Kita ini bukannya maksum sangat. Ada masa datang kalut, entah kat mana-mana cicirkan kad touch n go. Lagi susah hati bila dalam kad tu ada baki beratus-ratus.
Panduan yang dikongsikan oleh Ediie Soh berguna untuk anda ikut. Lepas ini ingatkan diri agar simpan no. kad Touch n Go kemas-kemas.
Walaupun nampak simple, tapi nombor kad itu amat bermanfaat untuk anda apabila terjadinya kehilangan. Tapi paling penting, anda perlulah daftar kad anda untuk memudahkan urusan seterusnya.
Dua Langkah Perlu Buat
Pagi ini baru top up Touch n Go sebanyak RM200 di kedai minyak BHP. Selepas top up lupa pula mana diletak kad tersebut apabila ingin melepasi tol lebuhraya Kesas.
Pertama:
Saya hubungi pejabat Touch N Go di 03 2714 8888. Di nasihati oleh pegawai untuk BLOCK kad daripada di salah guna orang lain. Kad boleh di block di atas talian. Sama seperti kes hilang kad kredit.
Ads
Kedua:
Pegawai Touch n Go memberi arahan untuk tulis sekeping surat kepada pejabat Touch n Go dan surat itu boleh di fax ataupun di email. Kandungan surat perlu ditulis nombor kad, nama, telefon nombor dan nombor akaun untuk dimasukkan wang pulangan. Juga diperlukan fotostat gambar ic
Wang akan dikembalikan dalam masa 30 hari
PETUA: Sila catitkan nombor kad Touch n Go anda di dalam buku rekod supaya senang buat laporan kad hilang kelak.
Ads
Nasib saya resit top up masa ada pada saya.
Sumber/Foto: Eddie Soh
Talian Touch n Go
Perkhidmatan e-Customer Service untuk kehilangan/pertanyaan/maklumbalas:
Ads
Klik sini untuk ke e-Customer Service
Kenapa Kena Daftarkan Kad Touch n Go
Sebelum jadi apa-apa (kad hilang) daftarlah dulu kad Touch N Go yang ada di tangan, Jadi urusan pembayaran semula claim akan menjadi lebih mudah.
Tak ramai yang tahu cara nak bersihkan air cond, malah mungkin ramai yang guna bertahun sampailah air cond itu ada masalah disebabkan habuk!
Nak tahu bilik kita banyak habuk ke tidak, boleh tengok pada penghawa dingin. Kalau banyak habuk pada penapisnya maka memang banyak lah habuk dalam bilik kita itu.
Tetapi jangan risau, masalah ini boleh diselesaikan dengan mudah!
Mungkin ada yang tak tahu, air cond pun coleh cuci sendiri dan ini adalah salah satu cara berkesan untuk bersihkan aircond. Jom semak
Rupanya hanya gunakan remote jer..
Selepas anda guna aircond waktu malam, JANGAN matikan terus aircond anda sebaliknya anda buat langkah berikut:
1. Tetapkan mode daripada “Cool” ke mod “Fan”, tetapkan Kelajuan Kipas ke tahap paling tinggi.
2. Biarkan ia berjalan selama 15 minit.
3. Kemudian barulah matikan aircond.
Mengapa tetapkan ke mode “Fan” ??
Tujuan kita tetapkan ke Mode “fan” kerana ia tidak akan mengaktifkan pemampat, dengan itu hanya blower kipas fancoil sahaja berjalan dengan normal (tidak sejuk) & udara bertiup. Ini akan mengeringkn kelembapan dalaman unit aircond anda dan membantu mengurangkan pengumpulan kotoran dan kulat (yang disebabkan oleh debu, kotoran + kelembapan)
Jangan lupa untuk menetapkan semula ke mode “Cool” apabila anda menggunakannya lagi pada masa yang akan datang.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Ini catatan ibu anak 3, Puan Rahimah Ahmad Akhirudin, tokey Gula-Gula Kurus yang terpaksa melalui detik getir dalam ‘labour room’ ketika bersalinkan anak bongsunya secara caesar (pembedahan). Biarpun ngilu membacanya, namun di hujungnya anda akan faham betapa besarnya pengorbanan seorang wanita ketika melahirkan.
“Anak pertama dan kedua keluar ikut tingkap. Jadi anak ketiga pun sama, awak pilih sahaja tarikhnya,” jelas doktor dengan tenang.
Aku tak tau nak menangis atau nak berlagak kuat. Siapalah boleh lupa kenangan pisau menusuk perut 7 lapis, disiat hidup-hidup demi melahirkan cahayamata kali ke-3. Serius ngiluuuuuu.
“Dan lagi satu, kalau rupa rahim tak elok, kita ikat mati je. Takut risiko untuk mengandung anak ke-4, boleh berlaku pendarahan,” bertubi-tubi pesanan doktor.
Mata ku mula kecil besar kecil besar. Badan makin tak berdaya, sungguh rasa terjelepuk macam nak pitam di situ juga. En somi dah mula bertanya soalan sains dengan doktor, fikiran ku pula melayang entah ke mana.
Tarikh keramat pagi 28 Julai 2011. Masih ingat lagi tatkala tubuh ini ditolak masuk ke bilik bedah. Kelihatan di satu sudut, tersusun rapi pisau bedah pelbagai saiz di atas tray. Ditepi nya seorang pemuda yang asyik mengelap satu persatu hinga terpancar kilauan tajam menusuk kalbu.
