Sumber / Sumber Foto : Instagram Shuib Sepahtu

Shuib tidak mahu tergesa-gesa fikir soal jodoh, begitulah yang diluahkan oleh pelakon, pelawak dan ahli perniagaan Shuib apabila diajukan tentang pengganti arwah isterinya, Siti Sarah.

Shuib Tidak Mahu Tergesa-Gesa Fikir Soal Jodoh

Bapa tunggal kepada empat anak itu juga berkata, dia tidak mahu tergesa-gesa memikirkan soal itu, sebaliknya lebih memberi fokus kepada anak-anak terlebih dahulu.

“Saya betul-betul serah segalanya pada Allah. Malah saya tak berani nak cakap itu dan ini kerana tidak tahu apa yang akan berlaku selepas ini.  Saya cuma harap semuanya akan baik-baik sahaja.

“Ibu ada nasihatkan saya untuk cuba berkawan dengan orang baharu, tetapi saya fikirkan anak-anak. Saya ada ramai anak dan kadang-kadang tak ada masa nak fikirkan benda lain.

“Saya jarang keluar rumah, kalau keluarpun dengan anak-anak sahaja. Bercuti pun dengan anak-anak juga. Apatah lagi sekarang saya tidak begitu aktif dengan aktiviti seni, jadi bila masa saya nak cari jodoh,” akuinya.

Shuib Tidak Mahu Tergesa-Gesa Fikir Soal Jodoh “Serah Segalanya Pada Allah”

Shuib Tidak Mahu Tergesa-Gesa Fikir Soal Jodoh “Serah Segalanya Pada Allah”

Undang Kecaman Netizen

Selepas lima bulan pemergian isteri, Allahyarham Siti Sarah Raissudin, dirinya sering diajukan tentang persoalan jodoh namun dirinya akui tidak menolak jodoh jika ditakdirkan bertemu pengganti pada masa akan datang.

IKLAN

Sewaktu ditemubual pada majlis pelancaran kempen Loveta X Anzalna keterbukaan tentang soal jodoh itu mengundang kecaman netizen yang menyifatkan masih terlalu awal untuk Shuib bicarakan.

“Saya sebenarnya tidak ambil kisah tentang kecaman atau apa sahaja yang diperkatakan netizen. Saya tak boleh nak tutup mulut orang untuk berkata-kata.

“Contohnya jika selepas lima bulan ini saya kata nak cari jodoh, nanti mesti ada yang cakap dulu saya beria-ria sedih sekarang cepat sangat pula cari (pengganti).

“Tapi dari satu pihak lain pula anggap okay sahaja kerana nanti kalau saya duduk seorang diri nak buat apa. Jika depresi, siapa yang nak tanggung? Jadi saya rasa tidak perlu nak ambil tahu apa netizen nak kata.

“Saya hanya perlu dengar kata ibu, ibu bapa mertua dan keluarga saya. Sebabnya waktu susah senang saya bersama keluarga dan bukan dengan mereka (netizen). Jika saya sedih tertonggeng di rumah pun, bukan mereka yang ada untuk mengambil tahu. Jadi baik saya fokus pada hidup saya dan keluarga sahaja,” ujarnya.

IKLAN
Shuib Tidak Mahu Tergesa-Gesa Fikir Soal Jodoh “Serah Segalanya Pada Allah”
Bersama ibu kesayangan.

Baca Disini Juga:

Ibu Letak Syarat Jadi Isteri Shuib “Mesti Kena Pandai Masak ‘Daddy’ Kuat Makan. Macam Ibu (Arwah Sarah) Kena Masak Pukul 2 Pagi”

Genap 100 Hari Pemergian Arwah Sarah, Shuib Menangis Setiap Kali Terkenang “Tengok Anak-Anak, Ingat Dia”

‘Tinggalkan Diriku’ Tanda Cinta, Shuib Sebak, Hiba Arwah Sarah Seakan Tahu Apa Bakal Terjadi

Ramai Wanita Hantar Mesej Untuk Berkenalan

Shuib juga  mengakui ramai wanita yang menghantar mesej untuk berkenalan dengannya menerusi media sosial. Namun dia tidak mengambil serius perkara itu, malah jarang sekali membuka mesej-mesej tersebut.

IKLAN

“Memang banyaklah mesej tanya khabar dan mengambil berat. Sebenarnya saya saya jarang buka mesej itu semua.

“Apa yang pasti, jika ingin mencari calon selepas ini saya akan pastikan ia mendapat persetujuan daripada ibu saya, mertua dan anak-anak. Ia bukan keputusan yang datang daripada saya semata-mata.

“Kalau OK untuk saya, tapi tak OK untuk anak-anak, benda itu takkan jadi,” terang bapa kepada Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8,  Ariq Matin, 6 dan Ayash Affan.

Mingguan Wanita : Semoga Shuib tabah mengharungi hidup dan bergelar bapa tunggal kepada empat cahaya mata. Tahniah juga di atas majlis pelancaran kempen Loveta X Anzalna yang telah diadakan baru-baru ini.

Sumber / Sumber Foto : Instagram Shuib Sepahtu

Follow kami di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI