Menyesal. Pernah terfikir tak, selepas apa yang kita lakukan, tiba-tiba timbul rasa menyesal dan bersalah. Kalaulah takdir dapat memberi peluang kedua kepada kita tentu, ia tidak akan dilakukan lagi.
Sebenarnya, setiap orang pasti akan lalui saat-saat ini. Rasa bersalah dan menyesal. Mungkin kita anggap itu hanya perkara kecil tapi bagi orang lain, itu adalah sesuatu yang sukar untuk diterima.
Begitu juga semasa kecil, imbas kembali kenangan kita ‘nakal-nakal’ dahulu. Kalau boleh diundurkan masa, mahu kembali ke zaman itu dan buat sehabis baik.
Ingat, apa yang kita lalui itu dijadikan pengalaman dan dalam memperbaiki diri, kita masih diberi peluang kedua. Jadikan peluang yang diberi ini lebih baik untuk masa akan datang.
Kita manusia tidak pernah sempurna, ada masa kita lalai dengan mengejar dunia. Bukan sahaja lalai dengan diri tetapi dengan orang di sekeliling, sehingga ada yang terluka dengan perangai kita.
Perkongsian daripada Shauqi Hasan boleh kita jadikan pandian dan manfaat untuk diri. Percayalah, belum terlambat untuk kita berubah dan gunakan peluang kedua ini menjadikan kita lebih baik daripada sebelum ini.
Syaitan tu, kalau tak boleh jadikan kita jahat, ia akan jadikan kita malas.
Malas solat, baca Quran, malas kerja dan masla tutup aurat.
Ads
Setiap manusia ada cerita masing-masing dan ada pengalaman hidup yang berbeza.
Malahan, setiap orang yang baik ada masa silam yang buruk dan setiap orang yang buruk ada masa depan yang lebih baik.
Maka, jangan lihat seseorang dari masa lampaunya.
Tapi lihatlah seseorang dari masa sekarangnya dan macam mana dia berjuang untuk berubah menjadi lebih baik lagi.
Boleh jadi juga disebabkan pernah menjadi kelompok yang jahil, menjadikan kami lebih ‘tolerate’ dalam menyampaikan pesan-pesan Allah.
Bukan mengambil mudah hukum Allah, tapi berdasarkan pengalaman sendiri, nak mengajak orang berubah bukan semua keadaan perlu bersuara lantang.
Tiada Siapa Sempurna
Tak ada manusia yang sempurna, jadi jangan merasa diri kita dah baik.
Ads
Percayalah, ketika kita merasa kita dah baik, itu petanda awal kita bakal jadi jahat.
Kalau nampak ada orang lain lebih buruk dari kita, doakan, bukan menerakakan dia.
Ramai daripada mereka yang berubah jadi baik, belajar dari kesilapan, belajar dari masa lalu.
“Someone who has a dark past will turn into a much better person and will even turn out to be a good person more than those who don’t have a dark past.”
Selalunya begitulah. Kecuali Darth Vader.
Jadi, jangan pandang remeh hanya kerana dia ada sejarah hitam kerana dia juga ada masa depan jika dia SEDAR AKAN KESILAPAN DAN KEKHILAFANNYA.
Diberi Hidayah
Setiap orang ADA PELUANG KEDUA! Percayalah.
Allah itu Maha Adil. Cuma kita saja yang kadang kala BUTA tak nampak peluang di depan mata. Ini kerana terlalu sibuk dan lalai sangat dengan perhiasan dunia.
Ads
Bersyukurlah siapa yang dapat hidayah.
Bagi yang belum, kita terus mencari.
Kalau kita ikhlas nak someone berubah, tolonglah jangan gunakan kata-kata kecaman atau kutuk-mengutuk.
Takkan ada efek pada orang yang kita kutuk tu, makin menjadi dia punya keras adalah.
Mengajak orang berubah tanpa berdoa adalah satu bentuk kesombongan. Sebab bukan kita yang bagi hidayah, melainkan Allah.
Jadi, setiap kali mengajak, sertakan dengan doa.
Ini kerana ada perkara yang tak boleh diubah dengan dakwah tapi boleh diubah dengan doa.
MW: Masa silam adalah masa lalu yang telah kita lalui. Masa sekarang kita tempuh dengan lebih baik lagi. Lupakan yang lalu dan gunakan peluang yang ada untuk bersyukurlah serta berusaha menjadi seorang yang lebih baik.
Sumber: Shauqi Hasan
Doakan Abang dalam seruan mu.
Jadilah syurga untuk dikenang. Jagalah diri agar tidak dinerakai. Kita hidup bukan sekali. Justeru perjalanan seterusnya perlu dibekali. Apabila kita mensyurgai maka nama kita akan diingati dan kita terus didoai biarpun sudah lama kita pergi.
Ikuti perkongsian daripada Dato’Dr. Azhar Haji Sarip, NLP Gold Master Trainer (NFNLP, USA), juga penulis ruangan MUNAJAT di dalam Majalah MINGGUAN WANITA. http://www.spiritual-nlp.com
Tinggalkan Nama Baik
Jika diberi pilihan, saya yakin kita semua mahu meninggalkan nama baik yang bakal menjadi sebutan biarpun setelah ketiadaan kita di dunia nanti.
Jadi, kita akan berusaha untuk menjadi orang baik lagi bermanfaat kepada mereka yang berada di sekeliling kita.
Berbuat Baik Itu Satu Tabiat
Misalnya seorang perompak yag dianggap jahat yang membantu orang susah itu sesuatu yang melapangkan dadanya biarpun hakikatnya dia seorang perompak. Justeru, kesimpulannya ialah, melakukan kebaikan itu adalah satu tabiat.
Jika tabiat ini dapat kita terapkan dalam hidup maka kita akan tetap melakukan kebaikan biar apa pun status kita. Dia mungkin dikeji orang kerana seorang perompak tetapi ada juga yang mengenangnya kerana kebaikannya.
Tak Perlu Berlakon
Kita juga tidak perlu berlakon untuk kebaikan kerana kebaikan itu adalah tabiat yang datang daripada satu keterbiasaan hati dan perasaan. Kita juga tidak perlukan mewar-warkan kebaikan kita kerana tidak semua orang suka dengan apa yang kita lakukan. Lebih buruk ia akan membawa sakit hati mereka dan menyakitkan hati kita.
Memadailah Dikenang Yang Tersayang
Jadi, memadai kita dapat meninggalkan nama pada orang yang kita sayang. Memadai kita dikenang oleh orang yang disayang sehingga akhir hayat mereka. Mereka akan sentiasa menghargai kita. Mereka akan selalu mengingati apa yang kita lakukan kepada mereka kerana setiap perlakuan kita kepada mereka disertai dengan kasih pernah menjadi syurga mereka sewaktu hayat kita di dunia.
Saya pernah mendengar satu nasihat yang saya rasa sangat baik. “Jadilah syurga untuk pasangan kamu.” Sangat benar. Kita perlu menjadi syurga bukan sahaja untuk pasangan tetapi pada anak-anak kita.
Perasaan Yang Tulus
Kita dikatakan syurga bagi mereka apabila keberadaan kita sentiasa dinanti. Kita dinanti bukan kerana apa tetapi keberadaan kita sangat menyenangkan hati mereka. Biarpun kita tidak memberi harta tetapi kita memberi satu kesenangan perasaan yang datang secara tulus.
Menjadi syurga tidak sesukar yang dijangkakan kerana kita tidak perlukan wang berjuta dan harta yang bertimbun. Kita dikatakan syurga apabila kita tidak melakukan apa yang tidak disukai dan menyakitkan hati. Kita sentiasa menjaga hati mereka agar tidak terguris kerana mereka mungkin sudah banyak terguris dengan orang lain.
Kita jadi penyejuk hati mereka kerana hati mereka mungkin sudah tinggi suhunya. Kita sentiasa menyokong tanpa memaksa. Kita sentiasa mendengar biarpun telinga sudah mula menjadi tuli. Kita sering terlepas pandang untuk menjadi syurga. Mungkin kerana kita sentiasa mahu disyurgai tanpa mahu mensyurgai.
Jangan Sampai Melukakan
Saya selalu memberitahu mereka yang bertanya, cara mudah untuk menjadi syurga ialah jaga perbuatan kamu jangan sampai perbuatan kamu melukai pandangan mereka. Jaga tutur kamu jangan sampai lidah kamu menikam perasaan mereka.
Jaga diri kamu jangan sampai dia menghidu bau hingga menjauhkan dia dari kamu. Kita boleh bermanja tetapi jangan sampai mengada-ngada. Kita boleh bergurau tetapi jangan sampai merosakkan hubungan. Kita boleh menasihati tetapi jangan sampai kita meninggi diri. Kita boleh meminta tetapi jangan sampai membebani.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Dalam sehari-hari, kita kadang-kadang risau dengan apa yang akan berlaku esok hari. Lebih-lebih lagi tentang nak jemput rezeki datang pada kita. Cukupkah untuk menampung keluarga kita dan cara bagaimana lagi perlu buat untuk keluarga.
Ada masa kita terfikir kalau bersedekah pada orang lain, kita pula yang tak cukup nanti. Semua ini sebab kita merasakan tak pernah cukup dengan apa yang ada. Sedangkan semua yang kita ada milikNya dan Dia sahaja yang mengetahui perjalanan hidup kita.
Sebenarnya, tidak susah pun untuk kita jemput rezeki datang, kadang-kadang kita tak sedar dengan beri kucing makan tepi jalan, rezeki datang dengan tiba-tiba. Cuma, kita janganlah terlalu berharap, cuba ikhlaskan diri sebaik mungkin.
Dalam perkongsian Asmizan Majid, ada pelbagai cara untuk kita mengundang rezeki Allah. Kita tak tahu dengan hanya sedikit kita memberi, Dia berikan kita berlipat kali ganda. Paling penting apa yang kita buat ini hendaklah cara yang diredhai olehNya.
1. Ada yang mengetuk pintu langit dengan cara setiap pagi memberi 40 nasi bungkus untuk orang miskin. Rutin dia lakukan.
2. Sesetengah orang mengundang rezeki dengan cara mencium tangan ibunya lalu minta didoakan.
3. Ada yang mengundang rezeki, setiap minggu dia mendatangi anak-anak yatim, mengusap kepala mereka, membelikan sesuatu untuk keperluan mereka sebagaimana diajarkan Nabi SAW.
4. Kebanyakan kita ada yang mengundang rezeki, setiap pagi keluar ke tempat kerja dia rutin bersedekah kepada siapa saja.
5. Ada yang mengundang rezeki, tiap malam jumaat dia membahagi makanan kepada orang-orang yang tidur di jalanan. Doanya tembus ke langit!
6. Setiap kali setelah solat subuh dia tidak tidur. Dia beristighfar 100 kali dan bertadarrus Al-quran hingga terbit fajar, lalu menatap langit langsung dan mengangkat tangan. Doanya tembus langsung kepada Tuhannya.
7. Ada juga yang setiap Jumaat profit hasil jualannya 100% disedekahkan.
8. Setiap bulan 20% dari total pendapatannya disedekahkan. Dia yakin Tuhan-nya MAHA KAYA.
9. Seminggu sekali pada tengah malam, ada yang mendatangi rumah orang miskin. Dia angkat/pikul sendiri makanan untuk mereka.
10. Setiap Jumaat dia tidak mahu dibayar upah untuk khidmatnya yang diberikan ke orang lain. Tiap titik keringatnya penuh pahala.
11. Ada yang mengundang rezeki dengan memperbaiki jadual solat 5 waktunya berjamaah di masjid dan Allah pun memudahkan segala urusannya.
12. Setiap pagi dia solat dhuha & berdoa, ketika orang lain sudah sibuk dia memilih menghadap langsung ke Penciptanya.
13. Tiap 1/4 malam bangun solat tahajud berbisik pada bumi dan terdengar di langit. Allah redha, hidupnya pun berkat.
14. Ada juga yang mengundang rezeki dengan cara menanam pokok agar semua makhluk bumi boleh menikmati oksigen.
Ingat! *REZEKIMU BUKAN DATANG DARI BOSSMU ATAU PELANGGANMU, TAPI REZEKIMU DATANG DARI ALLAH S.W T.*
Jemputlah rezeki datang dengan cara-cara yang Allah Redhai.
(Dipetik daripada facebook Ustaz Iqbal Zain)
MW: Tak perlu takut tak ada rezeki sebabnya Dialah yang pemberi rezeki. Tapi jangan hanya duduk tunggu sahaja, kenalah berusaha.
Setiap kali masuk rumah dan keluar rumah, ada doa dan adab yang patut kita amalkan. Apatah lagi kita sebagai umat Islam, apa yang kita buat ini segalanya berserah padaNya.
Pernah tak, bila masuk rumah rasa seperti ada yang tidak kena, rasa nak marah atau pantang anak buat salah, walaupun perkara kecil, kita mula nak naik angin.
Ingat balik, apa yang kita buat sebelum masuk rumah. Adakah dengan terus melulu tanpa sebarang doa atau bacaan bagi menghindarkan rumah yang kita tinggal itu ‘tidak panas’.
"Jika ada masalah, tenangkan diri…” Pasangan yang mendirikan rumah tangga pastinya mahu kehidupan yang kekal hingga ke anak cucu. Tidak ada satu pasangan pun...