Muda-muda lagi dah beli rumah, bukan sebuah tapi banyak. Atau mungkin kita dengar, sebelum kahwin kena sediakan semua keperluan untuk isteri. Bestnya dengar kan.
Semua yang ada ini, atas usaha dan perancangan masa depan yang baik. Mencari rezeki tanpa penat lelah. Inilah hasilnya. Namun, lain pula jadinya, bila kita tengok pekerjaan masih terumbang ambing tapi nak berkahwin dan membeli macam-macamlah. Mana duit yang dia dapat. Beruntung bila kita dari golongan yang berada, bolehlah dapat bantuan daripada mak ayah.
Sebenarnya dalam apa jua keadaan, kita kena atur perjalanan kita dengan sebaik mungkin, seperti pendapat dan perkongsian daripada Hazwan Hj Yusof ini.
Masa mula2 posting dulu, ada 1 makhluk yang har-hari wasap..
“Wan hang kena beli rumah dulu, jangan beli kereta ka apa lagi”
Sedangkan masa tu baru 4 bulan posting. Masa tu abam dok fikir nak buat loan utk settle hutang masa dulu dan beli kereta sebab anak sulung nak lahir bulan 12 tahun tu.. Mudah utk uruskan anak isteri. Takkan nak godam ex5 bawak anak kecik.
Tapi
Makhluk nie hari2 up status kat fb. Beli rumah utk anak sulung.. Anak no 2.. Konon2 dia mahir dlm atur kewangan dan cuba nak atur hidup org.
Mula2 termakan juga kata2 dia padahal diri sendiri sedar mmg x mampu nak beli masa tu.
Ads
Makhluk tu asyik ulang “susah dulu xpa”
Suatu hari saja risik tanya dia
“Macam mana hg settle hutang kawen, dah beli kereta dan siap rumah 2 buah dalam umur cmni?”
TERBONGKARLAH ROHSIA
Ads
Pertama: “Alhamdulilah masa kawen dulu AYAH aku sponsor”
Kedua: “Kereta aku tu AYAH aku beli masa study dulu”
Ketiga: “Rumah pertama kami tu rumah yang AYAH aku bagi hadiah masa kami kawen”
Keempat: “Rumah kedua tu baru guna loan kami”
NAMPAK? SEE? LOOK? TENGOK?
From that point aku sedar yang hidup kita nie umpama pendakian sebuah gunung.
Org mcm kita ini baru mula nak siapkan kelengkapan untuk mendaki TETAPI ada org yang AYAH dia beli helikopter untuk terus bawa ke puncak tanpa perlu mendaki.
Yang dah sampai puncak tu jangan mendabik dada dan menghina yang berada di bawah kerana semuanya Allah punya. Teruskan bersyukur.
Permulaan kita berbeza dan rintangan perjalanan kita juga berbeza.. Kamu dgn jalan kamu dan kami dgn jalan kami.
SO… SO… SO…
Ads
Bagaimana nak atur kewangan kita hanya kita yang tahu perjalanannya. Kita boleh dapatkan nasihat orang tapi keputusan di tangan kita bukan mereka.
Doa, Usaha, Tawakal
MW: Kadang-kadang kesenangan dan kemewahan yang kita ada bukanlah dari hasil titik peluh sendiri. Mungkin juga semua itu daripada ibu bapa kita. Jadi, untuk dapatkan semua itu, kenalah usaha dan cubalah atur kewangan kita dahulu.
Kalau mak-mak nak beli kelengkapan keperluan rumah bolehlah klik sini
Artikel ini telah disunting dan mendapat keizinan daripada penulis.
Sumber: Hazwan Hj Yusof
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Seronoknya bila aura Raya Aidilfitri dan balik kampung dah muncul, siap lagu-lagu raya pun dah berkumandang di corong radio. Pastinya perasaan tak sabar nak jumpa mak ayah dan adik beradik di kampung makin ‘gemuk’. Inilah masanya nak rapatkan hubungan dengan saudara jauh.
Namun dalam sibuk menghitung hari, jangan lupa baca nota ini untuk mudahkan urusan ketika balik raya di rumah mak ayah di kampung. Jom semak apa 15 perkara penting itu…
1. Bawa balik seterika sendiri supaya tak berebut. Kalau muat bonet, angkut iron board sekali.
2. Rumah di kampung kadang tak ada aircond, kipas terhad, bawa balik 1 kipas sendiri. Kalau boleh elakkan tidur hotel atau homestay melainkan wujud keperluan mendesak.
3. Bawa balik extention cable sekali. Taklah berebut nak cas telefon, nak iron, nak blender dan lain-lain.
4. Kalau perlu, tilam atau toto pun bawa sekali.
5. Boleh tidur lewat malam raya, tapi jangan sampai terlepas solat di pagi raya. Ramai buat macam tu.
6. Ajar isteri dan anak perempuan untuk tolong mak basuh pinggan dan kemas meja lepas makan. Anak laki tolong atuk kemas rumah sapu laman, bakar lemang, ligan ayam dan lain-lain.
7. Untuk elakkan anak-anak 24 jam dengan telefon, mak ayah pun kena elakkan dari 24 jam tengok hp. Kepimpinan melalui tauladan.
8. Untuk suasana harmoni, elakkan orang lelaki buka baju atau merokok ketika ramai-ramai di ruang tamu, atau di meja makan. Ia terkait dengan aurat, keselesaan dan ‘respect’.
9. Santuni adik beradik yang sedikit ‘kurang’ berada dari kita. Jangan sembang bab kereta, telefon baru, beli rumah, pergi Korea dll. Kalau ditanya, boleh dijawab ringkas. Fokus pada silaturrahim.
10. Bagi duit raya pada mak ayah ikut kemampuan. Sikit atau banyak, kena bagi. Duit memang penting, namun ‘keberadaan’ kita bersama mereka lebih disyukuri.
11. Jangan selalu terperap dalam bilik. Ini biasa hobi menantu perempuan. Ringan-ringankan tulang bantu di dapur. Dan 1 lagi, time raya inilah nak kenal saudara mara. Kalau terperap dalam bilik, mana nak kenal siapa yang datang.
12. Kalau ada lebihan rezeki, tolonglah beli barang-barang dapur. Beras pulut, daun palas, daging 3-4 kg. Kuih raya 3-4 balang dan lain-lain. Paling koman ‘kordial sunquick’ pun kira dah soleh tu.
13. Jangan mudah terasa dengan tutur kata adik beradik ipar duai. Belajar berlapang dada. Jangan cemari kemaafan syawal dengan kemarahan kita.
Kalau rasa diri memang tak boleh nak berlebih kurang dengan orang lain, jangan harap orang lain berlebih kurang dengan kita. Kena belajar erti menghormati yang tua yang muda. Jangan rasa kita hebat.
14. Bagi yang beraya di rumah mertua, cuba enjoy dan menerima seadanya. Mungkin tak sama dengan raya kat rumah sendiri. Tapi nasiblah, sapa suruh kahwin!
15. Kita balik kampung bukan kerana budaya. Tetapi kerana mak ayah kita. Tanggungjawab kita. Kalau mereka sudah tiada, memori masih terpahat di sana. Nikmati masa tersebut. Hargai dan syukuri sebelum ia pergi.
Mudahnya, bukan? Moga kita dapat eratkan silaturrahim dan menikmati Hari Raya Aidilfitri dengan sempurna.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sebelum melangkah alam perkahwinan, orang pertama yang pasangan perlu beritahu tentulah pada orang tua. Kalau boleh perkahwinan yang dibina itu mendapat restu untuk pasangan bahagia dan kekal lama.
Kita berkahwin bukan untuk hidup dengan pasangan semata-mata, tapi jangan sesekali membelakangi mentua yang selama ini telah melahirkan dan mendidik pasangan kita.
Kita tak mahu, perkahwinan yang dibina atas dasar cinta itu tidak mendapat restu keluarga dan kena fikir sejauh manakah kita nak bahagia dan kekal lama, jika dengan keluarga mentua pun tidak dapat ‘masuk. Ada sahaja salah faham atau tidak puas hati.
Walau bagaimanapun nak bahagia dan kekal lama bukan hanya dengan ‘sekepala’ dengan mentua tetapi ada panduan dan tip yang boleh kita ambil untuk bahagia dengan pasangan. Seperti yang dikongsikan oleh Siti Suryani Yaakop ini.
Ini yang saya perhati pada pasangan bahagia yang kekal lama dan berjaya dengan baik kedua-duanya.
1. Kita boleh jadi diri kita sendiri tanpa rasa takut dan malu. Jadi diri sendiri buat kita lebih santai dan tak susah hati.
2. Kita tak rasa bimbang akan dimalukan, dijatuhkan dan ditinggalkan walau pada saat terburuk dalam hidup.
3. Kita mampu kenal potensi diri dan naik setingkat atau bertingkat-tingkat lebih tinggi. Sebab kita ada sokongan di sisi.
4. Kita jadi orang yang lebih baik secara keseluruhannya. Fizikal. Mental. Emosi. Kalau dulu kita baran dan cepat trigger, sekarang kita lebih tenang dan sabar.
5. Kita ada benda baik untuk dipelajari dan dicontohi dari sifat dan akhlak dia. Yang kita boleh ikut untuk update diri kita dari masa ke masa.
6. Kita diberi waktu dan ruang untuk berprivasi. Tak semestinya kena di luar rumah. Dalam rumah pun boleh supaya kita boleh recharge semula energi dan diri.
7. Kita boleh masuk dalam famili dia dan menerima semua kelebihan dan kekurangan yang ada. Seperti dia juga sudi menerima dan bersabar dengan famili kita setiap ketika seadanya.
8. Harta dan ilmu kita semakin baik dan bertambah seiring usia. Sebab kita diberi peluang sama rata untuk menambah, luaskan keduanya-duanya.
9. Kita tidak rasa takut bila dia ada dan tak takut juga bila dia tiada. Masa dia ada, dia tak menakutkan kita. Masa dia tiada, kita dapat rasa kekuatan dia.
10. Kita berani dan selesa berbincang apa saja perkara tanpa rasa disia-siakan dan tidak diambil perhatian.
11. Kita diberi ruang untuk jadi manusia yang memberi manfaat. Pada diri sendiri dan pada orang lain. Dia tahu walaupun bersama, kita tetap hidup dengan tujuan untuk mengumpul bekal pahala yang berbeza.
Akhirnya. Yang paling penting di antara semuanya….
12. Kita jadi hamba Tuhan yang lebih baik dari masa ke masa.
MW: Inilah panduan untuk suami isteri supaya bahagia dan kekal selamanya. Jangan harapkan sebelah pihak saja untuk terima segalanya, sedangkan satu pihak lagi tidak berbuatapa-apa.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Tujuh Pilihan Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Nak maju jangan tunggu. Peluang pun datang bukan selalu apatah lagi sekarang ini kita sedang lalui kehidupan sukar berbanding dahulu. Daripada asyik termenung dan meratap pilu, elok mengorak langkah mulakan bisnes baru. Sampai bila nak tengok orang lain maju dan kita masih lagi kaku?
Tiada idea, tak ada kemahiran dan arah nak tuju? Mingguan Wanita (MW) sebagai teman setia wanita sedia membantu dan tahu apa yang anda perlu.
Terkini, selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral.
Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik, kursus-kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini.
Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Antara kursus-kursus asas yang dijangka mampu melahirkan peserta yang berkemahiran dan boleh terus dipraktik dalam perniagaan ialah:
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI. Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 12 Jun dan 26 Jun 2021. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti.
Cookies Viral Legend. Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak. Kursus diadakan pada dua pilihan tarikh iaitu 10 Julai dan 24 Julai 2021.
Bila tiba bulan Ramadan, mak-mak adalah orang yang paling beria-ia terutamanya masa bersahur. Sebab memikirkan masakan apa yang boleh menaikkan selera anak-anak yang berpuasa.
Bukan apa, risau kalau anak tak makan masa bersahur, nanti siang hari tak mampu nak bertahan sehingga berbuka. Menu paling anak suka makan dah tentulah nasi goreng dan air milo.
Masa Bersahur, Kenangan Mengusik Jiwa Bulan Ramadan
Inilah yang mak-mak lakukan dan boleh dikatakan turun temurun dari mak-mak kita dulu untuk anak-anaknya. Ramadan inilah membuatkan kita teringat zaman kita masa kecil. Kenangan mengusik jiwa.
Tanpa kita sedar, kerajinan dan berkat mak-mak masak untuk anak-anak masa bersahur inillah ada keberkatannya. Perkongsian dan pengajaran yang boleh kita ambil dari ceramah Ustaz Wadi Anuar ini.
Kenangan mengusik jiwa.
Masa kita kecil-kecl dulu, sampai hari ini masih ingat.
Betapa mak ayah zaman dulu walaupun belajar tak pandai tapi bila datang Ramadan, dia akan buat makanan yang anak dia lalu untuk bersahur.
Apadia paling anak suka, nasi goreng, itulah yang dia buat, bancuh air yang anak lalu, tentulah milo. Itulah paling sedap. Minum sampai habislah.
Ada juga masa kita kecil, sedar-sedar dah ada depan nasi. Rupa-rupanya ayah yang angkat. Berkat rajin orang tua dan berkat amalan sahur yang Nabi ajar.. “Sesungguh waktu itu dan perbuatan bersahur itu ada keberkatan..”
Kalau dilihat dulu dengan sekarang, ada mak ayah berbeza dan jauh dari sunnah. Tak bangun sahur, apatah lagi anak-anak.
Sebab itu, jangan hairan dan pelik kalau ada kelaurga yang tak berkah, bergaduh setiap hari duit tak pernah cukup dan sebagainya.
Bangun sahur kerana di situ ada barakohnya.
Mingguan Wanita : Selagi belum imsak, selagi itulah mak-mak akan ingatkan anak minum air banyak-banyak supaya tak dahaga siang hari. Gitulah kan, perasaan mak-mak pada anak.
Black hadiahkan kereta mewah idaman isteri. “Kadang-kadang kita terlalu mencari yang sempurna, sampai terlupa untuk hargai yang selalu ada di sisi” Inilah ungkapan penuh...