Suasana romantis bertukar meriah tatkala Penyanyi Rock Lagenda Amy Search dari Malaysia menyanyikan lagu evergreen Kumpulan Search, Isabella di majlis resepsi Bella dan Engku Emran yang berlangsung di Hotel InterContinental Bandung, Jawa Barat baru-baru ini. Kehadiran Amy Search ternyata satu kejutan istimewa di majlis resepsi mereka yang dikatakan di rancang khas oleh Ibu & kakak Bella sendiri sebagai kejutan buat pasangan pengantin baru ini.So sweet!
Lebih istimewa, menurut ibu Bella, simbolik lagu Isabella menjadi pilihan dan cukup bermakna di majlis ini kerana nama Bella sendiri diinspirasikan dari lagu tersebut. Riak kegembiraan jelas terpancar diwajah Bella dengan kejutan istimewa tersebut yang turut disaksikan oleh 300 orang tetamu pada majlis tertutup ini.
“Isabella adalah, kisah cinta dua dunia…”
Ads
Busana Pengantin Jumpsuit Jadi Pilihan
Sementara itu, mungkin kerana inginkan kelainan dan keselesaan melayan para tetamu sepanjang majlis berlangsung, Bella tampil menawan dengan memilih busana pengantin jenis jumpsuit dengan rona blush dihiasi kristal dan batu swarovski.Dibaluti dengan jubah panjang warna senada, Emran pula tampak bergaya dengan suit kontra rona coklat.
Bahkan, pelakon Surga Yang Tak Dirindukan ini juga tampak sungguh berseri-seri dengan mengenakan solekan warna nude dalam persalinan rekaan daripada Pereka Indonesia,Ayu Dyah Andari.
Ads
Ramai kenalan artis dari Malaysia dan Indonesia turut hadir antaranya Amy Search, Nora Danish, Bunga Citra Lestari dan suami, Marcell, Fedi Nuril (Hero Ayat2 Cinta), Zaskia Sungkar, Melly Goeslaw dan ramai lagi.
Ads
Semoga kebahagian menjadi milik pasangan ini dan berkekalan hingga ke akhir hayat!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Selama ini macam mana kita kupas kerang. Rebus dulu, bila dah terbuka sikit baru kupas satu persatukan? Tapi salah rebus, kerang boleh hilang gebu. Dengan langkah mudah kupas kerang yang diajarkan ini, membuatkan kerja mengupas kulit kerang jadi tersangat mudah. Paling penting isi kerang gebu gebas dan ‘juicy’ walaupun telah direbus seketika.
Sebelum kerja-kerja mengupas dijalankan, perkara pertama yang perlu anda lakukan adalah membersihkan kerang. Boleh bersihkan dengan dua cara. Pertama, masukkan kerang dalam bekas besar, laga-lagakan kerang sesama sendiri. Cara kedua, bersihkan dengan berus.
Sebaiknya gunakan sarung tangan getah. Kalau tak, boleh terluka jari jemari yang mulus tu. Kulit kerang ini keras, lagi-lagi kalau guna teknik melaga-lagakan kerang tu. Salah laga, jari anda yang terluka. Selepas dibersihkan bolehlah rujuk cara-cara di bawah:
1. Didihkan air dalam periuk. Biarkan sampai menggelegak.
2. Masukkan kerang yang dah dibersihkan. Selepas 30 saat, cepat-cepat angkat.
3. Tutup api dan toskan kerang.
4. Terus tuang ke dalam bekas berisi AIS dan AIR. Kerang boleh terus dikupas.
√ Masa ini kerja mengupas jadi lebih mudah.
√ Kerang pun nampak lagi bersih dan gebu.
√ Teknik sebegini cukup sesuai digunakan buat mak-mak yang nak mencuba resipi kerang masak serai.
Jangan kupas seluruh kulit kerang, tapi kupaslah sebelah kulit saja. Agar masakan anda lebih menarik dan lebih terasa keenakannya.
Sebaik lahir anak ini tidak membuka mata. Dari pemeriksaan pakar, didapati mata kanannya tiada bebola mata, KOSONG. Mata sebelah kiri pula berwarna putih. Penyakit yang ada kaitan dengan saraf membuatkan anak kecil ini disahkan buta kedua belah mata. Istimewanya tanpa penglihatan, anak kecil ini dapat menghafal surah Yasin seawal 3 tahun.
Masuk umur 6 bulan, anak kecil ini, Ahmad Aqeel makin aktif. Emosinya berlebihan, suka mengamuk malah menghantukkan kepala. Sampailah mak ayahnya, Faiz Mohammad Noor B Kamaruzaman, 34 dan Nur Izzah Bt Mohamad Kamil, 34 merujuk ke pakar psikologi di Kajang.
“Keputusan ujian.. Aqeel disahkan autisme (mild). Kami redha dan positif.” tutur ibu bapa anak istimewa ini.
“Sampailah satu hari ketika saya membaca surah Yasin, tiba-tiba Aqeel yang berumur 3 tahun tu sambung bacaan saya sampai habis surah itu.”
Walaupun belum boleh bercakap sepenuhnya, Aqeel selalu membaca ayat-ayar Al Quran.
“Orang akan ingat di bercakap bahasa Arab, padahal dia melafaskan ayat-ayat Al Quran.”
Sejak bayi sampai sekarang, ibu dan ayah sering pasangkan alunan ayat Al Quran untuk Aqeel. Baik di rumah mahupun dalam kenderaan.
Dulu Aqeel sukar bezakan waktu malam atau siang. Buatkan dia tak tidur waktu malam. Kami akan pasangkan ayat suci Al Quran sepanjang malam. Dan dia akan mendengarnya. Dari situ juga dia dapat hafal ayat-ayat Al Quran.
Kami ke Kelantan berjumpa ibu bapa remaja cacat penglihatan, Muhammad Qayyim Nizar Sarimi yang juga johan qari Tilawah AL Quran peringkat negeri Kelantan 2017.
Bertanya bagaimana mereka mampu mendidik Qayyim menghafal Al Quran. Caranya dengan memainkan semula perakam suada dan dia akan hafal. Konsep yang sama kami terapkan pada Aqeel.
Kami ikuti program Al Quran Braille di bawah kelolaan USIM selama setahun. Agar kami dapat persiapkan diri untuk mendidik Aqeel tentang Al Quran.
Kami juga membuat kempen CSR dengan orang ramai yang mahu menyumbang untuk mewakafkan Al Quran Braille untuk diinfaqkan kepada sekolah-sekolah pendidikan khas, murid cacar penglihatan.
Aqeel berhak nikmati kehidupannya. Biarpun dia anak istimewa tak bermakna Aqeel perlu ‘disimpan’ dalam rumah. Tak pernah sekalipun rasa malu bawa dia ke mana-mana.
Dia suka berenang, jiwanya tenang bila dekat dengan air. Aqeel juga ke PDK di Brickfield untuk belajar urus diri. Alhamdulillah, perubahannya positif.
Aqeel anak kedua. Abang sulung, Ahmad Abqari, 8 dan anak ketiga, Aisyah Azzahra, 1 sayangi Aqeel. Abangnya tak pernah sekalipun memarahi Aqeel. Ajar tanggungjawab pada abang. Dari kecil dia dah bawa Aqeel ke taman permainan dan kenalkan dengan kawan-kawannya.
Anak keduanya itu tak pernah dianggap beban bahkan satu anugerah dan membawa rezeki pada mereka.
“Kehadiran Aqeel membuatkan kami lebih redha dan lebih dekat dengan Allah SWT. Ibu bapa yang ada anak istimewa seperti kami, berusahalah untuk memberikan yang terbaik kepada anak-anak kita.”
“Yang penting, jangan pernah rasa malu dan sedih di atas kurniaan Allah itu. Berdampinglah dengan rakan-rakan yang dapat memberikan sokongan kepada kita.
“Satu ‘turning point’ selepas berjumpa seorang kaunselor (kini pegawai khas Timbalan Menteri Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Encik Mohd Hafiz Halim”
“Dia jemput saya dan isteri ke rumahnya dan melihat sendiri kehidupannya. Yang juga cacat penglihatan. Jemputan itu membuka mata dan minda saya.”
“Saya yakin Aqeel mampu hidup normal seperti orang lain. Isteri Encik Hafiz sendiri pun cacat penglihatan tapi kehidupan mereka sempurna. Dapat pula membesarkan 4 orang anak normal dengan baik sekali.”
Foto: Ahmad Shahir Osman
Video : Youtube Dengan Kebenaran Ibu Bapa Aqeel
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Bila masuk usia 30-an, metabolisme menjadi lebih lambat dari usia sebelumnya. Ya, mungkin pada usia 20-an, usaha diet anda dengan ‘pulaukan’ karbohidrat selama seminggu akan memberi berita gembira. Tetapi pada usia 30-an tulang dan otot akan melemah yang memberi kesan kepada metabolisme tubuh yang lebih lambat.
Namun jangan risau, sebab anda tetap boleh menghilangkan berat badan walau dengan cara yang agak lebih berat iaitu dengan melakukan latihan angkat berat. Atau pilihan lain adalah amalkan diet dan detox.
Ramai belum tahu perbezaan diet dan detox. Jangan seksa diri diet sampai tak makan pula, tak sayang diri sendiri ke? Nanti hilang lemak, penyakit pula yang menyinggah. Itu parah!
Pengawalan pengambilan makanan mengikut ukuran dan kandungan gizi tertentu bagi tujuan kesihatan atau pun penurunan berat badan. Tak kisah lah amal diet low carb, diet seimbang atau diet atkins, ini tetap sejenis diet. Pilihan di tangan anda yang penting kena ada ilmu dan coach yang guide atau nasihat dari doktor. Jangan main hentam, bahaya!
Proses mengeluarkan racun dari tubuh, membuang lebihan lemak degil dan meneutralkan asid dalam badan. Badan yang neutral akan menjaga tubuh untuk kekal sihat dan ideal.
1. Menyingkirkan kerak yang berselaput di dinding usus
2. Melancarkan aliran darah
3. Menyempurnakan penghadaman
4. Melawaskan pembuangan najis
1. Tolong kurangkan makan nasi, satu senduk sudah cukup.
2. Banyakkan buah dan sayur, in shaa Allah kenyang.
3. Kena rajin senam, bukan semata-mata nak buang lemak tetapi nak halau penyakit.
4. Jangan ‘skip’ sarapan.
5. Elakkan tidur selepas makan.
6. Lagi mudah, amalkan kemas rumah setiap hari. Paling berkesan, mop lantai. Ini sangat membantu.
7. Banyakkan minum air putih, elok waktu pagi. Malam jangan minum banyak sangat, nanti urat kembang.
8. Amalkan minum air lemon, detoks paling jimat dan mudah.
9. Makan malam sebelum pukul 8.
10. Kena selitkan makan suplement atau jamu. Ini wajib!
Masih rasa berat untuk amalkan beberapa petua di atas? Nak cantik dan sihat kena usaha, janji encik Abang sayang lebih. Moga info ini bermanfaat buat pembaca yang ingin jaga kesihatan dan kecantikan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!