Dalam era ekonomi gig yang kian berkembang, kerjaya sebagai pemandu Grab menjadi peluang kedua bagi kebanyakan kaum wanita untuk mengubah nasib dan kewangan mereka.
Menyedari keperluan ini, baru-baru ini Grab Malaysia menganjurkan program khas bertajuk #SisBoleh Kuasai Kewangan, sebuah inisiatif berinspirasi telah berlangsung pada 14 November 2024 di ibu pejabat Grab Malaysia.
Dihadiri oleh komuniti Grab Driver wanita, acara ini mengetengahkan usaha Grab dalam memperkasakan wanita melalui peluang pekerjaan fleksibel dan sokongan yang menyeluruh. Masterclass tersebut dipenuhi dengan ilmu praktikal meliputi aspek keselamatan, kemahiran kerja, dan komuniti, dengan fokus utama pada literasi kewangan.
Peluang Kedua yang Mengubah Kehidupan
Wanita seperti Mariah Ton Kiptiah Abd Manap, 53, dari Sungai Buloh membuktikan bagaimana kerjaya sebagai pemandu Grab dapat memberi impak besar kepada kehidupan.
Sejak 2017, Mariah memanfaatkan fleksibiliti masa sebagai pemandu Grab untuk membantu menampung keperluan keluarganya, termasuk menyara pengajian anak-anak di universiti. Menariknya, beliau turut memanfaatkan kursus kewangan anjuran Grab untuk menyusun simpanan dan pelan kewangan dengan lebih baik.
Mariah mengakui, “Hasil memandu Grab, saya mampu menyelesaikan hutang dan menyediakan keperluan keluarga. Dengan kursus yang ditawarkan, saya belajar cara menyimpan untuk masa depan.”
Sementara itu, bagi Nor Ezatul Farrita Shaari, 46, seorang ibu tunggal dan florist sambilan, Grab menjadi penyelamat tatkala perniagaan bunganya terkesan akibat pandemik. Bermula sebagai pemandu pada Disember 2023,
Ezatul kini menikmati pendapatan harian yang stabil di samping menikmati fleksibiliti masa.
“Grab memberi saya peluang untuk berdikari tanpa membebankan anak-anak saya. Dengan inisiatif keselamatan seperti AudioProtect dan pilihan untuk membawa penumpang wanita sahaja, saya kini lebih yakin memandu,” ujar Ezatul.
Fokus pada Literasi Kewangan
Kemuncak Masterclass #SisBoleh ialah sesi Bersama perunding kewangan terkenal, Aisya Rahman. Beliau berkongsi strategi menangani trauma kewangan, mengurus aliran tunai, serta cara memanfaatkan pendapatan daripada Grab untuk menyelesaikan hutang.
Aisya Rahman diberi tugasan untuk mendidik para wanita lebih celik tentang kewangan. “Kita tahu wanita ni kaum yang sering ditindas. Saya sendiri dibesarkan oleh seorang nenek yang dimadukan.
Dalam Islam, bermadu itu tidak salah tetapi ia sedikit sebanyak memberi implikasi dari sudut kewangan. Suami cenderung ‘memilih’ salah satu
keluarga untuk ditekankan, dan dalam kes nenek saya sebagai isteri pertama, dia tidak bernasib baik. Ibu saya pula seorang ibu tunggal, jadi sejak kecil saya menjadi saksi pelbagai trauma kewangan yang dilalui oleh dua keturunan.
“Malah ramai wanita yang saya temui melalui Grab terdiri daripada ibu tunggal, balu, atau mereka yang dibelenggu masalah hutang. Grab merupakan peluang kedua untuk mereka membina kehidupan dan kewangan yang lebih baik,” ujar Aisya.
Bagi Rasidah Hassim, 34, bengkel ini memberikan panduan yang sangat berguna. “Saya kini lebih faham tentang pengurusan hutang dan aliran tunai, sesuatu yang sebelum ini saya abaikan,” katanya.
Inisiatif Keselamatan untuk Pemandu Wanita
Grab turut memperkenalkan ciri-ciri keselamatan dalam aplikasi mereka untuk memberi keyakinan kepada pemandu wanita, seperti:
- AudioProtect: Rakaman audio semasa perjalanan.
- Pilihan Penumpang Wanita: Memberi kebebasan kepada pemandu untuk mengambil penumpang wanita sahaja.
- Kongsi Lokasi Langsung: Memastikan keselamatan melalui perkongsian lokasi masa nyata.
Melalui program seperti #SisBoleh, Grab bukan sahaja menawarkan platform pekerjaan, tetapi juga ruang untuk wanita membina komuniti yang saling menyokong. Kisah inspirasi seperti Mariah, Ezatul, dan Rasidah membuktikan bahawa kerjaya sebagai pemandu Grab bukan sekadar mencari rezeki, tetapi juga mencipta peluang untuk pertumbuhan diri dan keyakinan.
Grab Malaysia terus menunjukkan komitmen yang tinggi dalam memperkasakan wanita melalui inisiatif yang bersifat inklusif, praktikal, dan inspiratif. Sebagai platform yang menyediakan peluang pekerjaan fleksibel dan keselamatan yang terjamin, Grab menjadi pilihan utama wanita yang ingin mencipta kehidupan yang lebih baik. Syabas Grab Malaysia!
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI