
Saya belajar ILMU orang Melayu. Sudah tentu saya mengikuti dan melakukan apa yang saya pelajari. Sebagai hak warisan orang Melayu, saya suka nampak lebih sopan, kemas dan beradab.
Ini jawapan pesilat negara, Merrywati Manuil sekaligus menjawab persoalan ramai pihak mengapa dirinya memakai tudung pada penampilannya di Kejuaraan Pencak Silat Dunia Ke-19 dekat Ayer Keroh bulan lalu sedangkan dirinya adalah beragama Kristian.
Dirinya yang memenangi pingat emas pada kejohanan itu bagi Kategori Solo Kreatif Wanita sekali gus memegang status juara dunia menjelaskan tindakannya itu adalah bagi menghormati seni silat warisan orang Melayu.
Tambah wanita berdarah Murut ini lagi, silat adalah warisan orang-orang melayu.
“Saya sebagai orang bukan Melayu sangat menghormati, menggagumi dan mencintai SILAT. Walaupun tidak diwajibkan untuk memakai tudung tetapi saya lebih memilih untuk memakai tudung ketika pertandingan.
“TUDUNG bukan sahaja wajib untuk menutup aurat bagi wanita melayu tetapi bagi saya untuk nampak lebih sopan, kemas dan beradab semasa pertandingan. Semestinya TIADA paksaan dari mana mana pihak,” katanya berkongsi statusnya ini di media sosialnya.
BACA SINI :- Netizen Meremang Tengok Aksi Tapak Rajawali Pesilat Cantik Sabah, Juara Pencak Silat Dunia
JAGA Mulut Menegur Orang Walaupun Niat BAIK, Silap Haribulan PUTUS Silaturahim
Dengan jawapan jelas, matang dan terbaik bila mana Merrywati berkata saya belajar ILMU orang melayu.
“Sudah tentu saya mengikuti dan melakukan apa yang saya pelajari. Semoga persoalan berkaitan memakai tudung ini terjawab,” katanya lagi.
Dalam pada itu dirinya turut bergurau, “aihh jangan serius bah kita kita juga baini. Kalau orang melayu ada MAT KILAU. Saya orang Murut ada Aki ANTANOM.Gambar: @alifasyrafsuhaimi
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Man ‘Lima Kupang’

PETANG-PETANG kelibatnya pasti ada dihujung padang sekolah. Man ‘lima kupang’ (50 sen). Gelaran penduduk setempat merujuk kepada Man, lelaki dewasa yang berperwatakan seperti anak-anak. Ketika itu ‘lima kupang’ masih punya nilai. Tak banyak sikit, masih boleh beli jajan dengan wang sejumlah itu. Kedatangannya di sekolah kami, sudah tidak asing lagi. Selagi tidak mengganggu proses pembelajaran di kelas dan mengganggu murid-murid, lelaki ini bebas keluar masuk ke sekolah.
Sesekali kedengarannya menempik dalam bahasa yang sukar difahami. Apabila loceng berbunyi, dia pun sama sibuk…menjadi pengawal lalu lintas tak bertauliah. Apabila hari sukan, dia pun sama sibuk menjerit memberi sokongan. Katanya kelakuan Man hari ini, berpunca dari demam panas yang dialaminya ketika usianya setahun.
Akibatnya, Man tidak berfikiran normal seperti lelaki dewasa lain. Pertuturannya juga kurang jelas. Dalam diam, kewujudan Man ‘lima kupang’ di sekolah sudah menjadi sebahagian daripada keluarga besar sekolah kami.
Apa khabar Man
USAI melangkah ke alam sekolah menengah, ditambah pula sudah berpindah dari kawasan kejiranan lama. Memori sekolah rendah dan sosok Man lima kupang mula pudar dari ingatan. Sesekali ada juga terlintas ingin mengetahui perkembangan lelaki itu. Khabar teman sepersekolahan, Man masih lagi sihat. Faktor usia menjadikan dia tidak sekuat dahulu.
Kalau dahulu dia boleh berulang alik dari rumah ke sekolah kami beberapa kali dalam satu hari. Kali ini tidak lagi. Jarang-jarang nampak kelibat Man lima kupang. Lagipun, anak-anak yang bersekolah di sekolah lama kami, tak ramai yang mengenali siapa Man Lima Kupang.
Kematian yang dicemburui
Sehinggalah hampir 25 tahun meninggalkan alam sekolah rendah,tiba-tiba memori mengenai sosok yang satu ini timbul dalam kotak fikiran. Di mana agaknya dia, dan apa perkembangan terkini lelaki itu.
Kebetulan reunion sekolah rendah yang diadakan di Kuala Lumpur berjaya mengumpulkan rakan-rakan akrab kami. Sebaik bertemu, soalan berkenaan kenakalan dan tingkah laku rakan-rakan ketika di sekolah rendah menjadi bahan bualan kami. Cerita cinta monyet ada yang berkekalan hingga ke alam rumah tangga juga mencuit hati kami.
Dalam pada kita sedang bergembira, kami dikejutkan khabar berkenaan sahabat seusia yang telah pergi dijemput Illahi ketika di alam sekolah menengah. Tiba-tiba kami terkenangkan Man Lima Kupang…apa khabarnya? Menurut Latif, yang kebetulan rumah keluarganya tak jauh dari kediaman Man,hampir 10 tahun Man sudah meninggal dunia.
Khabarnya Man meninggal akibat tergelincir di dalam bilik air. Kebetulan ketika kejadian, ramai adik-beradiknya ada di rumah. Jika dilihat dari luaran,Man tidaklah luka parah. Sebaliknya doktor memaklumkan, Man mengalami masalah jantung dan itulah punca kematiannya.
Ketika urusan menguruskan jenazah, semuanya serba mudah. Ramai penduduk setempat yang mengenalinya datang menguruskan jenazahnya. Sebaik van jenazah melewati kawasan tanah perkuburan, hujan gerimis membasahi bumi. Ketika proses memasukkan jenazah ke liang lahad, tubuh Man ringan persisnya seperti kapas. Man yang berkulit gelap kelihatan lebih cerah dari selalu dan segaris senyuman terukir dibibir jenazahnya. Man nampaknya tenang.
Walaupun tidak sempurna akal fikiran, dia tidak membebankan sesiapa sehingga ke hari akhir hayatnya. Menurut si penggali kubur lagi, entah apa agaknya amalan Man…hampir seminggu selepas menguruskan jenazah Man. Masih tercium lagi haruman di kuburan Man. Haruman yang sukar digambarkan manisnya. Al-fatihah buat Man Lima Kupang. Entah apa amalannya di dunia, sehingga dia dimuliakan pengakhirannya sebegitu.
Jaga Adab Elakkan Makan Bersama Suami Atau Isteri Orang Lain Satu Meja

Mungkin ramai yang tak sedar bahawa cara perhubungan di tempat kerja yang dianggap ‘biasa’ dan ‘tiada apa-apa’ selama ini, sebenarnya juga mampu menjadi punca kepada berlakunya keretakan di dalam rumahtangga. Walaupun hanya rakan sekerja, sebaiknya jagalah adab sebaiknya. Selagi boleh cuba elak makan bersama suami atau isteri orang lain satu meja, apatah lagi makan berdua.
Hadam perkongsian daripada Muhamad Afif Idris ini.
Elakkan Makan Bersama dengan Pasangan Orang Lain.
Tidak wajar seorang isteri orang lain makan tenghari bersama suami orang lain pada waktu rehat. Jika berseorangan lagilah tidak wajar.
Pesan pada isteri dan suami, cuba elakkan untuk makan bersama pasangan orang lain satu meja walaupun apa jua alasan. Jika ianya adalah disebabkan mesyuarat, maka makanlah sekadarnya dan carilah kedudukan yang jauh yang mana jika pasangan kita lihat keadaan tersebut, tidak terdetik cemburu dihatinya.
Acap kali juga saya lihat isteri orang makan bersama suami orang di meja makan. Sudahlah meja makannya stail hipster (meja yang tidak berapa luas), maka secara tidak langsung kedudukan mereka juga agak rapat. Dan selepas itu mereka pun bersembang bersuka ria.
Kadang-kadang ada situasi di meja makan seorang isteri dan beberapa orang suami pada satu meja. Kita perlu menjaga akan perkara ini. Teguran ini mungkin ganjil pada saat ini, tetapi ingatlah jika perkara kecil seumpama ini pun kita tidak dapat jaga, jika diuji dengan perkara yang lebih besar bagaimana agaknya situasi kita?
Itu belum lagi jika isteri perlu pergi kursus seminggu, suami perlu ke luar kawasan selama beberapa hari dengan rakan sekerja. Semakin galaklah mereka bersandiwara di luar sana. Bermanja dengan lelaki orang, suami menggedik dengan isteri orang lain.
Nauzubillahiminzalik.
Jagalah Adab Sepatutnya
Hatta dalam keadaan jika perlu bermesyuarat dengan bos pun, jika berlainan jantina maka jagalah adab-adab yang sepatutnya. Jangan buat di ruangan yang tertutup 100%. Jangan mesej di luar waktu kerja. Jangan guna emoji-emoji yang wujud dalam smartphone. Biarlah interpertasi mereka rasa kita garang atau cengeh, asalkan maruah kita dan pasangan terjaga.
Dan jika dalam situasi kita tiada pilihan contohnya bagi mereka yang buat sales marketing, jual cuckoo, takaful dan seumpamanya, carilah tempat pertemuan yang terbuka atau mintalah klien ajak pasangan masing-masing atau kita bawa pasangan kita.
Saya juga pernah ada berjumpa klien perempuan yang sudah berkahwin yang berminat nak buka akaun Unit Trust. Walaupun bertaraf ibu kepada anak remaja, sedaya upaya saya setkan temujanji agar dibuat di kedai yang terbuka konsepnya. Dan pastikan temujanji tersebut pada waktu siang.
Jujur Dengan Pasangan
Jujurlah pada pasangan kita. Jangan di depan nampak menjaga diri, di belakang bukan main mesra dengan rakan sekerja lelaki atau perempuan. Melepak bersama bila ada waktu kosong. Nampak kecil, tapi dari perkara yang kecil (melepak bersama bila ada waktu kosong itu) boleh membawa kepada perkara yang besar.
Jangan menipu pasangan kita. Takutlah ujian serupa akan menimpa kita jika kita tidak jujur.
Jom kita biasakan yang betul dan betulkan yang biasa. Agar perjalanan kita #road2jannah diberkati dan dirahmati oleh Allah SWT.
Baca Lagi Di Sini:
Ramai Tak Sedar Punca Retaknya Rumahtangga Juga Bermula Di Tempat Kerja!
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat menjadi panduan buat suami isteri. Ada benarnya, jaga lah adab di mana juga berada apatah lagi apabila menjadi suami mahupun isteri orang. Perkara ini nampak remeh, namun jika dibiarkan mungkin boleh menyebabkan keretakan dalam rumahtangga.
Sumber: Muhamad Afif Idris
Berlainan Bangsa, Kaneeta, Marziah dan Maniammai Tidak Merasa Jurang Perbezaan

Meniti usia remaja di sekolah menengah antara momen terindah yang dingati oleh setiap dari kita. Maklumlah usia remaja membawa kita mengenal hidup, mengenal erti persahabatan dan dalam masa yang sama belajar apa itu “cinta”. Memiliki sahabata baik ketika melalui zaman remaja apatah lagi sekepala merupakan satu anugerah terindah.
Bagi Kaneeta A/P Som Fom, 35 tahun, yang berbangsa Siam sememangnya sejak kecil selesa berkawan baik dengan apa sahaja bangsa terutamanya dari bangsa Melayu. Jelas Kaneeta, soal warna kulit, agama dan bangsa bukanlah soal yang harus diperbesarkan. Sebaliknya persefahaman adalah elemen paling penting dalam mencipta hubungan silaturahim.
Menurutnya antara ramai-ramai sahabat baiknya, Marziah Abdul Majid adalah antara sahabat baiknya yang paling diingati. Mula rapat sejak di tingkatan dua (1998) lagi iaitu ketika masing-masing menuntut di sekolah yang sama iaitu Sekolah Menengah Mahsuri, Pulau Langkawi, Kedah.
“Kami sebenarnya berempat dalam kelas, tetapi saya paling rapat dengan Marziah, memang segala suka dan duka saya ceritakan pada Marziah. Daripada situ, saya tidak pernah rasa beza antara Melayu atau Siam. Bagi kami, kami serupa sahaja dan isu perkauman kami tidak pernah sentuh.
“Kami selalu kongsi makanan, kami memang seronok belajar bersama dan kadang-kadang kami kena denda bersama, nakal sama-sama. Dalam kelas pula kami pilih tempat paling belakang sekali, maklumlah budak paling nakal.
“Bagi saya paling penting dalam bersahabat, tidak kiralah kawan karib atau tidak, sama ada kenalan baru sekali pun, perkara paling penting adalah sikap saling hormat-menghormati.
“Seperti saya dan Marziah, kami tidak pernah sentuh soal agama atau mengeji agama masing-masing. Masing-masing tahu had dan hormati hak beragama. Kmi berkawan seperti orang lain,” ungkap Kaneeta satu persatu.

Kerap Berhubung
“Sebenarnya masa zaman sekolah dulu, Marziah seorang yang pemalu, jadi sayalah yang sentiasa menjadi pendamping dan pelindung adalah dia. Perkara itu berlanjutan hingga sekarang bila-bila masing telah berkeluarga dan beranak.
“Sebenarnya hubungan kami pernah terputus tetapi kami bertemu semula secara kebetulan ketika saya bekerja dengan salah satu syarikat telekomunikasi,” ujarnya yang terharu dapat bertemu dengan Marziah semula setelah masing-masing membawa haluan melanjutkan pelajaran suatu ketika dahulu.
Setelah bertemu semula pada tahun 2006, Kaneeta sentiasa pastikan dirinya dan Marziah sentiasa berhubung agar hubungan yang terpisah dek jarak dapat dirapatkan kerana Kaneeta kini menetap di Jitra, Kedah. Manakala Marziah pula tinggal di Pulau Langkawi.
Telefon dan media sosial banyak merapatkan hubungan dua sahabat ini. Sekiranya ada peluang dan ruang, mereka akan mengatur janji untuk bersua muka dan berkongsi cerita. Ternyata hubungan yang terpisah dahulu membuatkan Kaneeta dan Marziah serik dan sekali pun tidak mahu terpisah lagi.
“Sebenarnya kami terpisah apabila saya menyambung tingakatan empat di sekolah teknik di Alor Setar pada tahun 2000. Saya memang ada balik ke Langkawi tetapi tidak sempat bertemu dengan Marziah. Saya hanya mampu bertanya khabar Marziah daripada ayahnya sahaja yang bekerja di balai polis Langkawi.
“Bila kami bertemu semula secara kebetulan buatkan kami masing-masing terkedu dan berpelukan. Masing-masing terharu kerana sekian lama tidak berjumpa,” cerita Kaneeta satu-persatu.

Momen Diingati
Momen yang paling diingati bagi Kaneeta adalah apabila masing-masing dapat meluangkan masa menghadiri majlis perkahwinan mereka berdua. Bagi mereka menjadi tanggungjawab atau kewajipan seorang sahabat untuk berada di samping teman baiknya ketika hari bahagia.
Bukan sekadar menghadirkan diri, sebaliknya mereka berdua berpeluang mempelajari budaya dan adat masing-masing yang sudah tentu berbeza. Kaneeta yang banyak bergaul dengan kaum Melayu membuatkan dia memahami selok-belok tentang kaum Melayu dan setiap perbezaan yang dirasakan menjadikan ianya satu kelebihan buatnya.
Sesungguhnya Kaneeta sangat menyayangi sahabatnya nan seorang ini dan berharap hubungan persahabatan yang terjalin akan kekal buat selamanya. Marziah ibarat adik beradik yang mempunyai pertalian darah.
Kongsi Kaneeta lagi, dia dan sahabatnya turut berkongsi makanan kegemaran iaitu nasi goreng cili padi. Ketika di bangku sekolah dahulu, Marziah akan masakkan menu tersebut untuknya dan akhirnya mereka berkongsi bersama.
Kawan Sekerja
Selain Marziah, sejak bekerja Kaneeta turut bersahabat baik dengan Maniammai Subramaniam yang berbangsa India. Seperti mana dengan Marziah, Kaneeta juga tidak pernah merasakan perbezaan kaum dalam bersahabat apabila masing-masing memahami antara satu sama lain.
Jelas Kaneeta, sebenarnya rakyat Malaysia perlu berbangga kerana pelbagai kaum yang terdapat di negara ini membuatkan kita dapat belajar pelbagai perkara tentang kaum lain. Perbezaan itu sebenarnya sesuatu yang indah untuk dipelajari.
Kita beruntung dapat berkongsi budaya dan adat di bawah satu bumbung. Perbezaan itu juga banyak menyatukan rakyat Malaysia yang selama ini hidup dalam keadaan aman dan harmoni. Sebaiknya perpaduan yang wujud perlu dijaga sebaik mungkin.