Bukannya mudah untuk menurunkan berat badan apatah lagi sedari kecil sememangnya sudah berbadan gempal. Namun itu semua bukanlah satu alasan malah pemilik nama sebenar Suzzana Othman, 41 bersyukur kerana tersedar awal untuk menurunkan berat badan. Disebalik kejayaannya itu, sebenarnya Suzzana harungi pelbagai cabaran untuk menjadi kurus.

“Pada bulan Jun 2009, ketika ini saya berumur 31 tahun, mendapat tawaran berkhidmat di UiTM, jadi saya perlu menjalani pemeriksaan kesihatan. Apabila berjumpa dengan doktor panel di sebuah klinik doktor yang bertugas beritahu saya gemuk dan kena jaga badan, berat dah kategori obesiti pada waktu itu 87kg. Kalau dikira dengan ketinggian 162cm, jadi bmi saya 33.5.

“Doktor tu nasihatkan supaya saya menjaga pemakanan namun dia sempat lagi menyindir dengan kata-kata, “Kalau waktu demam pun berselera makan seperti orang tak demam memang susahlah nak turun berat”. Kata-kata doktor tersebut, saya masih ingat sampai sekarang. Waktu itu saya mula berazam nak kuruskan badan. Tapi semangat tak kuat lagi.

Sindiran Doktor “Demam Pun Berselera Makan, Memang Susahlah Nak Kurus” Naikkan Semangat Berdiet

Suzzana Othman Displin & Semangat Yang Kuat

“Kemudian pada bulan Mac 2010, ayah meninggal dunia, waktu itulah selera makan kurang sedikit, maka berat badan mula menyusut. Berbekalkan displin yang kuat dan semangat yang tidak berbelah bagi saya mula mencari segala petua menguruskan badan, penjagaan makanan, jenis jenis senaman dan sebagainya di Internet.

“Saya juga mula kurangkan nasi. Dari penuh kepada separuh, kemudian dari separuh kepada suku, saya juga mencuba untuk tidak mengambil langsung nasi dalam sehari. Dari sehari kepada beberapa hari, daripada beberapa hari kepada minggu, begitulah seterusnya sehingga nasi bukanlah suatu makanan wajib bagi saya.

“Saya tidak berdiet jenis Atkin sebab saya tidak boleh meninggalkan buah dalam menu pemakanan harian saya. Diet saya lebih kepada kiraan kalori. Jangan lupa juga bahawa minum air masak atau air mineral penting dalam proses penurunan berat badan. Minum air ini mengikut berat badan setiap 25kg bersamaan dengan 1 liter air,” ungkap Suzzana memulakan bicara.

Sindiran Doktor “Demam Pun Berselera Makan, Memang Susahlah Nak Kurus” Naikkan Semangat Berdiet Sindiran Doktor “Demam Pun Berselera Makan, Memang Susahlah Nak Kurus” Naikkan Semangat Berdiet Sindiran Doktor “Demam Pun Berselera Makan, Memang Susahlah Nak Kurus” Naikkan Semangat Berdiet

Suzanna juga tidak mengamalkan pengambilan pil kurus malah dia berpegang teguh kepada kata-kata jurulatih kecergasan popular, Nana Al-Haleq dimana katanya, “Fitness jika ia boleh dizahirkan melalui botol, goncang goncang, pil, atau pusat pelansingan, maka semua orang akan mempunyai badan yang hebat sekarang, fikirkanlah, negara kita tidak akan tersenarai dalam senarai kadar obesiti yang paling tinggi di Asia.

“Daripada menghabiskan duit untuk pil pil magik, minuman ajaib, jus atau pusat pelansingan, kenapa tidak kita mengatur langkah ke arah gaya hidup yang lebih sihat dan tabiat makanan yang baik. Berhenti menjadi manusia yang malas, makan dengan betul dan senaman yang berterusan, tidak kira apa apun jenis senaman.”

Pilih Berjalan Kaki

Sindiran Doktor “Demam Pun Berselera Makan, Memang Susahlah Nak Kurus” Naikkan Semangat Berdiet

Ditanya tentang amalan kesihatan, Suzanna menerangkan dia melakukan pelbagai cara antaranya eat clean, berpuasa sunat, intermittent fasting, rutin tiga kali seminggu “weight lifting” dengan personal coach, outdoor activities seperti mendaki, berbasikal, fun running, brisk walk dan jogging.

“Saya sukakan pelbagai aktiviti sihat samada aktiviti di luar rumah atau di pusat senaman atau gym. Saya memperuntukkan masa sebanyak tiga kali dalam seminggu untuk rutin senaman saya di gym bersama team personal training saya dibawah tunjuk ajar seorang jurulatih gym terlatih.

IKLAN

“Manakala pada hujung minggu saya akan luangkan masa untuk berbasikal atau mendaki bukit atau berjogging di taman atau juga berkebun. Saya memilih gaya hidup yang aktif suka berjalan kaki untuk ke sesuatu tempat. Begitu juga saya suka memilih kelas atau dewan kuliah yang berada di level tinggi agar saya berpeluang untuk menaiki banyak anak tangga,” tambah Suzzana.

Suzzana juga akui dia aktif mendaki. Malah pernah menjejak puncak Pine Tree Hill, Fraser Hill dengan ketinggian 1448M.

“Mendaki secara berkumpulan juga merupakan aktiviti yang sangat bagus, selain dapat membakar begitu banyak kalori, kita dapat menghirup udara yang segar dan melihat keindahan ciptaan Tuhan. Bagi saya amalan ini berbaloi kerana selain kita sama sama nasihat menasihati dalam mengekalkan gaya hidup yang sihat kita dapat mengekalkan ukhuwah dan silaturahim sesama kita,” sambung Suzzana.

Guna Khidmat Jurulatih

Suzzana juga sempat berkongsi teknik untuk mengajar wanita melakukan aktiviti kecergasan.

“Senaman weight lifting ialah senaman beban yang sangat bagus dengan menggunakan teknik yang betul. Kalau berkemampuan boleh gunakan khidmat jurulatih gym terlatih kerana beliau dapat memberikan tunjuk ajar menggunakan teknik dan program yang betul bersesuaian dengan badan kita.

“Selain itu boleh juga gunakan khidmat jurulatih yang mempunyai program fitness bergerak secara berkumpulan, Berkumpulan lebih baik daripada berseorangan kerana kita boleh saling nasihat menasihati dan tegur menegur ke arah mencapai berat badan yang ideal. Yang paling penting ialah untuk mengekalkan kesihatan dan mengamalkan gaya hidup yang sihat,” ungkap Suzzana.

Diet Seimbang

Masalah berat badan sememangnya menjadi igauan dalam dirinya. Sejak dari kecil berbadan gempal. Suzanna akui kesabaran kunci utama dalam menurunkan berat badan.

“Memang dilahirkan sebagai seorang bayi, kanak kanak, remaja dan dewasa yang berisi dan tembam. Perlukan diet yang seimbang, disiplin yang tinggi untuk mengekalkan berat badan yang ideal.

IKLAN

“Berat tertinggi ialah 94kg ketika mengandung anak pertama dengan ketinggian 162cm. Kemudian kekal 85-87kg selepas bersalin. Berkat kesabaran dan disiplin yang tinggi berjaya mengekalkan berat ideal 58kg- 65kg paling berat namun masih dalam berat ideal dan dalam lingkungan bmi normal.

“Alhamdulillah saya berjaya, dengan penjagaan makanan yang rapi, senaman yang rutin dan disiplin yang tinggi. Kata kunci bagi kejayaan saya dalam menurunkan berat badan ialah displin. Letak perkataan suci ini di dalam hati dan minda anda,” akhiri Suzza yang telag berjaya menurunkan berat badan sebanyak 25kg.

Baca Disini Juga:

Terlalu Tertekan Nak Kurus, Makin Susah Berat Badan Turun, Jangan Bebankan Diri!

Datuk Seri Rina Harun Makin Cantik, Kurus Dan Muda, Penampilannya Jadi Bualan

Makan Ayam Goreng Boleh KURUS, Inilah Tip Diet PALING MUDAH Tapi Ada Syaratnya

Menu sihat yang diamalkan Suzzana Othman:

Sarapan:

IKLAN

Kopi panas tanpa gula, dua keping roti Gardenia “Canadian Purple Wheat” 100% wholegrain dengan telur digoreng tanpa minyak atau dengan pisang.
Makan Tengahari-Protien daripada dada ayam atau ikan atau tauhu dan sayur sayuran.
Snacking dengan buah buahan.
Makan malam- Protien daripada dada ayam atau ikan atau tauhu atau telur dan sayur sayuran.
*Banyakkan minum air putih mengikut berat badan ( 1 Liter bersamaan 25kg )

JOM SERTAI GRUP TELEGRAM BANGKIT WANITA MW

Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya:  https://t.me/bangkitwanitaMW

Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.

Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.

Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.

Sindiran Doktor “Demam Pun Berselera Makan, Memang Susahlah Nak Kurus” Naikkan Semangat Berdiet

Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40

Sindiran Doktor “Demam Pun Berselera Makan, Memang Susahlah Nak Kurus” Naikkan Semangat Berdiet

Cookies Viral Legend 

Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak. Kursus diadakan pada dua pilihan tarikh iaitu 10 Julai dan 24 Julai 2021.

Klik ini untuk mendaftar:  https://toko.ideaktiv.com/product/cookies-viral-legend-jual-cookies-paling-masyuk/

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita – https://www.facebook.com/mingguanwanita/
Instagram Mingguan Wanita – https://www.instagram.com/mingguanwanita/
Twitter Mingguan Wanita – https://twitter.com/MingguanWanita
Telegram : https://t.me/bangkitwanitaMW
Youtube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI