Tombong selalu dikaitkan dengan wanita yang tak berpantang dengan elok atau jenis suka angkat berat waktu zaman anak dara. Tetapi betul ke kalau makan jamu masalah tombong akan hilang?
Haaa… kali ini anda boleh semak secara jelas mengenai tombong atau lebih dikenali dengan rahim jatuh melalui perkongsian Doktor Erna Nadia, jemput baca!
Ramai yang PM tanya pasal tombong. Maaf kalau saya tak reply sebab saya fikir baik saya buat satu artikel tentang tombong sebab ramai yang takut sangat.
Asalnya saya tak faham apa itu tombong.
Jadi, saya google.
Bila google tombong, yang keluar semua blog atau page dari penjual produk.
Semuanya menggunakan ayat untuk menakut-nakutkan wanita.
Dan memang itu sahaja modal mereka untuk berniaga.
Buat cerita atau ayat, nanti orang mesti takut lepas tu mesti orang akan beli.
Ok,jom kita ambil tahu apakah tombong.
Tombong atau bahasa lainnya adalah rahim jatuh.
Dalam bahasa perubatan pula adalah uterine prolapse.
Uterine prolapse ini terjadi apabila otot otot dan ligamen ligamen yang menyokong dan memegang rahim menjadi lemah. Apabila telah lemah, rahim akan terkeluar atau ‘jatuh ‘ dari kedudukan asalnya.
Lelaki juga boleh mengalami masalah ini. Tapi depa tak ada rahim, jadi ada bahagian lain yang akan terlibat. Masalah ini secara keseluruhannya kita sebut sebagai pelvic organ prolapse (masalah jatuh bahagian pinggul).
Ads
Kenapa berlaku tombong kita dah tahu. Tapi siapa yang berisiko?
1. Wanita yang melahirkan anak.
Hal ini adalah normal kepada semua wanita terutamanya yang melahirkan secara normal kerana semasa proses kelahiran, banyak tenaga dan trauma telah berlaku di kawasan sekitar rahim. Ada juga yang mengalami masalah salah teran. Ada yang melahirkan anak yang besar secara normal.
2. Faktor usia
Semakin meningkat usia kita, otot dan ligamen kita menjadi sedikit lemah jika kita tak lakukam senaman dan tak kawal pemakanan. Ingat, masa adalah otot.
Selepas menopos, hormon estrogen di dalam badan kita berkurang menyebabkan rahim kita juga sedikit lemah.
3. Obesiti dan lebih berat badan
Sebab tu elok kekalkan berat badan kita dalam lingkungan normal.
BMI yang normal adalah 18-24
Cara kita BMI adalah berat(dalam kg) bahagi dengan (tinggixtinggi) ,tinggi dalam meter.
Contoh : 50 kg / (1.6×1.6) = 19.53 ( normal)
Jika BMI 25-29 : lebih berat badan
BMI lebih dari 30 adalah obesiti.
Hati hati dengan obesiti, kerana banyak penyakit yang boleh diundang tanpa dijemput.
4. Batuk berpanjangan
Sebab itu jika batuk, dapatkan rawatan yang betul. Jangan malas ke Klinik.
5. Sembelit
Masalah tombong meningkat risikonya bila kita selalu meneran sewaktu membuang air besar. Kerana kita paksa otot dan ligamen di kawasan pinggul untuk kerja lebih dari biasa dan menggunakan tenaga yang banyak. Lama lama otot dan ligamen kat situ jadi haus.
6. Selalu mengangkat barang yang berat
Bila kita angkat barang berat, bahagian pinggul kita akan kerja lebih. Ditambah pula jika posisi dan cara angkat barang kita tak betul.
7. Merokok
Jangan ingat lelaki sahaja merokok. Perempuan pun ada. Merokok, vape, shisha sama sahaja. Semuanya membawa peluang untuk batuk.
Ads
8. Pernah ada sejarah pembedahan di kawasan pinggul.
9. Masalah genetik yang menyebabkan fungsi connective tissue ( tisu penghubung) menjadi lemah.
Adakah tombong merbahaya?
Ya jika tidak dikawal dari awal.
Bagaimana hendak kekalkan otot dan ligamen jadi kuat?
1. Senamam Kegel
Paling senang dilakukan oleh sesiapa sahaja, di mana sahaja dan pada bila bila masa.
Kemutkan bahagian dalam rahim ( seperti nak menahan kencing), buat dalam 5 saat, 3 kali setiap sesi, dan 10 kali setiap hari atau selang sehari.
Sambil tengok tv ke fb ke kat office ke pun boleh buat.
Jangan buat time kencing atau tengah angkat berat ya.
