Memang ada benarnya apabila berlakunya kematian melibatkan ahli keluarga terdekat, urusan jenazah berkaitan dengan maruah dan aibnya, pihak warislah yang kena buat. Kena ambil tahu perkara yang perlu dilakukan bukan hanya semata-mata menyerahkan pada pihak pengurusan jenazah.
Ilmu ini penting, ahli keluarga kena peka dengan aurat, maruah dan aib jenazah terutama melibatkan jenazah perempuan.
Baca perkongsian ilmu daripada tuan Faisal Rahim ini sebagai panduan berdasarkan pengalaman beliau menguruskan mayat sebelum ini;
3. Kalau terus nak mandikan, tak payah urut/minyak. Susah nak bilas (minyak).
4. JANGAN PAKAI KAIN BATIK LEPAS. Banyak orang buat. Benda tu nipis, nampak lekuk badan terutama wanita.
Ads
5. Selimut je guna comforter tebal tu. Pastu boleh letak kain batik atas tu.
6. JANGAN BAGI sesiapa buka muka walau kawan baik (sebelum mandikan)! Masa tu aurat mayat terdedah.
7. Buat ikatan guna perca kain kat tiga bahagian sendi utama jenazah.
Bahagian Kepala : Tak dimasuki binatang (nganga). Jangan ikat dagu. Ikat kat bawah rahang.
Bahagian Tangan : Lipat seperti tengah solat.
Bahagian Kaki : Rapatkan kaki dan ikat antara kedua-dua betis.
8. Kalau yang sakit, JANGAN BUKA tampalan kalau ada tebukan di hospital. Contoh di leher (dialisis), perut dan sebagainya.
Ads
9. Kalau buka masa mandi, kena plaster semula.
10. Ada pengalaman, lepas siap kafan, darah keluar dari situ. Nampak ngeri sebab leher mayat penuh darah. Aib kat arwah.
11. Pengalaman uruskan jenazah, ada sendi dah keras, bau kurang menyenangkan, mulut ternganga, mata terbuka dan lain-lain masa nak mandikan.
12. Tahu tengah sedih tapi kena urus juga. Lap tisu basah, bersihkan lipatan kat badan dll.
Ads
13. Bila mati, nerve and muscle terus tak berfungsi langsung. Jadi kalau dia mati ketika mata tertutup (tidur), matanya akan tertutup. Tapi kalau dia mati dalam keadaan sedar mata terbuka, ia akan tetap terbuka.
14. Bila mati, terus ukur tinggi mayat. Bagi kat bahagian penggali kubur. Takde sapa bagitau, memang penggali kubur tunggu je info ni nak buat tinggi mana. Biasanya mereka lebihkan sikit.
Urusan jenazah berkaitan dgn MARUAH & AIB. Waris kena buat.
Jangan fikir, setiap apa yang kita lakukan berjaya dengan hasil usaha kita sekarang ini. Selepas itu, mulalah mendabik dada dan menganggap kejayaan ini adalah hasil usaha kita.
Kita tidak tahu, kejayaan kita ini adalah ditentukan dan tertulis olehNya. Tanpa bantuaNya, kita tidak akan mencapai kejayaan sekarang ini. Jangan sombong dengan apa yang ada.
Begitu juga dalam kita menjalani aktiviti seharian, sibuk dengan urusan kerja sehingga kita lupa untuk bersyukur denganNya. Ada juga yang memandang remeh pada orang lain, sedangkan dirinya pun belum tentu sempurna.
Perkongsian daripada Haitun ini diharap dapat membuka mata pembaca untuk tidak sombong, sebaliknya bersyukurlah dengan pemberian dariNya.
Kita diberi rezeki bangun berqiyamulail, maka bersyukurlah, tapi jangan dipandang rendah orang yang tidur kerana dia mungkin tidur dengan air mata taubat dan penyesalan.
Kita diberi rezeki gagah berpuasa sunat, maka bersyukurlah, tapi jangan pandang rendah insan yang belum mampu istiqamah berpuasa sunat, siapa tahu pahala sedekah secara sembunyinya diangkat ke langit.
Kita diberi rezeki mampu khatam Quran sebulan sekali, maka bersyukurlah, namun jangan diejek- ejek, disindir insan yang masih merangkak-rangkak dengan muqaddamnya. Siapa tahu Allah lebih mencintainya yang istiqamah belajar mengaji dengan segala kepayahannya.
Kita direzekikan lahir dari keluarga yang alim. Kecil- kecil sudah mantap imannya, sudah sempurna menutup auratnya, sudah sempurna solat, bacaan quran dan hadisnya. Maka bersyukurlah, tetapi jangan dihina anak- anak yang lahir dalam keluarga yang porak- peranda. Kita tidak tahu pahala yang diberi Allah atas payah jerihnya mereka mencari agama.
Ingatlah sejarah Iblis Laknatullah yang hebat ibadahnya namun terhumban keluar kerana satu titik iaitu Sombong.
MW: Moga ia memberi manfaat dan panduan untuk kita semua.
Pengumuman keputusan kerajaan untuk tidak menghantar para jemaah ke tanah suci bagi menunaikan ibadah haji pada tahun ini, memang cukup rasa berat dihati. Apatah lagi buat para jemaah yang telah mendapat panggilan, membuat persiapan untuk menunaikan haji sejak awal tahun lagi.Namun janganlah bersedih dan rasa kecewa. Perlu redha dan bersabar demi kesihatan dan kesejahteraan diri.
Sebenarnya ada 7 jenis amalan yang apabila dilakukan, tetap boleh memiliki pahala seperti melakukan ibadah Haji dan Umrah juga. Luar biasanya ganjaran bagi setiap amalan ini walaupun tidak dapat menjejaki Tanah Haramain namun begitu setiap amalan ini tetap tidak dapat menggantikan kefardhuan ibadah haji.
Semoga dengan mengetahui tentang amalan ini dapat mengubat dan memujuk hati-hati para bakal jemaah haji yang telah bersedia untuk menunaikannya namun tertangguh dengan kehendak Allah pada tahun ini.
Seseorang yang bersungguh-sungguh, melakukan persediaan, berkeinginan dan keazaman yang tinggi namun telah terhalang atau uzur, mereka sabar dan redha maka mereka tetap memperolehi pahalanya.
عَنْ جَابِرٍ قَالَ كُنَّا مَعَ النَّبِىِّ -صلى الله عليه وسلم- فِى غَزَاةٍ فَقَالَ « إِنَّ بِالْمَدِينَةِ لَرِجَالاً مَا سِرْتُمْ مَسِيرًا وَلاَ قَطَعْتُمْ وَادِيًا إِلاَّ كَانُوا مَعَكُمْ حَبَسَهُمُ الْمَرَضُ »
Dari Jabir radhiyallahu ‘anhu, ia berkata, dalam suatu peperangan (perang tabuk) kami bersama Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, lalu beliau bersabda, “Sesungguhnya di Madinah ada beberapa orang yang tidak dapat turut serta dalam perjalanan perang, juga tidak menyeberangi suatu lembah (tidak turut serta dalam kepayahan) namun mereka bersama kalian (dalam pahala). Padahal mereka tidak ikut berperang karena mendapatkan uzur sakit.” (HR. Muslim).
Dalam lafaz lain disebutkan,
إِلاَّ شَرِكُوكُمْ فِى الأَجْرِ “Melainkan mereka yang terhalang sakit akan dicatat ikut serta bersama kalian dalam pahala.”
Dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
“Barangsiapa yang melaksanakan shalat subuh secara berjama’ah lalu ia duduk sambil berzikir pada Allah hingga matahari terbit, kemudian ia melaksanakan solat dua raka’at, maka ia seperti memperoleh pahala haji dan umrah.” Baginda saw pun bersabda, “Pahala yang sempurna, sempurna dan sempurna.”
(HR. Tirmidzi)
Syaratnya:
-Solat Subuh Berjemaah
-Tidak berganjak dari ruang tempat solatnya (menunggu) hingga matahari terbit dan sesuai untuk solat sunat Isyraq (12-15 minit selepas waktu syuruq).
“Ada orang-orang miskin datang menghadap Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam. Mereka berkata, orang-orang kaya itu pergi membawa darjat yang tinggi dan kenikmatan yang kekal. Mereka solat sebagaimana kami solat. Mereka puasa sebagaimana kami berpuasa. Namun mereka memiliki kelebihan harta sehingga boleh berhaji, berumrah, berjihad serta bersedekah.
Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam lantas bersabda, “Mahukah kalian aku ajarkan suatu amalan yang dengan amalan tersebut kalian akan mengejar orang yang mendahului kalian dan dengannya dapat terdepan dari orang yang setelah kalian. Dan tidak ada seorang pun yang lebih utama daripada kalian, kecuali orang yang melakukan hal yang sama seperti yang kalian lakukan. Kalian bertasbih, bertahmid, dan bertakbir di setiap akhir shalat sebanyak tiga puluh tiga kali.”
Kami pun berselisih. Sebahagian kami bertasbih tiga puluh tiga kali, bertahmid tiga puluh tiga kali, bertakbir tiga puluh empat kali. Aku pun kembali dan bertanya padanya. Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Ucapkanlah subhanallah wal hamdulillah wallahu akbar, sampai tiga puluh tiga kali.” (HR. Bukhari).
Dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu, ia berkata,
“Ada seseorang yang mendatangi Rasululah shallallahu ‘alaihi wa sallam dan ia sangat ingin pergi berjihad namun tidak mampu. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bertanya padanya apakah salah satu dari kedua orang tuanya masih hidup. Ia jawab, ibunya masih hidup.
Rasul pun berkata padanya, “Bertakwalah pada Allah dengan berbuat baik pada ibumu. Jika engkau berbuat baik padanya, maka statusnya adalah seperti berhaji, berumrah dan berjihad.” (HR. Ath-Thabrani)
Jika ibubapanya atau salah satunya telah meninggal dunia maka lakukanlah yang berikut.
a- Mendoakan kedua orang tua.
b- Meminta keampunan pada Allah untuk mereka.
c- Menunaikan janji mereka setelah meninggal dunia seperti melangsaikan hutang mereka.
d- Meneruskan hubungan silaturahim dengan keluarga dekat keduanya.
e- Memuliakan rakan karib keduanya.
f- Bersedekah atas nama kedua orang tuanya
Tiga amalan seterusnya terikat pada situasi di musim pandemik ini.
Abu Umamah radhiyallahu ‘anhu, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
“Siapa yang berjalan menuju solat wajib berjama’ah, maka ia seperti berhaji. Siapa yang berjalan menuju shalat sunnah, maka ia seperti melakukan umrah yang sunnah.” (HR. Thabrani).
Abu Umamah radhiyallahu ‘anhu, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
“Siapa yang berangkat ke masjid yang ia inginkan hanyalah untuk belajar kebaikan atau mengajarkan kebaikan, ia akan mendapatkan pahala haji yang sempurna hajinya.” (HR. Thabrani)
Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma, ia berkata bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah bertanya pada seorang wanita,
مَا مَنَعَكِ أَنْ تَحُجِّى مَعَنَا
“Apa alasanmu sehingga tidak ikut berhaji bersama kami?”
Wanita itu menjawab, “Aku punya tugas untuk memberi minum pada seekor unta di mana unta tersebut ditunggangi oleh ayah fulan dan anaknya –ditunggangi suami dan anaknya-. Ia meninggalkan unta tadi tanpa diberi minum, lantas kamilah yang bertugas membawakan air pada unta tersebut. Lantas Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
“Jika Ramadan tiba, berumrahlah saat itu karena umrah Ramadan senilai dengan haji.” (HR. Bukhari).
Maha Hebatnya Allah dengan kasih sayangNya Dia memberi kita keluasan dalam beramal dan ketaatan. Semoga Allah terima amalan kita.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jika telah mendapat panggilan haji pada tahun ini namun tak dapat pergi, pujuklah hati untuk terus redha dan bersabar. Pasti ada hikmahnya yang tersembunyi untuk meningkatkan ilmu, iman dan amalan kita dahulu sebelum benar-benar dijemput ke rumahNya.Walaupun tak dapat ke tanah suci, boleh lakukan 7 amalan ini untuk tetap mendapat ganjaran haji dan umrah.
Pernah tak kita berkata dalam hati, ‘belum ada rezeki…tak ada rezeki la…’ dan macam-macam lagi. Kita tak tahu rezeki yang Dia bagi boleh jadi dalam pelbagai bentuk.
Kadang-kadang, ada kawan yang belanja kita pun dikatakan rezeki juga. Jangan ingat rezeki yang kita dapat itu dalam bentuk atau jumlah yang banyak. Sedangkan diberi kesihatan yang baik dan keluarga yang sihat pun adalah rezeki. Bersyukurlah.
Perkongsian daripada Najaha Nasarath dalam teknik menjemput rezeki datang pada kita.
1. Amalkan Surah Al- fatihah. Ayat ke-5 very powerfull.
“ Tuhan tempat aku menyembah dan meminta pertolongan “
2. Surah Al-ikhlas. Ayat 1 & 2
“ katakanlah Dia – Yang Maha Esa”
“ Tuhan Tempat aku meminta Sesuatu
3. Teknik berdoa yang betul.
– Banyakan Memuji Allah pada permulaan
– Selawat kepada Nabi Muhammad SAW
– Doakan ibu bapa kita dulu
– Nak doa dan hajat kita di kabulkan Allah, Doakan untuk orang lain. Insya Allah apa yang kita nak mudah je terkabul
4. SEDEKAH SUBUH
– Berapa jumlah kita masukkan tidak penting
– Yang Allah pandang dan lebih penting adalah konsisten sedekah setiap hari walaupun kita masukkan cuma RM 1.00 .
– Selepas tu jangan korek beli maggi samyang pulak.
– Kene jujur. Hari jumaat duit yang terkumpul tu boleh disedekahkan ke saluran yang betul.
Ingat ni. Rezeki datang sebab 3 perkara:
1. Sebab kita usaha
2. Sebab Allah nak beri
3. Sebab kita pernah memberi
Jadi, buatlah ke tiga-tiganya. Insya Allah berlipat kali ganda yang hadir nanti.
Aamiin.