Pernah tak kita berkata dalam hati, ‘belum ada rezeki…tak ada rezeki la…’ dan macam-macam lagi. Kita tak tahu rezeki yang Dia bagi boleh jadi dalam pelbagai bentuk.
Kadang-kadang, ada kawan yang belanja kita pun dikatakan rezeki juga. Jangan ingat rezeki yang kita dapat itu dalam bentuk atau jumlah yang banyak. Sedangkan diberi kesihatan yang baik dan keluarga yang sihat pun adalah rezeki. Bersyukurlah.
Sedekah Subuh, Amalkan
Perkongsian daripada Najaha Nasarath dalam teknik menjemput rezeki datang pada kita.
1. Amalkan Surah Al- fatihah. Ayat ke-5 very powerfull.
“ Tuhan tempat aku menyembah dan meminta pertolongan “
Ads
2. Surah Al-ikhlas. Ayat 1 & 2
“ katakanlah Dia – Yang Maha Esa”
“ Tuhan Tempat aku meminta Sesuatu
3. Teknik berdoa yang betul.
– Banyakan Memuji Allah pada permulaan
– Selawat kepada Nabi Muhammad SAW
– Doakan ibu bapa kita dulu
– Nak doa dan hajat kita di kabulkan Allah, Doakan untuk orang lain. Insya Allah apa yang kita nak mudah je terkabul
Ads
4. SEDEKAH SUBUH
– Berapa jumlah kita masukkan tidak penting
– Yang Allah pandang dan lebih penting adalah konsisten sedekah setiap hari walaupun kita masukkan cuma RM 1.00 .
– Selepas tu jangan korek beli maggi samyang pulak.
– Kene jujur. Hari jumaat duit yang terkumpul tu boleh disedekahkan ke saluran yang betul.
Ads
Ingat ni. Rezeki datang sebab 3 perkara:
1. Sebab kita usaha
2. Sebab Allah nak beri
3. Sebab kita pernah memberi
Jadi, buatlah ke tiga-tiganya. Insya Allah berlipat kali ganda yang hadir nanti.
Aamiin.
Perlu tahu bahawa dalam bahagian harta yang kita ada, bahagian untuk orang lain yang perlu dikongsi. Berkongsilah dan rajinlah bersedekah kerana banyak kelebihanannya. Jangan takut harta berkurangan tetapi yakinlah ia akan semakin bertambah. Itu antara janji pasti daripada Allah kepada golongan yang suka bersedekah. Biar sedikit namun konsisten diamalkan bersedekah secara berterusan kepada yang memerlukan.
Bukan kerana sedih, tetapi kerana terlalu bersyukur.
Kuala Lumpur dibasahi hujan malam ini dan sewaktu melalui lorong pandu lalu sebuah restoran, saya ternampak seorang wanita seusia saya sedang menjual jajan dalam kesejukan.
Ya Allah betapa saya amat sayu melihatnya. Seolah melihat diri saya sendiri suatu masa dahulu.
Wang hasil jualan, adalah buat sesuap nasi untuk diri dan anak-anak. Dan saya selalu tidak berfikir untuk esok. Esok cerita esok. Yang pasti hari ini kita makan dahulu apa sahaja rezeki yang ada.
Andai ternampak orang berniaga dijalanan, usah fikir panjang lagi. Bantulah mereka. Sekurang-kurangnya mereka berusaha dengan cara yang halal.
Jika bukan untuk diri. Belikan untuk guard mana-mana atau hulurkan sahaja wang sebagai sedekah buat mereka. Atau boleh juga berikan wang semampu mungkin. Dan kita boleh pesan kepada penjual untuk sedekahkan makanan buat orang lain yang memerlukan. (Biar nanti, jika mereka ternampak ada orang yang memerlukan, bolehlah mereka sedekahkan makanan jualan mereka dan anggaplah ianya sudah dibayar…).
Daripada Abu Hurairah, beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Tiada satu pagi (hari) pun yang dilalui seorang hamba melainkan akan ada dua malaikat turun dan berdoa, Ya Allah! Berikan kepada pemberi sedekah ganti (sedekahnya), manakala malaikat satu lagi berdoa, Ya Allah! Berikan kepada orang yang menahan sedekah dan kedekut kemusnahan.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Janji Allah yang pertama bagi orang yang rajin bersedekah adalah sedekah itu dapat menghapuskan dosa orang yang mengerjakannya.
Rasulullah SAW, beliau bersabda :
“Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api.” (HR. Tirmidzi)
Nabi SAW menceritakan tentang 7 jenis manusia yang akan mendapat berteduh pada hari yang tidak ada teduhan dari kepanasan di Padang Mahsyar. Salah satu golongan yang mendapat teduhan itu adalah orang yang suka bersedekah.
Rasulullah SAW bersabda :
“Seorang yang bersedekah dengan tangan kanannya, ia menyembunyikan amalnya itu sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya.” (HR. Bukhari )
Janji Allah SWT yang sangat hebat bahawa harta orang yang rajin bersedekah tidak akan berkurang meskipun disedekahkan semuanya, hanya sedikit yang tersisa buat keperluan sehari-hari.
Rasulullah SAW bersabda :
“Harta tidak akan berkurang dengan bersedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah tambahkan kebaikkan baginya” (HR. Muslim)
Rasulullah SAW bersabda:
“Sedekah akan memadamkan api siksaan di dalam kubur.” (HR. Ath-Thabrani)
Dalam sebuah hadith, Rasulullah SAW bersabda:
“Orang memberikan menyumbangkan dua harta di jalan Allah, maka dia akan dipanggil oleh salah satu dari pintu syurga: Wahai hamba Allah, ke marilah untuk menuju kenikmatan. Jika dia berasal dari golongan orang-orang yang suka mendirikan solat, dia akan dipanggil dari pintu solat, yang berasal dari kalangan mujahid, maka akan dipanggil dari pintu jihad, jika dia berasal dari golongan yang gemar bersedekah akan dipanggil dari pintu sedekah.” (HR. Bukhari dan Muslim)
Janji Allah terakhir kepada mereka yang rajin bersedekah adalah akan menjauhkan diri dari api neraka.
Rasulullah SAW bersabda:
“Jauhilah api neraka, walau hanya dengan bersedekah sebiji kurma. Jika kamu tidak punya, maka bisa dengan kalimah thayyibah” (HR. Bukhari dan Muslim)
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Sama-samalah kita jadikan amalan sedekah satu kebiasaan, biar sedikit tapi berterusan bagi merebut ganjaran yang dijanjikan Allah ini.
Sekarang nie musiam durian merata-rata. Durian kampung, Musang King, IOI, Udang Merah menjadi kegilaan orang ramai. Harganya pun bukan calang-calang, maklumlah masih baru ada di pasaran. Tunggulah beberapa minggu lagi, harganya mungkin murah sikit.
Dalam membeli durian, ramai yang tidak puas hati tentang harganya. Nasib tak berapa baik, durian saja besar tapi isi dalamnya hanya beberapa ulas. Lebih sedih bila isinya buruk. Naik angin pulak si pembeli. Tapi, menjadi persoalan bila timbang sebiji durian, memang berkilo-kilo tapi isinya hanya berapa ulas sahaja. Sehinggakan kita sebagai pembeli merasa tertipu.
Jadi, untuk mengetahui lebih lanjut, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan ada menjawab soalan tentang perkara ini.
Assalamualaikum, tuan mufti. Adakah buah durian haram dijual mengikut sukatan kilogram kerana kulitnya lebih banyak dari isi?
JAWAPAN:
Waalaikumussalam wbt,
Kaedah menyebut:
الأصل في العقود هو التراضي
Maksudnya: Hukum asal dalam akad ialah keredhaan dua belah pihak.
Tidak Redha
Dalam jual beli durian selalu yang menjadi masalah ialah apabila dijual beli mengikut timbangan, dan bukannya jenis dan kualiti durian itu. Justeru, berlakulah situasi contohnya isi durian yang mengkal (tidak masak), busuk dan rosak. Di sini, pembeli menjadi tidak redha kerana manfaat yang dibeli tidak diperolehi.
Situasi ini bertepatan dengan sebuah hadis bahawa Rasulullah SAW menegur penjual kurma yang meletakkan kurma yang kering di atas kurma yang basah untuk mengelabui pelanggan.
Sabda Rasulullah SAW:
أَفَلَا جَعَلْتَهُ فَوْقَ الطَّعَامِ كَيْ يَرَاهُ النَّاسُ، مَنْ غَشَّ فَلَيْسَ مِنِّي
Maksudnya: Apakah engkau sengaja tidak meletakkan yang basah itu diatas takut dilihat orang? Barangsiapa yang menipu maka bukan daripada kalanganku. Hadis riwayat Imam Muslim (102)
Akad Jual Beli
Justeru, digalakkan melakukan akad jual beli durian dengan cara yang lebih jelas. Contohnya, dengan membuka sebahagian durian itu terlebih dahulu diketahui isinya. Cara lain juga seperti yang dilakukan peniaga-peniaga hari ini dengan meletakkan isi buah di dalam bekas yang boleh dilihat oleh pelanggan. Dengan itu, pembeli dan penjual saling meredhai dan hasil jualan juga diberkati.
Wallahua’lam.
Jangan fikir, setiap apa yang kita lakukan berjaya dengan hasil usaha kita sekarang ini. Selepas itu, mulalah mendabik dada dan menganggap kejayaan ini adalah hasil usaha kita.
Kita tidak tahu, kejayaan kita ini adalah ditentukan dan tertulis olehNya. Tanpa bantuaNya, kita tidak akan mencapai kejayaan sekarang ini. Jangan sombong dengan apa yang ada.
Begitu juga dalam kita menjalani aktiviti seharian, sibuk dengan urusan kerja sehingga kita lupa untuk bersyukur denganNya. Ada juga yang memandang remeh pada orang lain, sedangkan dirinya pun belum tentu sempurna.
Perkongsian daripada Haitun ini diharap dapat membuka mata pembaca untuk tidak sombong, sebaliknya bersyukurlah dengan pemberian dariNya.
Kita diberi rezeki bangun berqiyamulail, maka bersyukurlah, tapi jangan dipandang rendah orang yang tidur kerana dia mungkin tidur dengan air mata taubat dan penyesalan.
Kita diberi rezeki gagah berpuasa sunat, maka bersyukurlah, tapi jangan pandang rendah insan yang belum mampu istiqamah berpuasa sunat, siapa tahu pahala sedekah secara sembunyinya diangkat ke langit.
Kita diberi rezeki mampu khatam Quran sebulan sekali, maka bersyukurlah, namun jangan diejek- ejek, disindir insan yang masih merangkak-rangkak dengan muqaddamnya. Siapa tahu Allah lebih mencintainya yang istiqamah belajar mengaji dengan segala kepayahannya.
Kita direzekikan lahir dari keluarga yang alim. Kecil- kecil sudah mantap imannya, sudah sempurna menutup auratnya, sudah sempurna solat, bacaan quran dan hadisnya. Maka bersyukurlah, tetapi jangan dihina anak- anak yang lahir dalam keluarga yang porak- peranda. Kita tidak tahu pahala yang diberi Allah atas payah jerihnya mereka mencari agama.
Ingatlah sejarah Iblis Laknatullah yang hebat ibadahnya namun terhumban keluar kerana satu titik iaitu Sombong.
MW: Moga ia memberi manfaat dan panduan untuk kita semua.
Pasangan humble, Datuk Fizz Fairuz dan Almy Nadia pilih naik motor hantar anak-anak. Kalau ikutkan, tidak semua suami isteri selesa naik motor untuk bergerak ke sana sini, tambah pula apabila ada anak-anak.