2. Amalkan gaya hidup sihat.
3. Pastikan berat badan anda normal
4. Berhenti merokok
5. Dapatkan rawatan yang betul sewaktu mengandung. Jangan terpedaya untuk lakukan home birth. Kalau bayi anda besar, macam mana? Fikir masa depan.
Bagaimana doktor nak diagnos penyakit ini?
Doktor akan melakukan pemeriksaan fizikal yang sewajarnya untuk anda.
Jangan risau, jika anda masih dara, doktor tak lakukan vaginal examination pun
Dan anak dara muda tak ada masalah ini biasanya.
Selain itu, doktor boleh lakukan ultrasound atau MRI juga.
Apakah simptom simptom untuk tombong?
1. Sakit ari ari
2. Sakit atau tak selesa sewaktu hubungan kelamin
3. Terasa seperti duduk di atas bola atau ada sesuatu yang terkeluar dari vagina
4. Sukar mengawal kencing
5. Kencing tidak lawas
6. Tidak dapat menahan kencing dalam jangka masa lama
7. Selalu sembelit
8. Pendarahan vagina ( bukan semasa haid)
9. Pendarahan sewaktu hubungan kelamin
10. Keputihan melampau atau lain dari biasa
11. Sakit bahagian pinggul atau belakang ( bawah)
Jika ada simptom seperti di atas dan anda ada risiko seperti yang saya sebut di atas, berjumpalah doktor.
Jangan beli jamu atau produk untuk masalah ini.
Ads
Tidak ada jamu atau produk yang boleh kuatkan otot dan ligamen.
Fikir logik, masukkan sesuatu dalam rahim, bagaimana ia berfungsi untum ketatkan otot?
Makan jamu atau produk, bagaimana ia boleh ketatkan otot?
Otot bersifat elastik. Ianya boleh kembali ke bentuk asal dengan senaman yang betul.
Logik logik logik.
Hidup bukan magik.
Jadi, apakah rawatan untuk tombong?
1. Jika di tahap 1&2, amalkanlah senaman Kegel setiap hari. Kawal pemakanan. Insha Allah ianya boleh sembuh.
2. Jika di tahap 3&4, biasanya akan diberi vaginal pessary untuk menyokong rahim dari terjatuh atau perlukan pembedahan.
Saya senaraikan tahap tahap tombong di dalam gambar di bawah.
Untuk penjual dan penyebar mitos, berhenti menakutkan wanita wanita.
Berhenti burukkan lagi kesihatan mereka dengan ilmu yang tidak sahih.
Betulkah ada bidan yang boleh naikkkan rahim?
Guna akal yang waras.
Bagaimana bidan boleh tolak rahim anda dari luar atau urut dari luar?
Bahagian rahim dan faraj semuanya adalah otot, kalau urut otot, kesan selesanya cuma sementara.
Ingat,
Jaga pemakanan
Amalkan senaman Kegel
Rawat masalah sembelit dan batuk
Jangan angkat benda yang berat berat
Jangan masukkan sesuatu ke dalam vagina tanpa nasihat doktor
Insha Allah, anda akan sihat sahaja.
Betullah badan nak pakai lama. Sebab tu kena jaga dari usia muda.
Bagaimana nak jaga?
Pelihara yang asas dahulu dan kekalkan hidup sihat sampai bila bila.
Susah nak kawal makan dan amalkan senaman?
Malas itulah penghubung antara permulaan dan kekalahan.
Nota kaki:
Hidup bukan fantasi atau magika. Kalau kita malas, bukan rahim saja jatuh, kesihatan pun merudum. Ingat, jangan menyerah sebelum keringat dikerah.
Dr. Erna Nadia Tombong taktahu, tertomoih tahu lah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Durjananya perlakuan seorang ayah yang tergamak mencabul anak perempuannya sendiri, lebih menyedihkan bayi tersebut yang baru berumur 12 bulan!.Hinanya seorang ayah yang sepatutnya melindungi anaknya sanggup melakukan tindakan keji lagi terkutuk ini.
Kejadian yang berlaku di Kuala Terenganu,seorang bapa berhati binatang ditahan apabila disyaki sanggup melakukan perbuatan terkutuk dengan mencabul bayi perempuannya berusia 12 bulan.
Anak Kerap Menangis
Tindakan terkutuk suspek berusia 36 tahun terbabit terbongkar apabila ibu mangsa menyedari perubahan anak perempuannya itu yang kerap menangis ketika kemaluannya dicuci, Isnin lalu.
Mengesyaki ada yang tidak kena dengan anaknya, ibu berusia 28 tahun ini membuat laporan di Balai Polis Manir, Kuala Terengganu di sini, sebelum merujuk anaknya ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk pemeriksaan.
Dalam Proses Penceraian
Menurut sumber, bayi terbabit dijaga secara bergilir-gilir oleh pasangan berkenaan yang kini menetap secara berasingan berikutan dalam proses perceraian, sejak November lalu.
“Suspek menghantar pulang anaknya itu ke rumah isterinya di Kampong Manir, di sini, pada jam 12 tengah malam, Isnin lalu, dan bayi itu dalam keadaan baik pada mulanya dari segi fizikal luaran.
“Bagaimanapun, ketika menukar lampin bayi berkenaan, ibunya mendapati terdapat kesan kemerah-merahan di kemaluan anaknya itu selain kerap menangis setiap kali bahagian sulitnya dicuci.
“Curiga dengan keadaan bayinya, ibu mangsa yakin suspek ada melakukan perkara yang tidak baik terhadap mangsa sepanjang menjaganya sebelum ini.Wanita berusia 28 tahun terbabit membuat laporan polis berhubung perkara itu sebelum bayi berkenaan dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk pemeriksaan lanjut,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Idris Abdul Rafar ketika dihubungi mengesahkan penahanan lelaki terbabit dan kes masih dalam siasatan.
Susulan laporan diterima, suspek ditahan dan hari ini, Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Sesyen/ Majistert, Noradila Abd Latiff membenarkan suspek direman empat hari untuk disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul.
Sedihnya rasa bila ibu yang baru melahirkan anak tidak mampu memberi susu ibu sepenuhnya. Mulalah fikir untuk beri susu tepung yang berkualiti dan tak kisah susu mahal sekalipun, asalkan anak dapat khasiat.
Beruntungnya bila ibu dapat memberikan susu ibu sepenuhnya pada anak-anak. Tapi kalu ditakdirkan tidak mampu memberi susu ibu, susu tepung adalah alternatif untuk anak mendapat khasiatnya.
Peliknya, ada juga mak-mak mula bandingkan susu mahal adalah yang terbaik berbanding susu mudah. Lebih teruk lagi merasakan susu mahal boleh membuatkan anak pandai.
Kalau mak ayah berkemampuan bolehlah beli susu mahal tapi kalau di luar kemampuan, tak salah pun beri susu murah. Paling penting susu itu berkhasiat untuk anak.
Nak bandingkan susu ‘mahal’ dan susu ‘murah’. Inilah yang sebenarnya nak beritahu:
PERTAMA
Bagi setiap susu formula yang ada di pasaran perlu ikut satu guideline yang dinamakan CODEX ALIMENTARIUS yang mengatakan berapa dan apa jenis zat yang boleh diletak dalam susu formula. Kalau langgar guideline ni TIDAK BOLEH DIPASARKAN.
Maka kandungan dari segi kalori, makronutrien (karbohidrat, protin, lemak) dan mikronutrien tertentu (contoh zat besi, kalsium, sodium dan lain lain) ADALAH SAMA untuk hampir semua produk formula bayi di pasaran yang membezakan adalah bahan extra seperti prebiotic, probiotic etc yang dimasukkan dalam formula setiap bayi penerimaan berbeza.
Walaupun mampu beli mahal tapi kalau dah tak sesuai terutamanya dengan bahan extra yang diletak, tetap susu mahal tersebut tak boleh diterima
KEDUA
Tahu guideline ni berdasarkan apa? SUSU IBU dan dengan semua teknologi yang ada masih tak mampu kita nak samakan kebaikan yang ada dalam susu ibu. Sebenarnya kepada saya…tak kisah kaya, miskin, bandar atau luar bandar, jika anda mampu untuk susukan anak dengan susu ibu itu adalah istilah kaya yang sebenar.
Jika ada masalah/kesukaran jumpalah kaunselor laktasi ataupun kumpulan sokongan laktasi, dekat klinik kesihatan kerajaan pun ada.
KETIGA
Kalau susu mahal sampai 1000 hinggit pun tapi kalau tak ada stimulasi dari persekitaran (asyik bagi tengok gadget, lepas mula makan bagi makanan merapu) anak anak susah nak berkembang.susu mahal bukan indikator anak sihat dan bijak.
Berhenti bandingkan kemampuan diri dan orang lain setiap orang ditakdirkan rezeki yang berlainan. Posting begini bukan menunjukkan anda lebih ‘baik’ atau ‘kaya’ dari orang lain tapi sedihnya lebih ‘miskin’ dari adab.
Mingguan Wanita : Kena tengok juga anak minum ata utidak. Kalau mahal tapi anak tak minum pun tak boleh juga. Apa pun yang terbaik adalah susu ibu. Bersyukurlah rezeki mak-mak dapat menyusukan anak.
Sekarang ini tak cukup kalau nak mengharapkan suami seorang yang bekerja mencari nafkah. Mengharapkan gaji suami untuk tanggung isteri dan keluarga, rasanya tak sempat cukup bulan dah habis.
Pening pula kepala suami memikirkan nak cari duit dan tanggung isteri keluarga. Nak tak nak isteri pun kena kerja sambilan untuk dapatkan duit tambahan dalam meneruskan kehidupan.
Itu tidak jadi masalah pun demi tingkatkan pendapatan keluarga. Apa yang menjadi masalah bila suami mula berkira-kira dan kedekut dengan isteri teurtamanya bila isteri ada duit sendiri.
Mulalah fikir, kalau isteri berhenti kerja dan suami seorang yang tanggung isteri dan keluarga, mahunya tak cukup duit setiap bulan. Lepas itu berkira-kira dan kedekut pula dengna isteri.
Sebenarnya, percayalah rezeki pasti akan melimpah ruah bila suami utamakan isteri dan anak-anak. Duit habiskan pun tak kisah, hati tenang sebab mampu puaskan hati keluarga.
Jangan kedekut dengan isteri, nanti Allah limpahkan lebih banyak rezeki pada suami.
Dah 4 tahun isteri saya menghabiskan duit suaminya…
Dulu, isteri seorang wanita yang bekerjaya, ada pendapatan tetap, gaji bersihnya hampir RM3k setiap bulan. Hidup mewah bila suami isteri bekerja…dari anak seorang, sehinggalah lahir yang ketiga.
Selesa, tak rasa langsung sesak tengah bulan…
Bila isteri ada pendapatan, maka apa yang ada dalam fikiran saya? Kalau duit saya tak cukup, saya bloeh mintak kat dia. Lepas itu, hadirlah nafsu untuk tukar HP, sport rim, modified kereta dan sebagainya.
Tak tanya isteri dah, terus buat keputusan sendiri.
Balik rumah dgn HP baru, sport rim baru, isteri berleter la kejap, lepas itu dia cool. Kalau bulan yang spend duit untuk beli macam-macam tu mesti bajet lari, maka mintak duit isteri. Walaupun isteri beri tapi siap dengan pakej berleter.
Isteri Terpaksa Berhenti Kerja
Bila pengasuh tiba-tiba tak boleh jaga anak ketiga yang masih baby tu, isteri ambil cuti untuk jaga sementara nak cari pengasuh baru. Kami duduk berbincang, bersembang hati ke hati.
Saya tak bersedia lagi untuk dia berhenti sebab komitmen bulanan tu masih sama, plan atas gaji 2 orang. Tapi bila difikirkan tentang anak-anak, maka isteri kata keputusan yang terbaik adalah berhenti kerja, duduk rumah, uruskan anak-anak sebab mereka dah mula nak sekolah.
Apa perkara pertama yang terlintas di fikiran saya? Cukup kah gaji seorang saja ni.
Alhamdulillah, tahun ni dah tahun keempat isteri menjadi suri rumah sepenuh masa tanpa sebarang punca pendapatan. Komitmen masih sama, hutang masih sama, dan ditambah pula dengan yuran sekolah untuk setiap anak.
Sepanjang 4 tahun dia menghabiskan duit suaminya, duit suaminya TAK PERNAH HABIS.
Ajaibkan aturan Allah, semuanya suami belikan, sediakan, semuanya suami bagi, tapi rezeki suami makin murah, makin mencurah-curah. Tiap=tiap tahun gaji asyik naik sahaja, bonus suami pun banyak.
Suami Mudahkan Urusan Isteri
Rupa-rupanya, tak miskin si suami yg tanggung isteri sepenuhnya. Tak susah si suami yang memudahkan urusan isteri dan tak berkira dengan isteri.
Sepanjang 4 tahun ni jugak, Allah berikan kesihatan yang cukup baik kepada saya. Jarang sakit untuk keluar mencari rezeki buat keluarga…
Setiap urusan tu rasa mudah dan setiap kali bekerja tu hati rasa tenang, walaupun gaji dihabiskan untuk keluarga. Tapi ianya tak menyebabkan diri rasa serabut dan DUIT TAK CUKUP.
Setiap bulan sentiasa saja cukup…Allah s.w.t tak pernah kedekut dan kejam pada hamba-Nya yang menjalankan tanggungjawab serta kewajipan yang diamanahkan kepadanya untuk DITUNAIKAN…
Mingguan Wanita : Betul sangat, jangan berkira dengan isteri dan ank, sebab semua rezeki Allah dah atur cantik-cantik.
Isteri mengandung rentung bersama empat anak, terperangkap di pintu berkunci. Tragedi kebakaran di Kampung Berangan Enam, Umbai semalam cukup menyedihkan bagi Muhammad Khairudin bin...