lahadnya cantik. Hal yang sama diakui oleh penggali kubur dan petugas pengurusan jenazah yang memaklumkan itulah kubur paling cantik yang pernah mereka lihat di tanah perkuburan itu. Rupa-rupanya, pemiliknya adalah Allahyarham Ustazah Shadiya Abbas.
Perjalanan Terakhir Seorang Bidadari
Kongsi Ustaz MK Azman, “Alhamdulillah.. Selesailah sudah urusan pengkebumian jenazah buah hati dan bidadari saya petang tadi jam 4.00petang di Tanah Perkuburan Puncak Alam. Segalanya dipermudahkan Allah.
“Urusan mandikan jenazah mu sayang dilakukan oleh ibumu, adik beradik perempuanmu, anak-anak lelakimu dan anak muridmu yang menawarkan diri untuk berkhidmat untukmu sayang. Abang ambil peluang ini untuk memandikanmu buat kali terakhir. Masih ingat lagi 2 hari sebelum sayang meninggalkan abang, sayang mandikan abang.”
“Sayang.. Abang imamkan solat untukmu. Sebelum ni sayang berada di belakang sebagai makmum,
tapi kali ini sayang di depan abang. Bukan sebagai imam tetapi sebagai jenazah.”
Allah Hadiahkan Kubur Indah, Liang Lahad Yang Cantik
“Sayang.. Sayang bertuah kerana dihadiahkan Allah kubur yang indah dan liang lahad yang cantik. Abang perasan hal itu ketika hendak memasukkan mu dalam liang lahad, dalam hati abang menyebut, “cantik sungguh liang lahad ini.”
“Abang bersembang dengan penggali kubur dan petugas pengurusan jenazah, mereka akui kubur itu paling cantik mereka lihat, kata mereka dalam kubur kalau pakai kasut bot pun terasa sejuk, seolah-olah lantainya dari mar mar.. Kata mereka, bakal kubur siapakah ini. Ternyata sayang adalah pemiliknya. Semoga sayang berada dalam rahmat Allah.”
“Sayang.. damailah engkau di sana, abang redha dengan pemergiaanmu. Sayang telah sempurna melaksanakan tugas sebagai seorang isteri, ibu, anak, guru dan sahabat.
InsyaAllah kita bertemu nanti di alam barzakh, padang mahsyar dan sama-sama masuk syurga.”
“Terima kasih kepada semua yang membantu urusan jenazah, bantu sediakan makanan, memberi sumbangan, berkongsi perasaan dan mendoakan arwah bidadari saya, jika ada dosanya, mohon ampunkan. Jika ada hutang arwah pada kalian, maklumkan pada saya.”
Jom kita sama-sama baca doa ini : اللهم اغفر لها وارحمها وعافها واعف عنها
Arwah meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh dan dimaklumkan suaminya kerana sesak nafas. Jenazah ditahan di hospital untuk ujian Covid-19 dan Ustaz MK Azman memaklumkan selepas dilakukan dua kali ujian, keputusan mengesahkan arwah isterinya negatif Covid-19.
MW :Al Fatihah.. salam takziah buat Ustaz MK Azman dan keluarga. Semoga roh Allahyarham Ustazah Shadiya Abbas ditempatkan di taman-taman syurga dalam kalangan orang-orang beriman.
Secara fitrah seorang lelaki tidak mungkin boleh hamil dan melahirkan anak. Meskipun fizikal luaran berubah sepenuhnya, namun dalamannya masih kekal sama.
Lelaki Transgender
Seorang Individu di Texas, Amerika Syarikat menarik perhatian ramai apabila berkongsi pengalaman melahirkan dua anak. Namun, apa yang peliknya, dia sebenarnya adalah lelaki transgender iaitu wanita yang menukar jantina kepada lelaki, tetapi masih memiliki rahim.
Portal Metro UK melaporkan Kayden Coleman, 34, mempunyai dua anak berusia tujuh tahun dan 10 bulan dengan pasangannya.
‘Trauma’ Hamil
Dia suka menjadi ‘bapa’ tetapi Kayden juga berkongsi pengalaman ‘trauma’ yang dilaluinya ketika hamil.
Kayden mendedahkan dia ditawarkan untuk menggugurkan kandungan itu beberapa kali.
Dia memulakan proses menukar jantina pada 2009, tetapi tidak membuang organ pembiakan wanita.
Pada Mac 2013, dia menjalani mastektomi untuk membuang payudaranya dan terpaksa berhenti mengambil hormon testosteron buat sementara waktu.Ketika itu, dia terkejut apabila mengetahui sudah mengandung lima bulan sebelum melahirkan anak pertamanya pada 2014.
Dia sekali lagi mendapati dirinya hamil dan ketika itu mempunyai teman lelaki bernama Dominique.Menurutnya, ramai tidak tahu dia mengandung kerana menganggap perutnya membesar kerana pertambahan berat badan.
“Mereka fikir perut saya buncit ini kerana gemuk,” katanya.
Kayden turut mengakui dia pernah bergelut dengan kemurungan lepas bersalin seperti dialami oleh sesetengah wanita.
Pelajar tingkatan tiga jatuh asrama kritikal, ibu rayu doa orang ramai anak kembali pulih. Tiada yang lebih menyakitkan daripada melihat darah daging sendiri terbaring...