Memang prosedur sebelum dibedah, doktor bius akan beraksi dahulu. Saat inilah sebenarnye yang paling sakit, bila di cucuk di belakang, peritnya terasa hingga ke sum sum tulang. Auuuchhh.
Kepala ku mula terasa berat dan memeningkan. Loya ya amat hingga keluar muntah hijau, mujur doktor bius cekap menadah. Separa badan ku mula tidak memberi apa-apa reaksi, seperti hilang ibu jari kaki.
Ku lihat doktor bedah mula merapati ku. Membaca nama dan menerangkan situasi atas apa yang akan berlaku. Sempat juga aku mencelah.
“Doktor, jangan ikat mati peranakan saya, tanpa saya izinkan.” Itu sahaja yang terus bermain di kepala. Ianya lebih menyeramkan dari melahirkan si kecil ini. Aku tekad akan berjuang mati-matian tanpa tenggelam dalam kesakitan mahupun lambaian tidur.
Doktor mengangguk kepala dan terus mencapai satu demi satu pisau yang di hulurkan padanya. Segala itu belaku dibalik tirai putih, namun aku boleh bayangkan apa yang berlaku mengikut gerak tubuhnya. Cukuplah aku simpulkan ianya agak mencemaskan.
Walau pun begitu, aku gagal menahan air mata dari terus berderai satu persatu. Doktor bius tetap duduk disisi dan bertanya pening ke? Aku hanya diam membisu. Sebenarnya aku risau kondisi rahimku. Takut kena simpul mati.
Hampir 20 minit, memang boleh terasa banjirnya katil bedah tak bertilam itu dek sebaldi air mata ku. Sejuknya makin terasa. Doktor bius berbisik dan suruh aku bersabar, sikit lagi katanya.
“Tolak,” kata doktor pada assistant di sebelah. Bergegar rasa badan. “Sekali lagi. Lagi. Lagi.”
Ooooh mak, susah betul nak keluarkan baby yang kali ni. Seram jugak seingat yang pertama dan kedua cepat je dah dengar bunyi tangisan bayi.
Badan aku makin lemah. Mata dah makin kabur, namun ku gagahkan diri, takut disimpul mati.
Rasanya adalah lebih 10 kali percubaan assistant doktor ‘berguling’ dengan perutku. Rasa macam nak ku lututkan, mujur aku tak mampu mengangkat kaki, jika tidak nahas kau dikkk.
“Uweeeek,” tiba-tiba terdengar tangisan bayi menangis. Doktor masih tak berkata apa-apa, lelaki ke pompuan ke. Sihat ke. Bilik bedah itu terlalu senyap. Dan kemudian bayi tadi hilang dari penglihatan.
Aku masih pening. Namun ku gagahkan badan melawan ubat yang makin menenggelam aku ke lautan dalam. Perasaan ingin tahu dan risau makin kuat. Terasa ini satu penantian yang paling panjang,
“Rahimah, bahagian rahim awak masih ok, boleh untuk kali ke-4,” sebut doktor sebutir sebutir. Mungkin dia tahu aku dah makin lalok. Dan tatkala itulah air mata ku berderai laju tanda syukur pada Illahi.
Pertempuran di katil bedah ini berakhir dengan satu perasaan sedih dan gembira. Sedih untuk mengharungi berpantang sendiri tanpa mak, namun sujud gembira atas kehadiran bayi Imran dan tiada simpulan mati dalam diri ku lagi.
Yang ada hanyalah simpulan kasih sayang tak berbelah hati buat suami dan anak-anak tersayang.
Serius! Nama apam comel ini memang Apam Manja. Mungkin cara pembuatannya yang memerlukan sedikit-sedikit manja membuatkan namanya jadi macam tu. Atau mungkin sebab bentuknya yang comel, gebu manja gitew.. Macam-macamkan nama makanan Malaysia ni. Itulah yang buatkan negara kita kaya dengan makanan yang enak dan pelbagai. Tak gitew?
Resepi Apam Manja Gebu ini dikongsikan oleh Puan Nurul Shahida Mamat. Stepnya pun taklah sesukar mana. Ada bantuan video bagi memudahkan pemahaman suri-suri sekalian. Boleh juga dinikmati masa bersarapan pagi atau minum petang.
2 cawan tepung naik sendiri
2 biji telur
2/4 cawan gula
1 cawan susu cair
1 cawan air
2 sudu besar marjerin cair
2 cubit garam
1. Pukul telur dan gula hingga kembang.
2. Kemudian satukan dgn semua bahan lain dan kacau hingga sebati.
1 cawan tepung gandum
2 sudu besar kastard
1 cawan gula
3 cawan air
1 sudu teh pewarna kuning
Sedikit esen vanilla
1. satukan semua bahan tapis dan masak sehingga likat dan berkilat.
2. Kemudian, sudukan di atas kuali leper, apabila kering, lekatkan inti di bahagian tengah & lipat, picit dan angkat.
Ibu bapa anak kanak-kanak yang tertinggal di dalam kereta semalam dilihat sukar mengawal perasaan dan hanya menangis ketika menunggu jenazah anak di Unit Forensik Hospital Rembau.