Sherie Merlis akui perit kehilangan orang tua. Pelakon senior Sherie Merlis sebelum ini pernah mendapat perhatian orang ramai sewaktu Pandemik Covid iaitu pada bulan Ogos 2021. Pada waktu itu, dia kebuntuan apabila terperangkap dalam rumah keluarga bersama adiknya yang positif COVID-19.
Malah pada waktu itu menerusi video di Instagram Sherie merayu orang ramai memberikan pendapat bagaimana membantu menyelesaikan masalah membelenggu berikutan terpaksa berhimpit dengan 11 orang termasuk adiknya yang positif dalam rumah kecil dua bilik. Malah dia turut bimbangkan keadaan ibu bapanya yang sudah uzur. Bapa menghidap sakit jantung, manakala ibunya pula mengalami alzheimer dan hanya terlantar atas katil.
Alhamdulillah atas keprihatinan orang ramai, ada pihak yang menyelesaikan masalah yang membelenggu Sherie keluarga ketika itu.
Dek kerana sikapnya yang bekerja bertungkus lumus bagi menanggung keperluan orang tuanya, Sherie akui diirnya ibarat hilang arah apabila kedua-duanya pergi menghadap Ilahi.
Sherie Merlis Akui Perit Kehilangan
Arwah bapanya, Wan Zainal Abidin meninggal dunia akibat serangan jantung pada Oktober 2021, enam bulan kemudiannya Sherie kehilangan ibu tercinta.
Hakikat yang perlu diterima begitu getir namun Sherie terpaksa telan dengan tabah. Ayah dan ibu mengadap ilahi dalam jarak kurang setahun membuatkan dirinya hilang semangat.
Ads
“Selama ini saya bekerja untuk menyara mereka dan menyediakan keperluan mereka memandangkan ibu sudah lama terlantar.
“Apa yang berlaku adalah cabaran terbesar buat saya, apatah lagi saya kehilangan kedua-dua orang tua yang disayangi ketika saya sibuk bekerja dan tidak berada bersama mereka.
“Saya seperti hampir rebah dan hilang semangat apabila kedua-duanya pergi dalam jarak waktu yang dekat.
“Apa pun, hidup perlu diteruskan dan saya tidak boleh meratapi apa yang berlaku,” katanya seperti mana dipetik menerusi Harian Metro.
Gigih Bekerja
Menyentuh mengenai kerjaya, Sherie bakal muncul dengan drama terbaru berjudul Nenek Bongkok Tiga.
Akuinya watak dalam drama ini sangat menarik dan punya kelainan daripada watak pernah dibawakan sebelum ini.
Tempat terhad dan yuran RM100 sajerrrr.
Apa anda dapat jika jadi vendor?
* Ruang berniaga dan mempromosi bisnes di Fiesta Homebakers MW X CSR
• Link IG atau FB akan disenaraikan dalam artikel portal Mingguan Wanita
• Peluang memenangi produk CSR sebagai vendor paling aktif mempromosi
• Peluang memenangi produk CSR sebagai booth vendor paling cantik & kreatif
• Peluang memenangi produk CSR sebagai vendor paling pantas habiskan 200 biskut
sampel
• Sijil penghargaan penyertaan
• Diberi keutamaan untuk mengikuti siri fiesta yang lain.
• Apron dan topi chef eksklusif CSR
• Goodie bag dari CSR
Berbaloi-baloi. Dengan yuran RM100, anda menerima
ROI penyertaan sebagai vendor bernilai RM3,000!
#fiestahomebakersmingguanwanitacsr #himpunanakakakakbakers #ushaushabiskutraya #biskutraya2023
Edika Yusof Lelaki Kacak Yang Setia
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Beri perhatian pencapaian positif anak, fokus bina kekuatan dalam dirinya akan jadi pendorong anak terus maju dan cemerlang dalam hidupnya. Lumrah anak-anak dalam membesar, pasti ada sikapnya yang kurang menyenangkan hati mak ayah. Bahkan ada juga anak yang ‘tersalah langkah’ dalam proses pembesaran ini.
Sebagai mak ayah apabila anak melakukan kesilapan atau tersalah langkah jangan mudah menghukum anak. Sebaliknya berilah perhatian pada pencapaian positif yang anak ada. Malah turut fokus bina kekuatan yang ada dalam diri anak, kerana ia mampu menjadi pendorong anak supaya terus maju.
Semasa saya di tingkatan 4, saya pernah kena gantung sekolah sebab dicekup oleh warden asrama ketika sedang menjual rokok. “Caught redhanded”, kata orang putih.
Setelah hukuman dijatuhkan, maka Ayah perlu ambil saya dari asrama untuk pulang. Saya punya takut nak berhadapan dengan Ayah, sampai 4-5 kali pergi tandas. Sampai dah tak ada air kencing nak keluar.
Bila Ayah sampai, saya naik kereta dan membatukan diri. Jantung saya berdegup seolah ia menendang-nendang dinding dada saya.
“Banyak untung?” soal Ayah. Suara dia serius. Ayah jeling padanya sekilas pandang. Matanya tertancap pada jalan raya, tapi saya rasakan seolah-olah matanya terjegil memandang saya.
“Tak berapa.” jawab saya.
“Kalau tak berapa untung, buat apa jual?” kata Ayah.
“Sebab benda tu je yang mudah nak jual,” balas saya.
Selepas itu, perbualan kami dah kurang tegang. Ayah cerita pasal bagaimana susah dia nak mulakan bisnes, Dia kongsi cara simpan duit, cara tambat hati klien. Cerita tentang visi dia, perancang dia untuk masa depan. A-Z tentang bisnes.
Sepanjang perjalanan ke rumah yang mengambil masa 1 jam lebih itu. Sedikit pun Ayah tak sentuh tentang keburukan rokok atau kebodohan tindakan saya menjual barang terlarang.
Beri Perhatian Perkara Positif
Saya tahu Ayah tak suka saya jual rokok, tapi dia lebih tumpukan perbualan kami kepada perkara yang kami berdua suka, iaitu bisnes. Dia lebih memberi perhatian kepada perkara positif yang dia lihat ada dalam diri saya.
Dia sokong. Dia puji. Dia beri galakan. Akhir sekali baru dia kata “Ayah tak kisah kau nak meniaga, tapi jual benda lainlah.”
Servis Telefon Awek
Lepas naik sekolah semula. Kalian tahu apa yang saya jual?
Zaman tu pelajar tak mampu beli telefon bimbit. Jadi kena guna telefon awam. Masalahnya, kena tunggu giliran nak guna telefon awam sangat panjang. Jadi saya sediakan servis untuk menelefon awek di asrama puteri.
Gunakan duit untung jual rokok, saya beli 2 buah telefon bimbit. Satu saya pegang, satu lagi saya suruh ejen saya di asrama puteri pegang. Kalau ada pelajar lelaki nak telefon awek, saya telefon ejen saya dan suruh dia sampaikan pada penerima panggilan.
Saya caj panggilan tu per minit.
Tak lama lepas tu, saya mula menjual telefon bimbit terpakai pula. Lepas tu jadi tauke prepaid pula. Bisnes aaya berkembang sampai saya ada 4 buah telefon bimbit. Zaman tu, kalau ada sebuah telefon bimbit pun dah kira boleh bongkak. Inikan pula ada 4.
Malangnya, pada ketika itu memiliki telefon bimbit di asrama adalah satu kesalahan.3 daripada 4 telefon bimbit saya tu akhirnya kena rampas semasa “spot check” besar-besaran dibuat. Maka berakhirlah zaman kegemilangan saya sebagai kartel telefon bimbit.
Fokus Bina Kekuatan Anak
Apapun, saya sebenarnya kongsi cerita ni untuk beritahu, cara Ayah tangani masalah saya tu adalah cara yang saya rasa sangat bagus.
Fokus pada bina kekuatan anak. Beri perhatian. Pupuk kekuatan itu sehingga ia jadi pendorong ia untuk terus maju. Apabila anak mendapat perhatian pada sesuatu positif yang dia lakukan, lama-lama dia akan tinggalkan perkara negatif.
Maka, berilah perhatian kepada pencapaian positif anak-anak. Tumpukan pada kekuatan mereka. InsyaAllah mereka akan menjadi insan-insan yang cemerlang di masa hadapan.
Berkat tunjuk ajar dan sokongan Ayah saya dulu, kini saya seorang doktor dan usahawan, ada 4 Pusat Rehabilitasi, 1 rumah penerbitan buku, dan beberapa bisnes lain yang sedang diusahakan.
Terima kasih, Ayah. Tak terbalas jasamu. Semoga Ayah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Al-fatihah.
Ikhlas, anakmu
Kamarul Ariffin Nor Sadan
Doktor/Penulis/Usahawan
*Saya pasti akan rindu komen Ayah disetiap posting Facebook saya. Ayah saya adalah my biggest Top Fan.
Mingguan Wanita: Ada benarnya. Sebagai mak ayah apabila anak melakukan kesilapan atau tersilap langkah, janganlah mudah menghukum. Sebaliknya berilah perhatian pada pencapaian positif yang anak ada. Malah turut fokus bina kekuatan yang ada dalam diri anak, kerana ia mampu menjadi pendorong anak supaya terus maju.
Memiliki bentuk pinggang ramping bak ‘kerengga’ memang menjadi idaman ramai wanita. Antara usaha yang boleh dilakukan untuk mendapatkan pinggang yang ramping ini ialah dengan memakai korset ketat dalam tempoh masa yang panjang.Meskipun terpaksa menanggung kesakitan, bagi golongan wanita yang obses untuk cantik ini sanggup melakukan apa sahaja hanya untuk kelihatan menawan dan mencapai impian yang didamkan.
Buka Korset Hanya Ketika Mandi & Bersenam
Inilah yang dilakukan ibu beranak kembar tiga, Diana Ringo. 39 tahun dari Chula Vista, California yang sanggup memakai korset ketat selama 23 jam untuk mengecilkan pinggangnya, setelah dia merasakan diet dan senaman sahaja tidak memberikan hasil yang diingini.Diana hanya membuka korsetnya untuk mandi dan bersenam.Hasilnya, ibu kepada tiga anak itu kini mempunyai pinggang berukuran 18 inci berbanding 27 inci sebelum ini.
“Saya rasa amat seksi apabila memakai korset, sekaligus meningkatkan keyakinan diri saya.
“Malah saya selesa dengannya,” ujar Diana kepada Barcroft TV dalam rancangan Hooked on the Look.
Veteran Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) ini memaklumkan dia tidak menyukai bentuk badannya sebelum ini apatah lagi selepas melahirkan kembar tiga tahun lalu.Meskipun mengakui gemuk itu tidak salah, namun dia tidak menyukainya.
“Saya tidak gembira dengan badan saya sebelum ini kerana saya gemuk. Gemuk itu tidak salah tetapi bentuk badan saya tidak feminin.
“Bentuk badan saya jadi seperti lelaki dan saya tidak sukakan bentuk itu,” katanya.
Miliki 45 Helai Koleksi Korset
Bekerja sebagai tukang masak tentera laut, Diana mempunyai koleksi lebih daripada 45 helai korset bernilai AS$1,955 (RM7,700) untuk membantu mengekalkan bentuk pinggangnya yang ramping.
“Saya terasa seperti tidak memakai baju dalam bila tidak memakai korset. Kerana sudah terbiasa, saya akan tetap memakainya.”
Dengan berat 60kg, Diana kini memakai pakaian bersaiz, 2 -4 dan mahu menonjolkan pinggangnya yang ramping walaupun mengakui ia nampak seperti satu kegilaan.
“Saiz pakaian saya adalah sekitar 2-4, tetapi saya perlu tonjolkan ukuran pinggang ramping yang saya ada walaupun kadang-kadang ia nampak seperti satu kegilaan,’ ujarnya lagi.
Suaminya, Brett, sangat prihatin dengan senaman pinggang Diana yang ketat namun tidak mahu isterinya mempunyai pinggang yang lebih kecil.
“Mula-mula saya bimbang dengan kesihatannya apabila pulang dari bertugas. Saya minta dia jumpa doktor,” kata Brett.
Doktor mengesahkan semuanya dalam keadaan baik dan Brett memikirkan isterinya itu masih relevan.Jelas seorang pegawai tentera laut itu, cukuplah dengan pinggang yang bersaiz 18 inci.
“Amalan itu telah meningkatkan keyakinan dirinya. Ini membuatkan dia bahagia. Isteri bahagia, hidup bahagia,’ tambahnya.
Kesan Jangka Panjang
Walaupun Diana mendakwa tidak mengalami sebarang kesan atau komplikasi kesihatan yang buruk, apa yang dilakukannya dianggap bahaya oleh profesional perubatan kerana ia boleh menyebabkan kerosakan organ dan tulang belakang apabila diamalkan dalam jangka waktu yang lama.Pengamal juga berdepan risiko masalah pencernaan yang disebabkan oleh sekatan ke abdomen, masalah rahim, terutamanya jika dipakai semasa kehamilan dan membawa kepada sakit belakang.
Diana bukan satu-satunya yang sanggup memakai korset setiap masa untuk mengekalkan bentuk badan yang diidamkan.Pada tahun 2015, seorang model Venezuela Aleira Avendano,25 juga memakai korset selama 23 jam untuk tempoh 6 tahun bagi memiliki pinggang 19 inci.
Macam-macam hal, segalanya demi kepuasan diri nak nampak cantik meskipun badan terseksa dan sanggup merana menahan kesakitan. Buat wanita yang lain, tepuk dada tanya diri sendiri, sanggup ke nak cantik cara begini?
Enam bulan lalu, Anan Adlipernah menghantar message kepada usahawan terkenal Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman. Berkongsi tentang perniagaan rumput tiruan dan insurans AIA yang diusahakan. Sayangnya, mesej itu tidak berbalas.
Dan Anan meneruskan pekerjaannya seperti selalu. Bekerja dengan niat mahu memperoleh keberkatan dalam setiap rezeki yang diperoleh. Sebab itu, biar sesibuk mana, urusannya dengan tuhan diletakkan yang utama dalam hatinya.
Rupanya, keyakinan dan penyerahan diri pada Allah itu indah penghujungnya andai dilakukan dengan sabar dan ikhlas. Ini kisah Anan waktu bulan Ramadhan yang lalu. Yang membuatkan dirinya dalam persimpangan dilema, antara mengejar dunia atau mengejar akhirat.
Pertemuan, dengan Datuk Seri Aliff Syukri itulah rupanya rezeki ghaib yang Allah berikan selepas ujian demi ujian tuhan ditempuh dengan sabar dan berserah diri kepadaNya.
KEJAR DUNIA KE KEJAR AKHIRAT (Kisah di sebalik rezeki saya dengan Dato Aliff Syukri).
Nak share sikit kisah di sebalik macam mana Dato Aliff Syukri boleh beli artificial grass dari saya. Sebab saya rasa magic sangat Allah nak beri rezeki tu pada saya.
Untuk pengetahuan semua, sebenarnya tahun lepas pada tarikh 19 November 2017, saya ada mencuba rezeki dengan message Dato Aliff kat IG beliau. Dengan harapan Dato akan baca message saya tu dan respond.
Saya bagi tahu Dato saya buat AIA Takaful dan juga Artificial Grass. Mana lah tahu Dato berminat kan. Tetapi sampai sekarang Dato tak read pun message saya tu.
Dipendekkan cerita, setelah 6 bulan, ada seorang lelaki whatsapp saya. Masa ni bulan puasa. Dia beritahu dia ada beli artificial grass kat tempat lain. Tapi tak besar la. Just nak tunjuk kat boss dia. Tapi boss dia tak suka rumput yang dia beli tu. Katanya nampak sangat fake nya. Jadi dia nak jumpa saya untuk tengok sample dan tunjuk kat boss dia.
Pada kebiasaannya kalau customer nak tengok sample, saya minta customer untuk datang area Shah Alam. Tapi hari tu Allah gerakkan hati saya untuk pergi jumpa dengan lelaki tu dan tunjuk sample. Masa tu saya kat KL. Dan kami bersetuju untuk berjumpa di area Kota Damansara.
Setelah berjumpa lelaki tersebut minta izin untuk bawa balik sample rumput tu untuk ditunjukkan pada boss beliau. Saya dah la ada satu je sample untuk setiap jenis rumput. Tapi sekali lagi Allah gerakkan hati saya benarkan dia bawa balik sample rumput tu.
Dia Nak Suruh Pasang Petang Tu Juga
Keesokkan petang lelaki tersebut call saya 2-3 kali jugak tapi saya tak dapat pickup call sebab saya tengah training kat Puchong. Saya whatsapp dia bagi tahu yang saya tengah dalam training, tak dapat nak jawab call. Dia pun faham. Dia kata boss dia bersetuju untuk beli rumput saya yang 30mm tu. Dan dia nak suruh pasang petang tu juga. Dia nak terus transfer duit dan minta pasang hari tu jugak.
Saya bagi tahu dia tak sempat nak pasang hari ni. Sebab masa tu dah pukul 4 petang. Supplier tutup pukul 5. Nak ambil rumput kat supplier mmg akan ada masalah jalan jam. Lagi-lagi orang tengah berpusu-pusu nak balik berbuka. Tapi lelaki tu minta tolong untuk install hari ni juga.
Lepas habis training kat Puchong saya terus kelam kabut bergegas kat supplier. Saya bagi tahu supplier pleaseeee jangan tutup lagi. Saya datang nak ambil rumput ni. Customer dah bayar. Nak datang ambil je. Alhamdulillah supplier baik hati dan boleh tunggu sampai saya datang.
Minyak kereta masa tu dah berkelip-kelip sebab nak habis. Kalau nak pegi cari station minyak mesti lagi lambat nanti. Jadi saya tawakal je teruskan ke supplier. Masa sampai supplier tu dah pukul 6.40pm. Saya tak solat Asar lagi masa tu.
Saya teringat kat NKVE Damansara ada station minyak. Boleh solat dan isi minyak kat situ. Dengan jalan jem dan hujan, memang lambat la saya sampai. Huhu. Lelaki tu dah beberapa kali tanya saya dah sampai mana. Saya bagi tahu saya tengah stucked dalam jem.
Allah Uji Minyak Kereta Habis Tengah Dalam Stuck Jem
Lebih kurang nak sampai 1km dari station minyak, Allah uji saya dengan minyak kereta saya habis. Masa tu jam menunjukkan pukul 7pm. Dengan hujan, jalan jem, tak solat Asar lagi, dan dah nak berbuka, kereta saya berhenti di lorong kecemasan. Mujur masa tu kereta saya berada di laluan kiri. Jadi saya sempat ke lorong kecemasan sebelum kereta mati.
Saya terduduk diam kejap dalam kereta. Adakah saya nak kejar dunia dengan tinggalkan je solat Asar dan nanti ganti balik solat tu, sebab customer dah tunggu lama. Atau saya nak kejar akhirat, buat apa yang Allah suruh dan tinggalkan dulu urusan dunia. Dalam hati saya bercakap dengan Allah. Ya Allah, aku tahu Kau sedang menguji ku. Tapi aku redha dan aku tahu Kau sedang merancang yang terbaik untuk ku.
Saya pun mencapai botol mineral kosong dalam kereta, pasang lampu hazard dan terus berjogging tepi highway NKVE menuju ke Petronas tepi NKVE Damansara tu. Sampai Petronas saya nampak ada satu pam kosong. Saya pun terus ke pam tersebut. Swipe credit card dan isi minyak dalam botol mineral. Total RM3 lebih satu botol 1.5 liter tu.
Then saya terus masuk surau dan solat Asar. Perasaan leganya dah solat Asar sebelum masuk waktu berbuka tu memang tak dapat digambarkan. Terus saya beli sebotol mineral kecik dan berlari semula ke kereta yang tersadai.
Buka Dengan Seteguk Air Mineral
5 minit lepas tu azan maghrib berkumandang. Saya minum seteguk dan terus berlari ke kereta. Waktu nak isi minyak dalam tangki tu memang saspen. Ntah-ntah tak cukup ke sebotol tu kan. Dah nak kena berlari balik. Dengan baca bismillah saya start kereta. Alhamdulillah boleh start! Terima kasih Allah!
Saya pun bawak kereta pegi balik ke station minyak dan isi balik minyak. Lelaki tu message lagi bagi tahu dia dah balik.
“Nanti awak deal dengan staff lagi sorang. Dia bagi tahu nnt dah sampai guard, cakap kat guard nak pergi rumah Dato Aliff Syukri.” Saya macam eh, macam familiar nama ni.
Dah sampai rumah yang besar tak dapat nak dibayangkan, saya tanya staff dia, “Boleh tak nak tumpang solat maghrib?” Dia bawa kami ke next building yang menempatkan surau dan gym. Dah settle solat saya pun mula pasang rumput tu dalam hujan renyai-renyai dengan adik saya.
Tak lama lepas tu Dato pun keluar. Dia cakap “Laaa ada orang pasang rumput ke kat luar ni. Kenapa tak pasang esok je. Dah la hujan pulak tu. Dah-dah continue esok je.” Saya bagi tahu Dato, takpelah saya pasang je alang-alang dah sampai.
Dato tanya, “Ni dah berbuka belum?”
Saya cakap, “Errr dah.”
Dato. “Haaa tu lambat je jawab, mesti belum makan. Dah-dah jom makan dulu.”
Kami yang dengan basahnya Dato jemput masuk makan. Dia suruh wife dia bawa ke dapur.
Sebelum tu Dato minta izin, “Boleh tak ambil video awak pasang rumput ni? Pastu nanti saya post la kat IG @palacealiffsyukri.”
Saya tanpa berfikir panjang cakap, “Ehhh boleh jeee. Nape pulak tak boleh.” Lepas ambil video tu saya dan adik saya pun masuk ke dapur dan makan.
Rupanya Dato Aliff terus post video tadi. Ya Allah, lepas dia post je beribu-ribu orang add saya kat IG @artificialgrassbyanan. Dengan yang message lagi. Memang tak menang tangan saya dibuatnya. Sebelum ni biasanya dalam seminggu ada lah 3-4 orang yang message. Tapi lepas post tu, satu malam je berpuluh-puluh message.
“Allahuakbar.. ni lah rezeki ghaib yang Allah nak beri kat saya. Dia uji saya dulu nak tengok saya ni nak buat tak apa yang Dia suruh. Nak tengok saya ni pilih dunia ke akhirat. Benarlah kata Allah, kalau kita mengejar Akhirat, Dunia akan ikut kita. Tapi kalau kita mengejar Dunia, Akhirat takkan ikut kita.”
Jadi buat lah apa yang Allah suruh dengan penuh yakin dan sungguh-sungguh. Tinggalkan apa yang dilarang. Nescaya Allah akan beri rezeki yang melimpah ruah dari sumber yang tak disangka-sangka.
Siapa sangka kan, message 6 bulan lepas walaupun Dato tak seen pun sampai hari ni, tapi Allah dah tetapkan rezeki ni untuk saya. Allah sehebat-hebat perancang.
Terima kasih Papa Adanan Abdullah, Mama Rohana Othman, Abah Abdul Rahman Hashim, Mama Azizah Ahmad, isteriku Redzlin Hasyim dan semua yang selalu mendoakan rezeki dan kejayaan saya. Terima kasih Dato @aliffsyukriterlajaklaris dan @palacealiffsyukri kerana beri peluang untuk orang-orang macam saya. Semoga Dato dan keluarga ditambah-tambahkan rezeki yang melimpah ruah.
Shu Shukri "sekolahkan" Hafidz Roshdi, "dah kalah tu kalahlah, nafkah anak sesen pun tak bagi. Hari ini, di instagram storiesnya, pempengaruh Nurul Shuhada Mat...